Susuk Tubuh Nabi Muhammad SAW
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

Anas bin Malik r.a. atau Abu Nadhr Anas bin Malik al Anshari al Bukhari
al Khazraji adalah sahabat yang paling akhir meninggal dunia di Basrah,
iaitu pada tahun 71 H. Beliau telah tinggal bersama Rasulullah
Sallallahu Alaihi Wasallam dan membantu Baginda selama 10 tahun. Selama
itu juga Anas bin Malik r.a. dapat melihat lebih dekat dan beliau
menyatakan bahawa segala yang ada pada diri Nabi Muhammad Sallallahu
Alaihi Wasallam, semuanya istimewa. Termasuk bentuk tubuh Baginda
Sallallahu Alaihi Wasallam..
“Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bukanlah orang yang berperawakan terlalu tinggi, namun tidak juga rendah. Kulitnya tidak putih melepak juga tidak sawo matang. Rambutnya ikal, tidak kerinting dan tidak juga lurus kaku. Baginda diangkat (menjadi rasul) Allah SWT dalam usia 40 tahun. Baginda tinggal di Makkah (sebagai Rasul) 10 tahun dan di Madinah 10 tahun. Baginda pulang ke Rahmatullah dalam usia 63 tahun. Pada kepala dan janggutnya tidak terdapat sampai 20 helai rambut yang telah berwarna putih.” (Diriwayatkan oleh Abu Raja Qutaibah bin Sa’id, dari Malik bin Anas, dari Rabi’ah bin Abi` Abdurrahman yang bersumber dari Anas bin Malik r.a.)
“Aku tak pernah lihat orang yang berambut panjang terurus rapi dengan mengenakan pakaian merah yang lebih tampan dari Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam. Rambutnya mencapai kedua bahunya. Kedua bahunya bidang. Baginda bukanlah seorang yang berperawakan (bertubuh) rendah dan tidak juga terlampau tinggi.” (diriwayatkan oleh Mahmud bin Ghailan, dari Waki’, dari Sufyan, Dari Abi Ishaq, yang bersumber dari al Bara bin Azib r.a.)
“Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam tidak berperawakan (bertubuh) terlalu tinggi dan tidak juga terlalu rendah. Baginda berperawakan sederhana di antara kaumnya. Rambut tidak keriting bergulung dan tidak pula lurus kaku, melainkan ikal bergelombang. Badannya tidak gemuk, dagunya tidak tirus dan wajahnya agak bundar. Kulitnya putih kemerah-merahan. Matanya hitam pekat dan bulu matanya lentik. Bahunya bidang. Baginda memiliki bulu lebat yang memanjang dari dada sampai ke pusat. Tapak tangan dan kakinya terasa tebal. Bila Baginda berjalan, berjalan dengan tegap seakan akan Baginda turun ke tempat yang rendah.
“Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam mempunyai gigi seri yang renggang. Apabila Baginda bertutur kelihatan seperti ada cahaya yang memancar keluar antara kedua-dua gigi serinya itu.” (Diriwayatkan oleh Abdullah bin Abdurrahman, dari Ibrahim bin Mundzir al Hizami, dari Abdul Aziz bin Tsabit az Zuhri, dari Ismail bin Ibrahim, dari Musa bin Uqbah, dari Kuraib yang bersumber dari Ibnu Abbas r.a.)
Pandangan Para Sahabat
Di antara kata-kata apresiasi lain para sahabat ialah:.
1. Wajah
Wajahnya seperti bulan purnama.
Rasulullah umpama matahari yang bersinar.
Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.
Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.
Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.
Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.
Kedua pipinya menurun, tidak meninggi, tidak bermuka panjang.
Wajah Baginda tenang dan bercahaya apabila ketawa atau tersenyum.
Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari terbit.
Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya seperti bulan purnama.
Baginda seolah-olah tidak dimamah usia, Baginda muda sehinggalah ke akhir hayat.
Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.
Wajah baginda adalah wajah yang tercantik malah lebih cantik dan kacak daripada Nabi Allah Yusof a.s..
2. Susuk Tubuh
Perutnya tidak buncit.
Badannya tidak gemuk.
Bahunya terletak dan segak.
Tubuhnya nampak tinggi semasa berada di kalangan orang ramai.
Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh.
Badannya tidak tinggi, tidak rendah atau kecil tapi berukuran sederhana besar.
Tubuhnya tidak banyak bulu kecuali satu garisan rambut menganjur dari dada ke pusat.
Baginda kelihatan lebih tinggi daripada para sahabat, tetapi apabila Baginda berjalan sendirian, Baginda nampak sederhana ketinggiannya.
“Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam pernah bersabda bahawa orang yang bertubuh sederhana dikurniakan banyak kebajikan.” .
3. Kulit
Kulitnya putih lagi bercahaya.
Warna kulit putih kemerah-merahan.
Warna putihnya lebih banyak tapi sihat.
Warna kulitnya campuran coklat dan putih.
Warna kulit Baginda tidak terlalu putih seperti kapur.
Warna kulit Baginda adalah azharul-laun – putih gemilang.
Keringat baginda seperti mutiara dan berbau lebih harum dari kasturi.
4. Rambut Kepala
Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.
Rambutnya sedikit ikal.
Rambutnya terbelah di tengah.
Ada kalanya rambutnya mencecah bahu tapi disikat rapi.
Rambutnya tebal kadang-kadang menyentuh pangkal telinga.
Berambut ikal yang tidak terlalu lurus dan tidak terlalu keriting.
Apabila baginda menyikat rambut, jadilan seakan-akan jalinan pasir.
Uban pada kepala dan janggutnya masing-masing berjumlah 17 helai..
5. Kening
Dahi Baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya.
Ke dua-dua belah bulu keningnya melengkung.
Ada yang menyatakan kedua-dua keningnya bersambung.
Ruang putih (ablaj) yang kecil di tengah-tengah keningnya seolah-olah perak yang putih bersih.
Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa Baginda murka..
6. Mata
Mata Baginda hitam pekat.
Bulu matanya tebal, panjang dan lentik.
Kedua matanya adalah lapang dan jernih.
Di bahagian mata putih terdapat garis-garis merah,
Kelopak matanya luas dan kebiruan di bahagian tepi..
7. Hidung dan Mulut
Hidungnya mancung, bercahaya penuh misteri dan kelihatan sedikit luas.
Mulut Baginda sederhana luas dan cantik.
Aku melihat cahaya dari lidahnya.
Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.
Giginya kecil indah tersusun, gigi serinya sedikit renggang dan bercahaya..
8. Dagu
Dagunya tidak runing dan tirus.
Janggutnya penuh dan tebal menawan.
Dipenuhi dengan janggut dan tidak bermisai. .
9. Leher
Tidak dapat dikatakan panjang atau pendek.
Warna lehernya putih seperti perak, sangat indah.
Lehernya adalah yang terbaik dari semua hamba Allah SWT.
Lehernya kecil dan jinjang, terbentuk dengan cantik seperti arca.
Gambarannya seolah-olah cerek perak yang bercampur emas yang berkilauan dalam keputihan perak dan kemerahan emas. .
10. Bahu dan Dada
Dadanya bidang dan selaras dengan perut.
Luas bidang antara kedua bahunya lebih daripada biasa.
Seimbang antara kedua bahunya.
Berdada lebar/agak sasa seperti cermin rata dan seperti bulan putihnya.
Tidak berbulu dada kecuali pada sedikit bulu lurus antara dada dan pusat Baginda.
Kedua bahu Baginda besar/agak sasa dan terdapat ‘Cap Kenabian’ di antaranya. (Tanda hitam bercampur kuning sedikit).
11. Tangan
Jarinya juga besar dan tersusun dengan cantik.
Jari-jemarinya seolah-olah ranting-ranting perak.
Pergelangan tangan dan tapak tangannya lebar.
Tapak tangan dan kakinya berisi dan terasa tebal.
Tapak tangan baginda lebih lembut dari sutera dan berbau harum.
Apabila tangannya diletakkan di atas kepada anak-anak kecil, nescaya dikenali anak-anak kecil berkenaan bahawa itu adalah baginda SAW menerusi keharuman tangannya.
12. Kaki
Kakinya besar, berisi dan agak sasa
Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik.
Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.
Baginda berjalan seolah-olah menuruni batu besar.
Tapak kakinya sangat halus dan licin sehingga tidak melekat air.
Langkahnya condong dan ‘al-huwaina’ – langkah kaki berdekatan tanpa berlenggang.
Baginda bersabda bahawa rupa paras/bentuk tubuh/budi pekerti/akhlak Baginda adalah menyamai Nabi Allah Adam a.s. dan Nabi Allah Ibrahim a.s.
Bentuk ‘Khatamun Nubuwah’
“Aku pernah melihat ‘khatam’ (kenabian)… Ia terletak di antara kedua-dua bahu Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam. Bentuknya seperti sepotong daging berwarna merah sebesar telur burung dara.” (Diriwayatkan oleh Sa’id bin Ya’qub at Thalaqani dari Ayub bin Jabir, dari Simak bin Harb yang berpunca dari Jabir bin Samurah ra)
Apabila Ali menceritakan sifat Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam. maka ia akan bercerita panjang lebar. Dan ia akan berkata: “Diantara kedua bahunya terdapat Khatam kenabian, iaitu khatam para Nabi.” (Diriwayatkan oleh Ahmad bin Ubadah ad Dlabi` Ali bin Hujr dan lainnya, yang mereka terima dari Isa bin Yunus dari Umar bin Abdullah, dari Ibrahim bin Muhammad yang berpunca dari salah seorang putera Ali bin Abi Talib)
Dalam suatu riwayat, Alba bin Ahmar al Yasykuri mengadakan dialog dengan Abu Zaid Amr bin Akhthab al Anshari r.a.; Abu Zaid berkata: “Rasulullah SAW. bersabda kepadaku: “Wahai Abu Zaid datanglah kepadaku dan usaplah belakangku.” Maka belakangnya kuusap dan terasa jari jemariku menyentuh Khatam. Aku (Alba bin Ahmar al Yasykuri) bertanya kepada Abu Zaid: “Apakah Khatam itu?” Abu Zaid menjawab: “Kumpulan bulu-bulu*.” (Diriwayatkan oleh Muhammad bin Basyar, dari Abu `Ashim dari` Uzrah bin Tsabit yang bersumber dari Alba’bin Ahmar al Yasykuri)
Rujukan:
*Beliau berkata kumpulan bulu-bulu kerana ia hanya dapat merasakan dengan rabaan tangannya saja, tidak melihat dengan mata kepala. Jadi yang dikatakan itu hanya berdasar rabaan belaka, yang teraba olehnya adalah bulu yang tumbuh di sekitar Khatam..
Sikap Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.
Apabila Baginda berpaling maka seluruh badannya ikut berpaling. Di antara kedua bahunya terdapat ‘Khatamun Nubuwah’, iaitu tanda kenabian. Baginda memiliki hati yang paling pemurah di antara manusia. Ucapannya merupakan perkataan yang paling benar diantar semua orang.
“Perangainya amat lembut dan Baginda paling ramah dalam pergaulan. Sesiapa melihatnya, pastilah akan menaruh hormat padanya. Dan sesiapa pernah berkumpul dengannya kemudian kenal dengannya tentulah ia akan mencintainya. Orang yang menceritakan sifatnya, pastilah akan berkata: “Belum pernah aku melihat sebelum dan sesudahnya orang yang seistimewa Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.” (Diriwayatkan oleh Ahmad bin Ubadah ad Dlabi al-Bashri, juga diriwayatkan oleh Ali bin Hujr dan Abu Ja’far bin Muhammad bin al Husein, dari Isa bin Yunus, dari Umar bin Abdullah, dari Ibrahim bin Muhammad, dari salah seorang putera Ali bin Abi Talib yang bersumber dari Ali bin Abi Talib)
“Telah diperlihatkan kepadaku para Nabi. Adapun Nabi Musa AS bagaikan seorang laki laki dari suku Syanu’ah*. Kulihat pula Nabi Isa bin Maryan AS ternyata orang yang pernah kulihat mirip kepadanya adalah Urwah bin Mas’ud*, Kulihat pula Nabi Ibranim AS ternyata orang yang mirip kepadanya adalah kawan kalian ini (iaitu Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam sendiri). Kulihat jibril ternyata orang yang pernah kulihat mirip kepadanya adalah Dihyah*.“ (Diriwayatkan oleh Qutaibah bin Sa’ad dari Laits bin Sa’id, dari Abi Az-Zubair yang bersumber dari Jabir bin` Abdullah r.a.).
Rujukan:
*Suku Syanu’ah terdapat di Yaman perawakan mereka sedang.
*Urwah bin Mas’ud a.s. Tsaqafi adalah sahabat Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam ia memeluk islam pada tahun 9 H.
*Dihyah adalah seorang sahabat Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam. yang mengikuti jihad fisabilillah setelah perang Badar. Ia merupakan salah seorang pengikut Bai’atur Ridlwan yang bersejarah..
Begitu indahnya sifat fizikal Baginda, sehinggakan seorang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bersua muka dengan Baginda telah melafazkan keIslaman dan mengaku akan kebenaran apa yang disampaikan oleh Baginda..
Semoga melalui entri ini dapat membangkitkan cinta dan kerinduan kepada kekasih junjungan besar kita, Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.
اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ.
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam bishowab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)