Solat adalah merupakan
hadiah yang terhebat yang dianugerahkan oleh Allah sebagai bekalan buat
hamba-hambaNya yang beriman, yang telah diutuskan ke dunia ini sebagai
khalifah di bawah lembayung pengabdian tulus.
Solat adalah satu
method perhubungan spiritual yang membolehkan sang hamba berhubung
secara terus dengan Penciptanya. Melalui solat, kita diberikan peluang
untuk menghadap ke bawah duli Yang Maha Mulia, Raja Segala Raja Kepada
Segala Kerajaan di tujuh lapisan Langit dan tujuh lapisan Bumi.
Perhubungan spiritual ini berlaku di peringkat ruh yang tidak dapat
dilihat dengan mata kasar. Apabila kita solat, ketahuilah bahawasanya
bukan jasad kita sahaja yang berdiri, rukuk dan bersujud, tetapi ruh
kita juga sebenarnya turut bersolat menghadap Allah.
Apabila
kita solat, ruh kita berpeluang untuk “bertemu” dengan Allah, untuk
menyatakan kerinduan kepada Penciptanya dan kepada Syurga yang pernah
didiami suatu masa dahulu.
Bukti bahawa solat itu merupakan satu
pertemuan spiritual di antara hamba dengan Tuhannya tidak dapat saya
persembahkan dengan lojik akal dan pandangan mata zahir yang terhalang
oleh hijab dan dalam ruang lingkup dimensi yang kita huni.
Ia
harus dirasai sendiri dan dilihat dengan mata hati yang bersih dan
dengan keyakinan yang mendalam terhadap kewujudan alam ghaib.
Harus ditegaskan bahawa penjelasan yang lebih mendalam mengenai apakah ruh adalah dalam rahsia Allah semata-mata.
“Bertanya mereka kepada Engkau Hai Muhammad tentang roh, katakan roh
itu adalah urusan Tuhanmu, sedang kamu diberi pengetahuan hanya sedikit
saja.”(Al-Isra’: 85)
Sudi saya lontarkan satu persoalan di sini,
siapakah kita yang sebenarnya? Jika anda renung jauh ke dalam anak mata
anda apabila berdiri di hadapan cermin, siapakah yang dapat anda lihat?
Sesungguhnya, awalan agama itu adalah ma’rifatullah dan untuk kita
mengenal Allah kita mestilah melihat ke alam ini dan ke dalam diri
sendiri.
Dan di bumi itu terdapat tanda-tanda [kekuasaan Allah] bagi
orang-orang yang yakin, (20) dan [juga] pada dirimu sendiri. Maka
apakah kamu tiada memperhatikan? (21)”(Adz-Dzariyat: 20-21).
Diriwayatkan daripada Saidatina Aisyah r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. ditanya: من أعرف الناس بربه؟
Maksudnya: "Siapa yang paling kenal Allah dari kalangan manusia?"
Rasulullah s.a.w. menjawab: أعرفهم بنفسه Maksudnya: "Orang yang paling
kenal dirinya".(Adab Ad-Dunwa wa Ad-Din, Imam Al-Mawardi)
(Ingatlah peristiwa) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat:
Sesungguhnya Aku hendak menciptakan manusia, Adam dari tanah; (71)
Kemudian apabila Aku sempurnakan kejadiannya, serta Aku tiupkan ke
dalamnya roh-Ku, maka hendaklah kamu sujud kepadanya. (72)”(Sod: 71-72)
Ketahuilah bahawasanya jasad hanyalah satu kepompong yang kita diami di
dunia ini dan akan kita tinggalkan apabila kita berpindah ke alam
barzakh kelak. Jasad umpama sebuah kereta yang kita sedang pandu,
apabila tiba ke destinasi yang dituju, kita akan keluar dari kereta itu.
Maka fahamilah hakikat bahawa solat kita bukan sekadar fizikal
jasad tetapi ruh kita yang berasal drp-Nya, yang rindu untuk bertemu
dengan-Nya.
Solat yang tidak diringi dengan ruh adalah umpama solat si mayat kerana hanya jasad sahaja yang bersolat.
Bagi mereka yang telah dihadiahkan dengan keilmuan dan kefahaman
mengenai persoalan ruh,solatnya akan menjadi sumber kebahagiaan hakiki
yang tiada bandingnya dengan segala kemewahan dunia dan segenap isinya.
Allah SWT berfirman:“Jadikanlah Sabar dan Solat sebagai penolongmu. Dan
sesungguhnya solat itu amatlah berat, kecuali bagi orang-orang yang
khusyuk. (Yakni) orang-orang yang meyakini, bahawa mereka akan menemui
Tuhannya dan bahawa mereka akan kembali kepada-Nya” (Al-Baqarah: 45-46).
ISTIADAT TERAGUNG.
Solat adalah merupakan satu istiadat mempersembahkan diri kepada Raja
Segala Raja. Istiadat ini mestilah disantuni dengan upacara penuh
peradaban dan kecantikan kerana ini adalah merupakan istiadat yang
teragung.
Penampilan kita, pertuturan kita, persembahan kita
mestilah dilakukan dengan penuh rasa takzim terhadap Allah SWT kerana
Dialah Raja kepada segala kerajaan di langit dan di bumi.Istiadat
teragung ini bermula semasa kita berwudhuk lagi, iaitu apabila kita mula
mensucikan hati dan diri tatkala mendengar panggilan azan.
Apakah pengertian wudhuk buat anda ?
Adakah ia hanya sekadar satu proses penyucian zahir semata-mata atau lebih dari itu ?
Wudhuk yang sempurna adalah wudhuk yang bukan sekadar pada zahirnya
sahaja tetapi juga pada batinnya, di mana kita dibersihkan daripada
dosa-dosa kecil yang dilakukan oleh pancaindera dan anggota badan.
Nabi SAW bersabda:“Apabila seseorang hamba muslim atau mukmin berwudhu’
maka setelah ia membasuh wajahnya, keluarlah dari wajahnya segala dosa
yang telah dilihat oleh kedua matanya melalui air atau bersama titisan
air yang terakhir.
Ketika membasuh kedua tangannya keluarlah dari
kedua tangannya setiap dosa yang telah dilakukan oleh kedua tangannya
bersama air atau bersama titisan air yang terakhir.
Sewaktu ia
membasuh kedua belah kakinya, keluarlah dari kedua kakinya setiap dosa
yang dilangkah oleh kedua kakinya bersama air atau bersama air terakhir
sehinggalah setelah ia selesai berwudhu’ ia bersih dari
dosa-dosanya”.(Riwayat Muslim).
Maka apabila kita berwudhuk,
lakukanlah ia dengan penuh perasaan, keinsafan dan pengharapan. Rasakan
wudhuk itu sebagai satu upacara mensucikan diri dengan air yang
bercahaya dan menyegarkan jiwa sebelum dibenarkan menjunjung duli
menghadap Allah SWT.
Apabila disapukan air ke kepala, maka insafilah dosa-dosa yang dilakukan oleh fikiran kita yang liar dan songsang.
Apabila disapukan air wudhuk kepada mata, maka insafilah dosa-dosa zina
mata yang telah dilakukan selama ini dan begitulah seterusnya sehingga
kepada kedua kaki yang melangkah.
Setelah menyempurnakan wudhuk, lantas kita membaca doa wudhuk dengan penuh pengharapan :
" Ya Allah, jadikanlah aku golongan orang-orang yang bertaubat dan
jadikanlah aku golongan orang-orang yang membersihkan diri (Riwayat
at-Tirmidzi)
Seterusnya kita berdiri menghadap Kaabah iaitu
kiblat di bumi yang berkait langsung dengan kedudukan ‘arasy Allah di
atas langit yang ketujuh, bersedia untuk mempersembahkan diri di hadapan
Allah.
Lalu kita pun mengangkat takbiratul ihram menyerah diri dalam keadaan yang lemah dan hina.
Takbiratul Ihram adalah tempat di mana bermulanya segala pantang larang apabila kita berhadapan dengan Allah.
Jika niat adalah merupakan “pintu” yang kita buka maka takbiratul ihram
adalah ketika mana kita “dimi’rajkan” untuk menghadap Allah SWT.
Kata hukamak: “Solat itu adalah mi’raj bagi orang mukmin”.
Kemudian kita pun membaca doa iftitah atau doa tawajjuh sebagai satu
kesaksian:“Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya.
Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku kepada
Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan keadaan lurus dan berserah
diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik…”
Setelah
mengisytiharkan diri menghadap Allah dan menyatakan kesaksian kita, kita
pun bersedia untuk berbicara dengan Allah dengan membaca surah
Al-Fatihah.
Apakah pengertian surah Al-Fatihah buat anda?
Adakah Al-Fatihah ini sekadar bacaan yang wajib dibaca sahaja ?
Di dalam surah Al-Fatihah terkandung intipati kepada solat yang
khusyuk. Ketahuilah bahawa solat adalah merupakan hubungan komunikasi
dua hala di antara hamba dan TuhanNya.
Cuma hati kita yang kotor
mana mungkin akan dapat merasai hubungan spiritual ini yang hanya
dialami oleh golongan Nabi dan para salafussoleh.
Firman Allah
di dalam sebuah hadis Qudsi:“Aku telah membahagikan solat di antara Aku
dan hambaKu, kepada dua bahagian, dan hambaKu akan mendapat apa yang
dimintanya.
Apabila hamba itu berkata, “Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam”
Allah berkata, “hambaKu telah memujiKu.”
Apabila hamba itu berkata “Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”
Allah berkata, “hambaKu telah menyanjungKu.”
Apabila hamba itu berkata “Yang Menguasai Hari Pembalasan”
Allah berkata, “hambaKu telah memuliakanKu.”
Apabila hamba itu berkata “Kepada Engkau kami sembah dan kepada Engkau kami meminta pertolongan,”
Allah berkata, “ini adalah antara Aku dan hambaKu, dan hambaKu akan mendapat apa yang dipintanya.”
Apabila hamba itu berkata “Tunjukkanlah kami ke jalan yang lurus, iaitu
jalan orang-orang yang Engkau beri nikmat, bukannya jalan orang-orang
yang Engkau murkai, dan bukan pula jalan orang-orang yang sesat,”
Allah berkata, “semua ini adalah untuk hambaKu, dan hambaKu akan mendapat apa yang dipintanya.”(Riwayat Muslim)
Maka, setiap kali kita solat, cuba renungkan perbualan seorang hamba
dengan Allah tatkala kita membaca Al-Fatihah. Perhatikan apa yang kita
minta dari Allah di dalam surah Al-Fatihah. Sesungguhnya Allah telah
memakbulkan permintaan kita untuk mendapatkan pertolongan drp-Nya, iaitu
untuk diberikan petunjuk ke jalan yang lurus.
Sesungguhnya
janji Allah adalah benar kerana pada hakikatnya, kita semua senantiasa
diberikan petunjuk dan hidayah oleh Allah yang membantu kita membezakan
antara yang hak dan yang batil, antara yang baik dan yang buruk.
Tetapi, oleh kerana hati yang kotor dengan maksiat dan nafsu yang gagal
dibendung, kita masih jua memilih kebatilan lantas tambah menjauhkan
diri "ANTARA JASAD DAN RUH".
Solat adalah merupakan hadiah yang
terhebat yang dianugerahkan oleh Allah sebagai bekalan buat
hamba-hambaNya yang beriman, yang telah diutuskan ke dunia ini sebagai
khalifah di bawah lembayung pengabdian tulus.
Solat adalah satu
method perhubungan spiritual yang membolehkan sang hamba berhubung
secara terus dengan Penciptanya. Melalui solat, kita diberikan peluang
untuk menghadap ke bawah duli Yang Maha Mulia, Raja Segala Raja Kepada
Segala Kerajaan di tujuh lapisan Langit dan tujuh lapisan Bumi.
Perhubungan spiritual ini berlaku di peringkat ruh yang tidak dapat
dilihat dengan mata kasar. Apabila kita solat, ketahuilah bahawasanya
bukan jasad kita sahaja yang berdiri, rukuk dan bersujud, tetapi ruh
kita juga sebenarnya turut bersolat menghadap Allah.
Apabila
kita solat, ruh kita berpeluang untuk “bertemu” dengan Allah, untuk
menyatakan kerinduan kepada Penciptanya dan kepada Syurga yang pernah
didiami suatu masa dahulu.Bukti bahawa solat itu merupakan satu
pertemuan spiritual di antara hamba dengan Tuhannya tidak dapat saya
persembahkan dengan lojik akal dan pandangan mata zahir yang terhalang
oleh hijab dan dalam ruang lingkup dimensi yang kita huni.
Ia
harus dirasai sendiri dan dilihat dengan mata hati yang bersih dan
dengan keyakinan yang mendalam terhadap kewujudan alam ghaib. Harus
ditegaskan bahawa penjelasan yang lebih mendalam mengenai apakah ruh
adalah dalam rahsia Allah semata-mata.
“Bertanya mereka kepada
Engkau Hai Muhammad tentang roh, katakan roh itu adalah urusan Tuhanmu,
sedang kamu diberi pengetahuan hanya sedikit saja.”(Al-Isra’: 85)
Sudi saya lontarkan satu persoalan di sini, siapakah kita yang
sebenarnya? Jika anda renung jauh ke dalam anak mata anda apabila
berdiri di hadapan cermin, siapakah yang dapat anda lihat? Sesungguhnya,
awalan agama itu adalah ma’rifatullah dan untuk kita mengenal Allah
kita mestilah melihat ke alam ini dan ke dalam diri sendiri.Dan di bumi
itu terdapat tanda-tanda [kekuasaan Allah] bagi orang-orang yang yakin,
(20) dan [juga] pada dirimu sendiri.
Maka apakah kamu tiada
memperhatikan? (21)”(Adz-Dzariyat: 20-21)Diriwayatkan daripada Saidatina
Aisyah r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. ditanya: من أعرف الناس بربه؟
Maksudnya: "Siapa yang paling kenal Allah dari kalangan
manusia?"Rasulullah s.a.w. menjawab: أعرفهم بنفسه Maksudnya: "Orang yang
paling kenal dirinya".(Adab Ad-Dunwa wa Ad-Din, Imam Al-Mawardi)
(Ingatlah peristiwa) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat:
Sesungguhnya Aku hendak menciptakan manusia, Adam dari tanah; (71)
Kemudian apabila Aku sempurnakan kejadiannya, serta Aku tiupkan ke
dalamnya roh-Ku, maka hendaklah kamu sujud kepadanya. (72)”(Sod: 71-72)
Ketahuilah bahawasanya jasad hanyalah satu kepompong yang kita diami di
dunia ini dan akan kita tinggalkan apabila kita berpindah ke alam
barzakh kelak. Jasad umpama sebuah kereta yang kita sedang pandu,
apabila tiba ke destinasi yang dituju, kita akan keluar dari kereta itu.
Maka fahamilah hakikat bahawa solat kita bukan sekadar fizikal
jasad tetapi ruh kita yang berasal dari-Nya, yang rindu untuk bertemu
dengan-Nya.
Solat yang tidak diringi dengan ruh adalah umpama solat si mayat kerana hanya jasad sahaja yang bersolat.
Bagi mereka yang telah dihadiahkan dengan keilmuan dan kefahaman
mengenai persoalan ruh,solatnya akan menjadi sumber kebahagiaan hakiki
yang tiada bandingnya dengan segala kemewahan dunia dan segenap isinya.
Allah SWT berfirman:“Jadikanlah Sabar dan Solat sebagai penolongmu. Dan
sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang
yang khusyuk. (Yakni) orang-orang yang meyakini, bahawa mereka akan
menemui Tuhannya dan bahawa mereka akan kembali kepadaNya” (Al-Baqarah:
45-46).
ISTIADAT TERAGUNG
Solat adalah merupakan satu
istiadat mempersembahkan diri kepada Raja Segala Raja. Istiadat ini
mestilah disantuni dengan upacara penuh peradaban dan kecantikan kerana
ini adalah merupakan istiadat yang teragung.
Penampilan kita,
pertuturan kita, persembahan kita mestilah dilakukan dengan penuh rasa
takzim terhadap Allah SWT kerana Dialah Raja kepada segala kerajaan di
langit dan di bumi.Istiadat teragung ini bermula semasa kita berwudhuk
lagi, iaitu apabila kita mula mensucikan hati dan diri tatkala mendengar
panggilan azan.
Apakah pengertian wudhuk buat anda?
Adakah ia hanya sekadar satu proses penyucian zahir semata-mata atau lebih dari itu?
Wudhuk yang sempurna adalah wudhuk yang bukan sekadar pada zahirnya
sahaja tetapi juga pada batinnya, di mana kita dibersihkan daripada
dosa-dosa kecil yang dilakukan oleh pancaindera dan anggota badan.
Nabi SAW bersabda:“Apabila seseorang hamba muslim atau mukmin berwudhu’
maka setelah ia membasuh wajahnya, keluarlah dari wajahnya segala dosa
yang telah dilihat oleh kedua matanya melalui air atau bersama titisan
air yang terakhir.
Ketika membasuh kedua tangannya keluarlah
dari kedua tangannya setiap dosa yang telah dilakukan oleh kedua
tangannya bersama air atau bersama titisan air yang terakhir.
Sewaktu ia membasuh kedua belah kakinya, keluarlah dari kedua kakinya
setiap dosa yang dilangkah oleh kedua kakinya bersama air atau bersama
air terakhir sehinggalah setelah ia selesai berwudhu’ ia bersih dari
dosa-dosanya”.(Riwayat Muslim)
Maka apabila kita berwudhuk,
lakukanlah ia dengan penuh perasaan, keinsafan dan pengharapan. Rasakan
wudhuk itu sebagai satu upacara mensucikan diri dengan air yang
bercahaya dan menyegarkan jiwa sebelum dibenarkan menjunjung duli
menghadap Allah SWT.
Apabila disapukan air ke kepala, maka insafilah dosa-dosa yang dilakukan oleh fikiran kita yang liar dan songsang.
Apabila disapukan air wudhuk kepada mata, maka insafilah dosa-dosa zina
mata yang telah dilakukan selama ini dan begitulah seterusnya sehingga
kepada kedua kaki yang melangkah.
Setelah menyempurnakan wudhuk,
lantas kita membaca doa wudhuk dengan penuh pengharapan:“Ya Allah,
jadikanlah aku golongan orang-orang yang bertaubat dan jadikanlah aku
golongan orang-orang yang membersihkan diri!”(Riwayat at-Tirmidzi)
Seterusnya kita berdiri menghadap Kaabah iaitu kiblat di bumi yang
berkait langsung dengan kedudukan ‘arasy Allah di atas langit yang
ketujuh, bersedia untuk mempersembahkan diri di hadapan Allah. Lalu kita
pun mengangkat takbiratul ihram menyerah diri dalam keadaan yang lemah
dan hina.
Takbiratul Ihram adalah tempat di mana bermulanya segala pantang larang apabila kita berhadapan dengan Allah.
Jika niat adalah merupakan “pintu” yang kita buka maka takbiratul ihram
adalah ketika mana kita “dimi’rajkan” untuk menghadap Allah SWT. Kata
hukamak: “Solat itu adalah mi’raj bagi orang mukmin”.
Kemudian
kita pun membaca doa iftitah atau doa tawajjuh sebagai satu
kesaksian:“Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya.
Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku kepada
Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan keadaan lurus dan berserah
diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik…”
Setelah
mengisytiharkan diri menghadap Allah dan menyatakan kesaksian kita, kita
pun bersedia untuk berbicara dengan Allah dengan membaca surah
Al-Fatihah.
Apakah pengertian surah Al-Fatihah buat anda?
Adakah Al-Fatihah ini sekadar bacaan yang wajib dibaca sahaja?
Di dalam surah Al-Fatihah terkandung intipati kepada solat yang
khusyuk. Ketahuilah bahawa solat adalah merupakan hubungan komunikasi
dua hala di antara hamba dan TuhanNya.
Cuma hati kita yang kotor
mana mungkin akan dapat merasai hubungan spiritual ini yang hanya
dialami oleh golongan Nabi dan para salafussoleh.
Firman Allah di
dalam sebuah hadis Qudsi:“Aku telah membahagikan solat di antara Aku dan
hambaKu, kepada dua bahagian, dan hambaKu akan mendapat apa yang
dimintanya.
Apabila hamba itu berkata, “Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam”
Allah berkata, “hambaKu telah memujiKu.”
Apabila hamba itu berkata “Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”
Allah berkata, “hambaKu telah menyanjungKu.”
Apabila hamba itu berkata “Yang Menguasai Hari Pembalasan”
Allah berkata, “hambaKu telah memuliakanKu.”
Apabila hamba itu berkata “Kepada Engkau kami sembah dan kepada Engkau kami meminta pertolongan,”
Allah berkata, “ini adalah antara Aku dan hambaKu, dan hambaKu akan mendapat apa yang dipintanya.”
Apabila hamba itu berkata “Tunjukkanlah kami ke jalan yang lurus, iaitu
jalan orang-orang yang Engkau beri nikmat, bukannya jalan orang-orang
yang Engkau murkai, dan bukan pula jalan orang-orang yang sesat,”
Allah berkata, “semua ini adalah untuk hambaKu, dan hambaKu akan mendapat apa yang dipintanya.”(Riwayat Muslim)
Maka, setiap kali kita solat, cuba renungkan perbualan seorang hamba
dengan Allah tatkala kita membaca Al-Fatihah. Perhatikan apa yang kita
minta dari Allah di dalam surah Al-Fatihah. Sesungguhnya Allah telah
memakbulkan permintaan kita untuk mendapatkan pertolongan daripada
Allah, iaitu untuk diberikan petunjuk ke jalan yang lurus.
Sesungguhnya janji Allah adalah benar kerana pada hakikatnya, kita semua
senantiasa diberikan petunjuk dan hidayah oleh Allah yang membantu kita
membezakan antara yang hak dan yang batil, antara yang baik dan yang
buruk.
Tetapi, oleh kerana hati yang kotor dengan maksiat dan
nafsu yang gagal dibendung, kita masih jua memilih kebatilan lantas
tambah menjauhkan diri kita drp jalan yang lurus.
***
ALLAHU AKBAR