>Surah al-Fatihah ada tujuh ayat. Kalau kita lihat, tujuh ayat dalam
Al Fatehah itu dirangkapkan dua ayat, dua ayat. Ia seolah-olah
berbentuk sajak. Hujungnya disamakan iaitu sama ada huruf mim atau huruf
nun di akhir setiap ayat. Ada ayat yang berakhir dengan ‘mim’ dan ada
ayat yang akhirnya dengan ‘nun’. Ayatnya seolah-olah bahagian akhirnya
dipasang-pasangkan.
>Sebenarnya dalam jumlah ayat Al Fatehah
yang tujuh ini, ada hikmah yang besar. Secara isyarat, ia ada hubungan
dengan manusia dan dengan ciptaan Tuhan.Antaranya ialah:
1. Tujuh ayat menggambarkan tujuh hari dalam seminggu
Dalam tujuh hari itulah sama ada manusia hendak jadi jahat atau jadi
baik, dapat rahmat atau dapat laknat, dapat bahagia atau celaka, jadi
kafir atau jadi mukmin, kaya atau susah, sakit atau sihat. Apakah ada
hari yang lain selain daripada tujuh hari itu (yakni Ahad hingga Sabtu)?
Tentu tidak. Artinya dalam masa seminggu, kalau seseorang itu
benar-benar menghayati Al Quran; yang intipatinya ada dalam tujuh ayat
Fatehah itu, sehingga ia benar-benar berperanan dalam hidupnya, maka
dalam seminggu itu dia boleh selamat.
>Kalau Fatehah tidak
berperanan pada dirinya dalam seminggu, maka akan kena laknatlah dia.
Huru-hara, haru-biru dan celakalah hidupnya.
2. Tujuh ayat berkait dengan tujuh anggota badan
Dalam seminggu itu sama ada manusia jadi baik atau buruk, ditentukan
oleh anggota yang tujuh. Sebab itu dalam sembahyang; yang mana
sembahyang itu adalah rukun Islam yang kedua; kesemua tujuh anggota ini
terlibat atau digunakan. Kalau agama lain, mereka menyembah Tuhan tidak
melibatkan semua anggota. Sebaliknya dalam ajaran Islam, semua anggota
terlibat untuk tunduk dan patuh kepada Tuhan.
#Ketujuh-tujuh anggota itu ialah:
a.) Kepala - ini termasuklah anggota-anggota yang ada di kepala seperti
mata, mulut, telinga, lidah dan lain-lain. Kegunaan kepala pula ada
bermacam-macam jenis.
b.) Dua tangan - ia juga banyak peranannya. Ia
boleh berbuat baik atau berbuat jahat, boleh bunuh orang, boleh
selamatkan atau celakakan orang.
c.) Kedua-dua lutut
d.) Kedua-dua tapak kaki
>Dalam sembahyang, anggota-anggota sujud itu merupakan tujuh anggota
penting tubuh manusia. Semuanya terlibat dalam solat. Dalam doa Iftitah
kita menyebut, “Hidupku dan matiku adalah untuk Allah.” Ertinya semua
anggota yang penting dalam diri kita ini secara tidak langsung sudah
kita ikrarkan bahawa kita serahkan pada Allah. Ertinya kita akan
menggunakannya ke jalan Allah sebagaimana yang Allah kehendaki. Oleh itu
kalau kita sedari dan hayati, apa yang disebut dalam bacaan melibatkan
juga anggota dalam perbuatan.
3. Tujuh ayat berkait dengan tujuh Neraka dan tujuh Syurga
Al Fatehah ada tujuh ayat. Kalau intipati Quran dapat dihayati atau
tidak dapat dihayati, itu yang akan menentukan nasib seseorang nanti
sama ada Neraka yang tujuh atau Syurga yang tujuh. Semua ditentukan oleh
intipati Al Fatehah. Kalau Al Fatehah berperanan dalam hidupnya, dia
akan dapat salah satu dari tujuh peringkat Syurga. Kalau tidak dapat
dihayati dan tidak dapat dijadikan amalan hidup, dia akan masuk salah
satu dari tujuh peringkat Neraka.
4. Tujuh ayat itu juga menggambarkan di dunia ini ada tujuh lapis langit dan tujuh lapis bumi
Di langit ada macam-macam makhluk Allah yang ada hubungan dengan
kehidupan manusia. Demikian juga dengan tujuh lapis bumi yang ada
hubungan dengan kehidupan manusia. Ramai ahli sains yang membuat kajian
sudah mengesahkannya tetapi ia setakat hubungan yang lahir.Sebenarnya ia
bukan sekadar hubungan yang lahir sahaja. Manusia bukan hanya berhubung
dengan matahari, bulan dan bintang sahaja.
>Tidak juga hanya
berhubungan dengan isi bumi, lautan, hutan, binatang, tanaman dan
seumpamanya. Bahkan manusia juga berhubung rapat dengan makhluk yang
ghaib seperti malaikat.Malaikat juga menentukan hidup manusia. Kenapa?
Sebab ia juga tumpang mendoakan manusia pada Allah dan ia juga boleh
tumpang melaknat manusia. Tetapi hal yang ghaib ini ahli sains tidak
dapat kesan.
>Mereka hanya mampu kesan yang lahir seperti
hubungan matahari dengan manusia, hubungan bulan, pasang surut air laut,
bintang-bintang dengan kehidupan manusia. Tentang malaikat, mereka
tidak tahu.Padahal malaikat ikut campur tangan dalam menentukan
keselamatan manusia. Mereka juga mendoakan dan memberi berkat dengan
izin Allah.
>Mereka juga melaknat manusia dengan izin Tuhan
kerana kederhakaan manusia. Perkara yang ghaib ini ahli rohani sahaja
yang boleh kesan tetapi saintis tidak boleh kesan.
>Selain
malaikat, jin-jin juga ada hubungan dengan hidup manusia. Ini tidak
dapat dikesan oleh ahli sains, tetapi boleh dikesan oleh ahli-ahli
rohani. Apa maksud jin-jin juga terlibat? Jin itu hidupnya ditumpangkan
dengan manusia. Dia bergaul dengan manusia. Oleh sebab itu, apa bahasa
manusia itulah bahasa jin.
>Kalau di Malaysia menggunakan
bahasa Melayu, jin pun bercakap dalam bahasa Melayu. Di Indonesia, jin
bercakap bahasa Indonesia. Kalaulah di Malaysia ada jin yang berbahasa
Indonesia, bermakna jin itu berasal dari Indonesia. Jin di negara Arab
berbahasa Arab. Jadi jin tumpang bahasa manusia itu untuk menunjukkan
manusia lebih mulia dari jin.
>Selain itu, jin juga tumpang
belajar dengan manusia. Firman Allah di dalam Al Quran:Maksudnya: “Dan
(ingatlah) ketika Kami hadapkan serombongan jin kepadamu yang
mendengarkan Al Quran, maka tatkala mereka menghadiri pembacaan (nya)
lalu mereka berkata, ‘Diamlah kamu (untuk mendengarkannya) .’ Ketika
pembacaan itu selesai mereka kembali kepada kaumnya (untuk) memberi
peringatan.” (Al Ahqaf: 29)
>Mujurlah kita tidak nampak jin
sebab kita tidak akan sanggup hendak melihatnya. Begitu juga soal makan.
Jin kafir makan tulang-tulang haiwan yang disembelih oleh orang kafir.
Jin Islam pula tumpang makan tulang-tulang binatang yang disembelih oleh
orang Islam. Oleh sebab itu berhati-hatilah apabila membuang tulang.
Buanglah pada tempatnya.
>Kalau tulang-tulang itu dibiarkan
bersepah, jika ada jin yang datang untuk makan lalu terlanggar anak kita
maka akan timbul masalah.
5. Tujuh ayat ini kalau kita jadikan panduan, ia boleh didik nafsu kita yang tujuh peringkat.
Inilah hikmah terpenting dari jumlah ayat Al Fatehah yang tujuh itu.
Makin kita hayati, makin kita dapat mendidik diri dan nafsu kita. Bila
dikategorikan, nafsu manusia ada tujuh peringkat iaitu:i. Nafsu
ammarahii. Nafsu lawwamahiii. Nafsu mulhamahiv. Nafsu mutmainnahv. Nafsu
radhiahvi. Nafsu mardhiahvii. Nafsu kamilahIsi Al Quran itu terkandung
dalam Al Fatehah yang terdiri dari tujuh ayat.
>Nafsu ada
tujuh peringkat dan ayat Al Fatehah juga ada tujuh. Itu bukan kebetulan.
Hikmahnya adalah, kalau Al Fatehah ini dihayati, nafsu boleh menjadi
baik. Nafsu itulah yang menentukan celaka atau bahagia, patuh atau tidak
patuhnya kita pada Allah.
>Paling-paling lemah, Al Fatehah
atau isi Al Quran ini dapat mendidik nafsu sampai ke peringkat mulhamah.
Walaupun nafsu mulhamah ini masih belum mantap, masih goyang tapi itu
pun dikira sudah baik. Itulah nafsu orang soleh.
>Manakala mutmainnah pula, ia peringkat nafsu yang sudah istiqamah, sudah tetap serta tidak mudah goyang.
>Di sini juga dapat kita faham bahawa manusia akan bermula dengan
nafsu yang paling jahat kepada nafsu yang paling baik kalau dia
benar-benar mengendalikan nafsunya itu. Kalaulah manusia menghabiskan
banyak masanya untuk mempelajari hal-hal yang berkaitan dengan nafsu dan
mempraktikkannya, sesungguhnya manusia akan mampu meningkatkan dirinya
dari tahap ke tahap.
>Dia akan dapat meningkatkan dirinya
daripada bernafsu ammarah kepada lawwamah, mulhamah, mutmainnah dan
paling tinggi akan sampai kepada mardhiah. Namun ada di kalangan manusia
yang mampu sampai kepada nafsu kamilah; nafsu yang paling atas; iaitu
para nabi dan rasul. Manusia biasa boleh menjangkau sampai nafsu
mardhiah sahaja kalau dia sangat berusaha mengendalikan nafsunya.
>Cara untuk kita mengendalikan nafsu hingga sampai ke taraf
malaikat, itu semua mesti dirujuk kepada Al Quran. Ia tidak boleh
dirujuk kepada ilmu jenis lain. Siapa yang boleh menguasai Al Quran
sepenuhnya dan mempraktikkan Al Quran terhadap nafsunya, maka dia akan
merasai bagaimana dia merangkak beralih dari satu tahap ke satu tahap.
> Hebatnya Allah kerana menciptakan dalam diri manusia, satu nafsu
yang tidak boleh dilihat tetapi memang berperanan. Kalau manusia mahu,
dia boleh mentadbir nafsunya itu. Tetapi untuk itu ianya mesti dirujuk
kepada Al Quran.
>Ayat Al Quran itu terlalu banyak, namun
Allah yang Maha Bijak telah meminta kita memberi tumpuan kepada tujuh
ayat sahaja. Kalau kita boleh mengambil tujuh ayat ini untuk kita kuasai
segala kekuatan yang ada di dalamnya maka kita akan boleh mengendalikan
nafsu kita.
>Yang sebenarnya kalau kita boleh kuasai tujuh
ayat itu, kita boleh sampai ke peringkat ketujuh, yang mana nafsu itu
boleh kita tadbir dan kuasai. Nabi-nabi boleh melakukannya hingga mereka
sampai peringkat ketujuh itu.
#Surah Fatihah Dibaca Dlm Setiap Solat
>Allah yang menciptakan nafsu itu tujuh peringkat, tahu untuk
memadankannya dengan tujuh ayat dari surah Al Fatehah itu. Allah SWT
menetapkan kekuatan tujuh ayat Al Fatehah itu boleh mengendalikan tujuh
peringkat nafsu itu walaupun sifatnya tidak sama. Namun kita seperti
diberi amaran bahawa kebanyakan manusia tidak akan mampu untuk mengambil
seluruh kekuatan Al Fatehah itu untuk memerangi nafsu sehingga
peringkat tertinggi melainkan setakat mulhamah atau paling tinggi
mutmainnah.
>Maha Besar Tuhan yang mampu mencipta tujuh ayat
yang dengan kekuatannya mampu berhadapan dengan tujuh peringkat nafsu.
Saintis pun tidak pernah boleh mengesan kehadiran nafsu itu tetapi Allah
boleh wujudkannya dan Allah berkata bahawa Dia membuatnya sebanyak
tujuh jenis.
>Namun orang rohani yang diberi ilham oleh Allah
boleh melihat kekuatan Al Fatehah ini yang dirangkum dalam tujuh ayat.
Rupanya walaupun ilmunya ilham tetapi ia bersifat falsafah. Iaitu
melihat keajaiban ciptaan Allah merangkumkan kekuatan 6,666 ayat itu ke
dalam tujuh ayat sahaja yang mana ia boleh dipakai untuk mengendalikan
tujuh peringkat nafsu.
>Ia bukan kebetulan. Seseorang yang
dhaif dalam mengambil tujuh ayat ini maka dia akan dhaif dalam
mengendalikan tujuh tahap nafsu itu.
>Jadi di sini kita sudah
nampak kebesaran Fatehah padahal baru memperkatakan kulit atau
muqaddimahnya sahaja. Baru di pintu Fatehah, belum masuk ke dalam tetapi
sudah nampak besar isinya. Oleh sebab itulah saya lebih suka mengatakan
Al Fatehah itu ‘Surah Yang Dapat Kemenangan’ daripada menamakan ia
‘Surah Pembukaan’.Kalau ulama masyhurkan Al Fatehah itu sebagai Surah
Pembukaan kerana ia diletak di depan Al Quran, itu tidak salah tetapi
bagi saya elok dimasyhurkan sebagai Surah Kemenangan sebab pengertiannya
lebih luas. Ini kerana ia merangkumi semua kehidupan langit dan bumi,
yang ghaib dan rohani seperti Syurga, Neraka, nafsu dan lain-lain.
>Tuhan sendiri dalam menamakan surah ini menggunakan isim fi’il -
‘yang telah mendapat kemenangan’. Lebih baik makna ini kita masyhurkan
kerana Surah Fatehah itu menentukan seseorang itu mendapat kemenangan
atau tidak sama ada di dunia mahupun di Akhirat.
>Agar dengan
itu hidup ini dipandang berat dan tidak disia-siakan. Jangan dianggap
semuanya kebetulan. Ia ada hubung kaitnya dengan hidup kita.
Subhanallah. Allahu Akbar.... Perbanyalah selalu baca al-fatihah sahabat...... #barakallahii wallahum..... Semoga bermanfaat buat sahabat semua........... Salam.. 🙏
Hidup pastikan aman tenteram dunia wal akhirat kalau saja kita selalu bertafakur untuk mengingat Allah dan mengingat kehidupat akhirat, minimal 5 menit dalam sehari semalam
Minggu, 06 Oktober 2019
Penciptaan Nur Muhammad Awal Terciptanya Semua Makhluk
❤❤❤
>Sebelum semua makhluk diciptakan Allah, Nur Muhammad lah yang pertama kali diciptakan. Di dalam hadits qudsi Allah swt berfirman kepada Nabi Muhammad saw: Aku adalah perbendaharaan yang tersembunyi, Aku ingin dikenal kemudian Aku ciptakan alam (makhluk) agar Aku bisa dikenal. Dengan merenungkan tanda-tanda alam dan ayat-ayat Al Qur’an kaum muslimin dapat memperoleh kilasan aspek Ke-Ilahian yang telah dituangkan di alam semesta yang oleh Al Qur’an disebut sebagai wajah Allah (wajh-Allah).
>Di dalam hadits qudsi tersebut di atas terdapat kalimat yang berbunyi: Kemudian Aku ciptakan alam (makhluk)….. Ini masih berbentuk cahaya dan cahaya itu terbagi-bagi sebagaimana pendapat Ka’ab bin Akbar ra dalam kitab yang berjudul Madari: Yusu’ud (tangga-tangga kenaikan) yang di tulis oleh Syeh Nawawi pada halaman 2 s/d 3, yang terjemahannya kurang lebih sebagai berikut: berkata Ka’ab bin Akbar ra:
>Ketika Allah hendak menciptakan Maujudat / makhluk, menghamparkan bumi dan meninggikan langit. Allah menggenggam seganggam dari nurNya dan berfirman: Kun Muhammad, maka jadilah segenggam nur tadi menjadi sebuah tiang dari nur yang memancarkan cahaya sampai menembus hijab-hijab kegelapan. Lalu tiang itu bersujud dan berkata: Allahu Akbar.
>Allah berfirman kepada tiang nur itu: “Aku ciptakan kamu dan Aku beri nama kamu Muhammad. Darimu Ku awali semua makhluk, dan darimu Ku akhiri semua para utusan”. Kemudian Allah membagi empat bagian. Kemudian Allah ciptakan Lauhil Mahfud dari bagian pertama. Lalu Qalam dari bagian yang kedua. Allah berfirman : kepada Qalam, “Tulislah !” maka bergetarlah Qalam seribu tahun kedahsyatan kedahsyatan kitabullah.
>Lalu Qalam berkata, “Apa yang harus aku tulis ?” Allah berfirman : “Tulislah Lailaaha Illallah Muhammadurrasulullah”. Maka Qalam menulis kalimat itu. Lalu Qalam diberi petunjuk tentang ilmu Allah yang berkaitan dengan makhluk, kemudian Qalam menulis, Anak cucu Adam dari sulbinya; siapa yang taat kepada Allah akan masuk surga, siapa yang maksiyat kepada Allah akan masuk neraka. Umat Nuh; siapa yang taat kepada Allah masuk surga…Umat Ibrahim; siapa yang taat kepada Allah, masuk surga, siapa maksiat…Umat Musa; siapa yang taat kepada Allah masuk surga, siapa maksiat kepada Allah ….Umat Isa; siapa yang taat kepada Allah masuk surga, siapa maksiyat kepada Allah…Umat Muhammad; siapa yang taat kepada Allah masuk surga, siapa maksiyat kepada Allah….ketika Qalam mau menulis kalimat berikutnya ( masuk neraka ) tiba- tiba ada seruan dari Yang Maha Tinggi: “Hai Qalam beradablah kamu”. Maka pecahlah Qalam karena karena kedahsyatan seruan itu, dan sobek ujungnya berbentuk garis lurus, dengan tangan kudrat maka jadilah adap.
^Qalam tidak bisa menulis kecuali pecah bergaris ujungnya. Lalu Allah berfirman: “Tulislah, umat berdosa Tuhan Maha Pengampun” kemudian Allah menciptakan Arasy dari bagian yang ke tiga. Dari bagian yang ke empat menjadi empat bagian:
1. Bagian kesatu dijadikan akal
2. Bagian kedua dijadikan ma’rifat ( agar dapat mengetahui)
3. Bagian ketiga dijadikan cahaya Arsy dan sinar penglihatan serta seluruh cahaya termasuk siang ( matahari), sinar malam( bulan dan bintang). Semua cahaya ini berasal dari Nur Muhammad, Nur Muhammad adalah awal segala makhluk
4. Bagian yang ke empat dititipkan di bawah arasy, sampai Allah menciptakan Adam. Kemudian Allah menitipkan bagian itu (nur Muhammad) pada punggung Adam, bersujudlah para Malaikat.
>Kemudian Allah memasukkan Adam ke surga, para Malaikat berbaris rapi di belakang Adam, menyaksikan nur tersebut. Adam berkata: “Ya Allah kenapa para Malaikat berkumpul di belakangku?” Allah berfirman : “Wahai Adam mereka melihat nur kekasihku Muhammad penutup para utusan yang Aku keluarkan (pancaran cahaya) dari punggung mu” Adam berkata: “Ya Tuhan jadikan nur itu di depan saya, supaya saya bisa melihat dan berhadapan dengan malaikat”. Maka Allah memindahkan nur itu pada dahi nabi Adam, Malaikat berbaris di depan Adam. Adam berkata: “Ya Tuhan, jadikan Nur ini di tempat yang aku bisa melihat.
> Maka Allah jadikan Nur itu pada telunjuk Adam. Adam bisa melihat Nur itu bertambah bagus, megah dan Adam mendengar Nur itu bertasbih penuh keagungan, kemudian Nur itu pindah ke Hawa (istri Adam), seperti matahari yang bersinar.
>Kemudian ditentukan permulaan para utusan dari Nabi Sis as. Maka hilanglah Nur itu di wajah Hawa pindah ke Nabi Sis as. Lalu Adam mengambil sumpah Nabi Sis as. Bahwasanya: “Tidak akan menyimpan Nur itu kecuali dari yang suci ke yang suci, dari yang mulia ke yang mulia,” sampai pada sulbi Abdullah bin Abdul Mutholib.
>Kemudian Allah mengeluarkannya ke dunia ini dan menjadikannya Raja para Utusan Rahmatan lil alamin dan seorang panutan yang memancarkan cahaya yang terang benderang.
>Demikian dikala Nabi Muhammad saw. Diturunkan ke dunia, beliau disinari cahaya yang terang benderang sehingga, cahaya matahari yang menyinarinya tidak bisa memberi bayangan, dikarenakan cahaya Nur Muhammad lebih terang dari pada sinar matahari, itu terjadi di sepanjang hidup sampai beliau wafat.
>Dan siapa generasi penerusnya setelah Rasulullah saw. wafat?
Melihat dari sumpah Nabi Adam as. yang berbunyi tidak akan menyimpan Nur itu kecuali dari yang suci ke yang suci, dari yang mulia ke yang mulia. Mengingat risalah yang di bawa oleh Rasulullah saw.
>Dan dilanjutkan para pewarisnya yaitu para sahabat, para wali yang suci, dan para tabiin serta para ulama’ (yang disucikan dan yang dimuliakan oleh Allah swt.)
>Jadi manusia yang dititipi Nur Muhammad, adalah orang-orang yang suci dan orang-orang yang dimuliakan oleh Allah swt. Adapun orang- orang yang mensucikan diri sehingga ia mencapai pada tingkat kesucian ruh mereka diberi petunjuk untuk menuju ke jalan yang sampai kepada ruhnya ruh Nur Muhammad, karena ruh tercipta dari percikan Nur Muhammad dikala bersujud dan bertasbih kepada Allah selama ribuan tahun.
>Sumber dari Penciptaan Nur Muhammad Awal Terciptanya Semua Makhluk: Makrifat Haji
Tambahan dari komentar:
Keterangan berikut adalah suntingan dari kitab ‘Sirrul Asrar Fi Ma Yahtaju Ilayhil Abrar’ oleh Ghawthul A’zham Shaikh Muhyiddin Abdul Qadir Jilani رضي الله عه
Maka berkata Shaikhuna; tentang
… Nur Muhammad (iaitu hakikat Muhammad) – atau ringkasnya asal kejadian.
Semoga Allah Ta’ala memberikan kamu kejayaan di dalam amalan-amalan kamu yang disukaiNya dan Semoga kamu memperolehi keredaanNya. Fikirkan, tekankan kepada pemikiran kamu dan fahamkan apa yang aku katakan.
>Allah Yang Maha Tinggi pada permulaannya menciptakan cahaya Muhammad daripada cahaya suci Keindahan-Nya. Dalam hadis Qudsi Dia berfirman;
“Aku ciptakan ruh Muhammad daripada cahaya Wajah-Ku”.
Ini dinyatakan juga oleh Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم dengan sabdanya:
“Mula-mula Allah ciptakan ruhku. Pada permulaannya diciptakanNya sebagai ruh suci”.
“Mula-mula Allah ciptakan qalam”.
“Mula-mula Allah ciptakan akal”.
>Apa yang dimaksudkan sebagai ciptaan permulaan itu ialah ciptaan hakikat kepada Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم; kebenaran tentang Muhammad yang tersembunyi. Dia juga diberi nama yang indah-indah.
>Dia dinamakan Nur, cahaya suci kerana dia dipersucikan dari kegelapan yang tersembunyi di bawah sifat jalal Allah.
Allah Yang Maha Tinggi berfirman:
قَدْ جَآءَكُمْ مِّنَ اللَّهِ نُورٌ وَكِتَـبٌ مُّبِينٌ
“Sesungguhnya telah datang kepada kamu dari Allah, cahaya dan kitab yang menerangkan”. – Al-Maaidah, ayat 15
Dia dinamakan aqal yang meliputi (akal universal) kerana dia telah melihat dan mengenali segala-galanya.
>Dia dinamakan qalam kerana dia menyebarkan hikmah dan ilmu dan dia mencurahkan ilmu ke dalam huruf-huruf.
Roh Muhammad adalah zat atau hakikat kepada segala kejadian, permulaan dan kenyataan alam maya. Baginda صلى الله عليه وسلم menyatakan hal ini dengan sabdanya;
“Aku daripada Allah dan sekalian yang lain daripadaku”.
>Allah Yang Maha Tinggi menciptakan sekalian roh daripada roh baginda صلى الله عليه وسلم di dalam alam kejadian yang pertama, dalam bentuk yang paling baik. ‘Muhammad’ adalah nama kepada sekalian kemanusiaan di dalam alam arwah.
Dia adalah sumber, asal usul dan kediaman bagi sesuatu dan segala-galanya.
#barakallahii wallahum..... Semoga bermanfaat buat sahabat semua, khususnya buat pemahaman saya pribadi.... Wassalam...🙏

Langganan:
Postingan (Atom)