Kekuatan Rahsia Allah ini hanya Allah saja yang mengetahui sepenuhnya. Oleh sebab itu RUHKU ini telah dibalut oleh Allah dengan pelbagai balutan agar ianya tidak membakar Jasad dan agar kekuatan dan Keagungannya dibataskan sesuai dengan cara kehidupan manusia itu sendiri. Dari segi ilmunya,balutan balutan ini dikatakan sebagai BALUTAN CAHAYA mengikut kedudukan alamnya.
Butirannya adalah sebagai berikut ;
Lapisan Balutan pertama dirujuk sebagai BALUTAN CAHAYA LAHUT dan ia dikenali sebagai RUH AL-QUDSI
Lapisan Kedua ialah BALUTAN CAHAYA JABARUT dan ia dikenali sebagai RUH SULTANI
Lapisan Balutan Ketiga ialah BALUTAN CAHAYA MALAKUT dan ia dikenali sebagai RUH RUHANI
Lapisan Keempat dan terakhir ialah BALUTAN CAHAYA MULKI dan ia dikenali sebagai RUH JASMANI.
Sepertimana anggota anggota Jasad , juga BALUTAN BALUTAN CAHAYA ini merupakan Zat Serba Zat yang seni seni yang hanya diketahui Allah. Ia merupakan SUMBER HIDUP manusia itu sendiri
Menurut Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani tempat tempat Ruh-Ruh di atas di dalam Jasad manusia adalah seperti berikut :-
* Ruh Jasmani Letaknya antara kulit dan daging
* Ruh Ruhani Di dalam jantung manusia itu
* Ruh Sultani Di Baitillah Mukmin iaitu satu bahagian khusus - di-jantung manusia itu
Ruh Al-Qudsi Di dalam RASA
RUH RUH yang merupakan Balutan Balutannya itulah yang dirujuk sebagai DIRI BATIN MANUSIA itu.
Sedangkan RUH AL-QUDSI itu pula dirujuk sebagai DIRI SEBENAR atau DIRI HAKIKI MANUSIA itu yang oleh Allah dirujuknya sebagai RAHSIA dan RAHSIAnya adalah ALLAH itu sendiri.
Maka inilah yang dirujuk oleh Allah di dalam Al-Quran
Jika mereka bertanya tentang AKU Ya Muhammad maka katakanlah Aku DEKAT dan menyahut seruan orang yang memanggil Aku.
DIRI inilah yang diperintah oleh Allah untuk dikenali oleh manusia itu melalui Hadits :
" Man Arafa Nafsahu Faqad Arafa Rabbahu "
Yang demikian jika manusia itu dapat mengenal DIRI ini maka kenal ia akan Tuhannya Allah SWT. Maka sudahlah ianya menunaikan Perintah Allah.
Salam