Hidup pastikan aman tenteram dunia wal akhirat kalau saja kita selalu bertafakur untuk mengingat Allah dan mengingat kehidupat akhirat, minimal 5 menit dalam sehari semalam
Sabtu, 26 Oktober 2013
Fana adalah satu kesadaran
Fana bukan satu objek, yang dapat dicari, seperti kita mencari sebuah rumah.. tetapi ia adalah satu kesadaran yang disisipkan olih Tuhan ke dalam hati hamba-hamba yang dikasihi Nya, yang telah berusaha tanpa jemu untuk menghampirkan diri kepada NYA.
Ia adalah satu rasa, yang mana tiada lain yang ada hanya DIA dan segala yang berlaku atas perbuatan NYA.
Apabila seseorang bertanya tentang diri Nya maka DIA akan menjawab
dengan pelbagai jawapan, bergantung kepada tahap kefahaman orang itu,
contohnya, Dia berkata, “Aku dekat, aku lebih dekat daripada urat leher mu”,
ataupun Dia berkata,”Tiada antara, antara Aku dan engkau,”
ataupun Dia akan berkata,”Aku ini Engkau.”
Keadaan ini berlaku bergantung kepada kedudukan orang yang bertanya itu, ketika ia bertanya.
Pada masa yang sama seseorang itu boleh berada pada makam Kesatuan atau makam kejamakan.
Makam kesatuan adalah adalah alam ketuhanan, di sini hanya ada DIA, dan
ego seseorang itu telah lebur dalam keesaan dengan Nya, manakala makam
kejamakan adalah yang mana ego seseorang itu masih belum lebur, dan ia
menggangap dirinya itu ada.
Tuhan dengan hamba tidak sama. Tuhan tetap tuhan dan hamba tetap hamba. Tidak mungkin Tuhan menjadi hamba dan hamba menjadi tuhan.
Yang baru tidak sesekali bercampur dengan yang kekal, yang baru tetap binasa dan yang kekal akan tetap kekal.
Yang penting di sini adalah bagaimana kita menempatkan diri kita, sama ada yang baru atau yang kekal,
tepuk dada tanya selera….
Respon :
By: ismailsgbuloh
Salam alaika Yaa Habib
Maaf, saya buka interaksi. Harap boleh menyanggupi.
Benar apa yang dikata: Status hamba tidak akan berubah. Ini yang menjadi kekeliruan kebanyakan Sang Salik. Dikiranya, dia menjadi Tuhan, Subhanallahi ‘amma yasifun.
Yang berubah ialah tahap keimanan yang datang dari kesedaran jiwa berkat dari petunjuk Ilahi. Kata orang Melaka – Divine Consciousness ataupun Divine Awareness. Kata orang Rembau – Kesedaran Ketuhanan…terhadap perhubungan di antara hakikat wujud alam, diri dan Ar-Robbul ‘alamin berdasarkan keilmuan yang benar.
Bila ini berlaku, bertambah kuatlah hamba dalam jiwa dan amalan kehambaannya. Hubungannya menjadi intim dengan Penciptanya, sehingga jiwanya larut dalam keintiman tersebut, tetapi tidak akan pernah bertukar status atau rupa kerana Zat yang Mutlak itu Esa tiada sekutu, malah meliputi segala yang tercipta.
Kehambaan itu bukti terhadap PenciptaanNya, dan Penciptaan itu bukti kepada kehambaannya.
Yang baqa itu adalah kehambaan dan yang fana itu diri hamba. Dalam ertikata lain, yang kekal itu kecintaan si pencinta terhadap Kekasihnya sedangkan si pencinta itu tetap pada ketentuan alami.
Maka terlahirlah suatu sintesis hasil perhubungan yang akrab ini. Sintesis ini yang baqa hasil dari garapan dua kewujudan yang berbeza. Namun, kecintaan si pencinta itu adalah anugerah dari yang dicintai kerna Dia yang memiliki cinta itu. Maka dari sudut ini Esa jua lah keadaannya.
Rumusannya, adanya dua kerana ada kehambaan dan Esa jua kesudahannya kerana lahirnya Kecintaan sejati.
By: hajirikhusyuk
salam alaika,,
ya,,
untuk mencapai makrifatullah yang benar, seseorang itu harus melalui
makam kebingungan-kebingunan,, atau makam kehairanan-kehairanan,,
kebingungan dan kehiranan ini timbul kerana fikiran (mind) tidak dapat
menerima dua jawapan yang bertentangan dan berlawanan itu adalah benar pada masa yang sama,,
kerana mind adalah hijab atau penghalang untuk mencapai makrifatullah,, hanya dengan rahmat allah juga seseorang itu dapat menakloki mind dan dengan itu dapat menerima dua jawapan yang bertentangan itu benar bagi satu soalan, pada masa yang sama.
ana berikan satu contoh,, kata-kata yang msyhur yang dikatakan oleh Sufi Mansur al Hallaj:
ana al hak (aku adalah kebenaran atau akulah tuhan).
Soalannya benar atau tidak?
ya,,,
terdapat dua jawapan yang bertentangan di sini: iaitu “benar” dan “tidak”.
jadi yang mana jawapan ante?
Jikalau jawapan ante benar,, maka ante akan dianggap zindik,,
seperti yang berlaku kepada al Hallaj,, dan hukumannya adalah
amat berat seperti yang telah berlaku terhadap beliau.
Tetapi jikalau jawapan ante tidak,,
maka ante tidak makrifatullah,,
di sinilah letaknya kebingungan-kebingungan itu,,
bagaimanapun ante perlu dapat menerima
kedua-dua jawapan itu benar,,
ante menerima kedua-dua jawapan iu benar, bukan kerana ikut-ikutan, tetapi kerana ilham yang ante terima dariNYA melalui qalbu ante.
itulah dikatakan makrifatullah itu adalah kurnia NYA, tidak akan bertemu dengan makrifat, sebelum mendapat kurnia dariNYA.
semoga bermanfaat.
By: ismailsgbuloh
Salam alaika Yaa Habib
Benar apa yang dicitrakan.
Fana sebenar-benar fana adalah pengakuan diri hamba yang ikhlas kepada Pencipta nya di atas ketidak-upayaannya dalam setiap urusan dirinya. Maka akan terbitlah cahaya atas cahaya didalam hatinya kerana inilah proses alami yang telah ditentukan.
Pengakuan ini berlaku setelah hatinya menyaksikan haqiqat kebenaran kewujudan alam kabir dan soghir. Maka Taqdir alami mendorong dia menyembah-sujud kepada Ilahi dalam keadan bertaubat atau kembali kepada Penciptanya … serba faqir…serba yatim…serba kedho’ifan. Natijahnya, si hamba akan diajarkan asas-asas ketuhanan yang kuat melalui apa saja saluran yang ditentukan keatasnya…mendapatkanlah dia akan bimbingan Ilahi. Fa alhamahaa fujuuroha wa taqwaahaa. Dikurniakan akan dia budi dan pekerti yang mulia.
Pengakuan ini berlaku berulang-ulang kali tetapi pada maqom syuhud yang berbeza tetapi menaik – sesuai dengan ilmu yang dicurahkan kedalam dada hamba, In Syaa Allah. Makrifat hanya berlaku didalam hati yang suci. Sucinya hati kerana ia telah disucikan oleh Pemilik hati tersebut.
Kesedaran yang semacam ini akan melahirkan perasaan terhutang budi yang kemudiannya akan melahirkan pula rasa mahabbah atau kecintaan. Ahwal hati begini pula melahirkan perbuatan-perbuatan yang diredhoi Allah SWT sebagai pelengkap kecintaan yang digarap.
Kesedaran ini yang dinamakan kesedaran ketuhanan atau divine consciousness, dimana tidaklah si hamba melihat dengan penglihatan Penciptanya semata-mata, kerana si hamba telah ridho akan ketentuan alami ke atasnya dan ridho hamba ini adalah penyaksian hati yang diridhoi Allah – sesuai dengan nas syar’iyyah. Maka itu, sandaran para Auliya’ Allah adalah AlQuran dan Hadith Rasul. Tiadalah mereka yaqin melainkan ada nas yang sabitannya jelas dan dibenarkan pula oleh matahati.
Inilah Taqdir Insani yang diridhoi Allah SWT yang telah tersurat didalam keabadian. Kedudukan maqom liqo’illah terserah pada ketentuan Ilahi akan sedikit atau banyaknya, akan kerendahan atau ketinggiannya, akan kejauhan atau kedekatannya….fana fillah wa baqo billah fa inni dho’ifun wa faqirun.

Hakikat Penghambaan
Ini berlaku apabila ego dan kecintaan terhadap diri sendiri terhapuskan, dan yang tinggal hanyalah Allah dan perbuatanNya. Ego dan kecintaan diri terhapus apabila berlaku tajali Dzat, sebelum tajali ini berlaku, kita tidak akan mencapai tahap kefanaan dan melebur dalam Dzat Allah.. dan dalam kefanaan ini kita akan hilang kecintaan terhadap diri sendiri.
Selama kita belum mencapai fana dzat, maka kita belum terlepas dari cinta ego sendiri, dan keperitan hidup. Bagaimanapun untuk mencapai fana dzat ini bukan lah satu perkara yang mudah. Ada orang , sehingga sampai hayatnya pun masih belum mencapai makam ini, ia memerlukan ketabahan hati dan kekuatan jiwa yang paling kuat untuk mencapai matlamat, tetapi matlamat yang dihajati itu sebenarnya adalah satu anugerah, berapa banyak kita berusha pun belum tentu mendapatinya, selagi anugerah itu belum diberikan.
Kita perlu banyak bersabar dan menanggung segala penderitaan dan ujian yang diberikan, semoga dengan itu Allah bermurah hati untuk mencapaikan matlamat yang kita hajati itu.
MasyaAllah.
Hanya ada Allah
Apabila di dalam hati seseorang itu hanya ada Allah, maka akan timbullah cahaya-cahaya alam malukut dan alam batin, juga akan timbul cahaya-cahaya alam pertengahan, alam barzah, alam kubur dan alam masyar.
Setelah hati seseorang itu terbuka dengan cahaya-cahaya tersebut, maka terbukalah segala-galanya baginya, sebab segala sesuatu telah bersama Allah, dengan Allah, dari Allah dan kepada Allah.
Sebenarnya orang yang ingat itu adalah orang yang mengingati Allah. Allah yang maha tak terjangkau… maka jiwa mereka pada masa itu menembus wilayah yang tidak dapat terjangkau olih makhluk-makhluk lain seperti, iblis, syaitan, jin dan sebagainnya.
Itulah jiwa mereka-mereka yang mukhlisun atau ikhlas. Apabila mereka berada di tahap ini insyallah ucapan mereka adalah berupa doa yang pastinya akan dikabulkan Allah… bak kata orang dulu-dulu, mereka ini “mulut masin” sebut saja jadi.
Contohnya, anda teringin hendak makan satay lembu, tiba-tiba anda merasakan satay di dalam mulut anda, pada hal anda tidak makan satay, ..tidak lama kemudian ada orang yang memberikan anda satay sebagai buah tangan.
Alangkah senonoknya berada di makam ini, tepuk dada tanya selera…..
MasyaAllah.
Perbuatan Nya
Apakah sebenarnya yang dikatakan perbuatan…
perbuatan adalah niat di dalam hati… bersama dengan kehadiran Nya
…lahiriah yang kelihatan seperti, berjalan, bekerja, berbual dan sebagainya itu..
adalah bentuk-bentuk perbuatan.. tetapi bukan perbuatan itu sendiri.
Apabila anda berkata-kata dari hati …. lehir-lehir makhluk akan tunduk… dengan perintah Nya.
MasyaAllah
Perbuatan adalah niat di dalam hati”
Niat – kerja hati
Perbuatan – kerja tubuh
mana sama bang oii….
Ada orang niat tapi tak buat dan ada orang buat tanpa niat (tak segaja buat)
By: Radzhi
Bagi saya niat di dalam hati dengan KEHADIRANNYA adalah perbuatan..sedangkan perbuatan yang dilakukan oleh tubuh adalah bentuk-bentuk perbuatan dan bukan perbuatan itu sendiri, perbezaan pendapat itu tidak salah, cuma jangan dijadikan masalah

- salam alaika
niat menandai perbuatan…
jikalau anda shalat itu sudah merupakan niat..
kalau niat masih diucapkan berarti itu bukan niat…
Qalbu hening
Qalbu nan hening … tanpa gemersik… tenang seperti permukaan tasik…. yang tidak ditiup angin,
dalam keadaan beginilah …. hati dan perasaan akan bergabung dan menjadi satu…
Dari suasana nan hening begini jugalah .. ilmu akan terpancar dari hati..
Apabila salik memandang kepada DZAT NYA…. DIA berkata ….ANA AL HAQ
Tetapi… apabila salik memandang kepada diri nya… (hakikatnya tiada)… dia berkata HUA AL HAQ….
Salik melihat… NYA.. melalui… DIRI NYA,
salik yang beginilah yang mengenal… NYA
Minta tolong
Minta tolong
Wastainu bi sabri wa salah…
Minta tolonglah dengan sabar dan solat…
Setelah solat…. duduklah dalam keadaan …Diam …segala fiziknya santai…,Tenang…jiwanya dan batinya tenang.. tanpa sebarang gangguan dari luar…, Wukuf..tumpuan penuh…mengingat Dzat Nya…
Dalam keadaan ini.. otak dan dada Salik akan berada dalam kedudukan yang selari dengan “otak” dan “dada” ….kehendak…… Allah..
Setiap kali dada mu sempit kembalilah dengan melakukan solat ….. mikraj.. dan dada mu akan menjadi tenang…
Allah akan memberikan ilham… jalan penyelesaian … kepada jiwa-jiwa nan tenang…
Setiap kali kamu menghadapi masalah…, jalan buntu…, dan sesuatu yang mendebarkan dalam kehidupanmu seharian,
Maka….kembalilah kepada NYA dengan …..mikraj… solat adalah mikraj bagi orang mukmim…
Itulah caranya Allah membimbing salik-salik nya ..(salik…mereka yang cintakan Allah)
Apabila Allah telah ada DI SINI
Dia juga telah MELIPUTI…. kerana Allah itu ….Yang Maha Meliputi… dan Maha Mengasihani…
MasyaAllah
Puncak tertinggi
Puncak tertinggi adalah mengenal Allah… Allah itu ADA. Untuk mencari yang ADA, seseorang salik itu perlu mati… “mati sebelum mati”… (jangan bunuh diri pula) … dengan itu tidaklah ia asyik dengan angan-angan kosong dan khayalan sahaja.
Salik dan dunia ini …hanya wujud dalam fikiran…. bagaimana pun ia tiada hakikatnya… kedua-suanya semata-mata …KOSONG. Sesuatu yang kosong tidak dapat menyampaikan kepada yang ADA.
Oleh itu… mencari yang ADA … daripada sesuatu yang tidak ada.. adalah sesuatu yang sia-sia… kerana yang tidak ada.. tidak berupaya menzahirkan yang ADA.
Sebaliknya …Yang ADA lah yang mewujudkan segala sesuatu “yang tidak ada”… KOSONG.. kepada yang ADA.
Dzat yang ghaib lagi ghaib itu… selama-lamanya tidak akan ada kenyataannya…. tetapi ada penzairan sifat-sifatnya.. terutamanya kepada salik yang mukmin.. salik yang mengenal NYA. Si salik hanya menjadi pernyataan … tajali… Dzat yang ghaibul ghaib.
Daripada AHDAH.. timbul pula …WAHDAH.. iaitu kenyataan kesempurnaan Sifat NYA.. inilah pintu untuk mengenal yang ADA…. yang tiada …KOSONG… tidak mungkin boleh bertukar menjadi Yang ADA…
DIA lah yang ADA, DIA lah Yang Zahir…Yang Batin…Yang Awal.. dan Yang Akhir…
Oleh yang demikian wujud NYA lebih terang dan nyata daripada wujud-wujud yang lain..
DIA lah Yang Melihat dan Yang Di Lihat..
Wujud kamu…. hanya tidak ada…. KOSONG….semata-mata.
Percaya diri atau percaya Allah
Banyak pakar motivasi… yang mahukan khalayaknya percayakan diri sendiri. …kata mereka percayakan diri itu penting untuk mencapai kejayaan di dunia yang penuh mencabar ini. … tetapi benarkah mereka yang percayakan diri itu akan mencapai kejayaan. .. kerana sering juga kita lihat mereka yang percayakan diri tetapi … akhirnya kecundang mengharungi hidup di dunia ini.
Bagaimanakah diri yang kosong ini… yang tiada hakikatnya bolih dipercayai… bagaimana mempercayai mereka yang tidak ada… tidak mungkin dengan cara yang demikian mereka akan berjaya…mustahil…
Sudah pasti yang paling nyata… yang paling ADA … adalah Dzat Yang Mesti Wujud (Allah), … jikalau kita percaya kepada yang INI… sudah pasti kita akan berjaya kerena DIA pasti dapat melaksanakan sesuatu, … kerana IA memang ADA… yang ADA pasti dapat menghasilkan sesuatu… berbanding yang tidak ada… yang kosong… yang kosong mustahil dapat berbuat sesuatu..
Apabila kita makan,.., yakinlah bukan mekanan itu yang mengenyangkan.. tetapi Allah, ..apabila kita bekerja… yakinlah Allah lah yang menyempurnakan … kerja kita itu,… apabila kita meminta kepada NYA ,… yakinlah DIA akan memberikan apa yang kita minta itu…
Latihlah diri begini selalu…agar ia menjadi kebiasaan,…bahawa kita hanya yakin kepada Allah, …bukan yang lainnya…
MasyaAllah.
Kunci makrifat
Apakah yang dikatakan kunci makrifat itu, pada umumnya sudah tentu kuncinya banyak dan bergantung kepada tahap kerohanian mereka itu..
Salah satu daripadanya ialah …. kecepatan mereka mengalihkan fokus perhatian mereka daripada makhluk kepada Allah…banyak mereka yang lupakan Allah dalam kehidupan seharian…apa yang mereka lihat hanyalah yang zahir sahaja… pandangan mereka tidak tembus kepada senario di belakang apa yang kelihatan… mereka yang begini sudah tentu tidak mempunyai makrifat..
Bagi yang mempunyai makrifat sudah tentu, telah menikmati banyak nikmat yang dianugerahkan oleh Yang Maha Pemberi, ..sudah tentu kenikmatan itu tidak terkirakan…bagaimanapun bagi memudahkan citra… secara umumnya ada tiga tanda-tanda yang dapat diperhatikan.. dan sudah pasti .. nanti yang diperolehi daripada yang tiga itu …lebih lagi…..
Pertama: anggota jasad mereka yang bermakrifat tenang… maksudnya tidak sakit….Kedua: kehidupan mereka aman.. iaitu tidak mengalaman stress dan angin ‘taufan’..dan yang Ketiga: kemenangan rohani dalam kehidupan mereka.. contohnya, syaitan dan jin tidak mengganggu mereka..
Mereka yang bermakrifat adalah mereka yang melihat Allah dengan mata hati, iaitu merasakan Dzahir nya Allah…
Mereka yang merasakan wujud Allah, …mereka itu berkekalan lebur dan tenggelam dalam merasakan NYA.
Kekuatan keyakinan
Ada antara mereka berdoa sekali sahaja dikabulkan Allah, ….tetapi ada pula antara mereka yang berdoa banyak kali tetapi masih tidak dikabulkan permintaan mereka.. apakah yang membuatkan permintaan mereka mendapat reaksi yang berbeza daripada Allah. Banyak yang menyalahkan Allah kerana tidak mengabulkan permohonan mereka, tetapi sebenarnya mereka yang silap kerana salah teknik memohon.
Bukan ayat yang dibaca itu yang sakti, tetapi pembaca itu , yang mempunyai keyakinan yang tidak berbelah bagi, keyakinan yang kental itu akan menghasilkan kekuatan batin di dalam diri mereka…. kekuatan itu sejajar dengan keyakinan yang mereka punyai… kekuatan batin ini pula akan menghasilkan getaran Rahsia Allah (Sir) yang terdapat di dalam diri mereka, hasil dari pancaran Dzat Allah, apabila getaran Dzat Allah telah wujud dalam diri mereka, … maka IA dapat mewujudkan apa yang diminta….
MasyaAllah.
Cinta
Cinta atau keinginan itu datang dari diri Dzat Maha Mutlak…
Kemudian terbitlah An Nur… iaitu Rasa Kesadaran Sejati…
Dan menjadi Rahsia atau Sirr kepada insan…
Inilah Hakikat Muhamadiah…
\
Nurun ala Nurin….
Tujuan
Tujuan
Allah suatu matlamat atau tumpuan fikiran yang Wujud Nya sudah tidak dapat difikirkan lagi…
….Kosong….. Hening…. Abadi…..
Namun kerana adanya pelbagai berhala…. fikiran… di dalam kepala…
Maka…tumpuan fikiran tidak pernah sampai kepada Allah…. iaitu…
Dzat Mutlak yang tidak dapat difikirkan dan dibayangkan
namun….. Maha Meliputi…
Cinta lah…..agar mencapai matlamat…….Allah
….. yang ku kasih… tiada siapapun, tiada apapun, tiada fikiranpun, hanya allah.
MasyaAllah
Langganan:
Postingan (Atom)