Laman

Rabu, 29 Agustus 2018

"RAHSIA KESEMPURNAAN SOLAT ".


Ketika Rasulullah saw didatangi Malaikat jibrail as atas perintah Allah swt untuk menjemput Nabi
Saw untuk di Mikraj bertemu Allah swt..Nabi saw meminta izin kepada Jibrail as untuk bersiap2 dan mendirikan solat 2 rakaat. Dan selesai saja maka Malaikat jibrail as pun membawa nabi as bergerak dari Makkah ke baitul muqaddis.
Dari baitul muqaddis Nabi saw di Mikrajkan...

Dalam perjalanan naik bertemu Allah swt dari satu langit ke satu langit ketika itulah jibrail as menunjukkan akan keadaan isi Neraka dan Syurga..diringkaskan sampailah Nabi Muhammad saw di silatul muntaha..dan berhenti di situ..
Jibrail as pun berkata pada Nabi saw,ya Muhammad sampai disini saja aku mampu membawa engkau dan seterusnya engkau sajalah naik sendiri kerana aku tiada upaya membawa engkau kerana jika aku naik lagi nescaya terbakarlah aku. Maka naiklah Nabi Muhammad saw sendirian.sesampainya Nabi saw dihadapan Robbul 'Alamiin Nabi saw pun duduklah diantara dua sujud dan Nabi saw pun berkata dihadapan Allah azza wajalla..
Attahiyatul mubarakatus solawatut taiyibatu lillah...Maka Allah swt pun berkata kepada Nabi saw...Assalamu'alaika aiyuhan nabiyu warahmatullahi wabarakatuh.....maka terdengar para malaikat dan sekelian makhluk lalu mereka menjawab...Assalamu'alaina wa'ala 'ibadillahis salihin....lalu berkata Nabi Muhammad saw....
Asy hadu alla ilaha ilallah...para makhluk pun menyambung...Wa'asy hadu anna Muhammadar rasulullah..dan mereka pun berselawat ke atas nabi...Allahumma solli 'ala Muhammad.
Dan Nabi saw pun memuji muji Allah swt..
Allahu akbaru kabiraw walhamdu lillahi kathiraw
Wasubhaballahi bukrataw wa asila.Wajjahtu wajhia
Lillazi fataras sama wati wal ardha hanifam muslimaw wama ana minal musyrikin...hingga akhir...
Maka berkata Allah swt kepada Nabi saw,
Aku berikan kamu solat 50 waktu ini untuk kamu dan umat mu..terimalah Nabi saw dgn ikhlas dan rendah hati tanpa membantah dan selepas itu nabi saw pun turun kebawah...ketika itulah Allah swt memerintahkan musa as agar menahan nabi saw untuk diperintahkan Nabi saw untuk naik semula untuk minta pengurangan..bila saja Nabi saw mendengar pesan Nabi musa as yg Allah perintahkan naik semula untuk minta pengurangan dgn segera Nabi saw naik semula untuk minta pengurangan.di ringkaskan begitulah
Keadaan Nabi Muhammad saw naik turun minta pengurangan sehingga tinggallah 5 waktu..
Maka berkata Allah swt kepada Nabi saw...
Telah ku kurangkan solat itu sehingga 5 waktu atas kasihku kepada mu dan rasanya cukuplah untuk kamu dan umat mu..dan pelajarinya hingga kamu memahaminya dan barulah engkau ajarkan kepada mereka..dan sampaikan pesanku...
Barang siapa yg meninggalkan solat akan aku berikan kepada mereka akan azabku yg amat pedih,kerana itulah soalan yg pertama yg akan ku tanyakan didalam kubur..
Akhirnya Nabi saw pun bersujud syukur lalu nabi saw bertasbih didalam sujudnya...subhanallah,walhamdulillah,wala illaha ilallah,Allahu akhbar 33x...dan nabi saw pun bangkit dan minta izin untuk berundur..
Dengan nama Allah nabi saw pun mula langkah turun seiring dgn lafas Bismillahir rahmaa nirrahiim..
Nabi saw berhenti seketika di langit 7 bertemu nabi Ibrahim as dan menceritakan perkhabaran antara dia dgn Allah swt..maka jawab nabi ibrahim: Alhamdulillah hirabbil 'alamiin.
Dan di ajarnya kepada nabi saw ttg cucuk tanam, tanaman syurga kepada nabi dan umatnya.
Itulah wirid harian dari isnin hingga ahad.
Sebab itu adanya selawat ibrahim as didalam tahyiyat akhir.
Dilangit ke 6 nabi saw berhenti seketika untuk mengucapkan terima kasih kepada nabi musa as dan disampaikan perkhabaran yg sama seperti yg disampaikan kepada ibrahim as..dengar
Tenang nabi musa as pun berkata Arrahmaa nirrahiim..sambil senyum..fahamlah nabi saw.
Dilangit ke 5 nabi berhenti seketika bertemu para nabi...disampaikan khabar yg sama dan ancaman Allah swt barang siapa yg meninggalkan
Solat dgn sengaja..maka sambut para nabi...
Maliki yau middiin...
Dilangit ke 4 nabi saw berhenti seketika bertemu dgn Nabi Nuh as..khabar yg sama disampaikannya
Lalu pesan Nabi Nuh as kepada nabi saw...
Iyyaka na'budu wa iyyaka nasta'in.
Dilangit ke 3 nabi saw berhenti seketika bertemu dgn Nabi yakub as khabar yg sama nabi saw sampaikan..pesan Nabi yakub as kepada nabi saw
Ihdinassiratal mustaqim.
Dilangit ke 2 nabi saw berhenti seketika bertemu dgn nabi Isa al maseh dan khabar yg sama nabi saw sampaikan..jawab nabi Isa al maseh..
Siratal ladzina an'amta 'alaihim,ghairil maqhdhubi 'alaihim walad dhaalliiin..
Maka turunlah nabi muhammad saw kebumi.
Dan mulalah Nabi Muhammad saw belajar memahaminya dgn bertanyakan Malaikat jibrail as..sehingga Nabi faham dan barulah nabi saw dirikan solat sempurna itu dan diajarkan kepada para sahabat dan umat2nya..
Bermula solat subuh 2 rakaat.
(Pertemuan Nabi saw dgn Tuhannya)
(Pertemuan 2 nur...Nur Muhammad dan Nur Allah).
Bermula solat zohor 4 rakaat.
(Zat,Sifat,Asma' dan Af'al).
Bermula solat asar 4 rakaat.
(Iman,Islam,Nur,Syuhud).
Bermula solat maghrib 3 rakaat.
(Allah,Muhammad,Adam).
Segala rahsia dan amanah didalam Adam.
Allah dalil Muhammad didalam Adam.
Bermula solat isyak 4 rakaat.
(Badan,Ruh(Aku),Diri,Siir.)
Inilah Rahsia disebalik Rahsia yg tersimpan kemas didalam diri manusia.
Berada didalam hakikat Solat.
"Al insanu siiri,wa anna siiruhu".
"Manusia itu RahsiaKu dan Aku adalah Rahsianya".
"Wafi amfusikum afala tubsiiruun".
"Didalam dirimu kenapa engkau tidak lihat".