Laman

Selasa, 25 Februari 2020

RAHASIA HATI

"INNALLAHA 'ALAA KULLI SYAI'IN QODIIR" ,,Aamiin .
JANTUNG,, Jantung mnusia itu mmegang rahsia2 trbesar hakikat penciptaan mnusia dn alam,,
** D Jantung lh pintunya ke alam Syahadah,, Aamiin,,
** Dr jantung lh tmpat mula mnyucikn hati dr nafsu2 dunia
** Dr jantung ilmu2 akhirat d zahirkn,, sgala puji bagi Maha Pencipta,,Allah,, Aamiin
** Di sebalik jantung jg ada nya "Hati d sebalik hati" yg ghoib itu,, "QALBI" ,,d sini brsemayamnya DIA ,,Aamiin.
** Qalbi,, hati yg mmandang akhirat,, Qalbun,, hati yg mmandang dunia,,
** Akal d Qalbi tdk sama dgn akal d otak,, Aamiin,, akal logik tdk mampu mggapai prkhabaran2 ilmu2 kerohanian,,
** "Ahmad Akhir" itu tdk akn prnh dpt d temui,,cuma d yakin dgn "Iman" shj,,Aamiin. kerana ia plg ghoib d antara semua sukma,, dia lh "Wajah Terakhir",, slps ghoib ini ialh ghoib Roh Quddus Allah sndiri,, Subhaanal Malikil Arasy,, Aamiin .
.
** "Hati pintunya,, Nafas kunci nya" Aamiin yaa Malikil Hayat,, Aamiin ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
** Tujuh nadi2 besar yg ghoib d spanjang tulang blkg itu mwakili sifat2 unsur2 bumi,, tanah ,,air,,angin dn api ,,dn prana,, pintunya d sana,, Aamiin,,
** Sukma perlukan unsur2 tanah, air, api dn angin utk mggerakkn jasad,,
** Jika salah satu dr unsur2 ini tdk seimbang,, Aura akn bocor dn kt akn jatuh sakit dn mudah trdedah pd sihir,,
** Ksemua nadi2 itu brmula dr ats ubun2 dn mnjalar k seluruh tubuh spt akar pokok,,
** Trdpt lbh sdkit dr 72,000 nadi2 halus dsluruh tubuh selain tujuh nadi2 yg utama td,,
** Nadi2 ini sntiasa brpusing dn mghasilkn "getar" pd tubuh kita,, ia tdk prnah brhenti brgetar siang dn mlm,, spanjg hayat d kandung badan,, Aamiin
** Ia cuma brhenti brgetar bila "Nyawa" dn "rasa" sdh tiada dn smua sukma2 trmasuk Sukma Induk brnama "Idofi" itu kluar,,maka badan pn mati(meninggal),
** Sukma cuma sarung bg Roh,, badan zahir pula sarung bg sukma,, Roh ialh zat hidup,, Roh Maha Ghoib yg mghidupkn sukma,,
** Cuma ada SATU Roh d seluruh alam,, Roh yg benar2 sama d dlm tiap insan,, dn tiap2 makhluk brnyawa,, iaitu Rohul Quddus Azza wa Jalla,, Aamiin.
** Kita smua cuma ciptaan,, makhluk wajib mnyenbah penciptanya,,Aamiin. kita yg perlukn Allah,,bkn sebaliknya ,,Aamiin .
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

** Ilmu2 Tauhid tdk ada d ajar d mana2 sekolah,, Tauhid merangkumi hmpir2 semua agama2 d bumi,, dr zaman Nabi Seth AS,, Ibrahim AS, Musa AS,, ,,hgga Rasul junjungan BESAR Muhammad SAW,, brsyukurlh,,
** Tauhid tdk brpegang pd agama2 yg lepas,, cuma Islam pegangan Tauhid,, ttp ahli2 Tauhid mnguasai ilmu2 dr agama2 trdahulu wlu pn tdk mnguasai spenuhnya,, dr agama yg d bawa olh Nabi Allah Shiith AS,, Ibrahim AS,, Musa AS,, hgga lh Muhammad SAW,, Aamiin .
** Kitab Ibrahim AS dn Musa AS itu mengESA kn Allah yg SATU,, Aamiin,-(Al-A'la)
** Mnusia prlu brserah spenuhnya utk kembalikn yg Haq,, baru lh trzahir dr Allah kpd Allah,,
** Penghalang makrifatullah itu cuma nafsu2 dunia dn dosa,, itu sj,, tdk susah ,,tdk mudah,, trserah diri msg2,,
** Jin itu tenaga kegelapan,,, malaikat tenaga cahaya,, kgelapan tdk mampu dekati cahaya ,,Aamiin ,,bila cahaya muncul,, kgelapan akn hilang,, bila malaikat muncul,, syaitan akn hilang,, Aamiin .
** Ada lh benar mnusia khalifah alam,, mnusia2 yg tdk brnafsu "dunia" itu ialh yg tdk mnjd hamba kpd "dunia" atw makhluk,, ttp hamba kpd Allah,, mnusia2 yg tdk mngalah kpd godaan dunia yg berisi dosa dn noda,
** ,,Jaga lh lidah,, lidah itu dlm se hari,, lbh bnyk mnyebut kalimah akhirat atw mnyebut kalimah dunia,,
** Diri yg sdh d nafi itu,, sdh tdk ada ilmu lg pd dirinya,, smuanya milik Allah baginya,,hanya Allah yg berilmu,, Allah brtakhta d hati ,, ,,Aamiin ,,,
,,Subhaanal Malikil Ghoib
** Beramal tanpa brkehendak dn brserah,, ber Irodat cuma milik Allah,, tdk akn ada lg tinggi atw hebatnya ilmu,, hanya milik mutlak Allah semuanya d langit dn bumi,, Aamiin.
======================================

~~~Dunia mmg sdh d ambang akhir zaman,, tgk saja,,,, perang d Syria itu akn brtambah besar,,dn besar,, smakin bnyak kenyataan2 d dlm hadis2 sahih sdh pn mnjadi knyataan pd hari ini,,
~~~ Bumi smakin condong paksinya,, bila paksi hmpir trbalik,, matahari bakal kelihatan muncul d barat,,
brtaubat dn br serah pd Allah sbelum matahari terbit dr barat,,
~~~ Mnusia sdg brjalan d pentas dunia,, apa yg trjadi hari ini ialh lakonan semula Gambaran Qudrat d Luh Mahfuz,, Aamiin,, smoga kita smua mngambil iktibar ats smua d Syria dn sluruh dunia,, bkn mnusia musuh kita,, syaitan dn nafsu mazmumah itu musuh sbenar mnusia,,
~~~ Dunia ini medan perebutan d antara mnusia dn Iblis yg mnentang perancangan Allah yg menciptanya,, Aamiin
~~~ Dari Hadis Sahih Al-Bukhari,, Rasulullah SAW brsabda::,, akn dtg satu zaman d mana umatku akn d uji dgn se hebat2 ujian yg tdk prnh d lalui mnusia sejak zaman Adam AS,, Aamiin.
"Laa ilaaha illallah,MuhammaduRasulullah" ,,,,"Laa ilaaha illa anta" ,,Aamiin.
Wassalamu..

KALIMAH TAUHID ‘ LA'ILAHA'ILLALLAH

Memahami itu lebih utama dari menghafalnya. .
Kalimah LA'ILAHA'ILLALLAH sebenarnya ialah kalimah tauhid iaitu kalimah mengESA akan Allah. Hakikat kalimah ialah menyata akan Allah. Bagaimana hendak menyata akan Allah? Sedangkan bila diucapkan kalimah itu tidak mengandungi intipatinya dan kemauan kalimah itu sendiri, tanpa ada rukun dan syaratnya.
Melafazkan kalimah itu sah dengan tiga rukun, iaitu pertama lafaz di lidah, kedua tasdik dihati dan ketiga laku dengan perbuatan.
Lafaz di lidah, siapa-siapa pun tahu dan dapat melafazkan dengan lidah atau mulut, kecuali orang-orang bisu. Laku dengan perbuatan, iaitu menunaikan tuntutan kalimah itu sendiri (insyallah akan diterangkan di bab-bab yang akan datang).
Tasdik dihati, (disinilah yang akan diperbincangkan dengan panjang lebar, kerana disinilah matlamat dan hakikatnya kalimah). Apakah yang dimaksudkan dengan tasdik dihati? Benarkah sebagaimana kefahaman kebanyakan umat Islam kini, yang dimaksudkan tasdik dihati itu menterjemahkan atau mengalih bahasakan dari bahasa Arab ke bahasa Melayu (Jawi)? Benarkan tasdik itu TIADA TUHAN YANG DISEMBAH MELAINKAN ALLAH?

Maksud sebenar tasdik dihati itu ialah membenarkan dihati, yang terkandung didalamnya nafi dan isbat, bukanlah dengan mengalih bahasakan atau menterjemahkan bahasa. Sekiranya benar seperti apa yang difahamkan oleh kebanyakan umat Islam kini, iaitu menterjemahkannya, bagaimana pula bangsa Arab sendiri yang melafazkan kalimah, dan bagaimana pula mereka hendak mentasdikkan dihati? Sedangkan kalimah itu bahasa Arab, apa pula yang hendak diterjemahkan oleh bangsa Arab?
Misalnya kita yang berbangsa Melayu, apabila kita sebut "ayam makan padi" apa pula yang hendak kita terjemahkannya atau hendak di alih bahasakannya? Sedangkan kita sudah faham dengan perkataan tersebut. Begitulah juga dengan bangsa Arab yang menyebut " LA'ILAHA'ILLALLAH " yang sudah pun mereka faham maksudnya, dengan apa pula yang hendak mereka tasdikkan?.
Rukun syahadah yang tiga seperti yang tersebut diatas, bukanlah sahaja tertakluk kepada bangsa Melayu atau selain dari bangsa Arab, malahan rukun yang tiga itu tertakluk kepada sesiapa sahaja yang mengaku beragama Islam. Tidak tahulah pula kalau-kalau ada petua yang mengatakan rukun syahadah yang tiga itu, dua kepada bangsa arab dan tiga kepada selain dari bangsa arab?.
Maksud sebenar apa yang dikatakan tasdik di hati itu bukanlah alih bahasa, tetapi membenarkan dihati. Tidak sah kalimah jikalau sekadar alih bahasa. Kebanyakan orang-orang Islam pada hari ini nafi berhala (tok kong) dan isbat tuhan (Allah) kerana ekoran dari terjemahan atau alih bahasa tersebut. Sayugia diingatkan tidak sah kalimah seseorang itu jika beliau nafi berhala (tok kong), kerana berhala itu tidak ada langsung sifat-sifat ketuhanan dan alangkah lekehnya jika diperbandingkan berhala untuk dinafikan dengan ZAT Allah swt.
Pada hakikatnya lafaz dilidah dan laku dengan perbuatan itu sendiri tersimpul didalam tasdik dihati. Jadi tasdik dihati itu mengambil peranan penting didalam mengesahkan kalimah tauhid. Salah tasdik, nauuzbillah, berkecailah kalimah itu, tidak sah kalimah, tidak sah Islam.
Jadi bagaimana pula kalimah tauhid itu hendak dijadikan kalimah mengESA? Iaitu dengan mengetahui syarat dan rukun tasdik itu, iaitu NAFI dan ISBAT. Nafi itu maksudnya menolak dan Isbat itu maksudnya menerima. Apakah yang kita hendak nafi dan apa pula yang hendak kita isbat? Sebenarnya kita nafi HAK MAKHLUK dan isbat HAK ALLAH. Kita nafikan apa yang berlaku di makhluk itu bukan HAK MAKHLUK, dan kita isbatkan barang apa yang berlaku di makhluk itu HAK ALLAH.
Dalil firman Maksudnya;
"Padahal Allahlah yang menjadikan/menciptakan kamu dan segala perbuatan kamu “
(Al Shaffat: 96).
Kesimpulan dalil naqli diatas ialah, Allah menegaskan bahawasanya DIA (Allah) menjadikan kita dan segala apa yang kita lakukan, yakni segala apa yang tengah dok jadi.
Kesimpulannya, kita nafikan yang dalam (tengah dok jadi) itu bukan HAK KITA (MAKHLUK) dan kita isbatkan yang dalam (tengah dok jadi) itu adalah HAK ALLAH. Terutamanya pada sifat maani yang tujuh, yang dalam proses (tengah dok jadi) di kita itu bukan HAK KITA (MAKHLUK), tapi HAK ALLAH, yang berlaku itu hanya lalu atau terupa sahaja dikita, sedangkan pada hakikatnya kita pun tidak ada, hanya tengah dok jadi.
Itulah sebabnya jikalau kita perasan atau dakwa yang berlaku di kita itu HAK kita, wajib kena atas syirik. Bukan setakat meletakkan pada diri kita sahaja, tapi kena meletakkan nafi dan isbat (kalimah) itu pada tiap-tiap sesuatu, setiap waktu dan setiap ketika, baharulah sebenar ESA (bukan satu). Matlamat yang kita nafi dimakhluk dan isbat di makhluk, kerana makhluklah yang menyata akan Allah (NYATA ALLAH) yang tidak nyata. Dengan itu hakikat kalimah ialah untuk mengESA akan Allah.
Wallahualam..!

SIFAT 20 : KE ARAH MEMAHAMI ILMU TAUHID

ILMU TAUHID\
Ilmu Tauhid ialah ilmu yang membicarakan soal-soal 'aqaid' yakni segala keyakinan dan kepercayaan dalam agama islam dengan dalil-dalil yang yakin.
Erti kata tauhid ialah 'mengesakan' dari bahasa arab :
(wahhada-yuwahhidu-tauhid). Hadi bertauhid ertinya mengesakan Allah Ta'ala pencipta semesta alam, yang tidak ada sekutu bagi-Nya dengan keyakinan yang bulat. Sehingga yakin seyakin-yakinnya bahawa Allah yang Maha Kuasa tidak ada yang dapat menandingi-Nya.
Adapun sebabnya ilmu yang membicarakan soal-soal kepercayaan dalam agama islam itu dinamakan ilmu Tauhid, kerana soal kepercayaan dalam agama Islam itu dinamakan Ilmu Tauhid, kerana soal yang terpenting dalam ilmu ini adalah mengenai keesaan Allah Ta'ala. yakni yang terpenting daripada ilmu ini ialah mengenai adanya Allah yang Maha Esa dengan segala sifat-sifat-Nya. Adapun soal-soal yang lain adalah soal nombor dua. Jadi ilmu ini diberi nama dengan salah satu bab yang terpenting dalam ilmu tersebut.

Iman tentang adanya Allah Ta'ala dan keesaan-Nya akan memberikan kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat. Bahkan seseorang yang mempercayai dengan sepenuh hatinya dan dibenarkan oleh lisannya dan perbuatannya atas adanya Allah Ta'ala dan keeasaan-Nya, maka dia berhak memiliki syurga Allah Ta'ala kelak, termasuk manusia yang berbahagia di dunia dan diakhirat. Soal keesaan ini akan diterang kan dalam bab yang tersendiri.
Soal keesaan Allah Ta'ala itu tercantum dalam Al-Quran:
"Katakanlah (Wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah yang Maha Esa." (Al-Ikhlas :1)
Kadang-kadang ilmu Tauhid disebut juga dengan ilmu Usuluddin dan ilmu Kalam.

ILMU USULUDDIN
Ilmu Usuluddin ialah ilmu yang membicarakan soal 'aqaid, yakni segala keyakinan dan kepercayaan dalam agama islam disertai dengan dalil-dalil yang yakin.
Erti kata Usuluddin ialah 'dasar-dasar agama'. Ilmu itu membicarakan soal kepercayaan itu menjadi dasar agama.
Dan sebenarnya kita dapat memahami dari syariat agama islam apa sebab tauhid itu menjadi dasar agama sehingga dapatlah dikatakan bahawa agama tanpa kepercayaan sama sahaja dengan rumah tanpa dasar. Jadi sendi-sendi tauhid merupakan tiang agama yang utama. Tanpa tauhid maka agama tadi akan roboh. Begitulah ibaratnya.

ILMU KALAM
Ilmu kalam ialah ilmu yang membicarakan tentang aqaid segala keyakinan dan kepercayaan dalam agama Islam berdasarkan dalil-dalil yang sudah yakin.
Erti kalam ialah 'pembicaraan'. Ilmu yang membicarakan soal kepercayaan dinamakan ilmu kalam sebab soal-soal kepercayaan itu menjadi buah pembicaraan yang hangat dikalangan orang-orang yang mempunyai kepercayaan tersebut antara sesama mereka.
Terbukti dari zaman dahulu kala manusia selalu memperbincangkan soal kepercayaan itu, bahkan kepercayaan mereka kadang-kadang telah meresap masuk ke dalam tulang sungsum sehingga sukar hilangnya, telah mendarah daging dan kepercayaan tadi di bawa sampai kepada akhir hayatnya yang ertinya bahawa mereka itu mati disertai dengan kepercayaannya. untuk menerangkan soal kepercayaan memerlukan pembicaraan yang berliku-liku. Keterangan dan hujah yang kuat hingga dapatlah diterima oleh akal fikiran yang sihat. Memang untuk menghuraikan soal kepercayaan tidak semudah seperti mengira orang.
Itulah sebabnya maka ilmu yang membicarkan soal kepercayaan disebut ilmu kalam kerana pembicaraannya yang berliku-liku. Jadi Ilmu Tauhid, Ilmu Usuluddin dan ilmu Kalam, ketiga-tiganya yang dimaksud ialah sama. Yakni suatu ilmu yang semata-mata membahas soal kepercayaan sahaja.
Ada pula orang menyebut ilmu Tauhid itu dengan ilmu 'Aqaid (ilmu ikatan, keyakinan ataupun kepercayaan) Kerana dalam pengetahuan ini ada fasal-fasal yang harus diikat erat-erat dalam hati kita, yang harus menjadi kepercayaan yang teguh.
Ada pula menamakannya dengan Ilmu Makrifat, yakni ilmu mengenal Allah Ta'ala dengan segala sifat-Nya. Kerana dengan ilmu ini, dapat mengetahui segala sifat-sifat-Nya dan dengan keyakinan yang teguh.
Ada pula menamakannya dengan ilmu hakikat (ilmu sejati). Kerana ilmu ini menjelaskan hakikat (kesejatian) segala sesuatu, sehingga dapat meyakini akan kepercayaan yang benar (hakiki).
Ilmu Ma'rifat dan Hakikat terkadang dipakai juga untuk istilah dan pengertian lain.
Maka berbahagialah orang yang dapat memahami Ilmu Tauhid itu sebab tauhid menjadi pedoman bagi tertegaknya syariat Islam.
TUJUAN MEMPELAJARI ILMU TAUHID
Tujuan utama mempelajari Ilmu Tauhid ialah untuk mengenal Allah Ta'ala dengan sifat-sifat-Nya. Begitu pula mengenal Rasul 'Alaihis Salam dengan ajaran-ajarannya, berdasarkan dalil-dalil yang jelas dari Al-Quran dan Al-Hadith, agar manusia memperolehi kebahagiaan dalam hidup di dunia dan akhirat.
Mengetahui hal-hal yang wajib, mustahil dan harus bagi Allah Ta'ala dan mengetahui hal-hal yang wajib, mustahil dan harus bagi Rasul 'alaihis Salam.
Sebagaimana yang tersebut dalam firman Allah Ta'ala:
"Katakanlah (wahai Muhammad): Sesungguhnya aku hanyalah seorangv manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan yang Satu; oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh, dan janganlah ia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya" (Kahfi :110)
Di dalam ayat lain Allah Ta'ala berfirman:
"Dan muhammad itu tidak lain hanyalah seorang Rasul yang sudahpun didahului oleh beberapa orang Rasul (yang telah mati atau terbunuh) (Ali-Imran :114)
Kedua ayat di atas mengandung makna bahawa kita diperintah mengenal Allah Ta'ala dan Rasul-Nya beserta ajaran-ajarannya.

KEDUDUKAN ILMU TAUHID
Ilmu ini adalah ilmu yang maha penting dan sangat utama dalam Islam.
Sebab ilmu ini menyangkut soal zat Allah Ta'ala dan menyangkut pula diri peribadi Rasul 'Alaihis Salam yang sangat suci lahir batinnya.
Padahal kita telah sama maklum bahawasanya Allah Ta'ala itu adalah zat Yang Maha Kuasa dalam segala-galanya, sehingga segala isi dunia ini termasuk juga manusia adalah di bawah kekuasaan, kebesaran dan keagungan Allah Ta'ala.
Jelaslah bahawa Allah Ta'ala adalah zat Yang Maha Agung yang bersifat serba Maha. Sehingga manusia itu kecil jika dibandingkan dengan kekuasaan Allah Ta'ala, dan manusia itu makhluk yang lemah jika dibandingkan dengan kebesaran dan keagungan Allah Ta'ala.
Maka sudah barang tentu ilmu yang membahas tentang zat Allah Ta'ala yang serba agung itu adalah ilmu yang snangat utama dan maha penting dalam Islam.

HUKUM MEMPELAJARI ILMU TAUHID
Oleh kerana itu mempelajari ilmu Tauhid itu hukumnya wajib 'aini, yakni wajib bagi tiap-tiap muslim/muslimat mengetahui ilmu Tauhid, sekalipun hanya dengan dalil Ijmal, yakni mengenai garis besarnya sahaja dengan singkat.
Dan akan lebih sempurna lagi yakni fardu kifayah hukumnya mengetahui ilmu Tauhid dengan dalil Tafsil, iaitu sampai perincian-perinciannya dengan panjang lebar. Jadi mempelajari ilmu Tauhid dengan dalil tafsil ini hukumnya fardu kifayah.

FAEDAH ILMU TAUHID
Faedah ilmu Tauhid yang terpenting ialah agar dengan ilmu Tauhid, kita akan mempunyai iktiqad yang bersih suci, terhindar dari keyakinan yang keliru dan tersesat , terhindar dari segala macam tahayyul dan kurafat yang mengotori jiwanya.
Kerana iktiqad yang tersesat itu akan membahayakan bagi kesuburan kehidupan rohani, yang beerti bahawa rohaninya akan menjadi tidak sihat lagi.
Kalau rohani tidak sihat, akan tidak sihat pula batinnya, padahal kesihatan batin itu adalah menjadi faktor yang amat penting dalam pembentukan peribadi. Dengan memahami ilmu Tauhid kita akan menjadi sihat iktiqadnya, sihat angan-angan dan fikirannya akhirnya akan memiliki iman yang kuat dan membaja.
Dan juga dengan mempelajari ilmu Tauhid kita akan mengetahui sifat wajib, mustahil dan harus bagi Allah Ta'ala, begitu juga sifat wajib, mustahil dan harus bagi Rasul 'Alaihis Salam.

BERTAUHID
Bertauhid ertinya mengesakan Allah Ta'ala, pencipta semesta alam. Kepercayaan tentang keesaan Allah Ta'ala ini tersimpul dalam hatinya yang menyebabkan ia tunduk dan sujud di hadirat-Nya yang kemudian akan membawa pula kebaikan pada amal perbuatannya.
Kalau jiwa Tauhid ini telah tertanam dalam sanubari seseorang akan terasa olehnya segala apa yang ada di dunia ini kecil jika dibandingkan dengan kebesaran Allah Ta'ala.
Yang demikian akan membawa kesedaran dalam hidup. Dengan sendirinya jiwanya menjadi kuat menghadapi arena pergaulan hidup dan akan terhindar dari segala kegelisahan mahupun kebimbangan dalam hidupnya.
Disebabkan Nur Illahi telah memancar dalam kalbunya, hatinya menjadi tenteram, sedar tentang kewajibannya dalam hidup, terhadap diri sendiri, masyarakat, bangsa dan agama. hidupnya akan menjadi lebih berguna.

MENYERAH KEPADA ALLAH TA'ALA
Bertauhid itu pula akhirnya akan membentuk peribadi muslim yang menyerah kepada Allah Ta'ala. Yang beerti makin mendalam Tauhidnya kepada Allah Ta'ala makin sempurnalah Islamnya. Hatinya menjadi merdeka dan jiwanya juga merdeka dan tidak dapat diperbudak-budak oleh harta benda. Ia tidak akan menyembah pohon, batu dan lain-lain. Hanya kepada Allah -lah tempat berlindung serta mengharapkan sesuatu.
Dengan sendirinya ia akan merasa bahawa hidup dan mati itu sebenarnya ada di tangan Allah Ta'ala. Akhirnya kepercayaan ini diikuti oleh lidah dan perbuatan. Ia akan selalu menjalankan perintah-perintah Allah Ta'ala serta menjauhi larangan-nya.
Dan inilah disebut takwa kepada Allah Ta'ala.
Akhirnya hidupnya akan selamat dan sejahtera. Perhatikanlah firman Allah Ta'ala dalam Al-Quran:
"Dan bertakwalah kepada-Ku wahai orang-orang yang berakal (yang dapat memikir dan memahaminya)." (Al-Baqarah :197)

KETERANGAN
Sebenarnya pengertian tentang 'Tauhid' sudah ada dan diamalkan oleh umat islam sejak Nabi Muhammad S.A.W. masih hidup.
Hanya sahaja belum disusun dalam satu ilmu yang tertentu. Yang mengaturnya dalam satu ilmu yang tertentu. Yang mengaturnya dalam satu ilmu yang khusus yang penyusunannya seperti yang kita maklumi dari para Ulama'.
Diberi pula dalil-dalilnya, baik dari Al-Quran mahupun Al-Hadith sehingga memudahkan bagi orang yang mempelajarinya.

"TAUHID AL-HAQ ~ MUHAMMAD AL-MUSTOFFA".

Maha indah Islam yg membenarkan Rasul2 terdahulu hingga Rasul terakhir.
Para Rasul lah penunjuk jalan ke syurga dan pembawa Kitabullah.
.
Beri zikir akan MataHatimu.. Allah akan jamu MataHatimu dengan penyaksian "Mata Bashiiroh".
.
Orang yg mati sebelum mati itu telah mati tanpa pusara..
Allah leburkan Hatinya dan Allah gantikan nya dengan Hati yg baru.. Maka jadilah dia seperti bayi yg baru lahir..Dia suci seperti bayi.. dan seperti Adam sebelum dia berdosa..
.
(Tentang Hakikat Hati).
.
Yg mengenal Hakikat Hati akan mendapat ketabahan Hati.

Allah Pencipta sekelian Hati mampu menterbalikkan Hati manusia dalam satu malam..
Allah merubah manusia berHati dunia kepada berHati Akhirat.
Allah merubah dan menghancurkan Hati,
Allah BerKuasa menyatukan dua-Hati menjadi satu Hati..
Allah membolak-balikkan hati..
Allah mengeraskan Hati atau melembutkan Hati..
Allah membesar dan mengecilkan Hati..
Allah menggelap atau menerangkan Hati, membutakan Hati atau mencelikkan Hati.
Allah mampu menukar hati singa kepada hati tikus, ..Hati manusia kepada Hati singa.. dan Hati syaitan kepada Hati malaikat.. Ya benar.. malaikat juga punya Hati.
Allah melembut dan mengeraskan Hati.. Allah membuka pintu Hati dan menutup pintu Hati..
Tiada anggota tubuh lain yg sepenting Hati.
Hati juga anggota tubuh yg berbahaya jika disalahgunakan.
Hati merupakan pintu ke Alam Rohani dan pemegang kuncinya adalah Zikir Nafas.. kerana yg menjanakan Nafas itu adalah Roh Dirinya sendiri.. yg datang dari Allah.
Wajah sebenar itu berubah-ubah di alam Barzah mengikut keadaan Hatinya.
.
MataHati itu boleh menjadi buta dan boleh menjadi mati..
.
Kekuatan MataHati itu menembusi alam dunia, alam jin dan sedikit Alam Barzah..
.
Hati yg ghaib itu tidak berupa wajah, tetapi ia bersifat melihat, mendengar dan merasa..
.
Yg menikmati bahagia itu adalah Hati.. yg berasa derita itu juga adalah Hati..
.
Pergerakkan Hati bukan seperti pergerakkan tubuh.. Hati dapat berada dimana saja pada ketika dan saat itu tanpa mengerakkan tubuh..
.
~~~~~~~
.
Airmata di sia2kan ke atas makhluk bagi yg tidak pernah menangis untuk Allah, tetapi menangis untuk dirinya sendiri.
.
Si Fakir itu tetap berkata yg Haq..
Semua Rasul itu adalah mulia dan dimuliakan Allah serta sekelian penghuni langit. Tidak ada syaitan pada Hati para Rasul itu. ..
Tiap pekataan yg mereka pertuturkan adalah dari Qalbu terdalam dan Kalam2 Allah menzahir melalui suara dan lidah mereka.
.
Hati manusia itu berlapis-lapis dan berperingkat-peringkat, tetapi tidak seperti berlapisnya awan.
.
Cahaya di atas lebih terang gemilang dari cahaya2 yg dibawah..
Cahaya di atas cahaya..
Nurun 'Alaa Nurin.
Didalam aku ada Ar-Rahmaan, didalam Ar-Rahiim ada aku.
Allah didalam aku dan aku didalam Allah..
Allah berQudrat dan berIrodat dalam Hatiku.
.
Hatiku ghaib didalam Allah yg Maha Ghaib.
Hatiku, jiwaku, nyawaku, nafasku, kehendakku diKuasai Allah.
.
IlmuNYA adalah KalamNYA,, KalamNYA adalah ilmuNYA.. Ilmu itu cahaya, cahaya itu ilmu.
.
Yaa Robbku.. terangilah Hati2 kami seperti Hati Rasulullah SAW.. Aamiin yaa Robbana..
.
Orang yg berilmu agama, tetapi punyai rasa bongkak, akan mendapati ilmu2nya hilang di Alam Barzah itu..
.
Do'a, solat dan zikir adalah tali penghubungnya..
Hati adalah pintunya.. Nafas yg berzikir pemegang kuncinya.. Dosa adalah penghijabnya..
.
(An-Najm :59) ..أَفَمِنْ هَٰذَا الْحَدِيثِ تَعْجَبُونَ
..Maka apakah kamu merasa heran terhadap pemberitaan ini?
.
(Al-An'aam :106) ..Ikutlah apa yang telah diwahyukan kepadamu dari Tuhanmu, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, dan berpalinglah dari orang-orang musyrik.
.
(An-Najm :2). kawanmu (Muhammad) tidak sesat dan tidak pula keliru.
.
(An-Najm :4). Ucapannya itu tiada lain hanyalah wahyu yang diwahyukan (kepadanya).
.
Sadoqallohul'adzhiim.
.
.
Salam Kitab Ghaib ~ TAUHID Al-Haq.