Laman

Senin, 25 Juli 2016

KELEBIHAN MENGIKUT SUNNAH RASULULLAH SAW YANG BERKAITAN DENGAN SEMBAHYANG

KELEBIHAN MENGIKUT SUNNAH RASULULLAH SAW YANG BERKAITAN DENGAN SEMBAHYANG
Fadhilat Memakai Gamis (jubah)
Dari Ummi Salamah RA ia berkata:
عَنْ اُمِّ سَلَهَمَةَ رَضِىَ الله ُ عَنْهَا قَالَتُ : كَانَ اَحَبَّ الثِّيَابِ اِلَى رَسُولُ اللهِ الْقَمِيْصُ ( رواه ابوداود والتركذى )
Ertinya, "Adalah pakaian yang paling disukai oleh Nabi SAW ialah gamis."
Fadhilat Memakai Serban
رَكْعَتَانِ بِعِمَامَةٍ خَيْرٌ مِّنْ سَبْعِيْنَ رَكْعَةً بِلاَ عِمَامَةٍ
“Dua rakaat dengan memakai serban itu terlebih baik daripada 70 rakaat dengan tiada serban."
Fadhilat Tudung Kepala
Sunat juga memakai tudung kepala dengan serban atau kain selendang.
Dalam kitab "Baghyatut Tullab" diterangkan tentang tudung kepala demikian, "… dan demikian lagi sunat memakai tudung kepalanya jikalau dengan kain selendangnya kerana faedahnya (fadhilatnya) sangat banyak dan dinamakan Khalwat Sugra lagi membaikkan zahir dan bathin seperti malu ia akan Allah SWT dan takut ia daripada-Nya kerana tutup kepala itu kelakuan orang yang takut yang lari yang tiada menolong akan dia baginya dan lagi ada padanya itu menghimpunkan bagi fikir dan memeliharakan daripada banyak pandang kepada maksiat dan menghimpunkan himmahnya dan dapat hadir hati serta Tuhannya dan terpelihara anggotanya daripada menyalahi dan dirinya daripada keinginan dan lainnya daripada beberapa fawaid (banyak faedah)."