Laman

Rabu, 23 Oktober 2013

ILham hatiku


matahari 

Hati kecilku sering berkata;  ikutilah,  laksanakanlah dengan ikhlas segala pesanan benar yang telah kau ketahui, kalau tidak kau laksanakannya dalam kehidupanmu seharian,  maka seakan-akan ia tidak kau ketahui dan tidak akan memberikan manfaat kepadamu.

Hai hatiku apakah  yang harus ku laksanakan?

Laksanakanlah kata-kata hatimu itu dengan benar:

Bahawa orang yang sentiasa tenggelam dalam ingatan kepada NYA adalah Diri NYA sendiri.

Barangsiapa  yang mengetahui bahawa sesungguhnya dia tiada, yang ada hanya Allah, maka sesungguhnya Dia telah mengenal Tuhannya yang Maha Esa.

Bersyahadah itu bersaksi kepada yang Disaksikan dan berzikir itu mengingat yang  Dilihat.

Sesungguhnya Dia adalah bukti nyata atas Diri NYA  sendiri.

Si Fakir nan arif melihat Dia dengan Diri Nya Sendiri.

Akulah bukti akan Dia, kerana Aku dan Dia tidak pernah menyatu, kerana Aku dan Dia tidak pernah mendua. Aku dan Dia tidak perlu bersatu kerana,…Akulah…Dialah…Aku.

Betapa Tuhan dapat dilihat oleh selain Diri NYA,….tidak mungkin,…Hanya Dia melihat Diri NYA  Sendiri. Inilah dia Isbatul Yakin..

Seruan


patung samiri-musa 

 

Seruan Allah kepada seorang Arif billah,   

yang sudah sampai kepada pengenalan sejati.

Buangkan  jauh-jauh dari dirimu segala apa yang engkau lihat, lepaskan dirimu dari daya tarik apa pun yang ada, dan dari pengaruh yang bagaimanapun,  terutamanya  dari sebarang rangsangan-rangsangan, yang membuat sampah di kepalamu.

Keluarlah engkau dari ilmumu,  amalmu, pengenalan makrifatmu, bahkan dari dirimu dan namamu sekalipun..

Keluarlah engkau dari huruf dan mahruf….

Lemparkan segala ibarat ke belakangmu dan campakkan erti dan makna ke belakang ibarat, dan lemparkan pendapat ke belakang erti dan makna,..

Maka masuklan engkau seorang diri… masuklah ke rumah Allah seorang diri..

Nescaya engkau akan melihat Aku sendiri.

Itulah sebenarnya tajrid (penghapusan) yang sewajibnya dilakukan oleh seorang salik untuk dapat masuk ke Hadirat Ilahi.

Dan itu adalah suatu perjalanan rohani yang tidak dapat dicapai oleh setiap orang,

melainkan orang-orang  yang tertentu sahaja, orang dikasihi Allah.

Dan bersyukurlah jikalau engkau telah diberi pengetahuan,  walaupun baru sampai ke tahap ini, kerana sememangnya ia suatu anugerah yang besar..

MasyaAllah.

Kufur


msai 

Kufur adalah menutup Keesaan Allah dengan tabir yang banyak..kejamakan, segala apa yang kelihatan di dunia ini adalah sebagai tabir yang menghalang  penglihatan kepada Allah.

Syirik pula adalah menganggap Wujud Allah yang satu sebagai dua, atau lebih daripada dua, syirik sentiasa beralaku sama ada di dalam ibadah atau di luar ibadah, kecuali bagi mereka  yang telah kasyaf, iaitu yang telah melihat Wajah Allah.

Menurut Syariat, kufur dan syirik adalah kotoran dan dosa yang perlu dibersihkan atau dibuang terlebih dahulu supaya amal ibadah yang dilakukan mendapat pahala daripada Allah.

Menurut Tarikat kufur dan syirik adalah cinta kepada dunia, kerana cinta dunia telah membuatkan mereka terhijab daripada Allah.

Manakala menurut Hakikat pula kufur dan syirik adalah mengadakan gyair (selain Allah), dan tidak melihat Keesaan Allah di sebalik yang banyak, iaitu di sebalik apa yang kelihatan di alam maya ini.

Walaupun Allah telah menperingatkan manusia di dalam Al-Quran bahawa Tuhan itu adalah Satu,.. Esa. Tetapi kebanyakan manusia tidak mengindahkan firman Allah ini, mereka tetap mensyirikkan Allah dalam setiap apa yang mereka lakukan. Dan Allah juga telah mengingatkan bahawa kebanyakan manusia tidak beriman kepada Allah tanpa menyekutukannya atau mensyirikkannya.

Firman Allah Albaqarah:ayat 163: Sesungguhnya Tuhanmu adalah Tuhan yang satu.

Firman Allah Surah Yusuf ayat 106: Dan kebanyakan mereka tidak beriman dengan Allah tanpa menyengutukan yang lain dengan NYa.

Syirik bukan senang dilihat Ia menyerap dalam semua orang, umpama semut hitam yang berjalan di atas batu yang hitam pula, kecuali bagi mereka yang sudah makrifah. Syirik dan kufur ini hanya dapat dihapuskan apabila seseorang itu mengEsakan Allah dalam setiap yang dilakukannya.

MasyaAllah.

Nyata


pemandanganJikalau kita teliti dengan benar akan kita dapati bahawa Wujud Allah adalah lebih nyata daripada segala wujud lain yang kelihatan. Wujud Allah itulah yang melihat dan yang dilihat,  wujud itulah yang mendengar dan didengar, dan sebagainya, kerana Dialah yang Awal dan yang Akhir.

Sebagai contoh, cahaya tidak boleh melihat tanpa cahaya, kerana jikalau tiada cahaya yang ada hanyalah kegelapan, seperti di malam hari, tiada ada benda yang dapat dilihat,  dan seterusnya apa yang terlihat,  jikalau ada cahaya,  ialah cahaya itu sendiri.  Benda-benda lain adalah gelap, tidak kelihatan, kerana tiada cahaya.  Oleh kerana itu orang dapat melihat kerana adanya cahaya,  dan benda  gelap dapat dilihat kerana adanya cahaya.   

Sebagai analogi,  semua wujud selain Allah adalah gelap. Wujud benda-benda itu dipinjam daripada Wujud Allah, dan adalah suatu amanah daripada Allah. Dialah yang melihat dan yang dilihat, dialah yang mengetahui dan yang diketahui. Anda dan yang selain daripada Nya hanyalah gelap (kosong).

Sebagaimana Firman Allah Al-Qasas 88: Tiap-tiap sesuatu akan binasa kecuali Wajah (Dzat) Nya.

Satu lagi analogi,  apabila seseorang terjun ke dalam tasik garam, lalu ia akan larut dan akhir menjadi garam itu sendiri, dan apabila anda masuk ke dalam Cahaya anda akan larut dan menjadi satu dengan Cahaya itu.

Sebenarnya apabila anda menegaskan ke AKU an anda,  ini adalah sama dengan ke DIA an Allah. Jadi serupa sahaja sama ada anda berkata “Akulah yang benar”, atau “Dialah yang benar.”  Tetapi syaratnya anda mestilah dalam keadaan Fana.

Ia merujuk kepada identiti yang sama, hanya dipandang dari sudut yang berlainan.

MasyaAllah.

Kekal dengan Allah

065forest1jpg


Terdapat beberapa cara seseorang itu boleh kekal bersama Allah (Baqa bi Allah) sepanjang masa atau masa-masa tertentu,

(masa tertentu ini maksudnya apabila ia lupa maka ia tidak bersama Allah lagi).

Kekal dengan Allah itu melalui makrifat dan keyakinan.

Apabila seseorang itu telah mencapai tahap Haqul yakin, maka ia merasakan Allah itu sentiasa bersamanya, ia mengerti dengan maksud kata-kata: “Di mana saja kamu ada Allah bersamamu”,

sesaat pun ia tidak lupa dengan kehadiran Allah, maka inilah yang dikatakan kekal bersama Allah.

Tahap yang berikutnya ialah apabila ia mencapai Isbatul yakin, iaitu ia melihat kehadiran Allah tanpa ragu-ragu lagi, maka apabila ia sentiasa melihat Allah bersamanya, maka ini pun dikatakan kekal bersama Allah.

Sedangkan dengan Makrifat pula, ia tahu ia tidak ada yang ada hanya Allah, dengan itu hanya Allah yang kekal.

Padanya kata-kata “kekal bersama Allah” itu hanya lah sebuah rasa yang bermaksud hanya ada Allah, hanya Allah yang kekal.

Sebagai kesinambungan setelah kenal dan kekal bersama Allah:

Manusia ini saat ia sudah mengenal sejatinya diri dia sendiri, maka ia bukan lagi selonggok daging (jasad) yang membungkus diri ia sendiri.

Apabila saat itu telah sampai maka dzikir tak lagi dengan suara atau dengan gerak, dzikirnya adalah melihat siapa yang ia ingat (Allah).

Ia melihat wajah Allah di manapun ia berada, dan ia tak lagi melihat kematian itu mati, karena sejatinya ia menyusuri ruang waktu milik Allah bersama Allah.

Ia adalah Cahaya Allah di bumi ini, dan ia tetap akan menjadi Cahaya milik Allah saat di akhirat nanti.

Dan ia sepenuhnya milik Allah, terserah Allah mau menaruh ia di mana.

Cobalah renung-renungkan…

MasyaAllah.

Hakikat Muhamad


bukit tursina 

Mari kita lihat apa itu yng dikatakan Hakikat Muhammad.

Sinaran Dzat pada dirinya sendiri adalah tajali pertama dan ini adalah suci dan kudus. Di sini ayan, yang mana adalah keupayaan yang paling terdalam sekali, bagi asma dan sifat,  mereka bersatu dalam Dzati Batin. Asma dan sifat adalah keupayaan Dzati Zahir dan kedua-dua asma dan sifat itu bersatu dalam Dzati Zahir, dan Dzat itu yang diketahui, maka ianya Zahir, dan ayan, asma dan sifat adalah  Batin.

Dalam proses sebaliknya, apabila Dzat menjadi Batin, maka asma dan sifat menjadi Zahir dalam ilmu. Asma dan sifat diketahui oleh Dzat pada keseluruhannya.

Mengetahui dalam ilmu tentang asma dan sifat oleh Dzat digelar Wahdat atau Hakikat Muhamad, sempadan atau had pertama wujud zahir. Wujud batin tiada batasan dan terzahir dalam ilmu dengan batasan-batasan asma dan sifat pada keseluruhannya.

Apabila wujud batin menjadi terperinci, ia menunjukkan empat iktibarat iaitu Ilmu, Nur, Syuhud dan Wujud. Apabila sifat dan asma mengambil bentuk  maka zahirlah ayani kharija dan menjadi objek dalam ilmu. Peringkat ini digelar Wahidiyat atau pembatasan kedua dalam ilmu. 

Setelah kedua-dua peringkat ini Wahdat dan wahidiyat, maka dapatlah dibezakan Uluhiyat daripada Rububiyat maka bermulalah peingkat-peringkat asmai ilahi dan asmai kiyani.

Rububiyat bermula dari peringkat Wahidiyat hinggalah sampai keperingkat habuk.  Inilah perincian Hakikat Muhamad. Rusullulah SAW bersabda: Aku dari cahaya Allah dan segala kejadian berasal dari cahayaku.

Oleh itu benarlah jika dikatakan tiap-tiap objek adalah rasul yang diutus Allah atau barzah,  batasan di antara dua keadaan. Daripada Rasullulah Muhammad SAW semua barzah terzahir. Apabila sesuatu barzah mengambil bentuk, maka bentuknya lebih terperinci daripada bentuk yang dahulu dan bentuk yang dahulu itu menjadi batin dan bentuk yang baru itu menjadi zahir.

Penjelasan tentang Hakikat Muhamad ini bagi sesetengah orang tidak mudah untuk dimengertikan kerana ia memerluan maklumat ‘background’ yang luas, oleh itu bersabarlah sehingga Allah memberikan pengertian yang benar.

MasyaAllah.

Ayat mutasyabihat


Ayat-ayat Al Quran ada yang diturunkan kepada Rasullulah SAW di Mekah dan ada pula yang diturunkan di Madinah.

forest1Ayat-ayat yang diturunkan di Mekah disebut ayat Makiyah, ia dibahagikan kepada dua kumpulan, yang pertama disebut Muhamad, ayat seperti ini berbicara dengan lurus, tidak ada erti lain hanya satu. Yang Kedua, disebut ayat mutasyabihat, ayat ini berbicara dalam bentuk kiasan (al Ibarah), ia berbicara batin (hakikat) dahulu baru mengarah makna luar (lahiriah).

Manakala ayat yang diturunkan di Madinah disebut ayat Madaniah yang berbicara makna lahiriah dahulu lepas itu baru menjururus makna batin.

Mari kita lihat ayat Al Baqarah, ayat mutasyabihat yang diturunkan di Mekah.

QS Al Baqarah 2: 223

“Isteri-isteri kamu seperti tempat bercocok tanam bagimu, maka datanglah tempat bercocok tanam milik kamu itu sebagaimana kamu kehendaki dan buatlah kebaikan untuk dirimu dan bertakwalah kepada Allah dan ketahuilah sesungguhnya kamu akan menemuiNYA dan sampaikanlah berita gembira ini untuk orang-orang yang beriman”.

Apabila kita perhatikan ayat ini nampaknya ia seperti untuk kerukunan hidup berkeluarga antara suami dan isteri, tetapi di sebalik ayat yang nampak terang maksudnya ini ada rahsia atau faedah bagaimana seseorang itu dapat bertemu (makrifat) dengan Allah yang dikasihinya.

Hanya seseorang yang telah mempunyai kemakrifatan yang dapat menterjemahkan maksud hakikat ayat mutasyabihat seperti ini, kerana setiap huruf Al Quran memiliki pancaran cahaya atau maksud yang berlapis-lapis.

Marilah kita sama-sama perhatikan maksud ayat ini dari segi hakikatnya.

Isteri-isteri itu adalah empat inderawai atau  empat pintu nafsu yang terdapat di kepala, iaitu dua mata, dua lubang hidung, mulut dan dua telinga. Mata digunakan untuk melihat, telinga untuk mendengar, mulut untuk merasa dan hidung untuk penciuman bau.

Manakala arti bercocok tanam itu pula ialah bermaksud menutup. Secara lumrahnya isteri hanya milik suami dan ia mempunyai hak ke atas isterinya untuk mendatanginya.

Sementara itu, makna suami adalah satu simbul kejantanan dan itu digambarkan oleh  sepuluh jari di tangan kita.

Tatkala takbiratul ihram, iaitu semasa mengangkat tangan dalam sholat,  maka ia bermaksud tertutuplah pintu-pintu nafsu yang terdapat di kepala kita, maka dengan itu tertutuplah pula hubungan manusia itu dengan dunia luar (duniawi) dan  hawa nafsu.

Maka dengan itu Ruh yang sekian lama ini tertutup oleh hawa nafsu dan duniawi dapat membebaskan diri, maka kembalilah Ruh kepada penciptanya dan mulalah ia berinteraksi dengan Penciptanya. Dari sisi lain inilah yang dimaksudkan dengan Mekraj. Inilah  satu kegembiraan yang amat sangat bagi Sang Ruh.

Inilah maksud batin ayat tersebut, iaitu menerangkan kaedah bagaimana seseorang itu dapat bermakrifat dengan Allah.

Inilah antara ayat-ayat mutasyabihat yang terdapat di dalam Al Quran,  yang mana ia mempunyai sisi makna batin, yang sengaja dibuat Allah begitu, bagi mereka yang berfikir dan mendapat ilham untuk  kembali kepada Allah.

Cobalah cari maksud batin ayat-ayat mutasyabihat yang terdapat di dalam Al Quran.

 semoga bermanfaat…..

MasyaAllah.

Lembah Suci Tuwa

BlackForestDengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang. Semoga tulisan yang ringkas ini dapat memberikan kesan yang mendalam di jiwa mereka yang benar-benar cintakan Allah,  maka dengan itu mereka akan berusaha untuk mengikuti jalan-jalan yang telah diterangkan Allah di dalam Kitab Suci Al Quran bagi merintis jalan untuk kembali ke kampung Akhirat, untuk menemui kekasihnya di sana. Amin…..

QS Thaha 20: 12. Sesungguhnya Akulah Tuhanmu, maka tinggalkanlah kedua terompahmu, sebab engkau telah berada di Lembah Suci Tuwa.

Lembah Suci Tuwa, Masjidil Aqsa, nafsu Mutmainah dan Qalbu merupakan kalimat simbolik yang bermaksud sama dan ditujukan kepada orang telah mencapai makam Fakir. Makam Fakir adalah makam orang yang berserah diri kepada Allah.

Di  Lembah Suci Tuwa itulah diamanahkan Allah satu tahap yang tidak dimiliki oleh makhluk lainnya. Ia hanya diamanahkan kepada manusia yang telah mencapai tahap Khalifah Allah di muka bumi ini, yang telah mampu mendengar panggilan daripada Allah, iaitu melalui ilham (bagi manusia) dan wahyu (bagi para nabi). Maka dengan itu bertekadlah di dalam hati bahawa sesiapa pun yang ikhlas sudah pasti boleh menjadi Khalifah Allah di muka bumi ini.

Coba kita teliti panggilan-panggilan Allah tersebut terhadap mereka yang telah Fakir kepada Allah, iaitu mereka yang telah berserah diri sepenuhnya kepada Allah.

DI LEMBAH SUCI TUWA.

QS Thaha 20: 12.  Tanggalkan dan tinggalkan terompahmu, Aku adalah Tuhanmu.

DI MASJIDIL AQSA

QS Al Israk 17: 1. Berangkatlah dengan kenderaan Borak yang telah disediakan untuk menuju Tuhanmu.

DI NAFS MUTMAINAH

QS AL FAJR 89: 27 DAN 28. Hai jiwa-jiwa nan tenang dan tenteram kembalilah kepada Tuhanmu dalam keadaan tenang dan tenteram.

DI QALBU

Hadis: Baitullah (Rumah Allah) berada di Qalbu orang mukmin.

Ingatlah Rasullulah SAW ingin memberitahu bahawa di Baitullah itu ada yang tinggal di situ, yang harus ditemui sebelum Ruh meninggalkan jasad. Walau bagaimanapun sebelum seseorang itu mendengarkan panggilan Allah, maka hendaklah berusaha untuk memasuki Lembah Suci Tuwa atau Masjidil Aqsa atau sampai ketingkatan Nafsu Mutmainah, maka di tempat inilah panggilan itu akan tiba (kedengaran).

Di manakah Lembah Suci Tuwa, di manakah beradanya Nafsu Mutmainah (jiwa-jiwa nan tenang) dan di manakah Qalbu itu?

Semua ini mesti terjawab semasa masih hidup dengan jasad ini, dan manusia mestilah berusaha untuk menemukannya dan setelah ketemu maka selalulah memasukinya.

Untuk lebih jelas semua itu berada di dalam Qalbu orang nan mukmin. Maka carilah Qalbu itu, jikalau sungguh-sungguh pasti berjumpa kerana Allah telah berjanji bahawa sesiapa yang bersungguh-sungguh untuk bertemu denganNYA, masa pertemuan itu pasti akan tiba.  (Kaedah untuk kembali bertemu Allah telah dijelaskan dalam tulisan: Ayat Mutasyabihat).

Semoga mendapat manfaat.

MasyaAllah.

H Slamet Otomo



Nukilan Pak Haji Slamet Otomo ini saya paparkan agar dapat memberikan manfaat kepada mereka yang cintakan Allah. Pak Haji  seorang makrifatullah….

hj selamet otomo
1. Aku khusuki Islam dengan kebodohanku dan kefakiranku, tidak ada sembahanku kecuali Allah dan Nabi Muhammad adalah Rasulullah.
Aku datangi Allah dengan jiwaku dan aku kembalikan wujudku kepada-Nya.
Jiwaku milik-Nya, wujudku kehendak-Nya.
Di sana aku puja Allah, alangkah indah dan lembutnya.
Aku shalat, aku datang, aku berbicara dengan kerinduanku kepada-Nya.
Satu persatu ajaran Rasulullah saw aku jalankan.
Aku bershalawat dan bersalam kepada Rasulullah dengan lillahi ta’ala. Itu adalah doaku. Al Ahzab 56 pedomanku. (Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat Nya  bershalawat  kepada Nabi (Muhammad) Wahai orang-orang beriman, bershalawatlah kamu kepadanya dan ucapkanlah salam dengan salam yang sempurna)
Aku rasakan manisnya, indahnya, lembutnya getaran iman.
Isbatul yakin aku dapatkan untukmu Islam.
Air mata menetes tanda keharuan.
Andaikan orang-orang yang menyatakan dirinya punya dasar, berani datang berjalan kepada-Nya, niscaya mereka akan mendapati bukanlah perbedaan-perbedaan faham yang runcing, tapi Islam yang maha luas.

2. Kesaksian adalah perjalanan, Bila sudah sampai, apa arti kesaksian?
Aku tidak boleh membenci, Abu Lahab, kaum Quraisy bertugas menempa Rasulullah saw.
Rasulullah saw tauladan manusia.
Nabi Musa as dan Fir’aun bertugas mempertahankan kebenaran mereka dengan jiwa yang keras.
Nabi Musa as kebenaran hakiki.
Fir’aun kebenaran dirinya.
Jika tidak bisa dengan tanganmu, nasehatmu, doamu untuk mereka, demikian Rasulullah saw.
Aku sekarang tahu akan daku, keabadian adalah hakikiku, yang Engkau dahului dengan pengakuan-Mu ya Allah sebagai sesembahan manusia.
Pengakuan adalah kehancuranku, juga syirikku.
Kefanaan adalah pasrahku.
Dalam keheningan Engkau lebih nyata dariku, lebih nyata dari yang tampak.
Engkau bersembunyi dalam Qur’an-Mu.
Ya Allah bila dalam aku memakrifatkan diriku kepada-Mu terdapat kekurangan dan kesalahan, ampunilah aku ya Allah, aku bersaksi La ilaha illallah, Muhammad Rasulullah.
Berkehendaklah Allah dengan rahmat-Mu kepada semua yang tergelar, jangan Engkau tinggalkan dan Engkau murkai semua yang tergelar ini.

3. Betapa indahnya ciptaan Allah, beraneka ragam bentuk dan gerakannya, serta hukum dan tata caranya,manusia disibukkan olehnya.
Tidak adakah sekarang yang merenungkan siapakah Allah?
Tidak adakah sekarang yang berbondong-bondong mendatangi-Nya?
Allah adalah pepujaan. Allah adalah sesembahan.
Puja-puji bukanlah datang kepada-Nya, hanya merupakan lagu-lagu dan hitungan dalam suara dan hati.
Alangkah indahnya zaman Nabi saw, Wali-Wali berkumpul bersama dalam tubuh dan jiwa, hadir, berkomunikasi dalam puja dan puji kepada Allah.
Sehingga Allah selalu bersama, memimpin dan membimbing dengan nur-Nya dalam kesejukan dan ketenangan jiwa.


Rahmat Allah bersama kita semua.

H. SLAMET UTOMO.
Banyuwangi.. .

Penampakan


P7250335 

 

Terdapat seseorang yang mendapat tajali sifat-sifat Allah pada dirinya, tetapi sayangnya sifat-sifat kemanusiannya tetap menebal pada dirinya, sehinggakan sifat-sifat Tuhan yang tertajali itu menjadi terpinggir dan tidak memberi manfaat kepadanya.

Sedangkan semasa sifat-sifat Tuhan bertajali kepada seseorang, sifat Tuhan itu dan sifat hamba akan menjadi tunggal, tiada dualiti sifat di situ,  namun hanya sedikit sekali yang dapat memanfaatkan dan menyadari tajali sifat Tuhan tersebut, dan beruntunglah mereka yang memahami perkara ini dan sangat merugilah mereka yang tidak menyadari Tajali Sifat Tuhan tersebut, seumpama sifat-sifat Tuhan tidak pernah bertajali kepadanya.

Sungguh rugi  sekali jikalau sifat Tuhan yang telah tertajali kepada seseorang itu tidak dapat disadari dan dimanfaatkan,  dan kerana itu janganlah menyalahkan orang lain tetapi salahkanlah diri sendiri kerana tidak mau berusaha untuk memahaminya. 

Penampakan Tuhan pada hambanya melalui sifat-sifatnya  merupakan pemuliaan diriNya kepada seseorang itu. Dengan itu seseorang itu menggunakan sifat-sifat Allah dalam kehidupannya. Sanggat beruntunglah orang sedemikian itu.

Ini berbeda dengan tajali Dzat kepada seseorang itu yang mana KehadiranNya akan menyebabkan  kefanaan seseorang itu dan yang tinggal hanyalah yang Hak. Dirinya hancur lebuh (bahasa kiasan) dan tidak kelihatan lagi.

Hanya yang Mulia dan Perkasa yang kelihatan dan tiada satupun yang dapat menandingiNYA.

MasyaAllah..

Suci hati


awanBerzikir mengingati Allah adalah suatu hubungan yang langsung antara hamba dan Allah. Berzikir tidak sama dengan menyebut nama Allah, kerana jikalau hanya menyebut,  bermakna seseorang itu belum  mengenal Allah. Tetapi berzikir kepada Allah adalah mengingati Allah yang sudah dikenal.

Supaya kita sampai kepada mengenal Allah kita haruslah suci zahir dan batin kerana Allah itu Maha Suci dan hanya yang suci yang mampu sampai kepadaNya.

Secara zahir untuk bersuci adalah melalui wuduk, istinjak dan mandi junub. Dan setelah berwuduklah baru sah menunaikan sembahyang. Walau bagaimanapun wuduk dan suci secara zahir haruslah terlebih dahulu mengenal Allah yang Maha Suci.

Mengenal Allah sangat penting, kerana apabila telah kenal, Allah sendirilah yang akan mensucikan kita, dengan usaha kita sendiri, kita tidak mampu untuk mencapai kesucian yang sebenar, kerana itu ahli sufi pernah berkata wujudmu itu adalah satu dosa. Wah, kalau begitu amat sukar  kita mau mensucikan diri sendiri, hanya Allah yang mampu mensucikan diri hambaNya.

Apabila kita tidak mengenal Allah maka proses penyucian yang kita lakukan itu hanya sebatas menurut pandangan kita sahaja dan belum tentu diterima Allah. Mengapa demikian? Jawabanya, kerana Allah melihat kepada hati tidak kepada zahirnya sahaja. Kesucian hati daripada syirik adalah lebih utama daripada kesucian jasad daripada kotoran dan najis.

Dengan mengenal Allah maka kesyirikan dapat dihapuskan. Mereka yang mengenal Allah akan dibimbing Allah kepada sifat-sifat ikhlas dalam beramal, sabar dalam menghadapi cobaan, tawakal dalam berikhtiar dan reda apa saja yang diputuskan Allah terhadapnya. Nah inilah yang dikatakan hati hambaNya telah mencapai kesucian.

Apabila hambaNya telah mengenal Allah maka sudah pasti ia akan ingat Allah  bukan hanya pada masa-masa tertentu sahaja, malah setiap saat, 24  jam sehari. Kerana bagi mereka yang telah mengenal Allah berzikir kepada Allah itu adalah mudah.

Itulah sebabnya dikatakan awal beragama itu mengenal Allah (makrifatullah). Kita seharusnya mengikut sunah Rasullulah, iaitu mengenal Allah dahulu baru beragama, tetapi nampaknya sekarang kita telah terbalik, beragama dahulu baru mau mencari atau mengenal Allah.
Renung-renungkan…

MasyaAllah.

KASIHKU

Kasihku

saljiKekasihku…
Dekatkan dirimu kepada penyaksian
Maka Aku akan dekatkan diriKu kepadamu dengan wujudKu
 
Jangan kau jauhkan dirimu dariKu
Sebab Akulah yang berkata, Aku lebih dekat padamu dari urat lehermu
Jangan engkau belenggu dirimu dengan nama seorang hamba
 
Kalau bukan kerana adaNya Rabb
Maka tidak akan pernah ada hamba
 
Kau nampakkan diriKu
Seperti halnya Aku nampakkan dirimu
Jikalau bukan kerana peribadahanmu
 
Nescaya tidak akan ternampakkan KetuhanKu
Kau menjadikan diriKu tertajallikan
 
Seperti halnya Aku menjadikan dirimu
Kalau bukan kerana wujudmu
Maka wujud tajalliKu tidak akan ternampakkan
CintaKu paling dekat dari segala yang terdekat
Cintaku paling tinggi dari segala yang tertinggi
CintaKu mengkehendaki dirimu untuk pengsifatan DiriKu
 
Aku pilih dirimu untuk diriKu
Jangan kau keluarkan dirimu untuk selain DiriKu
 
Jangan keluarkan Diriku dari dirimu
 
CintaKu umpama  manis dalam buah
CintaKu umpama  garam dalam makanan
 
CintaKu menjadikan DiriKu terasa dalam getaran indrawimu
Cintaku membuatkan DiriKu tersentuh dalam sentuhanmu
 
KekasihKu kau adalah muara harapanKu
 
Kekasihku kau adalah muara penglihatanKu
Kekasihku kau adalah muara kelembutanKu
Betapa indahnya kebersamaanKu denganmu
 
Betapa syahdu kemesraanKu denganmu
KekasihKu kaulah DiriKu nan sejati sepanjang masa…
 
Pencinta
Lembah nan Keramat

Sufi dan Firaun


hutan hijau


Apabila Allah bersemayam pada Arasy (segala yang ada) maka ia sebatin di dalam sifat-sifat Rahmaniahnya (sifat yang memberi wujud pada sekelian yang ada). Begitu juga apabila Allah bersemayam dalam Qalbu seorang mukmin, maka sifat uluhiyah (ketuhanan) bersebatin di dalam diri Ihsan (makrifatullah).

Begitulah rahasia kesebatinan sifat-sifat ketuhanan terhadap Ihsan,  sehinggakan, kerana sifat-sifat kekuasaan  luar biasa yang mereka ada (pinjam), ada di antara mereka yang sanggup mengaku diri sebagai Tuhan.  Seperti Firaun yang berkata: ‘Hai pembesar kaumku, aku tidak mengetahui Tuhan bagimu selain aku’…

Ucapan Firaun ini berdasarkan kehendak dan kesadaranya sendiri. Beliau tidak hanya menyebut kata-kata ‘Tuhan’ tetapi juga menyebut kata ‘selain aku’. Bermakna beliau menyebutnya dalam kesadaran, bahawa “tuhan” dan “aku” adalah dua entiti yang berbeda.

Sikap yang diambil Firaun adalah berbeda dengan yang diambil oleh Sufi. Sufi terkenal, Abu Yazid Bistami berkata: Aku Allah. Beliau berkata demikian dalam keadaan yang tenggelam dalam makrifah Allah dan telah hapus rasa kediriannya. Bermakna semasa beliau menyatakan perkataan itu beliau berada dalam ketiadaan… Fana.

Maksud Abu Yazid berkata: Aku Allah, adalah beliau membuktikan kewujudan Allah dalam dirinya, sehinggakan beliau (Abu Yazid) menjadi Fana (diri beliau sendiri tidak ada), dan yang tinggal hanyalah Allah. Maka dengan itu terucaplah pengakuan ketiadaan dirinya itu.. Aku Allah (maksudnya hanya Allah). Dirinya sudah tiada lagi, sudah Fana.

Maka seharusnyalah  beliau itu dimaafkan sebab walaupun ungkapan itu luar biasa, tetapi ia timbul di luar kesadarannya. Ucapan ‘luar biasa’ seumpama itu tidak akan dinyatakan  oleh seorang Sufi dalam kesadaran, kerana mereka tahun apabila diucapakan dalam kesadaran maka itu  adalah kufur dan syirik.

Di sinilah perbedaan antara ucapan Firaun:’ Akulah Tuhanmu yang paling tinggi’. Beliau mendakwa dirinya sebagai tuhan dan diucapkan dalam penuh kesadaran dan dengan penuh keangkuhan.

Berbeza dengan apa yang diucapkan Sufi Abu Yazid: Aku Allah. Beliau mengungkapkan ini dalam ketidaksadaran dan kefanaan, dalam keadaan asyik menyaksikan keagungan Allah di dalam dirinya,  yang nampak baginya hanyalah Dzat Allah SWT.

MasyaAllah.

Wujud diri


hutan hujan 

Menghapuskan wujud diri sendiri itu, iaitu selain  Allah, inilah taubat yang hakiki. Apabila diri dan kendirian lenyap,…. juga disebut fana, maka seseorang itu akan sampai ke makam Keesaan. Pada ketika itu Tuhan memakrifarkan Dirinya dengan kekasihNya.

Tempat keesaan ini (Wahdat) adalah tempat hakikat yang sebenar, hakikat bagi segala hakikat, tempat kesatuan dan keesaan dengan Tuhan Yang Maha Pencipta. Itulah tempat makhluk yang dinamakan hamba berhadap-hadapan dengan Khaliq (penciptanya) yang disembah sebagai Tuhan.

 Inilah tempat yang dikhususkan untuk para nabi, wali dan kekasih Allah.
Apabila wujud Ihsan bersatu dengan wujud Allah, maka wujud kedua-duanya itu tidak lagi berasingan dan terpisah. Pada hakikatnya wujud yang satu itu jua.
Yakinlah,,,  apabila Ihsan (makrifatullah) berhadapan dengan Tuhannya, diri akan lebur dan fana , juga disebut ‘mati syahid’, iaitu mati dalam penyaksian Dzat Allah, tiada wujudnya lagi, yang ada hanyalah Wujud Yang Maha Kekal,.. Dzat Allah. Ketika itu Ihsan tidak lagi mahu berpisah dengan Tuhannya, apa yang dicarinya selama ini telah ditemukan, sehingga wujudnya yang adam (kosong) tidak akan lagi berpisah dengan wujud Yang Kekal.

Apabila semua perhubungan dengan dunia telah terputus (jangan ambil maksud lahiriah), dan Ihsan telah bersatu dengan Tuhannya, maka si Ihsan akan menerima kekudusan dan kesucian yang kekal, yang mana tidak ada cacat dan celanya, dia menjadi seorang yang dimaksudkan Allah dalam Firmannya,
QS Al A’raf  7:42: Dan orang yang beriman dan beramal salih, tidaklah Kami berati diri seseorang, melainkan sekadar tenaganya, mereka ini penghuni surga, dan  mereka kekal di dalamnya.

Inilah yang harus kita usahakan semasa masih di dunia ini, sehingga kita mencapai Isbatul yakin, iaitu menyaksikan Allah dengan mata hati.

MasyaAllah

Manusia dan Allah


pedang rasullulahDari Anta:
Penulisnya mahu tidak dikenali.

Hakikat hubungan manusia dengan Allah.
Jikalau kita perhatikan hubungan hakikat manusia dan hakikat Allah,  ia suatu hubungan yang sangat erat dan amat mesra,  seolah-olah dua nama bagi menunjukkan satu wujud.

Hubungan yang amat erat itu, umpama hubungan yang terjalin antara ruh dan jasad, sangat erat dan tidak dapat dipisahkan. Kerana eratnya hubungan itu, kewujudan Allah tidak akan diketahui tanpa wujudnya manusia, dan manusia tidak akan ada  jikalau tidak wujud Allah. Manusia adalah maujud (yang menunjukkan) kepada yang wujud.

Dengan itu kewujudan manusia adalah bagi menunjukkan kewujudan Allah, dan Allah menjadikan manusia untuk menunjukkan keadaannya dan dan Kekuasaannya.

Persoalannya  mengapa Allah yang menjadi Tuhan dan Nur Muhammad (ruh) menjadi hamba, ini kerana ia telah termaktub di dalam perjanjian yang telah dibuat antara Allah dan Nur Muhammad,  yang mewakili sekelian ruh.

Perjanjian itu yang dibuat di Alam Ruh, ia adalah bersifat kekal dan tidak boleh ditukar-tukar  lagi. Semasa di Alam Ruh, ruh telah berjanji dengan Allah, atau perjanjian  antara Nur Allah dan Nur Muhammad, atau perjanjian antara Dzat dengan Sifat. Dalam perjanjian itu Nur Muhammad  telah memperakui Dzat sebagai Tuhan dan Nur Muhammad  sendiri sebagai hamba.

Perjanjian itu QS  Al A’raf 7:172: Bukankah Aku ini tuhanmu? …Ya,, kami menjadi saksi.
Apabila Nur Muhammad  memperakui Dzat adalah Tuhannya, maka secara semula jadi ruh  perlu mengingati (berzikir) kepada Allah.

Itulah sebabnya ruh diberi jasad supaya dapat menzahirkan diri  Rahsia Dzat, diri yang sebenar-benar diri, iaitu diri batin kepada manusia. Pentingnya perjanjian itu adalah, tanpa perjanjian itu ruh tidak akan mempunyai  jasad dan Dzat Allah tidak akan wujud dalam ingatan (dzikir).

Oleh itu ruh perlu mengingat Dzat, yang Zahir memuji yang ghaib (Batin). Jikalau manusia tidak berzikir atau mengingati Allah, maka kewujudan Allah tidak akan nyata, Dzat akan ‘hilang’ dalam keghaiban dengan begitu sahaja.

Allah berfirman QS Al Baqarah 2:152: Ingatlah kamu kepadaKu nescaya Aku ingat kepada mu… berterima kasihlah kepadaKu dan jangan kamu mengkufuri nikmatKU.

Ya,,, Tujuan Allah memberikan jasad kepada ruh adalah untuk mengingatkan manusia tentang DzatNya, iaitu Tuhan semesta alam. Dan untuk mengingatkan bahawa setiap yang wujud di dunia ini adalah berasal daripada Dzat Allah.

Tanpa adanya Diri Rahsia Allah (…maka Ku tiupkan RuhKu) pada manusia adalah mustahil manusia  wujud seperti yang ada sekarang ini.

Kesimpulannya kita beribadah dan  berzikir (mengingati Allah) adalah untuk mengingatkan diri kita sendiri (manusia) bahawa ruh kita ini sebenarnya berasal dari Dzat Allah,  dan dengan itu perlu mengingati Dzat Allah, iaitu Diri yang sebenar-benar Diri.
Tetapi,  walaupun telah mencapai makam Keesaan,…..hamba tetap hamba, kerana Tuhan tidak suka kepada yang menyombong diri.

Salam..

Melihat Dia


hutann 

Bagi yang telah sampai kepada Allah, melihat, merasakan dan bertemu denganNya itu adalah suatu rahasia.
Dan tidak boleh diceritakan tentang pertemuan itu, cukup bagi dirinya sendiri yang mengetahui.

Bagaimana mungkin pertemuan itu dapat diceritakan, kerana jikalau diceritakan dengan lisan, maka ia menjadi suatu kesalahan, kerana yang keluar dari lisan itu adalah bersifat baharu ( sedangkan Allah itu muhalafah lil hawadith – berbeza dengan yang baharu).
Bagaimanapun, bagi mereka yang telah bertemu dengan Allah dan meraskan kehadiran   Allah, mereka sendirilah yang tahu bagaimanakah rahasia pertemuan itu. Orang lain tidak akan dapat meneka pertemuan itu, kerana hanya yang merasa yang mengetahui.
Bagi mereka Allah itu  Maha Meliputi sekelian alam termasuk diri mereka sendiri (zahir dan batin). Dan yang paling penting, harus ingat, melihat Allah itu tidak boleh  dibayangkan  dengan sesuatu yang kita lihat, atau sesuatu yang pernah kita lihat sebelum ini.

Apabila Allah dibayangkan  dengan sesuatu yang kita lihat,  maka itu adalah suatu kesalahan, kerana masih melihat Allah dengan membayangkan sesuatu  denganNya, sedangkan bayangan itu adalah muhadith (sesuatu yang baharu), dan ini bersalahan dengan Sifat Dzat Allah.

Bagai manapun, sesuatu bayangan  (wujud)  yang terlihat atau pernah dilihat itu, hanyalah sebatas bayang-bayang atau kenyataan sifat-sifat Allah sahaja,  sekadar penghubung  bagi menyampaikan kepada yang dituju  (Allah).
Kita yakin  bahawa  sebagai analogi, bayang-bayang  itu tidak pernah terpisah dengan Tuan Yang Punya bayang-bayang (Allah), bahkan bayang-bayang itu adalah tanda wujudnya Allah.

Jikalau demikian boleh sahaja demikian adanya.
(lihat juga ‘Tauhid penyaksian’)

MasyaAllah.

Isbatul Yakin


lautan 


Allah SWT amat nyata, Dia lebih nyata daripada apa yang tersembunyi, tetapi bagaimanakah kita melihatNya? Ya,,, kita melihatnya dengan mata hati  terhadap  nikmat yang diberikanNya kepada kita, apa sahaja yang ada pada diri kita adalah nikmatNya atau anugerahNya. Dengan lain perkataan inilah yang dikatakan rahsia pandangan mata hati.

Apabila kesadaran ini tertanam dalam hati nurani kita, bahawa Allah sentiasa meliputi diri kita dengan nikmatNya, maka dengan itu mudahlah kita mengingatinya, walaupun 24 jam sehari, kerana semuanya adalah nikmat Allah kepada kita. 
Cuba fikirkan apakah nikmat Allah itu yang sentiasa ada bersama kita? Ya,,, antara nikmat Allah yang ada pada kita, ambil sedikit sahaja sebagai contoh, seperti  degupan jantung, turun naik nafas, peredaran darah dan penglihatan mata kita.
Dengan itu:

Siapakah yang mengatur jantung kita sehingga ia berdegup  setiap saat?
Siapakah yang mengatur naik turun nafas kita?
Siapakah yang mengalirkan darah kita  keseluruh tubuh  kita?
Siapakah yang mengatur kerdipan dan penglihatan mata kita?
 
Ya,,, sudah pasti semua itu Allah yang mengatur dan Allah yang mengawasi kehidupan kita. Sehinggakan semuanya berjalan dengan lancar tanpa campur tangan daripada kita.
Jikalau kesadaran ini telah tertanam, maka dengan itu mudahlah kita dapat mengingati Allah, kita akan sentiasa ingat Allah, maka itulah yang dikatakan kita mengingati Allah sama ada berdiri, duduk atau berbaring. Kuncinya adalah pada kesadaran, dan  itulah yang dikatakan menginagati Allah secara rahasia.

Jelaslah,,, setiap yang ada pada kita adalah  nikmat Allah, sebagai bukti bahawa Dia meliputi diri kita. Seperti Firman Allah QS Al Zariyat 51:21: Dalam diri kamu mangapa tidak kamu perhatikan.
Kesadaran inilah yang akan membawa kita lebih dekat kepada Allah, kerana kita tahu Allah sentiasa ada bersama kita dan di mana pun kita berada. Hanya mereka yang mempunyai kesadaran ini, akan merasakan kebahagiaan  dan tiada kekuatiran dan ketakutan pada mereka kerana mereka sadar Allah sentiasa bersama mereka.

Tanamlah kesadaran ini dengan kukuh kerana dengan kesadaran itulah seseorang dapat mengenal Allah dengan benar dan melihatNya dengan mata hati,,, Isbatul Yakin, …. melihat Allah dengan nyata di dunia ini.

MasyaAllah

Menyatu denganNYA



3452818563_490c4553e6





Jikalau anda ingin menyatu dengan Allah,  hanya setelah lenyapnya kejahatan dan terhapusnya dosa-dosa yang telah anda lakukan,  maka nampaknya  anda tidak akan pernah menyatu  dengan NYA.

Bagaimana pun  jikalau Allah ingin menyatukan diri anda  dengan diriNYA, maka  Dia akan menutupi sifat-sifat buruk anda dengan sifat-sifat muliaNYA dan menyembunyikan kekurangan anda  dengan kurnia NYA.

Dan demikianlah Dia menyatukan anda dengan  diri NYA melalui kebaikan apa yang diberikan NYA kepada anda. Dan sesungguhnya bukan melalui kebaikan yang anda berikan kepada NYA.
NikmatNYA sungguh tidak terkirakan, nampaknya  kita sahaja yang lupa untuk mensyukurinya.

MasyaAllah..

Memulangkan amanat


HarkenForest 



Bermula haqiqat Takbiratul Ihram ketika solat  itu, hendaklah kita musyahadah (memandang dengan mata hati) kepada Dzat Allah terlebih dahulu, sebelum mengangkat tangan takbiratul ihram, maka hendaklah kita tetapkan  hati, Ruh, dan perasaan kita untuk tawajuh (menghadap) kepada  liqa’ Allah SWT (aspek wujud Allah).


Bila sudah demikian, baru kita kata usalli… (berniat) dan sudah mengembalikan (menyerahkan) amanat Allah Ta’ala yang ada pada kita, yakni wujud kita yang kasar ini (jasad) dan yang menanggung amanat,  iaitu diri kita yang bathin.

 

Adapun amanat itu kita serahkan kepada pemilik amanah, yakni Dzat Allah SWT. Itulah sebabnya kita disebut Ummat Muhammad SAW yang ditanyai mengenai amanat Allah Ta’ala itu seperti firmannya :  Bahwasanya Allah Ta’ala memerintah kepadamu sekalian untuk mengembalikan amanat itu kepada pemiliknya.


Dengan dikembalikan (diserahkan) amanat Allah itu kepada pemiliknya, iaitu Dzat Allah SWT  itu sendiri, maka jadilah kita fana (lebur/hilang/karam) sekalian sifat tubuh (manusiawi) di dalam laut “Ruh Bahrul Qadim”, (lautan ruh yang kekal) adapun yang tinggal ketika itu hanya sifat Ruh semata-mata, dan itulah Ruh ilmu Allah, kemudian, kita Takbir dan katakan Allahhu Akbar.

 

Itulah yang dinamakan lebur (karam) sifat kehambaan diri kita, Fana dalam Allah, dan kemudiannya kekal (baqa) dalam  Allah, di mana yang nyata hanyalah keadaan Dzat Allah semata-mata.

 

Inilah yang harus kita syuhudkan (pandang dengan mata hati) semasa solat mulai dari Takbiratul ihram hingga sampai kepada memberi salam. Maka janganlah kita lalai dari syuhud itu, di pandang dengan mata hati,  itulah pengetahuan Dzat dan ilmunya dan sebenar-benar ilmunya,  iman kepada kita dan sebenar-benar Sir Allah (Diri Rahsia Allah),  Cahaya Kalam Allah yang tidak berhuruf, tidak bersuara (sebutan dalam hati), iaitu wujud Dzat Yang Mutlak.

 

Seperti yang tersebut dalam Hadits Qudsi : Tidak bersuara, tidak berhuruf dan tiada bertempat dan berbekas (sebutan dalam hati)
Firman Allah dalam Al-qur’an : Apakah mereka itu dijadikan bukan dari sesuatu atau mereka yang menjadikan mereka, dan bukanlah Aku yang menjadikan mereka.

Hendaklah Takbiratul ihram kita itu, dengan sah  lagi jazam, yakni yakin, hati kita hadir dengan Allah Ta’ala, iaitu  ingat kepada Allah, maka takbir kita serta membesarkan Allah Ta’ala (Allah maha meliputi). Pada waktu mengangkat takbir itu, (kita) menjadi tempat perhimpunan pada kalimah La Ilaha Illa Allah (Tiada Tuhan kecuali Allah): yang kita pandang (dengan mata hati) hanya Dzat Allah semata-mata artinya kita fana sekali-kali tidak ada, yang ada hanya Wujud Allah semata.


Caranya adalah, sebelum mengangkat tangan untuk Takbiratul ihram sebelum solat, kita tarik nafas dengan Hu haqiqatnya Aku Allah Akbar yang lain semua kecil. Sesudah itu di angkat takbiratul ihram “Allahu Akbar” dengan qasat, ta’aradh, ta’ayyin (tubuh hati Ruh). Kemudian yang tinggal hanyalah Dzat Allah semata, yakinlah pada syuhud ini.

 ARTI RAHASIA SURAH AL-FATEHAH DIALUH QUDSI:

Bismilah :

Allah menamai akan dirinya

  

Arrahman :

Ya Muhammad aku menciptakan engkau.

 

Arrahim :

Ya Muhammad aku mengatakan Rahasiaku kepadamu

  

Alhamdulillahi :

Ya Muhammad, sembahyangku itu ganti sembahyangmu untuk memuji diriku.

Ya Muhammad, aku tau yang lahir dan yang bathin.

  

Arrahmannirrahim :

Ya Muhammad, Yang membaca Fateha itu aku dan sembahyang itu aku memuji diriku.

 

Maliki Yaumiddin :

Ya Muhammad, Aku Tuhan yang maha besar pada isi sekalian alam, kamu ganti kerajaanku.

Ya Muhammad, tiada lain yang sembahyang itu melainkan aku memuji diriku.

  

Waiyyakanas Ta’in :

Ya Muhammad, yang ghaib aku jua tiada aku engkau ganti kerajaanku.

  

Ihdinasshirathal Mustaqim :

Ya Muhammad, tiada yang tau………engkau jua yang mengetahui aku.

 

Shiratallazi Na’an Amta’Alaihim :

Ya Muhammad, tiada murka aku kepadamu, tiada nyata aku jika tiada engkau.

Ya Muhammad, jika tiada kasihku tidak ada engkau dan tiada Rahasiaku sekaliannya.

 

Amin :  

Ya Muhammad, adamu itu ganti Rahasiaku.

ARTI RAHSIA SURAH AL-IKHLAS DIALUH QUDSI:

Qul Huwallahu Ahad :

Aku nyata dengan dirimu.


Allahus shamad :

Aku jadi penolong dunia dan akhirat

 

Lam Yakid Walam Yulad:

Aku Esa Ghaib kepadamu.


Walam Yakul Lahu Kupuan Ahad :

Aku nyata dengan dirimu

Hakikat takbir


 

In_the_deep_forest_by_leenik2 

Hakikat takbir bukan semata-mata ucapan Allahu Akbar.

Takbir merupakan pengucapan yang lahir dari Firman Allah untuk memuji kebesaran Dzat Nya sendiri.

Jadi Takbir merupakan suara Tuhan yang meminjam mulut (jasad) kekasihNya.

Takbir sejati adalah menyatakan kebesaran Allah dari perbuatan (afaal) Allah sendiri.

Dan Takbir sejati juga adalah menyebutan nama Nya yang lahir dari kehendak Nya semata-mata.

Dengan Takbir yang demikian, maka yang lain menjadi sangat kecil, dan menjadi tidak ada.

Yang ada hanya Dzat Allah.

Maka, kemanapun dihadapkan muka, yang ada hanya Wajah Allah nan Maha Meliputi.

MasyaAllah.