Laman

Rabu, 17 Januari 2018

Berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W.

Allahumma Salli Ala Sayyidina Muhammad wa’ala ali sayyidina Muhammad….
Sheikh Abdul Qadir Al-Jilani Al-Hasani menyatakan tentang kelebihan berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. di dalam kitabnya al-Safinah al-Qadiriyyah. Beliau meriwayatkan daripada Ibnu Farhun berkata: Berselawat kepada Nabi Muhammad s.a.w. itu mempunyai empat puluh dua kelebihan. Hal ini tertulis di dalam kitabnya ‘Hadaiq al-Anwar’:
1. Melaksanakan perintah Allah.
2. Bersamaan dengan selawat Allah kepada Rasulullah s.a.w.
3. Bersamaan dengan selawat para malaikat.
4. Mendapat ganjaran sepuluh kali selawat daripada Allah atas setiap kali selawat yang diucapkan (selawat daripada Allah bererti rahmat).
5. Dikurniakan oleh Allah sepuluh darjat atas tiap-tiap satu selawat.
6. Dituliskan oleh malaikat sepuluh kebaikan atas setiap selawat.
7. Dihapuskan oleh Allah sepuluh kejahatan atas setiap selawat.
8. Segala doa akan diperkenankan oleh Allah.
9. Mendapat syafaat daripada Rasulullah s.a.w.
10. Mendapat keampunan Allah serta akan ditutup segala keaiban.
11. Allah akan menutupi segala dukacita.
12. Dikurniakan maqam hampir kepada Rasulullah s.a.w.
13. Mendapat darjat al-Sidq.
14. Ditunaikan segala hajat.
15. Salam sejahtera pada hari kiamat.
16. Allah dan para malaikat akan berselawat ke atas individu yang berselawat.
17. Mendapat khabar gembira daripada Allah dengan balasan syurga.
18. Salam sejahtera pada huru-hara hari kiamat.
19. Rasulullah s..a.w. akan menjawab secara langsung ke atas setiap selawat yang dibacakan.
20. Mudah mengingat semula perkara-perkara yang lupa.
21. Mendapat kedudukan yang baik pada hari kiamat serta tidak akan kecewa pada hari itu.
22. Tidak akan merasai fakir.
23. Terpelihara daripada dihinggapi sifat bakhil.
24. Mendapat kesejahteraan daripada doa Rasulullah s.a.w. kepada yang berselawat.
25. Selawat akan menjemput setiap pengucapanya ke jalan syurga.
26. Menjauhkan seseorang itu daripada terlibat dalam majlis-majlis yang tidak disebut padanya nama Allah dan Rasul-Nya atau daripada majlis-majlis lagha.
27. Berselawat menyempurnakan kalam pujian Allah apabila disebut (di dalam doa), maka akan disambut selepas itu dengan kalimah selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w.
28. Selamat melintasi titian Sirat al-Mustaqim pada hari kiamat.
29. Disambut oleh Allah pada hari kiamat dengan kata-kata pujian yang lunak.
30. Mendapat balasan rahmat yang luas daripada Allah.
31. Mendapat keberkatan daripada Allah.
32. Mendapat kesempurnaan iman.
33. Kasih dan cinta kepada Rasulullah s.a.w.
34. Mendapat hidayah Allah dan dikurniakan hati yang sentiasa hidup mengingati Allah.
35. Setiap selawat yang dibaca akan dibentangkan di hadapan Rasulullah s.a.w. secara langsung.
36. Teguh pendirian dengan kebenaran.
37. Berselawat bererti kita menggunakan sebahagian hak-hak Rasulullah s.a.w. ke atas diri kita. Di samping itu ianya dianggap sebagai mensyukuri nikmat Allah yang mengurniakan dan mengutuskan Rasulullah s.a.w. kepada kita.
38. Berselawat juga bererti zikrullah, bersyukur serta mengikut segala nikmat yang dikurniakan oleh Allah.
39. Berselawat bererti melengkapkan pengertian berdoa dan memohon kepada Allah, ke atas Rasulullah s.a.w. dan kepada diri sendiri.
40. Antara kelebihan yang paling hebat kepada setiap individu ialah akan terjelma gambaran Rasulullah s.a.w. di dalam jiwanya.
41. Dikurniakan oleh Allah maqam seorang Syeikh dan Murabbi.
42. Mendapat kebahagiaan, ketenangan hidup didunia dan akhirat.
Firman Allah Ta’ala yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad s.a.w); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.” (Surah Al-Ahzaab 33:56)
Wallahu’alam...
Boleh Rujuk:
– Al-Quran & Hadis
– Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
– Buku 60 Kisah Bertemu Rasulullah s.a.w



SYARAH HADIS JIBRIL TENTANG ISLAM, IMAN DAN IHSAN


عَنْ عُمَرَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ أَيْضًا قَالَ : بَيْنَمَا نَحْنُ جُلُوْسٌ عِنْدَ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم ذَاتَ يَوْمٍ إِذْ طَلَعَ عَلَيْنَا رَجُلٌ شَدِيْدُ بَيَاضِ الثِّيَابِ شَدِيْدُ سَوَادِ الشَّعْرِ, لاَ يُرَى عَلَيْهِ أَثَرُ السَّفَرِ وَلاَ يَعْرِفُهُ مِنَّا أَحَدٌ, حَتَّى جَلَسَ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم, فأَسْنَدَ رُكْبَتَيْهِ إِلَى رُكْبَتَيْهِ, وَوَضَعَ كَفَّيْهِ عَلَى فَخِذَيْهِ, وَ قَالَ : يَا مُحَمَّدُ أَخْبِرْنِيْ عَنِ الإِسْلاَمِ, فَقَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم : اَلإِسْلاَمُ أَنْ تَشْهَدَ أَنْ لاَإِ لَهَ إِلاَّ اللهُ وَ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُوْلُ اللهِ, وَتُقِيْمُ الصَّلاَةَ, وَتُؤْتِيَ الزَّكَاةَ, وَتَصُوْمَ رَمَضَانَ, وَتَحُجَّ الْبَيْتَ إِنِ اسْتَطَعْتَ إِلَيْهِ سَبِيْلاً. قَالَ : صَدَقْتُ. فَعَجِبْنَا لَهُ يَسْئَلُهُ وَيُصَدِّقُهُ. قَالَ : فَأَخْبِرْنِيْ عَنِ الإِيْمَانِ, قَالَ : أَنْ بِاللهِ, وَمَلاَئِكَتِهِ, وَكُتُبِهِ, وَرُسُلِهِ, وَالْيَوْمِ الآخِرِ, وَ تُؤْمِنَ بِالْقَدْرِ خَيْرِهِ وَ شَرِّهِ. قَالَ : صَدَقْتَ. قَالَ : فَأَخْبِرْنِيْ عَنِ الإِحْسَانِ, قَالَ : أَنْ تَعْبُدَ اللهَ كَأَنَّكَ تَرَاهُ فَإِنْ لَمْ تَكُنْ تَرَاهُ فَإِنَّهُ يَرَاكَ. قَالَ : فَأَخْبِرْنِيْ عَنِ السَّاعَةِ قَالَ : مَا الْمَسْؤُوْلُ عَنْهَا بِأَعْلَمَ مِنَ السَّائِلِ. قَالَ : فَأَخْبِرْنِيْ عَنْ أَمَارَاتِهَا, قَالَ : أَنْ تَلِدَ الأَمَةُ رَبَّتَهَا, وَأَنْ تَرَى الْحُفَاةَ الْعُرَاةَ الْعَالَةَ رِعَاءَ الشَّاءِ يَتَطَاوَلُوْنَ فِيْ الْبُنْيَانِ, ثم اَنْطَلَقَ, فَلَبِثْتُ مَلِيًّا, ثُمَّ قَالَ : يَا عُمَرُ, أَتَدْرِيْ مَنِ السَّائِل؟ قُلْتُ : اللهُ وَ رَسُوْلُهُ أَعْلَمُ. قَالَ : فَإِنَّهُ جِبْرِيْلُ
 أَتَاكُمْ يُعَلِّمُكُمْ دِيْنَكُمْ. رَوَاهُ مُسْلِمٌ

Umar bin Khattab Radhiallahu anhu berkata :
Suatu ketika, kami (para sahabat) duduk dekat Rasululah Shallallahu ‘alaihi wa sallam. Tiba-tiba muncul kepada kami seorang lelaki mengenakan pakaian yang sangat putih dan rambutnya amat hitam. Tak terlihat padanya tanda-tanda bekas perjalanan, dan tak ada seorang pun di antara kami yang mengenalnya. Ia segera duduk di hadapan Nabi, lalu lututnya disandarkan kepada lutut Nabi dan meletakkan kedua tangannya di atas kedua paha Nabi, kemudian ia berkata : “Hai, Muhammad! Beritahukan kepadaku tentang Islam.”

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam menjawab,”Islam adalah, engkau bersaksi tidak ada yang berhak diibadahi dengan benar melainkan hanya Allah, dan sesungguhnya Muhammad adalah Rasul Allah; mendirikan sholat; menunaikan zakat; berpuasa di bulan Ramadhan, dan engkau menunaikan haji ke Baitullah, jika engkau telah mampu melakukannya,” lelaki itu berkata,”Engkau benar,” maka kami hairan, ia yang bertanya ia pula yang membenarkannya.
Kemudian ia bertanya lagi: “Beritahukan kepadaku tentang Iman”.
Nabi menjawab,”Iman adalah, engkau beriman kepada Allah; malaikatNya; kitab-kitabNya; para RasulNya; hari Akhir, dan beriman kepada takdir Allah yang baik dan yang buruk,” ia berkata, “Engkau benar.”

Dia bertanya lagi: “Beritahukan kepadaku tentang ihsan”.
Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam menjawab,”Hendaklah engkau beribadah kepada Allah seakan-akan engkau melihatNya. Kalaupun engkau tidak melihatNya, sesungguhnya rasakan yang Dia melihatmu.”

Lelaki itu berkata lagi : “Beritahukan kepadaku bila terjadi Kiamat?”
Nabi menjawab,”Yang ditanya tidaklah lebih tahu daripada yang bertanya.”
Dia pun bertanya lagi : “Beritahukan kepadaku tentang tanda-tandanya!”
Nabi menjawab,”Jika seorang budak wanita telah melahirkan tuannya; jika engkau melihat orang yang bertelanjang kaki, tanpa memakai baju (miskin papa) serta manusia saling berlumba² dalam mendirikan bangunan megah yang menjulang tinggi.”
Kemudian lelaki tersebut segera pergi. Aku pun terdiam, sehingga Nabi bertanya kepadaku : “Wahai, Umar! Tahukah engkau, siapa yang bertanya tadi?”
Aku menjawab,”Allah dan RasulNya lebih mengetahui,” Beliau bersabda,”Dia adalah Jibril yang mengajarkan kalian tentang agama kalian.” [HR Muslim,]
TAKRIJ HADIS

Hadis ini secara lengkap diriwayatkan oleh Imam Muslim, dan diriwayatkan juga oleh Imam Ahmad, Abu Daud, at Tirmidzi, an Nasaa-i, Ibnu Majah, Ibnu Mandah dalam al Iman, ath Thoyalisi, Ibnu Hibban , al Aajurri dalam asy Syari’ah, Abu Ya’la, al Baghawi dalam Syarhus Sunnah, al Marwazi dalam Ta’zhim Qadris Shalat, ‘Abdullah bin Ahmad dalam as Sunnah , al Bukhari dalam Khalqu Af’aalil ‘Ibaad (190), Ibnu Khuzaimah dari sahabat Ibnu ‘Umar dari ayahnya ‘Umar bin Khathab.
Hadis ini mempunyai syawahid (penguat) dari lima orang sahabat. Mereka disebutkan oleh al Hafizh Ibnu Hajar al ‘Asqalani dalam Fathul Baari (I/115-116), yaitu :
– Abu Dzar al Ghifari (HR Abu Dawud dan Nasaa-i).
– Ibnu ‘Umar (HR Ahmad, Thabrani, Abu Nu’aim).
– Anas (HR Bukhari dalam kitab Khalqu Af’aalil Ibaad).
– Jarir bin ‘Abdullah al Bajali (HR Abu ‘Awanah).
– Ibnu ‘Abbas dan Abu Amir al ‘Asy’ari (HR Ahmad, sanadnya hasan)

hadis mutawatir tidak banyak, wajib diibadahi..
ianya asas tunjang bagi muslimin muslimat, dan kata Prof dr abdullah muhamad basmeih, jika tiada salah satu ni maka rosakklah akidah seseorang..
Qadhi ‘Iyaadh (wafat th. 544 H) berkata : “Hadits ini mencakup penjelasan semua amal ibadah yang zhahir maupun bathin, di antaranya ikatan iman, perbuatan anggota badan, keikhlasan, menjaga diri dari perosak-perosak amal. Bahkan ilmu-ilmu syari’at, semuanya kembali kepada hadis ini dan merupakan pecahannya”.
Beliau melanjutkan: “Atas dasar hadis ini dan ketiga macamnya, aku menulis kitab yang aku namakan al Maqooshid al Hisaan fii ma Yalzamul Insaan. kerana tidak menyimpang dari yang wajib, sunnah, anjuran, peringatan, makruh dari ketiga macamnya. Wallahu a’lam. [Syarah Shahih Muslim I/158].

Imam Nawawi (wafat th. 676 H) berkata,”Ketahuilah, bahwa hadis ini menghimpun berbagai macam ilmu, pengetahuan, adab, dan kelemah-lembutan. Bahkan hadis ini merupakan pokok Islam, seperti yang kami riwayatkan dari Qadhi ‘Iyaadh. [Ibid. I/160].
Imam al Qurthubi (wafat th. 671 H) berkata,”Hadis ini layak disebut sebagai Ummus Sunnah (induk hadis), kerana mengandung ilmu hadis.” [Fathul Baari I/125].


4 (empat) HAWA NAFSU

Pada jasmani kita (manusia) , ada 4 kelompok HAWA NAFSU yaitu:
1. NAFSU AMARAH
yang bentuk perwujudannya berupa sifat marah, dengki, ujub dan syirik.
_
Nafsu ini sumbernya di TELINGA yang dapat timbul melalui hantaran pendengaran.
_
(2 lubang Telinga, disimbolkan pintu Umar bin Khatab)
-----------------------------------------------------------------------------------------------
2. NAFSU LAWAMAH
yang termanifestasikan dalam bentuk sifat rakus, tamak, loba dan malas.
_
Nafsu ini sumbernya di MULUT yang dapat dimbul melalui hantaran pengucapan atau peengecapan.
_
(1 lubang mulut disimbolkan pintu Ali bin Thalib)
-----------------------------------------------------------------------------------------------
3. NAFSU SUFIYAH
yang termanifestasikan dalam bentuk sifat cinta, kekaguman, dan keindahan.
_
Nafsu tersebut berada pada MATA yang akan timbul melalui hantaran penglihatan.
_
(2 lubang mata disimbolkan pintu Usman bin Affan)
-----------------------------------------------------------------------------------------------
4. NAFSU MUTHMAINAH
yang termanifestasikan dalam sifat ketenangan dan kedamaian.
_
Nafsu tersebut berada di HIDUNG yang dapat timbul melalui hantaran pernafasan.
_
(2 lubang hidung disimbolkan pintu Abu Bakar)
------------------------------------------------------------------------------------------------
Ke 4 (empat) NAFSU yang termanifestaasikan dalam bentuk pendengaran, pengucapan (pengecapan), penglihatan dan pernafasan, pada akhirnya akan menimbulkan “HAWA” yang berbentuk RASA JASMANI yakni
Rasa Pendengaran.
Rasa Pengecapan atau pengucapan
Rasa Penglihatan
Rasa Pernafasan atau penciuman
Semua bentuk “RASA” tersebut bersifat ghaib atau bathin yang tidak berwujud tetapi bisa dirasakan keberadaannya.
_
Ke-empat RASA dari NAFSU tersebut dapat dimatikan maupun dihidupkan, tergantung dari bagaimana kita menutup atau membuka “pintu” keluar masuknya RASA dari Sumber NAFSU tersebut.
-----------------------------------------------------------------------------------------------
Cara menutup pintu HAWA NAFSU tersebut, dengan mempergunakan “alat” yang telah diberikan oleh ALLAH kepada setiap manusia, sesuai firman ALLAH :
“Carilah Akhirat dengan “alat” yang telah Kami anugerahkan kepadamu dan janganlah kamu lupakan kenikmatan dunia” (QS Al Qashash 28: 77)
_
“Tatkala aku berada di sisi Rasulullah Saw, tiba-tiba beliau bertanya : Adakah orang asing diantara kamu ?” lantas beliau memerintahkan supaya pintu di tutup dan bersabda “Angkat tangan kamu” (HR Al Hakim)
_
“Tutup pintumu dan ingatlah ALLAH ”. (HR Bukhari).
_
Diriwayatkan dari Ibnu Abbas dari Nabi saw ” Tutuplah seluruh pintu-pintu kecuali pintu Abu Bakar.”
-----------------------------------------------------------------------------------------------
Prosesi “menutup pintu” HAWA NAFSU yang ada pada kepala manusia, inilah yang dinamakan dengan “Takbiratul Ihram”, (Takbir Larangan) yang mempunyai arti bahwa ketika kita mengangkat kedua telapak tangan kita saat mengawali SHOLAT, kita diharamkan atau dilarang untuk melakukan aktifitas inderawi seperti mendengar, melihat, dan berbicara kecuali BERNAFAS (simbol pintu Abu Bakar), karena kita sedang berhadapan dengan ALLAH Swt (bertawajuh).
_
Hal ini sesuai dengan firmanNYA yang artinya,
“Sesungguhnya aku menghadapkan diriku kepada RABB yang menciptakan langit dan bumi, dengan cenderung kepada agama yang benar, dan aku bukanlah termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan”. (QS Al An’am 6: 79)
_
Ayat di atas merupakan pernyataan setiap kali kita SHOLAT, bahwa kita menyadari sedang menghadapkan wajah kita kepada ALLAH , yang Maha Suci (bertawajuh).
_
Kemudian dilanjutkan dengan penegasan bahwa
“Sholatku, Ibadahku, Hidupku dan Matiku semata-mata hanya untuk Allah semata”.
-----------------------------------------------------------------------------------------------
Jika keadaan ini terjadi, tak mungkin akal kita berkeliaran tak terkendali mengingat selain ALLAH . Kita juga tidak akan melakukan perbuatan yang melanggar tuntunan ALLAH .
_
“Bacalah apa yang telah diwahyukan kepadamu, yaitu Al Kitab dan dirikan sholat. Sesungguhya sholat mencegah dari perbuatan keji dan mungkar. Dan sesungguhnya mengingat ALLAH dalam (sholat) adalah lebih besar (keutamaannya dari ibadah-ibadah lain)” (QS Al Ankabut 29: 45)
ALLAH memberikan gelar kepada orang yang SHOLAT tidak sesuai dengan ikrar/sumpahnya sebagai SHOLATnya orang munafik.
_
“Sesungguhnya orang-orang munafik itu menipu ALLAH dan ALLAH akan membalas tipuan mereka. Dan apabila mereka berdiri untuk Sholat, mereka berdiri dengan malas. Mereka bermaksud riya (dengan sholat) di hadapan manusia. Dan tidaklah mereka dzikrullah (menyebut ALLAH ) kecuali hanya sedikit sekali” (QS An-Nisa 4: 142)
-----------------------------------------------------------------------------------------------
Ketika melakukan SHOLAT,
ada kalanya mengalami rasa jenuh dan tidak kusyu’, padahal dalam doa iftitah kita telah berikrar bahwa kita sedang menghadapkan wajah kita kepada ALLAH
Hal ini terjadi karena tidak mengetahui bagaimana cara melakukan Takbiratul Ihram dengan baik.
_
Nabi Muhammad Saw bersabda, bahwa “SHOLAT itu adalah mi’rajnya orang-orang mukmin”. Yaitu naiknya JIWA meninggalkan ikatan NAFSU yang terdapat dalam fisik manusia menuju ke hadirat ALLAH .
_
Apakah kita bisa “bertemu” dengan ALLAH ketika SHOLAT ?
Sebagian orang menanggapi hadits tersebut dengan sikap apriori dan berkeyakinan bahwa manusia tidak mungkin bertemu dengan ALLAH di dunia. Akibatnya kebanyakan orang tak mau pusing mengenai hakikat SHOLAT atau bahkan hanya menganggap SHOLAT sebagai kewajiban yang harus dilakukan tanpa harus memikirkan fungsi dan tujuannya.
-----------------------------------------------------------------------------------------------
Dilain pihak ada orang yang melakukan SHOLAT, telah mengerahkan segenap daya untuk mencapai kusyu’, akan tetapi tetap saja pikiran masih menerawang tidak karuan sehingga tanpa disadari sudah keluar dari “kesadaran SHOLAT”.
_
ALLAH telah mengingatkan hal ini, bahwa banyak orang SHOLAT akan tetapi kesadarannya telah terseret keluar dari keadaan SHOLAT itu sendiri, yaitu bergeser NIATnya bukan lagi karena ALLAH .
_
Hal itu terjadi bagi orang yang dalam SHOLATnya tidak menyadari bahwa ia sedang berhadapan dengan Tuhannya sehingga pikirannya melayang liar tanpa kendali.
_
SHOLAT yang demikian adalah SHOLAT yang shahun.
_
Keadaan tersebut bertentangan dengan firman ALLAH yang menghendaki SHOLAT sebagai jalan untuk mengingat ALLAH .
_
“… maka sembahlah AKU dan dirikanlah sholat untuk mengingat AKU” (QS Thaha 20: 14)
“… dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang lalai” (QS Al A’raaf 7: 205)
Inilah rangkaian ayat yang menunjukkan kepada masalah kedalaman ibadah SHOLAT, yaitu untuk mengingat ALLAH, bukan sekedar membungkuk, bersujud dan komat-kamit tiada sadar dengan yang dilakukan.
-----------------------------------------------------------------------------------------------
SHOLAT yang hanya komat-kamit inilah yang banyak dilakukan orang, sehingga sampai sekarang banyak yang tak mampu mencerminkan watak MUSHALILIN yang sebenarnya, yaitu tercegah dari perbuatan keji dan mungkar.
_
“Jangan engkau mendekati SHOLAT sedang kamu dalam keadaan mabuk (tidak sadar)… “ (QS An nisa 4: 43)
Nahyi (larangan) ditujukan kepada MUSHALILIN agar tidak melakukan SHOLAT jika masih belum sadar bahwa dirinya sedang berhadapan dengan Sang Khaliq. Larangan itu merupakan syarat mutlak dari ALLAH .
_
Coba kita renungkan...,
untuk mendekati saja kita dilarang, apalagi untuk melakukannya.
-----------------------------------------------------------------------------------------------
Jika tetap dilakukan maka ALLAH akan murka, yang ditunjukkan dengan sabda-NYA :
“..maka celakalah orang yang SHOLAT, (yaitu) orang-orang yang lalai dalam SHOLATnya dan orang-orang yang berbuat riya” (QS Al-ma’un 107: 4-6)”
_
ALLAH juga memberikan pujian kepada orang-orang mukmin yang khusyu dalam SHOLATnya
_
“Sungguh beruntunglah mereka yang beriman yaitu orang-orang yang khusyu’ dalam sholatnya” (QS Al Mukminun 23: 1-2),
AL-QUR'AN menyebutkan penyebab dicabutnya ILMU KHUSYU’, yaitu karena memperturutkan HAWA NAFSU dan me-LALAI-kan SHOLATnya.
_
Dalam AL-QUR’AN ALLAH juga telah menunjukkan jalan bagi yang mendapatkan kekhusyu’an
_
“Jadikanlah SABAR dan SHOLAT sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu’, (yaitu) orang-orang yang meyakini, bahwa mereka akan menemui Tuhannya, dan bahwa mereka akan kembali kepada-NYA.” (QS Al Baqarah 2: 45-46)
------------------------------------------------------------------------------------------------
Semoga kita dapat merasakan menemui ALLAH, kedekatan dengan ALLAH, mengetahui posisi/derajat kita di sisi ALLAH .
_
Semakin kita dekat dengan ALLAH maka kita akan semakin sibuk dengan Allah, semakin jauh kita dengan ALLAH maka kita akan semakin sibuk dengan diri kita sendiri.
_
Semakin kita dekat dengan ALLAH maka kita yakin bahwa segala keperluan kita didunia, ALLAH akan mencukupkannya,
Sedangkan semakin jauh kita dengan ALLAH maka kita akan “kepayahan” dengan upaya sendiri memenuhi segala keperluan kita di dunia.
-----------------------------------------------------------------------------------------------
Orang yang dekat dengan ALLAH dikenal sebagai orang-orang Arif.
_
Orang-orang Arif adalah orang yang menyibukkan dirinya dengan ALLAH dan hanya melakukan perbuatan jika ALLAH yang berkenan bukan karena keinginan mereka sendiri.
_
Mereka paham bahwa ALLAH memberi mereka sesuatu yang lebih daripada apa yang mereka berikan untuk diri mereka sendiri.
_
Jalan untuk dapat selalu menyibukkan diri dengan ALLAH atau mengetahui apa yang ALLAH berkenan adalah dengan “mengenal” ALLAH , yakni yang kita kenal MAKRIFATULLAH.
-----------------------------------------------------------------------------------------------
Dengan mengenal ALLAH (MAKRIFATULLAH) maka kita bisa memahami apa yang ALLAH berkenan.
_
ILMU untuk mempelajari tentang MAKRIFATULLAH itulah Ilmu TASAWUF.
_
Untuk mencapai pemahaman orang-orang arif tidak cukup dengan metode pemahaman secara harfiah atau tekstual akan tetapi melalui metode pemahaman yang lebih dalam / maknawi atau dikenal “mengambil pelajaran” dengan hikmah.
------------------------------------------------------------------------------------------------
Sesuai dengan firman ALLAH ,
“ ALLAH menganugerahkan al hikmah (kefahaman yang dalam tentang AL-QUR’AN dan As Sunnah) kepada siapa yang dikehendaki-NYA. Dan barangsiapa yang dianugerahi hikmah, ia benar-benar telah dianugerahi karunia yang banyak. Dan hanya orang-orang yang berakallah yang dapat mengambil pelajaran (dari firman ALLAH ).” (Al-Baqarah – 269).