Laman

Kamis, 15 Maret 2018

KISAH KOTA MANUSIA, RAJANYA ADALAH ROH

Ketika Allah menciptakan khalifahNya, Dia juga mendirikan sebuah kota baginya , di mana Sang khalifah itu boleh tinggal bersama rakyat jelatanya dan pegawai pemeritahannya. Dia menamai kota itu Manusia.

Ketika Allah menyiapkan pembangunan kota itu, Dia berikan tempat khusus ditengah-tengahnya kepada khalifahnya yang dinamakan Hati. Ada cakap cakap angin mengatakan adakah khalifah betul-betul menetap di kota ini atau hanya menggunakannya sebagai pusat pentadbirannya. Apakah ia merupakan ruangan singahsana atau balai istana atau hanya tempat bersuara, tidaklah penting.
Allah mendirikan kota dari bahan –bahan yang terdiri dari tanah, air, api dan angin. Pemimpin utama menyatakan dalam riwayat yang bernama firman Tuhan yang bermaksud:
Langit dan bumi yang kuciptakan tak dapat meliputinya, namun hati hamba Ku yang beriman meliputimya.

Manakala pemimpin kita Rasulullah juga bersabda yang bermaksud:
Allah tidak memandang pada rupa parasmu atau perbuatan mu, tetapi hati mu.
Allah selalu mengingati, memerhatikan dan mecermati nya setiap saaat
Dia yang meciptakan wakilnya, sudah pasti memerhatikan wakilnya itu, apa yang dibuatnya terhadap amanat yang telah diserahkannya.
Allah mecipatkan roh sebagai khalifahnya atas tubuh, jadi Allah membuat roh bertanggungjawab terhadap tubuh. Ingat lah firman Allah yang bermaksud:
… Kerana sesunggugguhnya bukanlah mata itu yang buta, tetapi yang buta ialah hati di dalam dada
Manusia yang mengembara di seluruh pelosok dunia ini. Dalam kesempatan hidup mereka , mereka dapat melihat dengan jelas. Mereka melihat yang hidup dan yang mati, yang dibangunkan dan yang dihancurkan. Mereka punya mata untuk melihat, punya telinga untuk mendengar, jadi tidak mahu mengambil iktibar dari apa yang dilihat dan didenganya. Jika mereka lalai, itu kerana mereka buta.
Pemimpin Rasulullah bersabda:
Ada sekerat daging dalam tubuh manusia. Jika bersih ia dan baik , nescaya seluruh tubuh akan menjadi baik. Jika sekerat daging itu rusak, niscaya tubuh akan rusak. Sekerat daging itu adalah hati.
Hati merupakan istana khalifah Allah, tempat meyimpan rahsia, ia merupakan peti besi tempat menyimpan catitan rahsia, hukum dan titah sang khalifah.
Ingat jika sang pemimpin kota baik, niscaya rakyat jelata pun baik, jika sang pemimpin ini tersesat, para sahabat dan rakyatnya juga tersesat.
Ketika Allah menajdikan roh manusia sebagai pemimpin utama kota manusia. Dia mengajar tentang perangai, perilaku dan fikiran para penduduk kota itu. Jadi, kerana ia memahami rakyatnya, maka rakyatnya menghormatinya, percaya kepadanya dan rela membelanya. Jika khalifah Allah ini, tidak setia dan khianati amanatnya, niscaya penduduknya akan rusak dan juga tidak setia kepadanya. Di pihak lain jika ia bertaqwa dan memuliakan yang memberikan kepadanya kekuasaan, maka para sahabat dan rakyat akan mempercayai dan menghormatinya.
Jadi perhatikan diri anda sendiri. Jika anda bertaqwa, adil dan baik, maka roh anda pun akan jadi demikian jua. Anda sebagaimana roh anda.
Orang melihat begitu banyak hal dalam dirinya tanpa menyedari mengapa semua itu ada. Siapakah semuanya itu terjadi sejak permulaaan atau terjadi sesudahnya atau akan tetap seperti itu jua pada bila- bila. Sebab orang tidak mengetahui kerahsiaaan pemerintahan Allah di dalam hati atau bagaimana melindungi sekerat daging kecil yang bernama hati tadi. Jika salah langkah boleh merusakan kita semua.
Allah mendirikan menara di tanah tinggi di kota manusia. Dia membangunkannya dengan bahan-bahan yang terpilih, merancangnya untuk mengawasi seluruh kota dan meyebutnya dengan nama fikiran.
Dia juga membuka jendela besar di puncaknya tersebut untuk menikmati empat sudut kota dan menamainya mata, telinga, mulut dan hidung.
Di bahagian tengah menara pula, Dia membangunkan sebuah ruang untuk mneyimpan khazanah khayalan dan dalamnya tersimpan perbendaharaan yang tersusun sempurna.
Para pemimpin panca indera ini, dapat manfaatkan ruang maklumat ini untuk kemudiannya menambah akan data-data baru kepadanya. Mimpi dalam tidur pun berasal dari ruang ini. Di sini juga, semua kekayaan dari kutipan cukai dikumpulkan oleh para pemungut cukai di dalam kota manusia, di mana hasil wang dipisahkan berdasarkan halal dan yang haram.
Allah juga membangunkan ruang lain di dalam menara fikiran itu ia dinamai ruang akal. Barang-barang di dalam ruang itu berasal dari dari ruang khayalan. Di sini barang-barang ditimbang dan diukur. Di mana apa-apa yang benar yang disimpan dalam ruang, manakala yang salah dikembalikan pada ruang pertama tadi.
Pada sebuah sudut fikiran, dibangunkan pula ruang lain , tempat menyimpan kenangan. Penjaga kenangan ini adalah seorang penjawat yang bernama akal.
Ada kawasan lain, di dalam kota manusia yang dijadikan tempat tinggal yang bernama nafsu, sang puteri mahkota khalifah Allah. Tempat ini dikenal sebagai mementingkan diri sendiri. Disinilah terdapat berbagai pertentangan, di sini juga tersimpan perintah Allah maupun laranganNya. Pada malam agung tertentu, Perintah yang Maha Agung diturunkan di sini. Tempat itu, dilindungi sendiri oleh Allah,
sebab ia berada dibawah tempat pijak, tempat kakinya yang suci berpijak iaitu roh.(khalifah Allah) yang berada di bawah dan dilindungi oleh singgahsanaNya .Mengikut Imam Al Ghazali , beliau berkata:
Manusia adalah anak yang ayahnya adala roh dan ibunya adalah jiwa. Dia berpendapat bahawa Tuhan menjaga roh pada pada tingkatan tertinggi di bawah singgasanahNya dan ibu kita, jiwa pada tingkatan lebih rendah di bawah kakinya. Jadi Dia adalah Tuhan kedua orang tua kita, Dia lah Tuhan raga, roh dan jiwa. Kaum sufi mengetahui bahawa semua ucapan dan perbuatan jiwa,benar atau salah telah ditakdirkan oleh Tuhan. Satu-satunya bahagian manusia yang tak terkena tempias takdir ialah roh, yang mereka mengikutinya pada masa-masa hadapan.
Sebenarnya manusia memiliki tiga jenis jiwa iaitu jiwa tumbuhan yang dikelompokkan dalamnya benda-benda mati. Jenis kedua ialah jiwa haiwani, yang di dalamya dikelompokkan golongan haiwan, jenis ketiga ialah jiwa rasional, yang di dalamnya di bezakan dari kedua-dua makhluk sebelumnya. Dengan dikaitkan dengan manusia. Dengan jiwa yang ketiga tadi manusia menjadi lebih unggul dari malaikat.

Seterusnya dalam kerajaan manusia, Allah mencipatakan kekuatan lain yang sifatnya selalu memberontak dan ingin merebut kuasa roh dan akal. Ia dinamakan sebagai hawa nafsu dan menteri kanannya bernama syahwat.

Suatu hari, syahwat menyamar dalam pasukan kerajaan manusia, berjalan-jalan di sebahagian taman indah. Tanpa sengaja, dia bertemu dengan nafs, iaitu isteri tersayang sang khalifah, Kemudian saling berpandangan dan syahwat mula jatuh cinta kepada nafs, Untuk bersatu dengannya, syahwat telah mengerjakan berbagai helah licik, Dia menggunakan cara rayuan, bersolek , memberi hadiah indah-indah apa-apa yang dimilikinya. Utusannya yang bernama angan-angan dan dutanya yang bernama terpedaya pun kehilir kehulu di antara kedua-duanya sehingga sang isteri khalifah tadi pun jatuh cinta kepada syahwat. Sayangnya,khalifah sendiri tidak menyedarinya. Tetapi, akal mengetahuinya keadaan ini, coba menutup sebelah mata dan menyembunyikannya agar sang khalifah tidak menaruh curiga.
Bahkan dalam keadaan tertentu, nafs atau jiwa telah pun di bawah pengaruh nafsu dan syahwat begitu mencengkam. Meskipun roh mengetahui bahaya godaaan jiwa yang selalu memerintahkan kepada kejahatan. Manusia tetap berada pada keadaan yang amat sulit. Manusia tadi, terombang ambing di antara dua buah pengaruh yang kuat, roh menyerunya ke arah kebaikan, tetapi jiwa selalu terus menerus menyeru kepada kejahatan ,

Tetapi semua dugaan ini telah diizinkan Allah. Sebagaimana firmannya bermaksud dalam surah al-syamas:91. Bermaksud:
Dan jiwa serta penyermpurnaannya , maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu jalan kepada kefasikan dan ketaqwaan.

Manusia yang selalu mmentingkan diri sendiri dan kepada jiwa ia terpengaruh kepada hasutan, kepada kejahatan. Jika ia tergoda, hilanglah kesuciannya.. Semuanya datang dari sisi Allah, Di mana Ia menjadikan jiwa yang selalu menyeru kepada kearah kejahatan dan Dia pula yang menjadikan sikap ego manusia yang condong kepada kejahatan dan kabaikan, siling berganti. Ketika jiwa berfikir, merenung dan insaf, ia menjadi murni dan normal kembali. Kemudian jiwa ini disebut dengan jiwa yang tenang.

Meskipun Allah telah mencipatkan khalifahnya dengan sifat-sifat yang sangat sempurna namun Dia tetap memandangnya lemah, tak berdaya dan papa kedana. Allah ingin agar khalifahNya menyedari bahawa khalifahnya akan menemui kekuatan hanya dengan pertololongan dan sokongan padu Tuhannya. Dia menciptakan halangan dan dugaan-dugaan yang kuat baginya itu untuk mehghalangi kepada kesedaran. Ini lah rahsia dua kemungkinan yang saling berlawanan bagi diri manusia tadi.
Roh dan nafsu adalah suami isteri yang sah. Jika sang suami memanggil isterinya, namun isterinya tidak menyahut, orang akan berkata, mengapa isterinya tidak datang kepada mu. Maka si suami bertanya kepada pembantu yang dikasihinya iaitu akal, mengapa isterinya bersikap diam, Akal mengatakan kepada tuannya, hai tuanku yang baik hati, engkau menyeru yang kedudukannya adalah setara dengan kekdudukanmu sendiri, yang mempunyai wilayah pemeritahannya sendiri, dengan kekuatan dan berada di bawah perintah Yang Maha Kuasa juga. Dia disebut sebagai nafsu duniawi, jiwa ini selalu menyeru ke arah kejahatan. Tidaklah begitu mudah untuk menaklukinya.
Roh megirimkan sepucuk surat kepada isterinya melalui penasihat kananya, yang mejelaskan perasaanya kepadanya. Namun nafsu telah menangkap dan memenjarakan utusan roh. Akal sebagai penasihat kanan roh, telah ditakluki di bawah tekanan nafsu .
Ketika akal kini di bawah pengaruh nafsu, telah diizinkan kembali ke tuannya roh, dia telah menyampaikan pesanan bahawa dia bukan sahaja kehilangan isterinya malah telah banyak juga pegawai-pegawainya dan pasukannya telah berpihak kepada isterinya. Hanya segelintir sahaja yang tetap setia kepadanya.

Fikiran telah memberitahu kepada roh bahawa musuhnya telah mamasuki halaman istana, telah siap siaga menghancurkan pemerintahannya, merebut tahta kerajaan dan mengambil alihnya. Akal telah memberitahu tugas sucinya adalah untuk memperingatkan kepada roh sebelum mereka berdua binasa.
Kini, dengan peringatan dari akal, roh mengetahui bahawa dia telah dilumpuhkan, Dia sudah tak berdaya dan kini pasrah diri kepada Tuhannya pemilik segala sesuatu. Kini Roh sudah mengetahui, dia sudah tidak dapat menyelamatkan dirinya sendiri. Kini dia tahu di saat cemas beginilah apa erti makna Tuhan kepadanya yang maha perkasa.
Ketika khalifah Allah yang bernama roh mengadap junjung kasih kepada Tuhannya untuk meiminta pertolongan.

Tuhan telah menjadi perantara antara roh dan nafsu. Kemudian nafsu menahan dirinya dan tidak lagi melakukan penguasaan menyeluruh atas kerajaan manusia tadi.
Menyahuti dan meghormati akan kekuasaan Tuhan, maka roh dan nafsu menundukkan kepala mereka dalam ketaatan, puas dengan keridhaan Allah sebagaimana Firman Allah berbunyi: dalam surah Al- fajar:27-30, yang bermaksud:
Hai jiwa yang tenang (Muthamainnah), kembalilah kepada Ku, dengan hati yang puas lagi diredhai, maka masuklah ke dalam jamaah hamba-hambaku Ku dan masuklah ke dalam syurga Ku
Kini perbezaan antara kedua-duanya telah lenyap. Mereka akhirnya bersatu kembali.
Tuhan menamai jiwa yang tenan sebab pada diri nafsu telah menyedari potensi dan kemampuan yang sebenarnya. Jika ia tergoda oleh kejahatan, ia menentang kodratnya sendiri, seperti dalam, firman Allah surah an nisa:78 yang bermaksud:
Semuanya dari sisi Allah

Juga, dalam surah al-isra’ :20, yang bermaksud:
Kami berikan bantuan dari kemurahan Tuhanmu. Dan kemurahan Tuhanmu tidak dapat dihalangi.
Ketika Dia memanggil roh dan nafsu kepada diriNya sendiri dengan puas lagi diredhaiNYa, tersirat bahawa kedua-duanya saling meridhai dan serasa. Ketika Dia megundang mereka berdua ke syurgaNya, sebenarnya Dia mengundang mereka menuju keselamatan di sebuah tempat yang damai, jauh dari tempat-tempat yang tidak diredhai Tuhan. Ketika ia diminta datang ke dalam syurga bersama para hambaNya yang dicintaiNYa, dimasukkanNya mereka ke dalam golongan orang yang taat patuh kepada Nya dan telah mengikat kukuh hati mereka tunduk kepadaNya.
Di dalam kerajaan manusia, di bawah pemeritahan roh, khalifah Allah terdapat empat golologan penduduk:
Mukmin sejati yang mamatuhi hukum-hukum Tuhan mereka dan, mereka mampu melindungi diri sendiri dari semua kejahatan
Golongan kedua, mereka pada dasarnya beriman, namun terkadang tersasar berbuat maksiat
Golongan ketiga, kumpulan munafik iaitu yang menampakkan keimanan padahal sebenarnya mereka tidak beriman

Golongan keempat . Golongan kafir yang memandang diri mereka sendiri sebagai Tuhan
Inilah kenyataan yang ada pada kerajaan manusia, di tengah-tengah berlakunya kejahatan, rasa dengki, perang antara roh dan nafsu. Fikiran dan jiwa yang selalu mengarahkan kepada kejahatan.

Ruang-ruang Jiwa Menuju Ruang-ruang Ilahi


Dalam diri kita ada ruang, yang lebih sering menjadi ruang pengap, sunyi, gelap, bahkan terkadang ruang itu berkobar membara bagai neraka. Padahal ruang-ruang itu menjadi lembah dan hamparan bagi hidupnya ruang-ruang yang lain, yang kelak menjadi kesatuan utuh bagi kepribadian kita.
Ruang-ruang itu selalu menjadi ruang rahasia, karena memang tidak nyata di kasat mata. Di relung paling dalam ruang jiwa kita ada Al-Lubb yang juga disebut dengan As-Sirr (relung paling dalam di jiwa kita, yang menjadi awal atau sumber, siapa diri kita sesungguhnya.)

Ruang-ruang jiwa kita butuh cahaya, agar senantiasa terang, cerdas dan bahagia. Cahaya itu bias diraih melalui renungan, tafakkur ketika diri kita sedang sendiri dalam khalwat dan uzlah kita sehari-hari. Cahaya itulah yang kelak bisa membedakan mana yang gelap dan buruk, bathil dan jahat, dengan yang terang, haq dan penuh limpahan kebajikan.

Namun agar cahaya-cahaya itu tetap hidup, seseorang mesti terus menghidupkan jiwanya secara mekanis melalui Dzikrullah secara langgeng terus menerus. Kelak ruang-ruang jiwa akan dipenuhi oleh khazanah ilmu pengetahuan, khazanah ma’rifatullah, dan berbuah kesadaran terus menerus untuk mebangunkan kualitas ruhaniyah kita.

Sebagai kesatuan organis dalam ruang batin kita, masing-masing ruang haruslah hidup dengan keserasian sejati, yaitu kehidupan fungsional sesuai dengan tugas-tugas dari Allah Swt. Apa tugas tafakkur, tugas akal, tugas hati, tugas ruh dan rahasia ruh, sehingga terjadi refreshing spiritual terus menerus terhadap masa depan kita.

Pada saat yang bersamaan, adab atau etika kita dengan Sang Pencipta juga harus berserasi. Karena pertumbuhan keimanan kita mesti menjulang ke Cakrawala Ilahiyah. Sampai pada tahap keimanan yang Haqqul Yaqin. Suatu kondisi kita siap memasuki “Ruang-ruang Ilahi” yang digambarkan secara cemerlang oleh Syeikh Ibnu Athaillah as-Sakandari sebagai “Hadhratul Quds” dan “Bisathul Uns” (Hadhirat Suci dan Hamparan Kemesraan yang membahagiakan).
Disanalah ada langkah-langkah kaki yang telah menanggalkan sandal-sandal dan sepatu alam atau segala hal selain Allah Swt. Kita memasukinya melalui :
Pintu Mufatahah (Pintu terbukanya rahasia demi rehasiaNya);
Lalu kita ber-Muwajahah (berhadapan dalam HadiratNya);
Kemudian ber-Mujalasah (bermajlis dalam Kharisma Ilahiyah penuh dengan rasa malu, Taqarrub dan Muroqobah),

Lalu ber-Muhadatsah (berdialog dengan bahasa qalbu, melalui tafakkur dalam mengarungi nuansa Jabarut, dimana kita bermunajat melalui Rahasia Batin kita).
Kemudian ber-Musyahadah (menyaksikan kebesaran dan keagunganNya dibalik Asma’, Sifat dan DzatNya, kita menyaksikanNya di alam Malakut, Dia Menyaksikan di alam nyata, kita menyaksikan di KetuhananNya, Dia menyaksian kehambaan kita.)

Berakhir dengan ber-Muthala’ah (terbukanya pandangan batin kita atas rahasia alam Malakut, Jabarut, Rahasia Taqdir, dan kita memandangnya dengan menuju KetuhahanNya, Dia melihat pada kehambaan kita yang menanjak mpadaNya, kita melihat fakta ketentuan dan takdirNya, lalu jiwa kita menerima penuh ridho, dan ketika Dia memandang hamparan rahasia jiwa kita, Dia pun membukakan hamparan anugerahNya, lalu kita bersimpuh di sana, Dia pun memandang kita dengan rasa Cinta yang Luhur, Penerimaan yang Agung.)

Murid yang Tamat Berguru

Berikut adalah cerita sufi tentang seorang murid yang telah tamat berguru. Cerita ini seringkali disampaikan oleh Guru saya kepada murid-muridnya. Biasanya cerita ini disampaikan kepada murid-murid yang masih tinggal bersama Beliau di Surau.
Suatu ketika anak surau yang berjumlah 35 orang itu dikumpulkan. Maklum, para pengabdi itu pun sudah dewasa dan mereka juga memikirkan ujung pengabdian. Mereka harus ke mana, mereka harus hidup berumah tangga, mencari pekerjaan dan lain-lain. Guru bila bercerita sangat menarik, mempesona dan membuat pendengar tak bergerak. Guru berkata, “Ada murid yang baru tamat berguru lalu ia pulang ke rumahnya. Di tengah jalan dilihatnya ada seorang putri raja yang aduhai cantiknya, sang putri sedang duduk di depan rumahnya yang indah. Si murid ini sangat terpesona dan tertarik dengan paras cantik putri itu. Dalam hatinya ia berkata, “Alangkah eloknya jika ia jadi istri dan pendamping hidup saya…?”

Terangan-angan paras gadis sampai di rumahnya, ia berkata kepada ibunya, “Ibu, anak gadis yang saya jumpai di rumah indah di pinggir jalan itu apa sudah ada yang punya?” Ibu menjawab, “Apa maksudnya?” ujar ibu menimpali pertanyaan anaknya. Anaknya berkata, “Kalau belum ada yang punya, tolong ibu lamarkan untuk saya.” “Sadar nak” begitu sergah ibunya. “Dia putri raja, kaya raya, sedangkan engkau anak orang biasa dan miskin.”

Untuk tidak mengecewakan anaknya yang baru lulus berguru dan pantas menikah itu. Sebagai ibu yang bijaksana, sang ibu pergi mencoba bertanya. Ia pergi ke rumah gadis tersebut. Maka ibu mengetok pintu sambil mengucap salam “Assalamu’alaikum!” “Wa’alaikum salam”, jawab tuan rumah. “Ada apa bu?” kata tuan rumah. “Ini anak saya kemarin lewat di depan rumah raja kebetulan dilihatlah olehnya seorang gadis manis putri raja dan ia merasa tertarik. Si anak baru tamat berguru pada wali Allah (tidak disebut nama si wali), dan maksud kedatangan hamba kemari ingin melamar anak gadis raja itu, bila raja berkenan dan bila putri itu belum ada yang punya!”
Raja memang bijaksana, untuk menolak dengan terang-terangan dan supaya tidak menyakiti hati sebagian rakyatnya ia menjawab, “Oh, ibu mau melamar untuk anak ibu. Begini bu, saya tidak bisa memutuskan sendiri, apakah lamaran itu diterima atau tidak. Karena ini adalah masalah Negara maka saya akan panggil dan mengumpulkan semua menteri untuk memutuskan hal ini. Dan ibu sebaiknya pulang dulu dan barang seminggu sudah ada keputusan.”

Sesampainya di rumah, si anak bertanya “Bagaimana bu, beritanya?” “Oh tunggu seminggu lagi nak, karena raja tidak bisa memutuskan seorang diri maka raja akan panggil menteri-menterinya untuk membahas masalah ini.” Raja memanggil menteri-menteri dan memberitahukan bahwa anak si ibu yang bernama Fulana telah datang menemui raja dengan maksud ingin melamarkan si anak pada putri raja dan bagaimana caranya supaya lamaran di tolak, dengan tidak menyakiti hati ibunya.” “Ah itu mudah raja” jawab menteri. “Buat saja persyaratan yang berat kepadanya yang sekiranya tidak dapat dipenuhi.” “Nah apa itu?” kata raja. “Minta saja tujuh buah mutiara sebesar telur, pasti ia tidak akan bisa memenuhi dan karena itu persyaratan untuk mempersunting putri raja menjadi gagal.” “Wah pandai kau menteri. Aku setuju dengan caramu itu, nanti akan aku katakan pada ibu si anak itu jika ia datang ke sini untuk menanyakan keputusan raja.” Benar saja seminggu kemudian pintu raja terketuk dan terdengar “Assalamu’alaikum.” “Wa’alaikum salam”, pintu dibukakan dan si ibu pun dipersilakan masuk untuk menanyakan bagaimana kabar beritanya. “Begini, lamaran ibu diterima asalkan anak ibu menyiapkan tujuh butir mutiara sebesar telur lalu diserahkan pada raja. Itu persyaratannya.” jelas raja. “Kalau begitu saya beritahukan pada anak saya, sanggup atau tidak.” jawab ibu. “Oh ya, ya silakan.”

Si ibu pun pulang dari rumah raja, di pintu dia sudah disambut oleh anak itu sambil bertanya, ”Bagaimana kabarnya bu?” ”Aduh itu nak, tujuh turunan dari kakek sampai anak cucu, mencari duit untuk tidak dibuat makan, tatapi dibuat untuk membeli tujuh butir mutiara sebesar telur ayam itu tidak akan bisa terkumpul.” “Oh itu rupanya yang menjadi persyaratan diterimanya lamaran saya Bu?” “Betul nak, itu mana mungkin.” “Ah, Itu soal kecil, Bu!” tanggap anaknya. “Ha, soal kecil?” ibunya terheran. “Allah Ta’ala kan kaya bu” kata si anak, dan si ibu dibuat bingung mendengarnya. Si anak berkata, “Mutiara sebesar dan sebanyak itu hanya ada di Laut Cina Selatan.”
Diam-diam si anak keluar dengan membawa tempurung kelapa dan pergi ke Laut Cina Selatan. Dia kuras laut itu dengan batok kelapa (tempurung kelapa) sambil membaca: laa ilaaha illa Allah pada tiap kurasan, sehingga hampir habis air laut itu(secara gaib). Tiba-tiba geger penghuni-penghuni laut, berupa jin-jin penjaga laut itu dan mereka berteriak, “Stop…stop…! jangan kau teruskan nanti kering laut ini dan matilah anak buah kami. Sebenarnya apa yang engkau cari?” “Saya akan mencari tujuh butir mutiara sebesar telur ayam dan mutiara itu hanya ada di laut ini. Karena itu saya harus menguras dan mengeringkan laut ini.” begitu kata si murid wali itu dengan tegas.
Panglima jin penghuni laut itu berkata, “Kalau soal itu gampang, nanti saya akan memerintahkan anak buahku untuk mencari mutiara-mutiara itu dengan menyelami laut ini, dan tidak usah kau teruskan untuk menguras laut.” “Nah kalau kau sudah menjamin begitu, baiklah akan saya hentikan menguras laut ini.” Sesaat kemudian anak buah penghuni Laut Cina Selatan itu diperintahkan menyelam ke dasar laut sampai ditemukan ketujuh batu mutiara, lalu oleh penghulu jin mutiara itu disampaikan pada anak tadi dan ketujuh butir mutiara itu dibawa pulang oleh anak tadi.
Sesampainya di rumah, ibu menyapa “Sudah datang nak?” “Ya sudah datang dan ini tujuh buah mutiara yang diminta raja” kata anaknya. Oleh ibunya ketujuh butir mutiara itu di ambil dan ditimang-timang, dibalik-balik setengah tidak percaya. Lalu si anak menyeletuk, “Itu mutiara asli, bukan batu atau plastik bu!” meyakinkan pada ibunya. Sang ibu pun terdiam.

Esok harinya si ibu mengantarkan ketujuh butir mutiara itu kehadapan raja.” Assalamu’alaiku” “Wa’alaikum salam. Apa kabar bu?” “Kabar baik, dan ini tujuh butir mutiara yang raja minta dari anak saya, saya disuruh untuk mengantarkannya ke hadapan raja dan menyerahkannya.
Ketujuh butir mutiara itu pun diterima oleh raja, si raja terbelalak kedua matanya, terheran-heran hampir tidak percaya, seolah-olah dalam mimpi saja. Di balik-balik mutiara-mutiara itu, terheran melebihi kehendaknya. Raja terkagum diam. lalu si ibu berkata, “Tak usah khawatir raja, itu asli mutiara, bukan palsu, batu, atau plastik mainan, kata anak saya.” Raja pun terhentak dan akhirnya perkawinan pun dilaksanakan.

Sang Kebenaran Sejati

أشهد أن لا اله الا الله و أشهد أن محمدا رسول الله
Yang kita cari dalam hidup ini adalah kebenaran sejati. Sang Cinta. Keberadaan Yang Ganjil. Bukan kebenaran tunggal atau cinta kalau tidak ganjil. Tidak unik ! Lalu mengapa dalam sumpah itu yang disebut lebih dulu adalah yang genap ? Ya, karena yang genap itu sebenarnya eksistensi (keberadaan alam ini). Sebelum manusia dapat merasa bersentuhan dengan Yang Ganjil, manusia terlebih dahulu merasakan sentuhan dari yang genap. Wujud alam ini dualitas. Berpasangan. Meski hakikatnya adalah satu realitas. Manunggal. Yang Ganjil tidak berada di dalam maupun di luar yang genap. Itulah DIA !
Yang Ganjil ada terlebih dahulu, sebelum adanya yang genap yang berupa langit dan bumi. Dalam Alquran, Dia disebut tiada berawal dan tiada berakhir, Dia sekaligus yang nyata dan yang gaib (QS, al-Hadid 57 : 3 ). Dalam kitab Tao Te Ching XXV : 1-2, Dia disebut sebagai yang suci, kosong, langgeng, berdiri sendiri, dan tidak berubah. Sehingga, Dia dikatakan sebagai ibu alam semesta. Bukankah yang berdiri sendiri dan tidak berubah itu adalah al-Hayy al-Qayyum yang ada di Ayat Kursi (QS. 2:255) ? Bukankah itu sifat yang ganjil ?
Oleh sebab Yang Ganjil, maka semua menjadi ada. Manusia adalah produk dari yang genap, yaitu bumi dan langit. Maka kehidupan manusia sudah pasti mengikuti hukum bumi dan langit. Sedangkan bumi dan langit mengikuti hukum alam semesta (yang tampak maupun yang gaib). Dan, alam semesta mengikuti hukum Tuhan. Sedangkan Tuhan mengikuti hukum Diri-Nya sendiri, alias hukum ”kewajaran” (Tao Te Ching XXV : 6). Hukum kewajaran ini di sebut ” jalan yang lurus.” Jalan yang lurus adalah jalan Tuhan itu sendiri (QS. 6 : 126).
Jalan yang lurus itu pasti satu adanya. Ganjil ! Al-shirath al-mustaqim. Jalan yang lurus dan amat lebar. Di dalamnya ada banyak jalur, karena jalur itu ada di dalam koridor yang lurus, maka jalur mana pun yang dipilih pasti akan menuju-Nya. Tapi, jalan lurus ini akan bisa kita lewati bila kita telah keluar dari kegelapan. Bila kita sudah dapat melampaui lorong-lorong kehidupan yang penuh kegelapan. Tanpa bisa membebaskan diri dari kegelapan, maka cinta tak kunjung datang. Tanpa ada cinta, maka kebenaran tak akan pernah nyata. Meskipun kebenaran itu tunggal, tapi pancaran Wajah-Nya beraneka rupa. Bermacam-macam !

Sudah menjadi kodratnya bahwa mahluk hidup di dunia membutuhkan cahaya. Tubuh manusia atau raga manusia membutuhkan cahaya matahari baik langsung maupun tidak langsung, sedangkan jiwanya akan mendatangi cahaya sumber. Cahaya yang menjadi sumber dari segala cahaya. Manusia hadir untuk menggenapi Yang Ganjil. Jadi, hubungan Yang Ganjil dengan yang genap adalah hubungan reflektif. Yang genap merupakan refleksi dari Yang Ganjil. Manusia adalah refleksi dari Yang Ganjil. Manusia adalah refleksi dari Tuhan Yang Maha Esa. Manusia adalah citra Tuhan. ( Dalam hadis yang bernuangsa sufistik, manusia adalah gambar Tuhan. Juga Kejadian I : 27, “Maka Allah menciptakan manusia itu menurut gambar-Nya.” ).

Dialah Cahaya. Cahaya di atas Cahaya ! seperti diungkap surah Nur 24 : 35. ” Allah menunjukkan cahaya-Nya kepada orang-orang yang menghendaki cahaya Tuhan.” Artinya pemilik cahaya itu tidak memberikan cahaya-Nya secara acak, secara sembarangan ! Dan Pencerahan itu tidak diundi. Ia harus diusahakan. Harus dicari sampai ketemu. Kalau sampai kita ini tidak mau mencari jalan kebenaran, jalan kehidupan, menuju cahaya-Nya; Sumpah kita tergolong orang yang sombong. Orang yang tidak percaya adanya jalan hidup, berarti ia telah mendustakan-Nya. Juga disebut sebagai orang yang zalim. Yang menganiaya diri sendiri. Merugikan hidupnya sendiri. Bagaimana mungkin kita dapat memahami hidup bila kita menolak adanya jalan hidup ?

Dia adalah Cahaya ! Absennya cahaya pada diri manusia menyebabkan munculnya setan/iblis, kemarahan, keputusasaan, sifat-sifat destruktif dan kebejatan (Gary Zukav, 1990). Absennya cahaya berarti hidup dalam kegelapan. Tiada cinta kasih. Dan hidup tanpa cahaya, meski mata tak buta, tapi tak dapat digunakan untuk melihat. Namun bilamana cahaya terlalu terang, manusia pun tak akan mampu melihat apa-apa. Maka, kehadiran cahaya dibutuhkan tahap demi tahap. Setiap jenis kegelapan harus diterangi dengan cahaya yang sesuai. Bukankah gelap yang diselimuti kabut memerlukan cahaya kuning !

Yang Ganjil merupakan sumber bagi yang genap. Bukan sebaliknya ! Yang Ganjil adalah realitas. Yang genap hanyalah bayang-bayang-Nya. Dia itu Ganjil. Unik ! Karena itu, kata-kata tak pernah bisa melampaui-Nya. Kata-kata tak dapat mengungkapkan hakikat-Nya. Kalau kata-kata dapat mengungkap hakiki-Nya, Dia tidak Ganjil lagi. Dia tidak dapat didekati, kecuali dengan cinta sejati, mahabbah. Dia itu Ganjil. Cinta itu Ganjil. Maka, Dia adalah Cinta. Dan, hanya dengan mewujudkan ”cinta”, kita dapat mendekati Sang Cinta.

Yang Ganjil adalah Diri-Nya. Yang genap adalah alam semesta. Karena, alam semesta merupakan perwujudan dari ying dan yang. Alam semesta merupakan paduan dari maskulinitas dan feminitas, Kejantanan dan keperempuanan. Keperkasaan dan kelembutan. Paduan dari unsur positif dan negatif. Sedangkan Dia…., bukan laki-laki, juga bukan perempuan ! dilihat dari sudut keperkasaan-Nya, disebut huwa. Dilihat dari kelembutan-Nya, disebut Hiya. Dalam khazanah sufi jawa, tarikan nafas diiringi dengan menyebut nama-Nya ”hu”. Dan, hembusan nafas diiringi dengan menyebut nama-Nya ”ya”. Dia Ganjil, karena Dia bukan huwa dan bukan hiya. Dia, Ganjil, karena huwa dan hiya merupakan wajah-Nya ! Oleh sebab itu, kemana saja kita menghadapkan wajah kita, maka sesungguhnya kita senantiasa menghadap kepada Wajah-Nya (QS. Al-Baqarah 2 : 115). Bagi yang masih berada dalam kegelapan, yang ditatap bukan wajah-Nya, melainkan benda.

Bagi yang masih dalam kegelapan, apa yang dilihatnya adalah benda. Karena itu, lingkungan hidup pun semata-mata diperlakukan sebagai benda. Dan, karena benda-benda tersebut dieksploitasi untuk kesenangan hidupnya belaka, maka benda-benda itu beralih fungsi menjadi berhala. Namanya berhala, ya merusak sendi-sendi kehidupan penyembahnya. Lain halnya dengan mereka yang sudah berada di alam terang. Semua yang dilihatnya adalah Wajah Allah. Misalnya, ketika melihat uang, maka yang disaksikan adalah Wajah-Nya. Maka, uang diperlakukan dengan benar dan wajar. Sedangkan bagi penyembah berhala, uang dijadikan tuhan. Jelas beda bukan ?

Sudah saatnya kita lampaui yang genap dan bergegas menuju Yang Ganjil. Kita keluar dari kegelapan menuju yang terang. Meninggalkan thagut/hawa nafsu (ego) menuju Yang terang. Menuju Tuhan. Kita harus sadar bahwa tujuan kita adalah Tuhan. Tujuan hidup ini bukan agama atau surga ! Agama hanyalah sarana. Alama semesta, bumi dan langit prasarananya. Surga hanyalah wahana untuk menuju-Nya. Maka, kita jangan sampai keliru. Manusia memang dibentuk dan ditumbuhkan dalam kegelapan. Seperti biji tumbuhan, ditanam dan ditimbuni tanah. Beberapa hari kemudian biji tumbuh dan muncul di permukaan tanah. Biji tumbuh mencari cahaya. Manusia pun demikian. Dibentuk di alam yang gelap yaitu diperut ibu. Setelah jabang bayi lahir dia pun membutuhkan cahaya atau kesadaran, tahapan-tahapan kesadaran (keluar dari kegelapan-kegelapan) sampai bangkitnya kesadaran sejati. Kesadaran yang menemukan Cahaya di atas Cahaya yaitu ”jalan yang lurus” Kebenaran Sejati-Sang Cinta.

KISAH SEORANG LELAKI PADA ZAMAN NABI MUSA A.S


Terdapat seorang lelaki pada zaman Nabi Musa A.S yang meninggal dunia. Orang ramai tidak mahu menguruskan jenazahnya kerana kefasikan lelaki ini. Mereka kemudiannya membuang jenazahnya ke sebuah tempat yang kotor dan busuk. Allah S.W.T kemudiannya memberikan wahyu-Nya kepada Nabi Musa A.S. Allah berfirman "Wahai Musa, seorang lelaki telah meninggal dunia, tetapi orang-orangmu telah mencampakkan jenazahnya di tempat yang kotor, sedangkan dia ialah kekasih (wali) daripada kekasih-Ku, mereka tidak mahu memandikannya, mengkafankannya dan mengebumikan jenazahnya, maka engkau pergilah, uruskan jenazahnya."

Kemudian Nabi Musa A.S pun berangkat ke tempat tersebut. Nabi Musa A.S bertanya, "beritahulah aku tempatnya." Mereka pun bersama-sama menuju ke tempat tersebut. Ketika Nabi Musa A.S melihat mayatnya, orang-orangnya pun bercerita tentang kefasikannya. Lalu Nabi Musa A.S berbisik kepada Tuhan-Nya dengan berkata, "Ya Allah, Engkau memerintahkanku untuk menguruskan mayatnya, sedangkan orang-orangku menjadi saksi atas kejahatannya, maka Engkau lebih tahu daripada mereka."

Kemudian Allah berfirman, "Wahai Musa, benarlah kata-kata kaummu tentang perilaku lelaki ini semasa hidup. Namun, ketika dia menghampiri ajalnya, dia memohon pertolongan dengan tiga perkara, jika semua orang yang berdosa memohon dengannya, pasti Aku akan mengampuninya dirinya demi Allah, Zat yang Maha Mengasihani." Tanya Nabi Musa "Ya Allah, apakah tiga perkara itu?"

Allah berfirman, "Ketika dia diambang kematiannya :

1) Dia Benci Kemaksiatan Dalam Hati..
Pertama sekali dia berkata, "Ya Tuhanku, Engkau tahu akan diriku, penuh dengan kemaksiatan, sedangkan aku sangat benci kepada kemaksiatan dalam hati, tetapi jiwaku terkumpul tiga sebab aku melakukan maksiat walaupun aku membencinya dalam hatiku iaitu: hawa nafsuku, teman yang jahat dan iblis yang laknat. Inilah yang menyebabku terjatuh dalam kemaksiatan, sesungguhnya Engkau lebih tahu daripada apa yang aku ucapkan, maka ampunilah aku."
2) Mencintai Orang Soleh..

Kedua dia berkata, "Ya Allah,Engkau tahu diriku penuh dengan kemaksiatan, dan tempat aku ialah bersama orang fasik, tetapi aku amat mengasihi orang-orang yang soleh walau aku bukan dari kalangan mereka, kezuhudan mereka dan aku lebih suka duduk bersama mereka daripada bersama orang fasik. Aku benci kefasikan walau aku adalah ahli fasiq".

3) Mengharap Rahmat Allah Dan Tidak Berputus Asa
Ketiga dia berkata " Ya Allah, jika dengan meminta untuk dimasukkan kedalam syurga itu akan mengurangkan kerajaanMu, sudah pasti aku tidak akan memintanya, jika bukan Engkau yang mengasihaniku maka siapakah yag akan mengasihaniku ?".

Lelaki itu kemudian berkata lagi, "Ya Allah, jika Engkau mengampuni dosa-dosaku bagai buih di pantai, maka bahagialah kekasih-kekasihMu, Nabi-NabiMu, manakala syaitan dan iblis akan merasa susah. Sebaliknya jika Engkau tidak mengampuniku, maka syaitan dan iblis akan bersorak kegembiraan dan para NabiMu dan kekasihMu akan merasa sedih. Oleh itu, ampunilah aku wahai Tuhan Pencipta Sekalian Alam, sesungguhnya Engkau tahu apa yang aku ucapkan."
Maka, Allah pun berfirman, "Lantas Aku mengasihaninya dan Aku mengampuni segala dosanya, sesungguhnya Aku Maha Mengasihani, khusus bagi orang yang mengakui kesalahan dan dosanya di hadapanku. Hamba ini telah mengakui kesalahannya, maka Aku ampuninya. Wahai Musa, lakukan apa yang Aku perintahkan, sesungguhnya Aku memberi keampunan sebab mulianya orang yang menguruskan jenazahnya dan menghadiri pengebumiannya."

Kisah ini menunjukkan kita tidak boleh sama sekali berputus asa dari rahmat Allah yang amat luas walau apa jua sekalipun.Firman Allah “Dan rahmatKu meliputi segala sesuatu “( Surah Al-A'raf : 156). Semoga Allah mengampuni segala dosa kita. Amiin.
(Riwayat Wahhab Bin Munabbih ,Kitab Tawwabin Susunan Imam Ibnu Qudamah )

TIDAK AKAN ADA MAKHLOK YANG BOLEH MENERANGKAN TENTANG ALLAH


INI TELAH DITERANGKAN SEPERTIMANA FIRMAN ALLAH
18.Surah Al-Kahf (Verse 109)
Katakanlah (wahai Muhammad): "Kalaulah semua jenis lautan menjadi tinta untuk menulis Kalimah-kalimah Tuhanku, sudah tentu akan habis kering lautan itu sebelum habis Kalimah-kalimah Tuhanku, walaupun Kami tambahi lagi dengan lautan yang sebanding dengannya, sebagai bantuan".
18.Surah Al-Kahf (Verse 110)
Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu;
OLEH ITU, SESIAPA YANG PERCAYA DAN BERHARAP AKAN PERTEMUAN DENGAN TUHANNYA, HENDAKLAH IA MENGERJAKAN AMAL YANG SOLEH DAN JANGANLAH IA MEMPERSEKUTUKAN SESIAPAPUN DIDALAM IBADATNYA KEPADA TUHANNYA..
Apa yang telah jelas dan nyata dari firman Allah yang diatas ialah Allah tidak boleh nak diterangkan dengan kata-kata dan apa cara sekalipun..
Sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan TuhanNya, Allah telah mengajar kita melalui firmanNya "HENDAKLAH IA MENGERJAKAN AMAL YANG SOLEH DAN JANGANLAH IA MEMPERSEKUTUKAN SESIAPAPUN DIDALAM IBADATNYA KEPADA TUHANNYA..
Ini apa yang telah diterang dan diperintahkan oleh Allah melalui Al-Quran...
JIKA ALLAH TIDAK AKAN BOLEH NAK DITERANGKAN DENGAN APA CARA SEKALIPUN YANG JIKA SEMUA JENIS LAUTAN DIJADIKAN DAKWAT UNTUK MENERANGKAN TENTANG ALLAH, MASIH TIDAK AKAN BOLEH DITERANGKAN TENTANG ALLAH
Jadi bagaimana cara yang boleh dilakukan untuk kita boleh berpegang dengan ungkapan-ungkapan yang selalu diungkapkan iaitu seperti
AWAL AGAMA MENGENAL ALLAH...
BARANG SIAPA MENGENAL DIRINYA, KENALLAH TUHANNYA, BARANG SIAPA MENGENAL TUHANNYA, BINASALAH JASADNYA...
Insan itu rahsia Aku dan Aku rahsia insan, rahsia itu adalah sifat Aku, sifat Aku bukan lain daripada Aku..
Dipersilakan untuk dimuzakarahkan berdasarkan kepada
Firman Allah
17.Surah Al-'Isrā' (Verse 41)
Dan sesungguhnya Kami telah menerangkan jalan-jalan menetapkan iktiqad dan tauhid dengan berbagai cara di dalam Al-Quran ini supaya mereka beringat; dalam pada itu, penerangan yang berbagai cara itu tidak menjadikan mereka melainkan bertambah liar.
HENDAKLAH MELAKUKAN SESUATU PERKARA DENGAN CARA YANG DIKEHENDAKI OLEH ALLAH DAN RASUL IAITU SEPERTI FIRMAN ALLAH DIDALAM AL-QURAN DAN SABDA NABI SAW DIDALAM HADIS
76.Surah Al-'Insān (Verse 29)
Sesungguhnya (segala keterangan yang disebutkan) ini, menjadi peringatan; maka sesiapa yang mahukan (kebaikan dirinya) bolehlah ia mengambil jalan yang menyampaikan kepada keredaan Allah (dengan iman dan taat).
76.Surah Al-'Insān (Verse 30)
Dan tiadalah kamu berkemahuan (melakukan sesuatu perkara) melainkan dengan cara yang dikehendaki Allah; sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana (mengaturkan sebarang perkara yang dikehendakiNya).
BUKAN MENGIKUT PANDANGAN ATAU PENDAPAT MASING-MASING SEPERTI YANG TELAH DISABDAKAN OLEH RASULULLAH SAW
Suatu ketika, Rasulullah SAW ditanya tentang maksud firman Allah SWT:
5.Surah Al-Mā'idah (Verse 105)
“Wahai orang-orang yang beriman! jagalah sahaja diri kamu. Orang-orang yang sesat tidak akan mendatangkan mudarat kepada kamu apabila kamu sendiri telah mendapat hidayah petunjuk (taat mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan laranganNya). Kepada Allah jualah tempat kembali kamu semuanya, kemudian Dia akan menerangkan kepada kamu (balasan) apa yang kamu telah lakukan”
Baginda Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam bersabda:
"Bahkan sesungguhnya serulah manusia kepada kebaikan dan cegahlah dari kemungkaran. Kamu nanti akan melihat satu keadaan di mana kebatilan akan dituruti, hawa nafsu akan jadi ikutan dan dunia ini akan lebih diutamakan.
SETIAP ORANG AKAN TENGGELAM DALAM PANDANGAN MASING-MASING
Peliharalah diri kamu dan janganlah dituruti orang ramai. Sesungguhnya selepas zaman kamu ini, akan datang hari-hari yang menuntut kesabaran, dan kesabaran itu akan menjadi seperti perbuatan menggenggam bara api di dalam tangan. Sesiapa yang terus bertahan dengan keadaan itu akan mendapat ganjaran seperti 50 orang yang berbuat perkara yang sama” Sahabat bertanya, “Ya Rasulullah, ganjaran 50 orang seperti mereka?” Baginda menjawab, “Ganjaran 50 orang seperti kamu”
[Hadith riwayat al-Tirmidhi dan Abu Daud dengan sanad yang lemah tetapi diperkukuhkan oleh riwayat yang lain]
ATAU BUKAN MENGIKUT DARI CAKAP-CAKAP ORANG
Firman Allah
43.Surah Az-Zukhruf (Verse 86)
Dan segala yang mereka sembah yang lain dari Allah, tidak mempunyai sebarang kuasa untuk memberikan syafaat pertolongan, kecuali sesiapa yang memberi penerangan mengakui kebenaran dengan mentauhidkan Allah, Tuhan Yang Sebenar-benarnya secara mereka mengetahuiNya dengan yakin (bukan dengan kata-kata orang; maka merekalah yang mungkin diizinkan memberi dan mendapat syafaat itu).
43.Surah Az-Zukhruf (Verse 87)
Dan demi sesungguhnya! Jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka:
"Siapakah yang menciptakan mereka?" Sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah!". (Jika demikian) maka bagaimana mereka rela dipesongkan (dari menyembah dan mengesakanNya)?
43.Surah Az-Zukhruf (Verse 88 )
Dan (Dia lah Tuhan yang Mengetahui rayuan Nabi Muhammad) yang berkata: Wahai TuhanKu! Sesungguhnya mereka ini adalah satu kaum yang tidak mahu beriman (maka terserahlah kepadaMu untuk mengadilinya)!"
43.Surah Az-Zukhruf (Verse 89)
(Tuhan menjawab rayuannya dengan berfirman): "Jika demikian, maka janganlah engkau (wahai Muhammad) hiraukan mereka, dan katakanlah: ` Selamat tinggalah! ' Kemudian mereka akan mengetahui kelak (akibat keingkarannya)!"

*DAHSYATNYA SURAT AL- IKHLAS*


_Rasulullah Muhammad S.A.W. pada suatu ketika bersabda,_
_”Demi Allah yang jiwaku di Genggaman-Nya, sesungguhnya,_
_*QUL HUWALLAHU AHAD*_
_itu tertulis di sayap Malaikat Jibril._
_*ALLAHHUS SOMAD*_
_itu tertulis di sayap Malaikat Mikail._
_*LAMYALID WALAM YUULAD*_
_tertulis pada, sayap Malaikat Izra'il,_
_*WALAM YAKULLAHU KUFUWAN AHAD*_
_tertulis pada sayap Malaikat Israfil."_
_Berkata Ibnu Abbas r.a. bahwa Rasulullah S.A.W. telah bersabda,_
_"Ketika saya {Rasulullah S.A.W.} Isra’ ke langit, *saya melihat Arasy di atas 360,000 pilar,* dan jarak jauh antara satu pilar ke satu pilar yang lain ialah 300,000 tahun perjalanan._
_Pada tiap-tiap pilar itu terdapat *padang pasir yang jumlahnya 12,000,* dan luasnya *setiap satu padang itu seluas dari Timur hingga ke Barat.*_
_*Pada setiap padang itu terdapat 80,000 Malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas.*_
_Setelah mereka selesai membaca Surah tersebut, maka berkata mereka,_
_”Wahai Tuhan kami, sesungguhnya *pahala dari bacaan ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas,* baik lelaki maupun perempuan.”_
_Riwayat Anas bin Malik juga merekam kisah berkaitan surah Al-Ikhlas._
_Suatu ketika 70.000 Malaikat diutus datang kepada seorang sahabat di Madinah yang meninggal, kedatangan para Malaikat itu hingga meredupkan cahaya matahari. 70.000 Malaikat itu diutus hanya karena *almarhum sering membaca surah Al-Ikhlas ini.*_
_Anas bin Malik yang saat itu bersama Nabi Muhammad S.A.W. di Tabuk, merasakan cahaya matahari redup tidak seperti biasanya, dan Malaikat Jibril datang kepada Nabi untuk memberitakan peristiwa yang sedang terjadi di Madinah._
_Rasulullah S.A.W. bersabda,_
_"Barangsiapa *membaca surah Al-Ikhlas* sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka *tubuhnya tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya, dan para Malaikat* akan membawanya dengan sayap mereka melintasi *Titian Siratul Mustaqim lalu menuju ke Surga.*_
(HR Qurthuby).
112 SURAH AL-IKHLAS
1. Katakanlah (wahai Muhammad): "(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa;
ISTIQOMAH DENGAN BERTAUBAT DARIPADA MELAKUKAN SEBARANG PERBUATAN SYIRIK
TAUBAT NASUHA
66.Surah At-Taĥrīm (Verse 6)
Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan.
66.Surah At-Taĥrīm (Verse 7)
Malaikat itu akan berkata kepada orang-orang yang dimasukkan ke dalam neraka): "Hai orang-orang yang kufur ingkar! Janganlah kamu menyatakan uzur (dengan meminta ampun) pada hari ini, (kerana masanya telah terlambat). Kamu hanyalah dibalas dengan balasan apa yang kamu telah kerjakan".
66.Surah At-Taĥrīm (Verse 8 )
Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan "Taubat Nasuha", mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, pada hari Allah tidak akan menghinakan Nabi dan orang-orang yang beriman bersama-sama dengannya; cahaya (iman dan amal soleh) mereka, bergerak cepat di hadapan mereka dan di sebelah kanan mereka (semasa mereka berjalan); mereka berkata (ketika orang-orang munafik meraba-raba dalam gelap-gelita): "Wahai Tuhan kami! Sempurnakanlah bagi kami cahaya kami, dan limpahkanlah keampunan kepada kami; sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu".
Taubat Nasuha ialah bertaubat daripada melakukan segala perbuatan syirik seperti firman Allah
2.Surah Al-Baqarah (Verse 54)
Dan (kenangkanlah) ketika Nabi Musa berkata kepada kaumnya:
"Wahai kaumku! Sesungguhnya kamu telah menganiaya diri kamu sendiri dengan sebab kamu menyembah patung anak lembu itu,
maka bertaubatlah kamu kepada Allah yang menjadikan kamu;
iaitu "BUNUHLAH DIRI KAMU".
Yang demikian itu lebih baik bagi kamu di sisi Allah yang menjadikan kamu, supaya Allah menerima taubat kamu itu. Sesungguhnya Dia lah Yang Maha Pengampun (Penerima taubat), lagi Maha Mengasihani".
2.Surah Al-Baqarah (Verse 55)
Dan (kenangkanlah) ketika kamu berkata: "Wahai Musa! Kami tidak akan beriman kepadamu sehingga kami dapat melihat Allah dengan terang (dengan mata kepala kami)". Maka kerana itu kamu disambar petir, sedang kamu semua melihatnya.
2.Surah Al-Baqarah (Verse 56)
Kemudian kami bangkitkan kamu sesudah kamu mati (atau pengsan dari sambaran petir itu), supaya kamu bersyukur.
Maksud dari perintah Allah "BUNUHLAH DIRI KAMU" ialah melaksanakan perintah Allah yang terkandung didalam Al-Quran, yang apabila melaksanakan perintah tersebut akan menghilangkan akan keberadaan atau keakuan kepada badan diri sendiri..
Salah satu daripada berbagai perintah Allah yang apabila dilakukan akan menghilangkan akan keberadaan atau keakuan diri sendiri ialah dengan melaksanakan apa yang tersurat dan yang tersirat didalam firman Allah
73.Surah Al-Muzzammil (Verse 8 )
Dan sebutlah akan nama Tuhanmu, serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan.
YANG CARA UNTUK MELAKSANAKAN PULA BOLEH MENGIKUT APA YANG TERSURAT DAN TERSIRAT DIDALAM HADIS RASULULLAH SAW
Saidina Ali Rodziallah hu'an hu Bertanya kepada Rasulullah bagaimana aku nak hampir dengan Allah ya Rasulullah. Rasulullah menjawab mari dekat dengan aku ya Ali hingga bertemu lutut.
- Pejamkan mata mu,
- Tongkat kan lidah mu ke langit2,
- sebutlah nama Allah sebanyak2nya
APA YANG PERLU DIPELAJARI, DIKETAHUI DAN DIPRAKTIKKAN, (BUKAN ILMU HAKIKAT DAN MAKRIFAT) TETAPI ILMU TENTANG BAGAIMANA HENDAK MELAKUKAN SENDIRI JALAN DAN CARA UNTUK MENETAPKAN IKTIQAD TAUHID ATAU YANG DIBERSIHKAN DARI SEBARANG SYIRIK ATAU BERSERAH DIRI BULAT KEPADA ALLAH ATAU BERAMAL SOLEH DENGAN IKHLAS...
Sedang melaksanakan apa yang tersurat dan yang tersirat didalam firman Allah dan sabda Rasulullah saw diatas bermakna sepertimana kita sedang membaca
1.Surah Al-Fātiĥah (Verse 6)
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Setelah melaksanakan apa yang tersurat dan yang tersirat seperti firman Allah dan sabda Rasulullah seperti diatas, akan berlakulah penyaksian dan pengakuan kepada zat, sifat, nama dan perbuatan Allah seterusnya akan berlaku pula penyaksian kepada Allah yang mengenal Allah.
Inilah apa yang dimaksudkan kepada hilangnya keberadaan atau keakuan diri kita sendiri, Apabila kita sudah kembali kepada asal iaitu bersifat dengan tiada, (diri sendiri sudah terbunuh), tidak lagi perbuatan jahat yang akan dilakukan (Taubat Nasuha)
JANJI ALLAH KEPADA ORANG YANG TELAH BERTAUBAT DARIPADA MELAKUKAN SEBARANG PERBUATAN SYIRIK DENGAN MELAKSANAKAN PERINTAH ALLAH "BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI"
4.Surah An-Nisā' (Verse 66)
Dan sesungguhnya kalau Kami wajibkan kepada mereka (dengan perintah)
"BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI, ATAU KELUARLAH DARI TEMPAT KEDIAMAN KAMU"
NESCAYA MEREKA TIDAK AKAN MELAKUKANNYA, KECUALI SEDIKIT DARIPADA MEREKA
Dan sesungguhnya kalau mereka amalkan nasihat pengajaran yang telah diberikan kepada mereka, tentulah yang demikian itu lebih baik bagi mereka dan lebih meneguhkan (iman mereka).
4.Surah An-Nisā' (Verse 67)
Dan (setelah mereka melakukan seperti yang dikehendaki oleh Allah), tentulah Kami akan berikan kepada mereka - dari sisi Kami - pahala balasan yang amat besar;
4.Surah An-Nisā' (Verse 68)
DAN TENTULAH KAMI PIMPIN MEREKA KE JALAN YANG LURUS.
Inilah apa yang telah dijanjikan oleh Allah dan sudah pasti Allah tidak akan mungubah janjiNya
30.Surah Ar-Rūm (Verse 6)
Demikian dijanjikan Allah. Allah tidak pernah mengubah janjiNya, akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).
10.Surah Yūnus (Verse 44)
Sesungguhnya Allah tidak menganiaya manusia sedikitpun, akan tetapi manusia jualah yang menganiaya diri mereka sendiri.
PERSOALAN YANG TELAH DIKEMUKAKAN OLEH ALLAH DIDALAM FIRMANNYA
2.Surah Al-Baqarah (Verse 80)
Dan mereka berkata: "Kami tidak sekali-kali akan disentuh oleh api neraka kecuali beberapa hari yang tertentu". Katakanlah (wahai Muhammad):
"Adakah kamu sudah mendapat janji dari Allah supaya (dengan itu) Allah tidak akan menyalahi janjiNya, atau hanya kamu mengatakan atas nama Allah sesuatu yang tidak kamu mengetahuinya?"
SUDAHKAH KITA MELAKUKAN SEPERTIMANA YANG TELAH DIJANJIKAN OLEH ALLAH SUPAYA ALLAH MEMBERIKAN SEPERTIMANA YANG TELAH DIJANJIKAN TERSEBUT?
Sambungan kepada surah Al-Ikhlas
2. "Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat;
3. "Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan;
4. "Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya".
BERSALAHAN ALLAH DENGAN YANG BAHARU
HANYA ZAT, SIFAT, ASMA’ DAN AFA’AL ALLAH YANG KEKAL, YANG LAIN SEMUANYA BINASA..
DIANTARA FIRMAN ALLAH YANG TELAH MENJELASKAN
Tentang zat Allah
28.Surah Al-Qaşaş (Verse 88)
Dan janganlah engkau menyembah tuhan yang lain bersama-sama Allah. Tiada Tuhan melainkan Dia. Tiap-tiap sesuatu binasa melainkan Zat Allah. BagiNyalah kuasa memutuskan segala hukum, dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan.
55.Surah Ar-Raĥmān (Verse 26)
Segala yang ada di muka bumi itu binasa:
55.Surah Ar-Raĥmān (Verse 27)
Dan akan kekallah Zat Tuhanmu yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan:
3.Surah 'Āli `Imrān (Verse 163)
Mereka itu (yang menurut keredaan Allah, dan yang mendapat kemurkaanNya), mempunyai tingkatan-tingkatan (pahala atau dosa yang berlainan) di sisi Allah; dan Allah Maha Melihat akan segala yang mereka kerjakan.
Tentang sifat Allah
2.Surah Al-Baqarah (Verse 127)
Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim bersama-sama Nabi Ismail meninggikan binaan asas-asas (tapak) Baitullah (Kaabah) itu, sambil keduanya berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami! Terimalah daripada kami (amal kami); sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui;
34.Surah Saba' (Verse 27)
Katakanlah lagi:
"Tunjukkanlah kepadaku sifat-sifat ketuhanan yang ada pada makhluk-makhluk yang kamu hubungkan dengan Allah sebagai sekutu-sekutuNya.
Tidak ada pada sesuatu makhluk pun sifat-sifat itu,
bahkan yang mempunyai sifat-sifat ketuhanan ialah Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana".
Tentang nama - asma' Allah
7.Surah Al-'A`rāf (Verse 180)
Dan Allah mempunyai nama-nama yang baik (yang mulia), maka serulah (dan berdoalah) kepadaNya dengan menyebut nama-nama itu, dan pulaukanlah orang-orang yang berpaling dari kebenaran dalam masa menggunakan nama-namaNya. Mereka akan mendapat balasan mengenai apa yang mereka telah kerjakan.
Tentang perbuatan Allah
27.Surah An-Naml (Verse 88)
Dan engkau melihat gunung-ganang, engkau menyangkanya tetap membeku, padahal ia bergerak cepat seperti bergeraknya awan; (demikianlah) perbuatan Allah yang telah membuat tiap - tiap sesuatu dengan serapi-rapi dan sebaik-baiknya; sesungguhnya Ia Amat mendalam PengetahuanNya akan apa yang kamu lakukan.
FIRMAN ALLAH TELAH MENJELASKAN KEMANA KAMU MENGADAP DISITU WAJAH ALLAH
2.Surah Al-Baqarah (Verse 115)
Dan Allah jualah yang memiliki timur dan barat, maka ke mana sahaja kamu arahkan diri maka di situlah wajah Allah; sesungguhnya Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi sentiasa Mengetahui.
8.Surah Al-'Anfāl (Verse 17)
Maka bukanlah kamu yang membunuh mereka, akan tetapi Allah jualah yang menyebabkan pembunuhan mereka. Dan bukanlah engkau (wahai Muhammad) yang
melempar ketika engkau melempar, akan tetapi Allah jualah yang melempar (untuk membinasakan orang-orang kafir), dan untuk mengurniakan orang-orang yang beriman dengan pengurniaan yang baik (kemenangan) daripadaNya. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
42.Surah Ash-Shūraá (Verse 11)
‎فَاطِرُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِۚ جَعَلَ لَكُم مِّنْ أَنفُسِكُمْ أَزْوَاجًا وَمِنَ الْأَنْعَامِ أَزْوَاجًاۖ يَذْرَؤُكُمْ فِيهِۚ لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌۖ وَهُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ
Dia lah yang menciptakan langit dan bumi; Ia menjadikan bagi kamu pasangan-pasangan dari jenis kamu sendiri, dan menjadikan dari jenis binatang-binatang ternak pasangan-pasangan (bagi bintang-binatang itu); dengan jalan yang demikian dikembangkanNya (zuriat keturunan) kamu semua. Tiada sesuatupun yang sebanding dengan (ZatNya, sifat-sifatNya, dan pentadbiranNya) dan Dia lah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Melihat.
Didalam Surah Ash-Shūraá (Verse 11) ini Allah telah memperjelaskan “Tiada sesuatupun yang sebanding dengan (ZatNya, sifat-sifatNya, dan pentadbiranNya) dan Dia lah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Melihat.”
Dan didalam Surah Saba' (Verse 27)
Katakanlah lagi:
"Tunjukkanlah kepadaku sifat-sifat ketuhanan yang ada pada makhluk-makhluk yang kamu hubungkan dengan Allah sebagai sekutu-sekutuNya.
Tidak ada pada sesuatu makhluk pun sifat-sifat itu,
bahkan yang mempunyai sifat-sifat ketuhanan ialah Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana".
Contoh sifat-sifat ketuhanan ialah seperti Ada, berkuasa, berkehendak, berilmu, hidup, melihat, mendengar, berkata-kata dan lain-lain
Dengan penjelasan Allah didalam firmanNya didalam Surah Saba' ayat ke 27
Tahulah kita bahawa segala sifat-sifat Ada, berkuasa, berkehendak, berilmu, hidup, melihat, mendengar, berkata-kata dan lain-lain yang ada pada diri kita adalah sifat kepunyaan Allah tetapi didalam masa yang sama jauh disudut perasaan kita sedang merasakan segala sifat Ada, berkuasa, berkehendak, berilmu, hidup, melihat, mendengar, berkata-kata dan lain-lain adalah sifat diri kita sendiri
Kita sedang merasai yang sifat Ada, berkuasa, berkehendak, berilmu, hidup, melihat, mendengar, berkata-kata dan lain-lain adalah sebagai sifat diri kita sendiri bermakna kita sedang sekutukan sifat ketuhanan yang sedang dirasakan sebagai sifat diri kita sendiri dengan sifat ketuhanan Allah
Ini sedang berlaku sepertimana firman Allah
21.Surah Al-'Anbyā' (Verse 29)
Dan (jika ada) sesiapa di antara mereka berkata: "Sesungguhnya aku ialah tuhan selain dari Allah", maka yang berkata sedemikian itu, Kami akan membalasnya dengan (azab) neraka jahannam; demikianlah Kami membalas golongan yang zalim.
Kita sedang merasai yang kita bersifat dengan sifat-sifat ketuhanan seperti sifat Ada, berkuasa, berkehendak, berilmu, hidup, melihat, mendengar, berkata-kata dan lain-lain jika dihuraikan secara lisan membawa makna kepada kita sedang berkata “Sesungguhnya aku ialah tuhan selain dari Allah”
Kerana dengan jelas dan nyata Allah telah berfirman didalam surah Saba' ayat ke 27 menerangkan bahawa “bahkan yang mempunyai sifat-sifat ketuhanan ialah Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana".
Jadi perbuatan kita sedang merasakan kita yang bersifat dengan sifat-sifat ketuhanan seperti sifat Ada, berkuasa, berkehendak, berilmu, hidup, melihat, mendengar, berkata-kata dan lain-lain bermakna kita sedang bertuhankan kepada diri kita sendiri
Walaupun kita telah berkata bahawa sifat ketuhanan yang ada pada kita adalah sifat ketuhanan Allah sepertimana yang telah Allah firmankan didalam surah saba’ ayat ke 27 “bahkan yang mempunyai sifat-sifat ketuhanan ialah Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana".
Apa yang sedang diperkatakan “bahkan yang mempunyai sifat-sifat ketuhanan ialah Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana". Tetapi apa yang sedang dilakukan sedang merasai sifat ketuhanan yang ada pada kita adalah sifat diri kita sendiri
Ini telah mendudukkan kita didalam keadaan sedang memperkatakan sesuatu yang tidak dilakukan
Sedang berada didalam keadaan sedang memperkatakan sesuatu yang tidak dilakukan ini telah diberikan amaran keras oleh Allah seperti didalam firmanNya
61.Surah Aş-Şaf (Verse 2)
Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya!
61.Surah Aş-Şaf (Verse 3)
Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya.
Didalam firman yang lain Allah telah memperjelaskan bahawa memperkatakan sesuatu yang tidak dilakukan ini adalah menjadi tempat untuk syaitan turun
Firman Allah
26.Surah Ash-Shu`arā' (Verse 221)
Mahukah, Aku khabarkan kepada kamu, kepada siapakah Syaitan-syaitan itu selalu turun?
26.Surah Ash-Shu`arā' (Verse 222)
Mereka selalu turun kepada tiap-tiap pendusta yang berdosa,
Siapakah pendusta ... ?
6.Surah Al-'An`ām (Verse 148)
Orang-orang musyrik akan mengatakan: "Kalau Allah menghendaki tentulah kami dan datuk nenek kami tidak mempersekutukanNya (dengan sesuatu yang lain), dan tidak pula kami haramkan sesuatu apa pun". Demikianlah juga orang-orang yang dahulu sebelum mereka telah mendustakan (Rasul-rasul) sehingga mereka merasai azab seksa Kami.
"Katakanlah: Adakah kamu mempunyai ilmu supaya dapat kamu tunjukkan kepada kami? Tiadalah kamu menurut melainkan sangkaan semata-mata, dan kamu pula tidak lain hanyalah berdusta".
Cuba kita kembali kepada firman Allah
17.Surah Al-'Isrā' (Verse 41)
Dan sesungguhnya Kami telah menerangkan jalan-jalan menetapkan iktiqad dan tauhid dengan berbagai cara di dalam Al-Quran ini supaya mereka beringat (memahami dan mematuhi kebenaran); dalam pada itu, penerangan yang berbagai cara itu tidak menjadikan mereka melainkan bertambah liar.
ALAH SENDIRI TELAH MENCABAR KEPADA MEREKA YANG SEDANG BERADA DIDALAM KEADAAN SEDANG BERSANGKA-SANGKA "Katakanlah: Adakah kamu mempunyai ilmu supaya dapat kamu tunjukkan kepada kami? Tiadalah kamu menurut melainkan sangkaan semata-mata" -
JIKA BENAR KAMU TIDAK BERADA DIDALAM KEADAAN SEDANG BERSANGKA-SANGKA TUNJUK DAN BUKTIKANLAH BAHAWA KAMU TIDAK BERADA DIDALAM BERSANGKA-SANGKA ITU"
JIKA KAMU TIDAK DAPAT TUNJUKKAN BAGAIMANA JALAN DAN CARA YANG KAMU TELAH LALUI SENDIRI SEHINGGA KAMU TELAHPUN BERADA DIDALAM KEADAAN IKTIQAD TAUHID SEPERTI YANG TELAH DIFIRMANKAN OLEH ALLAH SEPERTI DIATAS MAKA ALLAH JUGA DENGAN KERAS MENYATAKAN "dan kamu pula tidak lain hanyalah berdusta"
26.Surah Ash-Shu`arā' (Verse 223)
Yang mendengar bersungguh-sungguh (apa yang disampaikan oleh Syaitan-syaitan itu), sedang kebanyakan beritanya adalah dusta.
26.Surah Ash-Shu`arā' (Verse 224)
Dan Ahli-ahli syair itu, diturut oleh golongan yang sesat - tidak berketentuan hala.
26.Surah Ash-Shu`arā' (Verse 225)
Tidakkah engkau melihat bahawa mereka merayau-rayau dengan tidak berketentuan hala dalam tiap-tiap lembah (khayal dan angan-angan kosong)?
26.Surah Ash-Shu`arā' (Verse 226)
Dan bahawa mereka memperkatakan apa yang mereka tidak melakukannya?
26.Surah Ash-Shu`arā' (Verse 227)
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula mengingati Allah banyak-banyak, serta mereka membela diri sesudah mereka dianiaya. Dan (ingatlah), orang-orang yang melakukan sebarang kezaliman, akan mengetahui kelak, ke tempat mana, mereka akan kembali.
JALAN DAN CARA YANG BOLEH DILAKUKAN SUPAYA TIDAK MENYENGUTUKAN ALLAH DENGAN SESUATU DIDALAM SETIAP DETIK DAN SAAT DIDALAM ATAU SEMASA KITA MENJALANI KEHIDUPAN SEHARIAN KITA..
Untuk kekal dengan keadaan seperti yang telah difirmankan oleh Allah setiap seorang mesti melaksanakan apa yang tersurat dan tersirat didalam firman Allah
73.Surah Al-Muzzammil (Verse 8 )
Dan sebutlah akan nama Tuhanmu, serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan.
Yang cara untuk melaksanakan perintah Allah yang tersurat dan yang tersirat didalam firman Allah seperti diatas boleh dilaksanakan sepertimana yang tersurat dan yang tersirat didalam sabda Rasulullah SAW
Saidina Ali Rodziallah hu'an hu Bertanya kepada Rasulullah bagaimana aku nak hampir dengan Allah ya Rasulullah. Rasulullah menjawab mari dekat dengan aku ya Ali hingga bertemu lutut.
- Pejamkan mata mu,
- Tongkat kan lidah mu ke langit2,
- sebutlah nama Allah sebanyak2 nya
PERINTAH ALLAH YANG TERSURAT DIDALAM FIRMANNYA
73.Surah Al-Muzzammil (Verse 8 )
Dan sebutlah akan nama Tuhanmu, serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan.
Yang pertama yang tersirat yang perlu dilakukan ialah dengan melakukan penumpuan dengan sebulat tumpuan terlebih dahulu, walaupun apa yang tersuratnya difirmankan sebutlah akan nama Tuhanmu dahulu...
Kepada apa yang hendak ditumpukan?
Untuk ini kita perlu merujuk kepada hadis Qudsi yang bermakna "INSAN ITU ADALAH RAHSIA AKU, AKU ADALAH RAHSIA INSAN, RAHSIA ITU ADALAH SIFAT AKU, SIFAT AKU BUKAN LAIN DARIPADA AKU"
Kita perlu tumpukan kepada sifat-sifat ketuhanan yang ternyata kepada badan diri kita (contoh sifat ada, sifat hidup, sifat tahu, sifat berkuasa, sifat berkehendak, sifat melihat, sifat mendengar, sifat berkata-kata dan lain-lain lagi)
Ini kerana Allah telah menjelaskan didalam hadis Qudsi menerangkan yang sifat Allah bukan lain daripada Allah
Dengan bahasa mudahnya bolehlah dikatakan sifat Allah itu adalah Allah itu sendiri...
Selama ini kita sedang merasakan yang sifat-sifat ketuhanan tersebut adalah sifat badan diri kita sendiri.
Setelah kita membaca firman Allah tentang sifat ketuhanan yang ada pada diri kita
34.Surah Saba' (Verse 27)
Katakanlah lagi:
"Tunjukkanlah kepadaku sifat-sifat ketuhanan yang ada pada makhluk-makhluk yang kamu hubungkan dengan Allah sebagai sekutu-sekutuNya. (Sedang merasakan sifat ketuhanan sebagai sifat diri sendiri dan sebagai sifat makhlok selain dari Allah)
Tidak ada pada sesuatu makhluk pun sifat-sifat itu,
bahkan yang mempunyai sifat-sifat ketuhanan ialah Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana".
Tahulah kita bahawa segala sifat ketuhanan yang ternyata pada badan diri kita adalah sifat ketuhanan Allah.
Walaupun telah lahir pada pengetahuan kita yang sifat ketuhanan yang ternyata pada badan diri kita ialah sifat ketuhanan Allah tetapi didalam perasaan kita masih lagi sedang merasakan sifat ketuhanan yang ada pada diri kita sebagai sifat diri kita sendiri..
Kita memperkatakan apa yang kita tahu ialah segala sifat ketuhanan yang ada pada badan diri kita adalah sifat ketuhanan Allah
Apa yang sedang dilakukan ialah sedang merasakan segala sifat ketuhanan yang ada pada diri kita ialah atau sebagai sifat diri kita sendiri...
Ini adalah keadaan yang sedang memperkatakan sesuatu yang tidak dilakukan kerana kita memperkatakan apa yang kita tahu iaitu segala sifat ketuhanan yang ternyata kepada badan diri kita adalah sifat ketuhanan Allah sedangkan apa yang sedang kita lakukan ialah sedang merasakan segala sifat ketuhanan yang ada pada kita sebagai sifat badan diri kita sendiri..
Jika dinilai dari sudut ilmu yang diketahui apa yang diketahui apa yang diperkatakan itu benar kerana telah memperkatakan sepertimana yang telah difirmankan oleh Allah
Sedang jika dipandang dari sudut apa yang sedang dilakukan adalah tidak betul kerana sedang dan masih merasakan segala sifat ketuhanan yang ada pada diri kita adalah sifat badan diri kita sendiri...
Untuk melaksanakan apa yang tersirat didalam firman Allah
"Dan sebutlah akan nama Tuhanmu, serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan."
Kita perlu menumpukan dengan sebulat-bulat tumpuan kepada sifat ketuhanan yang ada pada badan diri kita...
Jangan dirasakan sifat ketuhanan yang dirasakan itu sebagai sifat diri kita sendiri dan jangan dianggap sifat ketuhanan yang sedang dirasakan sebagai sifat Allah
Cukup sekadar merasaksn sifat ketuhanan yang sedang dirasakan pada ketika itu sahaja..
Jadi sifat ketuhanan yang sedang dirasakan itu bukanlah yang sedang dirasakan sebagai sifat badan diri kita sendiri dan sifat ketuhanan yang sedang ditumpukan dengan sebulat-bulat tumpuan itu bukan yang sedang disangka sebagai sifat Allah
Apabila menyedari sifat ketuhanan yang bukan sedang dirasakan sebagai sifat badan diri kita sendiri dan yang bukan sedang disangka sebagai sifat Allah dengan sebulat-bulat tumpuan..
Setelah kesedaran yang sedang disedari dengan sebulat-bulat tumpuan itu sedang tertumpu kepada sifat ketuhanan yang bukan yang sedang dirasakan sebagai sifat badan diri kita sendiri dan bukan yang sedang dianggap sebagai sifat ketuhanan Allah..
Maka sebutlah Allah dengan sebanyak-banyaknya... sehinggalah mendapat kemahiran menyebut Allah tersebut telah berlaku didalam satu masa yang sama dengan kesedaran yang sedang disedari dengan sebulat-bulat tumpuan yang sedang tertumpu kepada sifat ketuhanan yang bukan yang sedang dirasakan sebagai sifat badan diri kita sendiri dan bukan yang sedang dianggap sebagai sifat ketuhanan Allah
Setelah berlaku menyebut Allah dengan menumpukan sebulat-bulat tumpuan kepada sifat ketuhanan yang bukan yang sedang dirasakan sebagai sifat badan diri sendiri dan yang bukan yang sedang disangka sebagai sifat Allah didalam masa yang sama
Pada ketika inilah akan berlaku penyaksian dan pengakuan bahawa sifat ketuhanan yang bukan yang sedang dianggap sebagai sifat badan diri sendiri dan yang bukan yang sedang disangka sebagai sifat Allah adalah sifat ketuhanan Allah
Penumpuan dengan sebulat tumpuan kepada sifat ketuhanan yang bukan yang sedang dirasakan sebagai sifat badan diri sendiri dan yang bukan yang sedang disangka sebagai sifat ketuhanan Allah ini akan menjadi sebagai penyaksian
Dan sebutan Allah yang sedang disebut itu pula akan menjadi sebagai pengakuan bahawa sifat ketuhanan yang bukan yang sedang dirasakan sebagai sifat diri sendiri dan yang bukan yang sedang dianggap sebagai sifat ketuhanan Allah itu adalah sifat ketuhanan Allah
Penyaksian dan pengakuan kepada sifat ketuhanan Allah ini akan berlaku setelah penumpuan dengan sebulat tumpuan kepada sifat ketuhanan yang bukan yang sedang dirasakan sebagai sifat diri sendiri dan yang bukan yang sedang dianggap sebagai sifat ketuhanan Allah dengan menyebut Allah telah berjaya dilakukan pada satu masa yang sama..
Selagi belum berlaku kedua perkara yang dilakukan ini didalam satu masa yang sama selagi itu belum berlaku penyaksian dan pengakuan kepada sifat ketuhanan Allah seperti yang telah difirmankan didalam firmanNya.. pada Surah Saba' (Ayat 27)
"bahkan yang mempunyai sifat-sifat ketuhanan ialah Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana".
JIKA APA YANG DILAKUKAN DIPERINGKAT AWAL DENGAN MENYEBUT ALLAH DAHULU DARIPADA MENUMPUKAN DENGAN SEBULAT TUMPUAN KEPADA SIFAT KETUHANAN YANG SEDANG DISEDARI, INI JUGA TIDAK BOLEH BERLAKU KEDUA PERKARA DIDALAM SATU MASA YANG SAMA
Ini adalah apa yang perlu difahamkan untuk kita melakukan, setelah faham tentang bagaimana cara untuk melakukan maka bolehlah dilakukan mengikut apa yang tersurat dan apa yang tersirat didalam sabda Rasulullah saw
Saidina Ali Rodziallah hu'an hu Bertanya kepada Rasulullah bagaimana aku nak hampir dengan Allah ya Rasulullah. Rasulullah menjawab mari dekat dengan aku ya Ali hingga bertemu lutut.
- Pejamkan mata mu,
- Tongkat kan lidah mu ke langit2,
- sebutlah nama Allah sebanyak2 nya
- Dimana pejamkan mata - maksudnya menumpukan dengan sebulat-bulat tumpuan kepada sifat ketuhanan yang bukan yang sedang dirasakan sebagai sifat badan diri sendiri dan yang bukan yang sedang dianggap sebagai sifat ketuhanan Allah
- Tongkatkan lidah kelangit-langit
- Sebutlah Allah sebanyak-banyaknya supaya dapat berlaku menyebut Allah dengan menumpukan sebulat-bulat tumpuan kepada sifat ketuhanan yang sedang disedari pada satu masa yang sama
**Pesanan**
- Semasa menyebut Allah secara lisan iaitu diketika lidah tidak ditongkatkan kelangit-langit, pergerakan lidah tersebut akan membunyikan sebutan Allah pada lisan
- Apabila menyebut Allah diketika lidah telah ditongkatkan kelangit-langit, lidah tidak lagi boleh digerakkan semasa menyebut Allah tetapi ada satu anggota lahir yang lain yang akan bergerak sepertimana pergerakan lidak diketika menyebut Allah secara lisan
- pergerakan anggota inilah yang menandakan sedang menyebut Allah yang tanpa suara, tanpa huruf dan tanpa kata-kata didalam hati
Pergerakan anggota yang bergerak dengan menumpukan sebulat-bulat tumpuan kepada sifat ketuhanan (yang disedari semasa memejamkan mata yang mana sifat ketuhanan tersebut yang bukan yang sedang dirasakan sebagai sifat diri sendiri dan yang bukan pula yang sedang dianggap sebagai sifat ketuhanan Allah) telah berlaku pada satu masa yang sama
Diketika inilah sedang berlaku penyaksian dan pengakuan kepada sifat ketuhanan Allah...
Ini latihan diperingkat awal yang perlu dilakukan...
Setelah mahir melakukan apa yang tersurat dan tersirat didalam firman Allah "Dan sebutlah akan nama Tuhanmu, serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan." Didalam atau pada masa yang sama, disinilah akan berlakunya penyaksian dan pengakuan kepada samada (zat, sifat, mama dan perbuatan) Allah.
Diletika ini binasalah segala (zat, sifat, nama dan perbuatan) yang ternyata pada makhlok, kekallah (zat, sifat, nama san perbuatan) Allah.
BERPEGANG TEGUH KEPADA TALI ALLAH
TALI ALLAH IALAH YANG DIBERSIHKAN DARIPADA SEBARANG SYIRIK ATAU SEBENAR-BENAR IKHLAS ATAU BERSERAH DIRI SEBULAT-BULAT KEPADA ALLAH IAITU LAA ILAHA ILALLAH, BUKAN KALIMAH YANG DDIUCAPKAN TETAPI JALAN DAN CARA UNTUK MENETAPKAN PEGANGAN ATAU IKTIQAD TAUHID YANG TELAH DILAKUKAN OLEH BADAN DIRI SENDIRI...
15.Surah Al-Ĥijr (Verse 39)
Iblis berkata: " Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya,
15.Surah Al-Ĥijr (Verse 40)
"Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang dibersihkan dari sebarang syirik".
15.Surah Al-Ĥijr (Verse 41)
Allah berfirman: "Inilah satu jalan yang lurus, yang tetap Aku memeliharanya.
15.Surah Al-Ĥijr (Verse 42)
"Sesungguhnya hamba-hambaKu, tidaklah ada bagimu sebarang kuasa untuk menyesatkan mereka, kecuali sesiapa yang menurutmu dari orang-orang yang sesat (dengan pilihannya sendiri).
17.Surah Al-'Isrā' (Verse 65)
Sesungguhnya hamba-hambaKu (yang beriman dengan ikhlas), tiadalah engkau (hai iblis) mempunyai sebarang kuasa terhadap mereka (untuk menyesatkannya); cukuplah Tuhanmu (wahai Muhammad) menjadi Pelindung (bagi mereka).
38.Surah Şād (Verse 82)
Iblis berkata: " Demi kekuasaanmu (wahai Tuhanku), aku akan menyesatkan mereka semuanya, -
38.Surah Şād (Verse 83)
" Kecuali hamba-hambaMu di antara zuriat-zuriat Adam itu yang ikhlas".
FIRMAN ALLAH YANG MENJELASKAN IKHLAS IALAH BERSIH DARIPADA SEBARANG SYIRIK
29.Surah Al-`Ankabūt (Verse 65)
Dalam pada itu, apabila mereka naik bahtera (lalu menemui sesuatu bahaya di laut), mereka memohon pertolongan kepada Allah dengan doa yang tulus ikhlas kepadaNya. Kemudian setelah Allah menyelamatkan mereka (naik) ke darat, mereka berlaku syirik kepadaNya.
FIRMAN ALLAH DIATAS MENUNJUKKAN TULUS IKHLAS LAWANNYA SYIRIK
31.Surah Luqmān (Verse 22)
Dan sesiapa yang berserah diri bulat-bulat kepada Allah (dengan ikhlas) sedang ia berusaha mengerjakan kebaikan, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali ugama) yang teguh dan (ingatlah) kepada Allah jualah kesudahan segala urusan.
3.Surah 'Āli `Imrān (Verse 101)
Dan bagaimana kamu akan menjadi kafir padahal kepada kamu dibacakan ayat-ayat Allah (Al-Quran), dan dalam kalangan kamu ada RasulNya (Muhammad, s.a.w)? Dan sesiapa berpegang teguh kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah beroleh petunjuk hidayah ke jalan yang betul (lurus).
3.Surah 'Āli `Imrān (Verse 102)
Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
3.Surah 'Āli `Imrān (Verse 103)
Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah, dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya.
3.Surah 'Āli `Imrān (Verse 104)
Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.
3.Surah 'Āli `Imrān (Verse 105)
Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah berceri-berai dan berselisihan (dalam ugama mereka) sesudah datang kepada mereka keterangan-keterangan yang jelas nyata (yang dibawa oleh Nabi-nabi Allah), Dan mereka yang bersifat demikian, akan beroleh azab seksa yang besar.
3.Surah 'Āli `Imrān (Verse 106)
(Ingatlah akan) hari (kiamat yang padanya) ada muka (orang-orang) menjadi putih berseri, dan ada muka (orang-orang) menjadi hitam legam. Adapun orang-orang yang telah hitam legam mukanya, (mereka akan ditanya secara menempelak): "Patutkah kamu kufur ingkar sesudah kamu beriman? Oleh itu rasalah azab seksa neraka disebabkan kekufuran kamu itu".
3.Surah 'Āli `Imrān (Verse 107)
Adapun orang-orang yang telah putih berseri mukanya, maka mereka berada dalam limpah rahmat Allah (Syurga), mereka kekal di dalamnya.
39.Surah Az-Zumar (Verse 2)
Sesungguhnya Kami menurunkan Al-Quran ini kepadamu (wahai Muhammad) dengan membawa kebenaran; oleh itu hendaklah engkau menyembah Allah dengan mengikhlaskan segala ibadat dan bawaanmu kepadaNya.
39.Surah Az-Zumar (Verse 3)
Ingatlah! (Hak yang wajib dipersembahkan) kepada Allah ialah segala ibadat dan bawaan yang suci bersih (dari segala rupa syirik). Dan orang-orang musyrik yang mengambil selain dari Allah untuk menjadi pelindung dan penolong (sambil berkata): "Kami tidak menyembah atau memujanya melainkan supaya mereka mendampingkan kami kepada Allah sehampir-hampirnya", sesungguhnya Allah akan menghukum di antara mereka (dengan orang-orang yang tidak melakukan syirik) tentang apa yang mereka berselisihan padanya. Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada orang-orang yang tetap berdusta (mengatakan yang bukan-bukan), lagi sentiasa kufur (dengan melakukan syirik).
3.Surah 'Āli `Imrān (Verse 103)
Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (ugama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya.
2.Surah Al-Baqarah (Verse 256)
Tidak ada paksaan dalam ugama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali ugama) yang teguh yang tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui
KESIMPULAN DARI FIRMAN ALLAH SEPERTI DIATAS MENUNJUKKAN BAHAWA IKHLAS SAMA ERTINYA DENGAN BERSERAH DIRI BULAT-BULAT KEPADA ALLAH DAN JUGA MEMBAWA MAKSUD KEPADA YANG DIBERSIHKAN DARIPADA SEBARANG SYIRIK IAITU TETAP BERPEGANG DENGAN IKTIQAD TAUHID. INILAH JUGA YANG MERUPAKAN TALI ALLAH IAITU LAA ILAHA ILLALLAH..

MENGHUKUM DENGAN ADIL

4.Surah An-Nisā' (Verse 58)
إِنَّ اللَّهَ يَأْمُرُكُمْ أَن تُؤَدُّوا الْأَمَانَاتِ إِلَىٰ أَهْلِهَا وَإِذَا حَكَمْتُم بَيْنَ النَّاسِ أَن تَحْكُمُوا بِالْعَدْلِۚ إِنَّ اللَّهَ نِعِمَّا يَعِظُكُم بِهِۗ إِنَّ اللَّهَ كَانَ سَمِيعًا بَصِيرًا

Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil.
Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat.

5.Surah Al-Mā'idah (Verse 44)
إِنَّا أَنزَلْنَا التَّوْرَاةَ فِيهَا هُدًى وَنُورٌۚ يَحْكُمُ بِهَا النَّبِيُّونَ الَّذِينَ أَسْلَمُوا لِلَّذِينَ هَادُوا وَالرَّبَّانِيُّونَ وَالْأَحْبَارُ بِمَا اسْتُحْفِظُوا مِن كِتَابِ اللَّهِ وَكَانُوا عَلَيْهِ شُهَدَاءَۚ فَلَا تَخْشَوُا النَّاسَ وَاخْشَوْنِ وَلَا تَشْتَرُوا بِآيَاتِي ثَمَنًا قَلِيلًاۚ وَمَن لَّمْ يَحْكُم بِمَا أَنزَلَ اللَّهُ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الْكَافِرُونَ

Sesungguhnya Kami telah menurunkan Kitab Taurat, yang mengandungi petunjuk dan
cahaya yang menerangi; dengan Kitab itu nabi-nabi yang menyerah diri (kepada Allah) menetapkan hukum bagi orang-orang Yahudi, dan (dengannya juga) ulama mereka dan pendita-penditanya (menjalankan hukum Allah), sebab mereka diamanahkan memelihara dan menjalankan hukum-hukum dari
Kitab Allah (Taurat) itu, dan mereka pula adalah menjadi penjaga dan
pengawasnya (dari sebarang perubahan). Oleh itu janganlah kamu takut kepada manusia tetapi hendaklah kamu takut kepadaKu (dengan menjaga diri dari melakukan maksiat dan patuh akan perintahKu); dan janganlah kamu menjual (membelakangkan) ayat-ayatKu dengan harga yang sedikit (kerana
mendapat rasuah, pangkat dan lain-lain keuntungan dunia); dan sesiapa
yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang kafir.

5.Surah Al-Mā'idah (Verse 45)
وَكَتَبْنَا عَلَيْهِمْ فِيهَا أَنَّ النَّفْسَ بِالنَّفْسِ وَالْعَيْنَ بِالْعَيْنِ وَالْأَنفَ بِالْأَنفِ وَالْأُذُنَ بِالْأُذُنِ وَالسِّنَّ بِالسِّنِّ وَالْجُرُوحَ قِصَاصٌۚ فَمَن تَصَدَّقَ بِهِ فَهُوَ كَفَّارَةٌ لَّهُۚ وَمَن لَّمْ يَحْكُم بِمَا أَنزَلَ اللَّهُ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ

Dan kami telah tetapkan atas mereka di dalam kitab Taurat itu, bahawa jiwa
dibalas dengan jiwa, dan mata dibalas dengan mata, dan hidung dibalas dengan hidung, dan telinga dibalas dengan telinga, dan gigi dibalas dengan gigi, dan luka-luka hendaklah dibalas (seimbang). Tetapi sesiapa yang melepaskan hak membalasnya, maka menjadilah ia penebus dosa baginya; dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.

5.Surah Al-Mā'idah (Verse 47)
وَلْيَحْكُمْ أَهْلُ الْإِنجِيلِ بِمَا أَنزَلَ اللَّهُ فِيهِۚ وَمَن لَّمْ يَحْكُم بِمَا أَنزَلَ اللَّهُ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ

Dan hendaklah Ahli Kitab Injil menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah di dalamnya; dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah, maka mereka itulah orang-orang yang fasik.

2.Surah Al-Baqarah (Verse 208)
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا ادْخُلُوا فِي السِّلْمِ كَافَّةً وَلَا تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِۚ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُّبِينٌ

Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Ugama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata.

2.Surah Al-Baqarah (Verse 242)
كَذَٰلِكَ يُبَيِّنُ اللَّهُ لَكُمْ آيَاتِهِ لَعَلَّكُمْ تَعْقِلُونَ

Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu hukum-hukumnya supaya kamu memahaminya.

4.Surah An-Nisā' (Verse 116)
إِنَّ اللَّهَ لَا يَغْفِرُ أَن يُشْرَكَ بِهِ وَيَغْفِرُ مَا دُونَ ذَٰلِكَ لِمَن يَشَاءُۚ وَمَن يُشْرِكْ بِاللَّهِ فَقَدْ ضَلَّ ضَلَالًا بَعِيدًا

Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa orang yang mempersekutukanNya dengan
sesuatu (apa jua), dan akan mengampunkan yang lain daripada kesalahan (syirik) itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan hukum-hukumNya); dan sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu (apa jua), maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang amat jauh.