- Mengenal Nafas
- Mengenal Asal usul nya Nafas
- Mengenal Datang nya Nafas
- Mengenal Reservoir Nafas
- Mengenal Punca Kedatang nya Nafas
- Menghargai Nafas dengan Haqqul Yakin
- Melihat kedatangan Nafas dari Pandangan Ainul Yakin
- Tarbiyyah diri dengan Muttu Qabla an tammutu [ hadis]
Latih mematikan diri-
- Latih pergerakan Allah-(memulangkan Zat,Sifat,Asma,Af’al Allah s.w.t)
Dengan Muraqabh dan Musyhadah
- Latih Ilmu Allah -Dengan KALIMAH Syahadah dan Syuhud (Qudrat”Kuasa”,Iradat”berkehendak”,Ilmu”ilmu”,Hayat”hidup”)
Bagi kaum Aribillah, Nafas adalah Imej cermin dari Roh , nafas
adalah kembar bagi Ruh. Ruh adalah hakikat dan nafas adalah syariatnya
di alam ini.Ruh ibarat kapal, ombak bagaikan nafas.Jika tenang ombak,
tenaglah perjalanan kapal. Begitu juga Ruh, jika nafas seorang hamba
tenang, maka ia memberi kesan pada ruhnya.
Kaum Aribillah dan ahli Rohanni amat mementingkan latihan pernafasan.
Bila pernafasan elok, maka akan eloklah perjalanan ruh dengan ROBBnnya.
Emosi amat mempengaruhi pernafasan, baik ia dalam keadaan marah
“stress” atau tenang.Jika seseorang itu berjaya mengawal emosinya.
Mereka yang tidak mementingkan rohani adalah seperti jasad yang
tiada Roh , mereka amat di perbodohkan oleh syaitan , apa guna
sebatang jasad walaupun ianya seorang raja , seorang yang cantik
dan kaya jika tiada Roh dan Nyawa akan di kebumikan dengan
secepat mungkin. Roh dan kerohanian amat penting dalam memahami
pengertian hidup dan perjalanan hidup ini .
Nafas berasal dari Robbul Alameen , Soalan pertama adalah
mengenal Bagiamana turunya dan naiknya Nafas ini dari sebatang
tubuh yang tidak ada hawl dan quwwah , dan bagaimana ratusan
ribuan jutaan makhluk menerimah Nafas turun , Nafas naik dengan
secara sistematik dan secara teratur dan tanpa ada gangguan ,
dan tiada kehilangan satu nafas yang tegendala dalam ribuan
juta tahun kecuali sudha sampai ajal maut seseorang itu
dengan taqdir Nafas dan usia hayyatnya. Nafas adalah sumber
kehidupan, tanpa nafas hancurlah kehidupan.Nafas adalah al-Hayat yang
datang dari Tuhan, ia adalah rahsia Illahi.Para ulama sufi mengamalkan
zikir nafas untuk pembersihan rohani, manakala para ahli “tenaga dalam”
mengamalkan pernafasan untuk mengaktifkan tenaga ghaibnya sehingga dapat
melakukan perkara yang luar kekuatan jasad.Kaum sufi menamakan iannya
sebagai Nasma iaitu gabungan antara Ruh Jasmani dan jasad.
Zikir Nafas adalah jentera pengerak kepada semua sistem rohani
dan jasmani.Zikir Nafas adalah merupakan IBU kepada segala zikir.Zikir
ini mempunyai banyak keistimewaan.Zikir Nafas ini ada pecahan dan
rangkaiannya tersendiri.Pecahan zikir ini ialah zikir Nufus, Tanafas dan
Amfas.
Keempat-empat perkara ini berkaitan diantara satu sama lain.Bermula
nafas itu kerana anfas, dan hidup anfas itu kerana nuffus, manakala
hidup nufus itu dengan rahsia dan rahsia itulah merupakan (diri) rahsia
Allah.Nufus,Anfas dan Tanafas itu adalah satu perkara yang ghaib, yang
wujud tanpa dapat dirasa dan dilihat seperti mana nafas.Adalah tidak
sedap membicarakan sesuatu yang tidak boleh dibuktikan dengan ilmu
yakin, ataupun ainul yakin.Kerana ini boleh menimbulkan fitnah besar
kepada pembicaranya kelak.Sudah menjadi ghalib manusia ia akan menolak
sesuatu yang tidak tercapai oleh akal dan ilmunya, meskipun jalan paling
baik jika ia terserempak dengan keadaan demikian ialah dengan
mendiamkan diri (tawakuf) disamping belajar untuk memahaminya.
Kedudkan Sistem Bathin dan Spiritual ini bergerak dengan Kuasa
Qudrat yang mutlak dan hanya dapat di lihat dengan mati hati
oleh mereka yang telah hidup hati mereka secara zahir dan
bathin. Tanpa ILMU Mata hati memang hati itu tidak akan
terbuka dan hiudp dan tidak akan dapat memerhatikan
keajaibaan hati ini. Kedudukan Anfas ialah dihidung.Tanafas ditelinga
dan Nufus diJantung, manakala Nafas ialah dimulut.Anfaas,Nafas,Tanafas
dan Nufus ini merupakan satu “kuasa” ataupun keadaan yang keluar masuk
(bergerak) dalam tubuh seseorang manusia.
Apa kah insan mudah memahami gerakan sistem spiritual dan
rohani ini tanpa mengenal Robbnya dan ILLAH nya , dia
sekali-kali tidak akan mengenal Robb nya tanpa ILMU KALIMAH LA
ILAHA ILLALLAH. Semua sistem pengerakan Nafas , Anfus , tanafas
adalah satu sistem Unggul dan yang ajaib yang penuh dengan
mukjizat.Tanafas ia bergerak di telinga,Nufus dijantung,Anfas di hidung
sementara Nafas pula dimulut.Diantara keempat unsur ini,Nafaslah yang
boleh dirasa dan disentuh serta mudah untuk diyakini (kalau kita
membicarakan) kerana setiap orang boleh merasakan sengan perasaan
zahir.Justeru itu dalam bab ini saya berminat untuk membicarakan Zikir
Nafas sahaja.
Nafas adalah sumber utama dalam menghidupkan hati dan jasad.
memahaminya dan menguasainya akan membawa Insan itu kepada
kejayaan.Nafas adalah saluran penting bagi kita meneruskan hidup
di atas bumi ini, ada jasad tanpa Nafas , tidak berguna jasad
ini. Ada roh tapi tiada Nafas tidak juga bermnafaat Roh itu
kepada jaasad itu.
Bila sebut Nafas orang tahu,iaitu angin yang keluar masuk daripada
lubang hidung dan mulut (daripada luar tubuh kedalam tubuh)Kalau
mengikut pengertian saintifik,udara yang keluar dari mulut atau hidung
itu ialah karbondioksida yakni bahan “perkumuhan”, sementara yang
disedut masuk itu pula ialah oksigen.Fungsi oksigen ini ialah untuk
memutarkan darah dalam jantung, membolehkan nyawa bergerak.Oksigen itu
disedut dari luar dimana ianya diproseskan oleh tumbuh-tumbuhan dan alam
seluruhnya.
Fikirlah dna renungkan lah betapa penting nya penguasan Nafas
dalam hidup dan tanpa penguasan ini anda tidak akan bahagia
secara zahir dan bathin. Ramai ahli sains mengakui hakikat ini
bahawa semua punca masalah hidup yang membawa kepada keadaan
tidak bahagia adalah kerana tidak wujud harmoni di antara
jasad dan qalbu - emosi dan minda.
Mengikut kajian pakar 80% punca pesakit adalah berpunca dari
ketidakstabilan emosi atau masalah psikologi.Emosi dan jasad ada
kaitan yang amat rapat jika tidak di kawal ianya akan membawa
mudarat kepada tubuh badan dan juga anggota badan yang
menjalankan tugas penting dalam sistem peredaran darah dan
sistem oxygenation. Justeru itu rawatan yang paling baik ialah membina
motivasi seseorang itu kepada kekuatan dalaman.Tiada pembinaan yang
paling baik melainkan mendekatkan manusia itu dengan RabbNya.
Zikir yang digabungkan dengan teknik pernafasan yang betul, atau disebut
oleh ahli Tasauf sebagai zikir nafas, akan memberi kesan yang hebat.
Imam Ghazali mengatakan zikir yang dilakukan dengan cara menahan nafas
akan mempercepatkan proses penyucian hati (membakar mazmumah).
Pernafasan yang betul akan memaksimumkan penyerapan oksigen yang amat
penting dalam kehidupan dan kesihatan manusia.Kekurangan oksigen
menyebabkan seseorang terdedah kepada pelbagai penyakit seperti
kanser,gangguan saraf, leukemia dan lain-lain.
Teknik Terapi Zikir pernafasan:
Perut dikempeskan se-kempes mungkin dan dikeraskan, agar energi yang dibangkitkan besar.
>
Tarik nafas perlahan-lahan dan kemudian dalam-dalam, dada
digembungkan, perut dikecilkan, tahan selama beberapa detik agar
diproses oleh paru-paru, dan lepaskan.
> Penarikan Nafas harus dengan tertib dan juga secara natural
tanpa di paksa atau pun di desak - kaedah ini akan gagal
menghasilkan satu proses yang mukammil.
> Kemudian
tarik nafas kembali dalam-dalam, tahan selama beberapa detik, dan
selanjutnya[ sebaik nya 5-1-5 atau 10-1-10 atau pun 3-1-3] ,
tarik 3 saat - tahan 1 saat - dan lepas 3 saat ] atau ikut
kekuatan daya tarikan dan hembusan.
> Lanjutkan terapi pernapasan dengan dada tetap digembungkan, dan perut tetap dikempeskan dan dikeraskan.
Menarik
nafas dengan membayangkan menghirup udara yang bersih dan sehat,
lepaskan napas dengan membayangkan membuang penyakit, racun dan udara
kotor.
Nafas ditahan agar proses biologis didalam paru-paru
berlangsung sempurna, yaitu : oksigen yang diudara diserap oleh
paru-paru ( secara maximal ) dan udara kotor beracun ( CO2 ) dilepaskan
ke-udara untuk kemudian dibuang keluar saat melepaskan napas. ( Dengan
bernapas biasa maka proses berlangsung tidak sempurna, karena belum
sempat terjadi pertukaran secara lengkap, udara sudah dikeluarkan lagi
dari paru-paru ).
Waktu ingin melakukan zikir nafas kita
wajib memulangkan Zat, Sifat, Af’al kita kepada Zat, Sifat, Af’al Allah
yang bererti memulangkan segala wujud kita yang zahir kepada wujud kita
yang batin iaitu Ruh dan pulangkan wujud Ruh pada hakikatnya Wujud Yang
Qadim Zat Allah jua.La maujud illaLlah yang bermaksud tiada yang ada di
ala mini pada hakikatnya melainkan Allah jua.Hakikat nafi pada diri kita
ialah la wujud(tiada yg wujud) , la qadir(tiada yg Maha kuasa) , la
hayun, la muridun, la alimun(tiada yg Maha mengetahui) , la
samiiun(tiada yg mendengar) , la basirun (tiada yg Maha melihat) , la
mutakalimun fil haqiqah illaLah.
Berkata para Arifbillah, ”matikan diri kamu sebelum kamu dimatikan”.[ Hadis Sohih].
Mati disini dibahagikan kepada empat:
1) Mati Hissii iaitu seolah-olah sudah
bercerai ruh dari jasad, tiada daya upaya walau sezarah jua pada
hakikatnya hanya Allah jua yang berkuasa, kemudian dimusyahadahkan
didalam hati dengan menyaksikan kebesaran iaitu sifat Jalal dan JamalNya
dan kesucianNya.
2) Apa dia hakikat Asolatu Miraju
lil Mukmineen. Miraj iaitu selepas sempurna mematikan diri kita
hendaklah malakukan miraj ertinya iaitu menaikkan nafas kita malalyui
alam “Qaba qawsain au adna”
iaitu antara kening merasa penuh limpah dalam alam Qudus iaitu dalam
benak kepala kita hingga hilang segala ingatan yang lainnya.Ia dinamakan
mati ma’nawi iaitu hilang segala sesuatu didalam hatimu melainkan hanya
berhadapan pada Allah jua.
3) Mati dalam Hidup dan Hidup dalam
kematian , ini lah hakikat mati lah kamu sebelum kamu di
matikan. Mati segala usaha ikhtiar segala daya upaya diri kita hanya
kita mendirikan sembahyang dengan melihat pada matahatinya dari
Allah,degan Allah dan untuk Allah.Dari Allah mengerakkan Ruhaniah,dari
ruhaniah mengerakan Al-Hayat, dari Al-Hayat menggerakkan nafas dan dari
nafas menggerakkan jasad dan adalah pada hakikatnya itu Allah jua yang
menggerakkan sekaliannya sebagaimana firmaNya: “Dan tiadalah yang
melontar oleh engkau ya Muhammad Sala Allahu Alaihi Wasalam - ketika
engkau melontar tetapi Allah yang melontarnya…”.Pada pandangan dzahirnya
perbuatan hamba tetapi pada pandangan matahati perbuatan Allah jua.
4)
Mati dalam tidur - Ini adalah satu rahsia maarifah dalam
hidup yang hanya di ketahui oleh para Arif Billah dan
Alimbillah - bukan nya oleh alimbil kitaab, ramai orang alim bil
kitaab tetapi jahil tentang Allah dan segala ilmu tauhid dan
maarifahtullah.
Zikir Nafas adalah Ummul Zikir.
Dan seafdal-afdal Zikir yang mampu memberi kekuatan Rohanni
adalah Zikir Khafiyee, ini di jelaskan dalam beberapa hadis
sohih.Zikir Nafas adalah selaku Noor Cahaya yang memancar
keseluruh jiwa seorang pengamal Zikir Nafas.Zikir nafas ini adalah
besar faedah.Dengan melakukan zikir nafas sahaja ia boleh memecahkan
ketulan darah hitam yang berada dihati yang dianggap sebagai istan iblis
itu.Selagi istana Iblis tidak terpecah dan hancur musnah Nur Qalbi
sebagai penyuloh lampu ma’rifat yang diharapkan itu tidak mungkin
diperolehi.Nur itu tidak akan bersinar menyuloh kegelapan dalam
diri.Kalau pun ia menyala tetapi cahayanya tidak telus.Zikir Nafas
adalah ibu segala zikir. Ianya mampu membersihkan segala kotoran
dalaman dan rohanni .
Mengenal Diri
Sabda Rasulallah saw:
MAN ARAFA NAFSA FAQAD ARAFA RAB’BAH WAMAN ARAFA RAB’BAH FASADA JASAD.
“Sesiapa yang mengenal dirinya,tentu dia mengenal Robbnya dan sesiapa yang mengenal Robbnya, maka binasalah dirinya.”
Firman Allah swt:
“Dari Allah kau datang kepada Allah kau dikembalikan”(al-Baqarah:156)
Apabila Ruh diturunkan kebumi, ia
berhajat kepada Sifat Iftiqar Allah untuk berfungsi di atas muka bumi
ini..Jika tiada Sifat Iftiqar,Ruh tidak berfungsi.Ini disebabkan ia
memiliki sifat yang suci dan tinggi.Ia tiada pengetahuan dan kehendak
terhadap alam yang rendah (dunia).Oleh itu, ia perlukan Sifat Iftiqar
untuk melaksanakan tugas khalifah, untuk kehidupannya dan dunia.
Empat Sifat Iftiqar: Sifat Qudrat, Hayat, Iradat, Ilmu.
Sebelum Ruh dimasukkan ke dalam
jasad,Allah melapisi Ruh Al-Qudsi dengan lapisan-lapisan sampai kealam
“Mulkiah” yang disebut “Qiswah Unsuriah” iaitu alam Jabarut, alam Malkut
dan alam Mulki kerana kekuatan Ruh Al-Qudsi boleh menghancurkan jasad,
sebagaimana cahaya matahari yang dihalangi cahayanya bumi dengan
pelbagai lapisan agar tidak terbakar bumi ini kerana kepanasannya.
-ALLAH swt-RUH YANG SUCI Firman Allah swt: (“Lalu kutiupkan Roh-Ku dalam tubuh manusia.”Al-Hijr:29)
-1)
QUDRAT (Kuasa): iaitu dinyatakan pada (RUH JASMANI) dan diletakkan
dalam jasad.Ruh memerlukan jasad untuk bergerak di atas muka bumi.(NASMA
“fizikal”: kuasa batin yang hebat). TANAH: tubuh badan-istana hakikat.
-2) ILMU (ilmu): ianya dinyatakan pada
(RUH SULTANI) dan menjadi akal apabila digabungkan dgn unsur air dan
diletakkan pd otak.Ruh tidak akan dapat berfikir untuk kehidupan didunia
tanpa ilmu bangsa dunia.(AIR: akal- ilham,laduni pandangan tajam
hikmah).AIR: otak-istana syariat.
-3) HAYAT (hidup): ianya dinyatakan pada
(RUH AL HAYAT) dan menjadi nafas apabila bergabung dgn udara.Ruh
memerlukan nafas untuk berhubung dgn nafas.(NAFAS: menstabilkan
emosi,akal,kesihatan dan perjalanan Ruh). ANGIN,udara:sistem
pernafasan-istana tarikat.
-4) IRADAT (berkehendak): ianya
dinyatakan pada (RUH SAIRANI RAWANI) dan menjadi nafas apabila
digabungkan dgn unsur api dan diletakkan dijantung/qalbi.Ruh memerlukan
nafsu yg bangsa dunia untuk memakmurkan dunia.(NAFSU:
ketenangan,kasyaf,asyik,cinta,rindu,syuhud,makrifat) API: jantung-istana
makrifat.Syaik Abdul Qadir Jailani:Di dalam Kitab Sirrul Asrar:Ruh
adalah hakikat diri manusia yang sebenar.Ruh adalah Nur cahaya yang
tinggi yang dibaluti dengan beberapa lapisan pakaian sebelum diturunkan
ke alam dunia ini agar jasad tidak terbakar.
“Manusia itu rahsiaku dan Aku adalah rahsia manusia.”(Hadis Qudsi)
Setiap Ruh mempunyai tempat di daerah
ketika ia berada dalam jasad.Setiap insan wajib mengetahui bagaimana
mahu mengolah setiap lapisan tersebut agar tersingkap baginya rahsia.
Kenali dirimu dengan merenungkan kedalam
dirimu nescaya engkau akan mengenali Tuhanmu tanpa huruf,suara,tanpa
dalil dan perantaraan.
Galillah rahsia alam dirimu sendiri
sehingga berjumpa dengan air dari alam Malakut,alam Jabarut dan akhirnya
Lahut, nescaya kamu akan dapat menyaksikan kembali bagaimana dirimu
berhimpun dan bertasbih di alam Lahut serta menyaksikan bagaimana dirimu
bersaksi akan diri KeTuhanan sebagaimana firmannya: ”Adakah Aku Tuhan
Kamu,(Ruh menjawab) Bahkan!Kami menyaksikan.”(al-Araf:172)
Sesiapa yang sampai kealam ini, ia
mengambil ilmunya terus dari Allah tanpa perantaraan iaitu ilmu
laduni.Di alam ini, ia beribadah dari Allah, dengan Allah dan untuk
Allah.Pandangannya sentiasa melihat pada dua alam, melihat diriNya di
alam zahir iaitu Af’al,Sifat dan Asma, bermusyahadah dengan ZatNya di
alam lahut.Adakala mereka itu fana (lebur) penglihatan di alam ini
ketika mentajallikan rahsiaNya sehingga tiada yang dilihat melainkan
Allah swt.
Bagaimana hendak Mengenal diri?
Apa yang harus di kenali dengan diri ini ?.
Adakah
Mengenal Jasad yang di kenali oleh semua orang kafir dan mushrik
dengan itu mereka sudah mengenal Robb mereka?.
Adakah mengenal Bathin sahaja tanpa mengetahui soal Rohani?.
Mengenal diri tanpa mengenal jalan mengenal diri anda tidak akan sampai kepada matlamat?.
Mengenal Jalan tanpa mengenal musuh akan tertewas separuh jalan.
Mengenal Musuh tanpa bersenjata akan di kalahkan. Mempunyai
senjata
lengkap namun tidak mengenal maqam musuh akan menempuh
kekalahan. Mengenal senjata dan musuh tetapi tidak ada tarbiyah
dari orang mengenal perjalanan dan kaeadah juga akan binasa
dalam kesesatan.
Siapa yang benar mengenal dirinya, akan
binasalah dirinya, tenggelam ia dalam lautan kefakiran, tenggelam ia
dalam lautan ketiadaan keAkuan.
Didalam kitab Kasaful Asrar dinyatakan
bahwa wujud insan adalah bayang-bayang kepada wujud Tuhan.Tiada akan
wujud bayang-bayang ini jika tiada yang empunya bayang-bayang, tidak
bergerak bayan-bayang melainkan bergeraknya tuan empunya bayang-bayang.
Apabila kamu memandang diri kamu,
memandang kewujudan dirimu, maka kamu wajib memahami bahwa kamu ada
pemiliknya.Wujud kamu menyatakan wujud diri-Nya.Dia ghaib dan kamu
nyata, Dia hakikat dan kamu syariat, Dia adalah wujud dan kamu adalah
bayang bagi wujud-Nya.Lihatlah diri kamu lagi,pandanglah segala sifat
yang ada pada diri kamu,lihatlah matamu,lihatlah telingmu, lihatlah
mulutmu,lihatlah akalmu,lihatlah gerak diammu,lihat rasa hatimu.Semuanya
tidak lain melainkan kenyataan sifat-sifat-Nya.
Semoga hati kita tidak dibutakan sama
sekali, sehingga tidak mengenal Diri-Nya, yang meskipun Al-Ghaib tetapi
sangat dekat sekali, bahkan lebih dekat Dia bila dibandingkan dengan
urat nadi yang ada di lehernya sendiri.Bererti lebih dekat Dia meskipun
dibandingkan dengan keluar masuknya nafas dalam dada.
Maka firman-Nya yang memutuskan:
“Barang siapa yang hidupnya sekarang ini
(di dunia) buta (mata hatinya tidak mengetahui keberadaan Diri Tuhannya
yang dekat sekali dan Wajib Wujud-Nya), maka kelak di akhirat juga akan
lebih buta dan lebih sesat jalannya.”(Al-Isra:72)
Tauhidul Af'al (Ke-Esa'an Perbuatan)
Hendaklah anda ketahui bahwa segala
apapun juga yang terjadi didalam alam ini pada hakekatnya adalah Af'al
(perbuatan)Allah s.w.t.Yang terjadi di alam ini dapat digolongkan pada
dua golongan.
1) Baik pada bentuk (rupa) dan isi (hakekatnya) seperti iman dan taat.
2) Buruk pada bentuk (rupa) namun baik
pada pengertian isi (hakekat) seperti kufur dan maksiat.Dikatakan ini
buruk pada bentuk kerana adanya ketentuan hukum/syarak yang mengatakan
demikian.Dikatakan baik pada pengertian isi (hakikat) kerana hal itu
adalah sutu ketentuan dan perbuatan dari pada Allah Yang Maha Baik.Maka
"kaifiat" cara untuk melakukan pandangan (syuhud/musyahadah) sebagaimana
dimaksudkan diatas ialah:"Setiap apapun yang disaksikan oleh mata
hendaklah ditanggapi oleh hati bahwa semua itu adalah Af'al (perbuatan)
dari pada Allah s.w.t."Bila ada sementara anggapan tentang ikut sertakan
"yang lain dari pada Allah" di dalam proses kejadian sesuatu, maka hal
tersebut tidak lain hanya dalam pengertian majazi (bayangan) bukan
menurut pengertian hakiki.Misalnya si A bekerja untuk mencari makan atau
memberi makan anak-anaknya maka si A tergolong dalam pengertian "yang
lain dari pada Allah" dan juga dapat dianggap "ikut serta dalam proses
memberi makan anaknya.Fungsi si A dalam keterlibatan ini hanya majaz
(bayangan) saja, bukan dalam arti hakiki.Kerana menurut pengerti hakiki
yang memberi makan dan minum pada hakikatnya ialah Allah, sebagaimana
tersebut dalam Al Qur'an Surah:
“Dialah (Allah) yang memberi makan dan minum kepada saya.” (As-Syu'ara ayat 79.)
Segala macam perbuatan (sikap laku)
apakan perbuatan diri sendiri ataupun perbuatan yang terjadi di luar
dirinya, adalah termasuk dalam dua macam pengertian.Pengertian pertama
dinamakan MUBASYARAH dan pengertian kedua dinamakan TAWALLUD.Kedua macam pengertian ini tidak terpisah satu sama lain.Contohnya adalah sebagai berikut:
1) Gerak pena ditangan seorang penulis,
ini dinamakan MUBASYARAH (terpadu) kerana adanya "perpaduan" dua
kemampuan Qudrat yaitu kemampuan kodrat gerak tangan kemampuan kodrat
gerak pena.
Bagaiman kita dapat memahami gerak
Qudrat Allah dan bagaimana kita dapat bersyuhud dengan Qudrat
Allah dalam setiap keadaan.
2) Gerak batu yang lepas dari tangan
pelempar.Hal ini dinamakan TAWALLUD (terlahir) kerana lahirnya gerakan
batu yang dilemparkan itu adalah kemampuan kodrat gerakan tangan.Namun
pada hakekatnya, kedua macam pengertian itu (Mubasyarah dan Tawallud)
adalah Af'al Allah s.w.t., didasarkan kepada dalil nas
Al-Qur'an:(WALLAHU KHOLAQAKUM WA MA TA'MALUN)Artinya:Allah yang mencipta
kamu dan apa yang kamu lakukan.Apa-apa juga yang dilakukan oleh
hamba,perkataan,tingkah laku,gerak dan diam, namun semua itu sudah lebih
dahulu pada Ilmu,Qoda dan Qadar/Takdir Allah s.w.t.Firman Allah di
dalam Al-Quran:(WA MA RAMAITA IDAZ RAMAITA
WALAKINNALLAHURAMA)Artinya:Tidaklah anda yang melempar (Hai Muhammad)
tetapi Allah-lah yang melepar ketika anda melempar.(LA HAULA WA LA
QUWWATA ILLA BILLAHIL ALIYYIL AZHIEM)Artinya:Tiada daya dan kekuatan
melainkan dengan (daya dan kekuatan) Allah Yang Maha Tinggi dan Maha
Agung.
Hadis Rasullah s.a.w.(LA TATAHARRAKU
DZARRATUN ILLA BI IDZNILLAHI)Arinya:Tidak bergerak satu zarrah juapun
melainkan atas izin Allah.Atas dasar pandangan (musyahadah) inilah, maka
Nabi s.a.w. tidak mendoakan kehancuran bagi kaumnya yang telah
menyakiti beliau.Apabila anda tetap selalu atas pandang (musyahadah)
Tauhidul-Af'al dengan penuh yakin (tahkik) maka terlepaslah anda dari
pada penyakit dan bahaya syirik-khofi sebagaiman tersebut di
atas.Sehingga akhirnya anda akan dapat menyaksikan dengan jelas bahwa
segala yang berupa UJUD MAJAZI (ujud bayangan) ini, lenyap dan hilang
sirna, dengan NYATANYA NUR UJUDULLAH yang hakiki.Apabila secara terus
menerus anada latih dengan pandangan musyahadah demikian sedikit demi
sedikit dengan tidak tercampur baur antara pandangan lahir dan pandangan
batin, maka sampailah anda pada suatu makom (tingkatan) yang di namakan
MAQOM WIHDATUL AF'AL.Pada tingkatan ini bererti fana (lenyap) segala
perbuatan makhluk, perbuatan anda sendiri atau perbuatan yang lain dari
anda kerana "nyatanya" perbuatan Allah Yang Maha Hebat.
Tauhidul Asma (Ke-Esa'an Nama Allah s.w.t.)
Kafiat (cara-cara) memusyahadahkan
tentang keEsaan nama-nama Allah s.w.t. adalah sebagai berikut:"Pandang
dengan mata kepala kita lalu syuhud (pandang) dengan matahati, bahwa
segala nama apapun juga pada hakikatnya kembali kepada sumbernya ialah
nama Allah s.w.t."Alasanya ialah, bahwa nama apapun juga yang ada di
dalam alam ini tentu ada yang memberi nama (ujud musamma).Dalam arti
hakiki sudah jelas bahwa "tidak ada yang maujud/diadakan kecuali Allah."
Firman Allah swt:
“Tiap
sesuatu itu “halikun” (maujudnya) bukan di atas wujud yang sebenar)
kecuali (setiap sesuatu itu) wajah Allah semata-mata.”(28:20:88)Segala
yang maujud (yang diadakan) pada hakikatnya hanyalah khayalan(kosong)
atau waham (sangkaan) belaka, bila dinisbahkan (dibandingkan) dengan
UJUD ALLAH.Contoh yang dapat kita kemukakan, misalnya sekeping kaca yang
tembus warnanya, lalu diwarnakan dengan bermacam-macam warna.Kemudian
diletakkan di bawah cahaya matahari, tentu akan terlihat beraneka warna
pada bumi sebagaimana warna yang tercantum pada kaca tadi.Disitu dapat
terlihat jelas bahwa cahaya matahari tidak terpisah cerai dengan zat
matahari sendiri dan tidak pula berpindah cahaya matahari itu
tadi.Adanya bermacam warna pada bumi menunjukkan keEsa'an matahari.Maha
suci Allah dari contoh dan misal,maka pahamilah dengan kata-kata yang
baik dan sempurna, semoga anda dapat memahaminya dengan kasih sayang
Allah s.w.t. dan dapat sesuai dengan maksud yang sebenarnya.Andai kata
telah berhasil pada makom (tingkatan) ini lalu kemudian TAJALLI HAK
TA'ALA (nampak nyata kebenaran Allah Ta'ala) bagi kita dari celah-celah
dinding mazhar (kenyataan) ini dengan dua macam nama (isim) maka semua
yang berupa mashar tersebut lenyap sirna didalam keEsa'an (ahadiyat)
Allah s.w.t.Apabila TAJALLI ALLAH TA'ALA (nampak nyata) dengan asmaNya/
nama-namaNya ZHOHIRUN terhadap hambaNya,niscaya si hamba itu akan dapat
melihat bahwa segala akwan (kejadian) semua ini adalah KEBENARAN
ALLAH,sepanjang pengertian bahwa zohir akwan itu adalah dengan ZOHIRNYA
ALLAH.Berdirinya akwan itu dengan nyatanya qoyyumiyahNya (sifat qiyamuhu
ta'ala binafsi) berdiri Allah dengan sendiriNya dan KEKALNYA ALLAH
s.w.t. Kerana tidak akan mungkin bagi akwan ini ada dengan
sendirinya.Dan tidak akan mampu si hamba membedakan satu persatu segala
akwan ini.Jelasnya hanya pada suatu pengertian bahwa makhluk ini hanya
sekedar mazhar/sandaran semata-mata.Si hamba dapat memandang
(musyahadah) bahwa Allah adalah hakikat segala sesuatu sebagaimana yang
difirmankan oleh Allah didalam al-Qur'an:"FA AINAMA TUWALLU FASTAMMA
WAJHULLAHI"Artinya:Kemanapun kamu mengadap, disanalah Ujud
Allah.Maksudnya, kemanapun dan dimanapun akal, hati dan roh ini
berhadapan disanalah adanya Allah s.w.t.Makom tauhidul asma ini
merupakan makom yan kedua daripada makom orang-orang Arifin yang
dianugerahkan Allah Ta'ala kepada orang yang salik atau kepada orang
lain seperti orang yang majzub.Makam inilah merupakan natijah iaitu
faedah yang diperolehi dan juga merupakan lanjutan makom yang pertama,
makom bagi orang yang sentiasa memandang wahdatul Af'al. Makom tauhidul
asma inilah yang menyampaikan anda kepada makom yang seterusnya iaitu
"Tauhidul Sifat", makom yang ketiga daripada orang-orang A'rif.
Tauhidus Sifat (Ke-Esa’an Sifat Allah swt)
Tauhid Fil Siffat.
Bagaimana saya dapat memahami Tauhid dalam Maqam ini?.
ILMU Kalimah yang menyampaikan saya ke Maqam ini harus di praktikan dengan Ammali Tauhid Fi Siffat.
Bab yang ketiga ini menerangkan tauhidus
sifat yang bermaksud mengesakan Allah Taala pada sifat yang berdiri pada
zat-Nya: iaitu memfanakan segala sifat makhluk sama ada sifat dirinya
atau yang lain, di dalam sifat-sifat Allah. Kaifiatnya ialah anda
memandang dan musyahadah dengan mata hati dan beriktikad bahwa segala
sifat yang berdiri pada zat-Nya seperti semuanya itu sifat-sifat Allah
Taala. Hal ini demikian kerana tidak ada zat yang bersifat dengan
sifat-sifat tersebut pada hakikatnya melainkan Zat Allah Taala jua. Di
adakan sifat-sifat ini pada makhluk, atas sekadar pinjaman (majaz) dan
bukan pada hakikatnya.Cuma sifat-sifat tersebut adalah sifat-sifat Allah
Taala jua.Apabila sudah tahkik pandanganmu dengan keadaan demikian,
nescaya segala sifat makhluk fana dalam sifat-sifat Allah Taala, hamba
itu tidak mendengar melainkan dengan pendengaran Allah Taala, hamba itu
tidak melihat melainkan dengan penglihatan Allah Taala, hamba itu tidak
tahu melainkan dengan pengetahuan Allah Taala, hamba itu tidak hidup
melainkan dengan hayat Allah Taala, hamba itu tidak berkata-kata
melainkan dengan perkataan Allah Taala, dan begitulah seterusnya dengan
sifat-sifat-Nya yang lain. Dalil yang menunjukkan bahwa hamba tidak
mempunyai sifat-sifat tersebut dan yang ada pada hamba itu muzhar
sifat-sifat Allah Taala ialah sebagaiman firman Allah Taala, dalam hadis
Qudsi:Erinya: ”Tidak menghampiri orang-orang yang menghampiri diri
pada-Ku umpama mengerjakan apa yang Aku fardukan ke atas mereka dan
sentiasalah hamba-ku berdamping diri kepada-Ku dengan mengerjakan ibadat
sunat hingga Aku kasihkan dia. Maka apabila Aku kasihkan dia, nescaya
adalah Aku pendengarannya yang ia mendengar dengan Dia, pertuturan
lidahnya yang ia bertutur dengan Dia, penampar tangan yang ia menampar
dengan Dia, berjalan kakinya yang ia berjalan dengan Dia, dan fikiran
hatinya yang ia berfikir dengan Dia.”Kaifiat mentajalli sifat Allah
Taala ialah memandang hak Taala, bahwa hamba yang mendengar itu dengan
Allah Taala, maka segala keadaan yang didengar oleh hamba fana bersama
diri-Nya.Apabila telah tetap mentajalli sifat mendengar itu dalam hati,
maka akan melihat sifat yang lain pula sehingga habis satu persatu
seperti sifat Basar, Kalam, Ilmu dan Iradat. Anda juga akan melihat
hamba itu tidak melihat dirinya bersifat demikian yang hanya menerima
daripada sifat-sifat Allah Taala jua.Apabila semua sifat yang lain
terhapus, maka tajalli pula sifat-sifat Allah Taala ke atas kita dan
kita akan melihat, hamba itu yang bersifat Haiyun (hidup).Apabila sifat
Hayat itu Fana daripada diri,ternyatalah bahawa tidak ada yang hidup
melainkan Allah Taala.Apabila anta telah berhasil memperolehi makam
fana, ketika itu jadilah kita baqa bisifatillah (kekal dengan
sifat-sifat Allah). Ketika itu juga, kita memperoleh kemenangan kerana
dapat mengenal-Nya dengan pengenalan yang layak dan sempurna.Oleh itu
jadilah kita ketika itu fana fisifatillah (terhapus dalam sifat-sifat
Allah) dan baqa bisifatillah.Ketika itu juga,Allah Ta’ala akan
memberitahu kepada kita segala rahsia sifat-Nya yang
mulia.Kesimpulannya, makam tauhidus sifat inilah makam yang tetap dan
teguh. Apabila sudah habis mentajallikan semua sifat itu di dalam hati,
maka dianugerahkan oleh Allah Ta’ala kepadanya pada masa itu kekuatan
yang dapat menanggung tajalli zat jika dikehendakinya.Makam inilah yang
akan menyampaikan orang yang Arif itu kepada makam yang di atasnya iaitu
makam tauhiduz zat, makam yang keempat daripada semua makam orang-orang
Arif. Tauhiduz Zat (Mengesakan Zat)
Kafiat mengesakan Allah Taala pada zat
itu ialah melihat dengan mata kepala dan mata hati, sesungguhnya tidak
ada yang maujud dalam wujud ini hanya Allah Taala saja.Cara ini
dilakukan dengan menfana’kan kesemua zat kita dan zat yang lain daripada
zat kita (segala makhluk) di bawah Zat Allah Taala.Atau dengan kata
lain, tidak ada yang maujud melainkan Allah Taala sendiri yang wujud dan
wujud yang lain selain Allah Taala.Oleh itu, wujud yang lain itu
bukanlah maujud dengan sendirinya, hanya ia maujud dengan Allah Taala
itu qaim (berdiri) dengan wujud Allah Taala dan ia tidak qaim dengan
sendiri.Oleh itu wujud yang lain daripada Allah Taala itu adalah
khayalan berlaka.Ini bererti ia ditempatkan pada yang sudah maklum iaitu
pada tempat yang diadakan dan waham (sangkaan dan batal) yang
dinisbahkan kepada wujud Allah Taala.
Tujuh Tingkatan Nafs
Firman Allah swt: “Maka bertaubatlah
kepada Tuhan yang menjadikan kamu dan bunuhlah dirimu .Hal itu adalah
lebih baik bagimu pada sisi Tuhan yang menjadikan kamu, maka Allah akan
menerima taubatmu”.(A-Baqarah:54)
Maksudnya , yang dibunuh adalah watak
akunya nafsu, supaya si nafsu menjadi patuh dan tunduk mengikut hati
nurani, ruh dan rasa dekat kepada-Nya.
Melahirkan manusia yang hanya
(mempunyai) ilmu semata-mata tanpa disertakan kebersihan rohani akan
membawa kepada keegoan dan perdebatan yang tiada habisnya.
Adapun tujuh nafsu beserta tenteranya adalah sebagai berikut:
1)Nafsu Amarah.Letaknya didada agak
sebelah kiri.Tenteranya senang berlebihan,dengki,dendam,iri
hati,sombong,riyak,takabbur,suka marah, dan akhirnya tidak mengenal
Tuhannya.(Yusuf:53) ”Sesungguhnya Nafs (manusia) menyuruh berbuat
kejahatan rendah.”
2)
Apa dia Nafs Lawamah?.
Di Manakah Maqam nya dalam Jasad Insan?.
Bagaimana hendak mengenal Nafs Lawamah ini?.
Di medan mana saya dapat mengenal Nafs ini?.
Apa kah senjata yang harus saya gunakan untuk berjihad dengan Nafs ini?.
Adakah dia bersekutu dengan Iblis dan Syaitan?.
Nafs Lawwamah.Letaknya ada di dalam hati
sanubari di bawah susu yang kiri kira-kira dua
jari.Tenteranya:Ujub,senang di puji,memuji diri, menunjuk,
khianat,menganiaya,bohong.Allah menyebut jiwa ini di dalam Al-Qur’an
surah Qiyamah ayat 2,”Dan Aku bersumpah demi jiwa yang mencela.”
3)Nafsu Mulhimah.Tempatnya kira-kira dua
jari kearah susu yang kanan dari tengah dada.Tenteranya, suka
memberi,sederhana,menerima apa adanya, belas kasih, lemah lembut,
merendah diri, taubat, sabar dan tahan menghadapi kesulitan serta siap
menanggung betapa beratnya melaksanakan kewajipan.Allah menyebut jiwa
ini di dalam Al-Qur’an surah Al-Syam ayat 7-8,”Demi diri (manusia) dan
yang menyempurnakannya (Allah).Lalu diilhamkan (Allah) kepadanya mana
yang buruk dan mana yang baiknya.”
4)Nafsu Muthmainnah.Tempatnya dalam rasa
kira-kira dua jari kea rah susu kiri dari tengah dada.Tenteranya:Senag
sedekah,tawakkal,senag ibadah,senang bersukur kepada Tuhan,rida kepaha
hukum dan ketentuan Allah dan takut pada Allah. Allah menyebut jiwa ini
di alam Al-Qur’an surah Al-Fajr ayau 27, ”Hai jiwa yang tenang.”
5)Nafsu
Radhiyah:Tempatnya dalam rasa, dalam hati nurani dan seluruh
jasad.Tenteranya:peribadi yang mulia,zuhud,ikhlas,wara,ridha,menepati
janji.Allah menyebut jiwa ini di dalam Al-Qur’an surah Al-Fajr ayat
28,”Kembalikanlah kepada Tuhanmu dengan hati yang redha.”
6)Nafsu Mardhiyah.Tempatnya di alam yang
samar, mengarah kira-kira dua jari ketengah dada.Tenteranya:Baik budi
pekerti, bersih dari segala dosa makhluk, rela membantu kesusahan
makhluk,senang mengajak dan memberi pandangan kepada ruhnya
makhluk.Allah menyebut jiwa ini di dalam Al-Qu’an surah Al-Fajr ayat 28,
“Dan di redhaiNya.”
7)Nafsu Kamilah.Letaknya mengarah kedalam
dada yang paling dalam.Tenteranya:ilmu yakin dan haqqul yakin.Allah
menyebut jiwa ini di dalam Al-Qur’an surah Al-Fajr ayat 29-30,”Masuklah
dalam golongan hamba-hambaKu dan masuklah kedalam syurgaKu.”