Laman

Kamis, 08 November 2018

"ANTARA JASAD DAN RUH"

Solat adalah merupakan hadiah yang terhebat yang dianugerahkan oleh Allah sebagai bekalan buat hamba-hambaNya yang beriman, yang telah diutuskan ke dunia ini sebagai khalifah di bawah lembayung pengabdian tulus.

Solat adalah satu method perhubungan spiritual yang membolehkan sang hamba berhubung secara terus dengan Penciptanya. Melalui solat, kita diberikan peluang untuk menghadap ke bawah duli Yang Maha Mulia, Raja Segala Raja Kepada Segala Kerajaan di tujuh lapisan Langit dan tujuh lapisan Bumi.

Perhubungan spiritual ini berlaku di peringkat ruh yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Apabila kita solat, ketahuilah bahawasanya bukan jasad kita sahaja yang berdiri, rukuk dan bersujud, tetapi ruh kita juga sebenarnya turut bersolat menghadap Allah.

Apabila kita solat, ruh kita berpeluang untuk “bertemu” dengan Allah, untuk menyatakan kerinduan kepada Penciptanya dan kepada Syurga yang pernah didiami suatu masa dahulu.
Bukti bahawa solat itu merupakan satu pertemuan spiritual di antara hamba dengan Tuhannya tidak dapat saya persembahkan dengan lojik akal dan pandangan mata zahir yang terhalang oleh hijab dan dalam ruang lingkup dimensi yang kita huni.

Ia harus dirasai sendiri dan dilihat dengan mata hati yang bersih dan dengan keyakinan yang mendalam terhadap kewujudan alam ghaib.
Harus ditegaskan bahawa penjelasan yang lebih mendalam mengenai apakah ruh adalah dalam rahsia Allah semata-mata.

“Bertanya mereka kepada Engkau Hai Muhammad tentang roh, katakan roh itu adalah urusan Tuhanmu, sedang kamu diberi pengetahuan hanya sedikit saja.”(Al-Isra’: 85)
Sudi saya lontarkan satu persoalan di sini, siapakah kita yang sebenarnya? Jika anda renung jauh ke dalam anak mata anda apabila berdiri di hadapan cermin, siapakah yang dapat anda lihat?
Sesungguhnya, awalan agama itu adalah ma’rifatullah dan untuk kita mengenal Allah kita mestilah melihat ke alam ini dan ke dalam diri sendiri.

Dan di bumi itu terdapat tanda-tanda [kekuasaan Allah] bagi orang-orang yang yakin, (20) dan [juga] pada dirimu sendiri. Maka apakah kamu tiada memperhatikan? (21)”(Adz-Dzariyat: 20-21).
Diriwayatkan daripada Saidatina Aisyah r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. ditanya: من أعرف الناس بربه؟
Maksudnya: "Siapa yang paling kenal Allah dari kalangan manusia?"
Rasulullah s.a.w. menjawab: أعرفهم بنفسه Maksudnya: "Orang yang paling kenal dirinya".(Adab Ad-Dunwa wa Ad-Din, Imam Al-Mawardi)
(Ingatlah peristiwa) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: Sesungguhnya Aku hendak menciptakan manusia, Adam dari tanah; (71) Kemudian apabila Aku sempurnakan kejadiannya, serta Aku tiupkan ke dalamnya roh-Ku, maka hendaklah kamu sujud kepadanya. (72)”(Sod: 71-72)

Ketahuilah bahawasanya jasad hanyalah satu kepompong yang kita diami di dunia ini dan akan kita tinggalkan apabila kita berpindah ke alam barzakh kelak. Jasad umpama sebuah kereta yang kita sedang pandu, apabila tiba ke destinasi yang dituju, kita akan keluar dari kereta itu.
Maka fahamilah hakikat bahawa solat kita bukan sekadar fizikal jasad tetapi ruh kita yang berasal drp-Nya, yang rindu untuk bertemu dengan-Nya.

Solat yang tidak diringi dengan ruh adalah umpama solat si mayat kerana hanya jasad sahaja yang bersolat.

Bagi mereka yang telah dihadiahkan dengan keilmuan dan kefahaman mengenai persoalan ruh,solatnya akan menjadi sumber kebahagiaan hakiki yang tiada bandingnya dengan segala kemewahan dunia dan segenap isinya.

Allah SWT berfirman:“Jadikanlah Sabar dan Solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya solat itu amatlah berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk. (Yakni) orang-orang yang meyakini, bahawa mereka akan menemui Tuhannya dan bahawa mereka akan kembali kepada-Nya” (Al-Baqarah: 45-46).

ISTIADAT TERAGUNG.
Solat adalah merupakan satu istiadat mempersembahkan diri kepada Raja Segala Raja. Istiadat ini mestilah disantuni dengan upacara penuh peradaban dan kecantikan kerana ini adalah merupakan istiadat yang teragung.

Penampilan kita, pertuturan kita, persembahan kita mestilah dilakukan dengan penuh rasa takzim terhadap Allah SWT kerana Dialah Raja kepada segala kerajaan di langit dan di bumi.Istiadat teragung ini bermula semasa kita berwudhuk lagi, iaitu apabila kita mula mensucikan hati dan diri tatkala mendengar panggilan azan.

Apakah pengertian wudhuk buat anda ?
Adakah ia hanya sekadar satu proses penyucian zahir semata-mata atau lebih dari itu ?
Wudhuk yang sempurna adalah wudhuk yang bukan sekadar pada zahirnya sahaja tetapi juga pada batinnya, di mana kita dibersihkan daripada dosa-dosa kecil yang dilakukan oleh pancaindera dan anggota badan.

Nabi SAW bersabda:“Apabila seseorang hamba muslim atau mukmin berwudhu’
maka setelah ia membasuh wajahnya, keluarlah dari wajahnya segala dosa yang telah dilihat oleh kedua matanya melalui air atau bersama titisan air yang terakhir.

Ketika membasuh kedua tangannya keluarlah dari kedua tangannya setiap dosa yang telah dilakukan oleh kedua tangannya bersama air atau bersama titisan air yang terakhir.
Sewaktu ia membasuh kedua belah kakinya, keluarlah dari kedua kakinya setiap dosa yang dilangkah oleh kedua kakinya bersama air atau bersama air terakhir sehinggalah setelah ia selesai berwudhu’ ia bersih dari dosa-dosanya”.(Riwayat Muslim).

Maka apabila kita berwudhuk, lakukanlah ia dengan penuh perasaan, keinsafan dan pengharapan. Rasakan wudhuk itu sebagai satu upacara mensucikan diri dengan air yang bercahaya dan menyegarkan jiwa sebelum dibenarkan menjunjung duli menghadap Allah SWT.
Apabila disapukan air ke kepala, maka insafilah dosa-dosa yang dilakukan oleh fikiran kita yang liar dan songsang.

Apabila disapukan air wudhuk kepada mata, maka insafilah dosa-dosa zina mata yang telah dilakukan selama ini dan begitulah seterusnya sehingga kepada kedua kaki yang melangkah.
Setelah menyempurnakan wudhuk, lantas kita membaca doa wudhuk dengan penuh pengharapan :

" Ya Allah, jadikanlah aku golongan orang-orang yang bertaubat dan jadikanlah aku golongan orang-
orang yang membersihkan diri (Riwayat at-Tirmidzi)
Seterusnya kita berdiri menghadap Kaabah iaitu kiblat di bumi yang berkait langsung dengan kedudukan ‘arasy Allah di atas langit yang ketujuh, bersedia untuk mempersembahkan diri di hadapan Allah.

Lalu kita pun mengangkat takbiratul ihram menyerah diri dalam keadaan yang lemah dan hina.
Takbiratul Ihram adalah tempat di mana bermulanya segala pantang larang apabila kita berhadapan dengan Allah.

Jika niat adalah merupakan “pintu” yang kita buka maka takbiratul ihram adalah ketika mana kita “dimi’rajkan” untuk menghadap Allah SWT.

Kata hukamak: “Solat itu adalah mi’raj bagi orang mukmin”.
Kemudian kita pun membaca doa iftitah atau doa tawajjuh sebagai satu kesaksian:“Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku kepada Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan keadaan lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik…”

Setelah mengisytiharkan diri menghadap Allah dan menyatakan kesaksian kita, kita pun bersedia untuk berbicara dengan Allah dengan membaca surah Al-Fatihah.
Apakah pengertian surah Al-Fatihah buat anda?
Adakah Al-Fatihah ini sekadar bacaan yang wajib dibaca sahaja ?

Di dalam surah Al-Fatihah terkandung intipati kepada solat yang khusyuk. Ketahuilah bahawa solat adalah merupakan hubungan komunikasi dua hala di antara hamba dan TuhanNya.
Cuma hati kita yang kotor mana mungkin akan dapat merasai hubungan spiritual ini yang hanya dialami oleh golongan Nabi dan para salafussoleh.

Firman Allah di dalam sebuah hadis Qudsi:“Aku telah membahagikan solat di antara Aku dan hambaKu, kepada dua bahagian, dan hambaKu akan mendapat apa yang dimintanya.
Apabila hamba itu berkata, “Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam”
Allah berkata, “hambaKu telah memujiKu.”
Apabila hamba itu berkata “Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”
Allah berkata, “hambaKu telah menyanjungKu.”
Apabila hamba itu berkata “Yang Menguasai Hari Pembalasan”
Allah berkata, “hambaKu telah memuliakanKu.”
Apabila hamba itu berkata “Kepada Engkau kami sembah dan kepada Engkau kami meminta pertolongan,”

Allah berkata, “ini adalah antara Aku dan hambaKu, dan hambaKu akan mendapat apa yang dipintanya.”
Apabila hamba itu berkata “Tunjukkanlah kami ke jalan yang lurus, iaitu jalan orang-orang yang Engkau beri nikmat, bukannya jalan orang-orang yang Engkau murkai, dan bukan pula jalan orang-orang yang sesat,”
Allah berkata, “semua ini adalah untuk hambaKu, dan hambaKu akan mendapat apa yang dipintanya.”(Riwayat Muslim)

Maka, setiap kali kita solat, cuba renungkan perbualan seorang hamba dengan Allah tatkala kita membaca Al-Fatihah. Perhatikan apa yang kita minta dari Allah di dalam surah Al-Fatihah. Sesungguhnya Allah telah memakbulkan permintaan kita untuk mendapatkan pertolongan drp-Nya, iaitu untuk diberikan petunjuk ke jalan yang lurus.
Sesungguhnya janji Allah adalah benar kerana pada hakikatnya, kita semua senantiasa diberikan petunjuk dan hidayah oleh Allah yang membantu kita membezakan antara yang hak dan yang batil, antara yang baik dan yang buruk.

Tetapi, oleh kerana hati yang kotor dengan maksiat dan nafsu yang gagal dibendung, kita masih jua memilih kebatilan lantas tambah menjauhkan diri "ANTARA JASAD DAN RUH".
Solat adalah merupakan hadiah yang terhebat yang dianugerahkan oleh Allah sebagai bekalan buat hamba-hambaNya yang beriman, yang telah diutuskan ke dunia ini sebagai khalifah di bawah lembayung pengabdian tulus.

Solat adalah satu method perhubungan spiritual yang membolehkan sang hamba berhubung secara terus dengan Penciptanya. Melalui solat, kita diberikan peluang untuk menghadap ke bawah duli Yang Maha Mulia, Raja Segala Raja Kepada Segala Kerajaan di tujuh lapisan Langit dan tujuh lapisan Bumi.

Perhubungan spiritual ini berlaku di peringkat ruh yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Apabila kita solat, ketahuilah bahawasanya bukan jasad kita sahaja yang berdiri, rukuk dan bersujud, tetapi ruh kita juga sebenarnya turut bersolat menghadap Allah.

Apabila kita solat, ruh kita berpeluang untuk “bertemu” dengan Allah, untuk menyatakan kerinduan kepada Penciptanya dan kepada Syurga yang pernah didiami suatu masa dahulu.Bukti bahawa solat itu merupakan satu pertemuan spiritual di antara hamba dengan Tuhannya tidak dapat saya persembahkan dengan lojik akal dan pandangan mata zahir yang terhalang oleh hijab dan dalam ruang lingkup dimensi yang kita huni.

Ia harus dirasai sendiri dan dilihat dengan mata hati yang bersih dan dengan keyakinan yang mendalam terhadap kewujudan alam ghaib. Harus ditegaskan bahawa penjelasan yang lebih mendalam mengenai apakah ruh adalah dalam rahsia Allah semata-mata.

“Bertanya mereka kepada Engkau Hai Muhammad tentang roh, katakan roh itu adalah urusan Tuhanmu, sedang kamu diberi pengetahuan hanya sedikit saja.”(Al-Isra’: 85)
Sudi saya lontarkan satu persoalan di sini, siapakah kita yang sebenarnya? Jika anda renung jauh ke dalam anak mata anda apabila berdiri di hadapan cermin, siapakah yang dapat anda lihat? Sesungguhnya, awalan agama itu adalah ma’rifatullah dan untuk kita mengenal Allah kita mestilah melihat ke alam ini dan ke dalam diri sendiri.Dan di bumi itu terdapat tanda-tanda [kekuasaan Allah] bagi orang-orang yang yakin, (20) dan [juga] pada dirimu sendiri.

Maka apakah kamu tiada memperhatikan? (21)”(Adz-Dzariyat: 20-21)Diriwayatkan daripada Saidatina Aisyah r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. ditanya: من أعرف الناس بربه؟
Maksudnya: "Siapa yang paling kenal Allah dari kalangan manusia?"Rasulullah s.a.w. menjawab: أعرفهم بنفسه Maksudnya: "Orang yang paling kenal dirinya".(Adab Ad-Dunwa wa Ad-Din, Imam Al-Mawardi)
(Ingatlah peristiwa) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: Sesungguhnya Aku hendak menciptakan manusia, Adam dari tanah; (71) Kemudian apabila Aku sempurnakan kejadiannya, serta Aku tiupkan ke dalamnya roh-Ku, maka hendaklah kamu sujud kepadanya. (72)”(Sod: 71-72)

Ketahuilah bahawasanya jasad hanyalah satu kepompong yang kita diami di dunia ini dan akan kita tinggalkan apabila kita berpindah ke alam barzakh kelak. Jasad umpama sebuah kereta yang kita sedang pandu, apabila tiba ke destinasi yang dituju, kita akan keluar dari kereta itu.
Maka fahamilah hakikat bahawa solat kita bukan sekadar fizikal jasad tetapi ruh kita yang berasal dari-Nya, yang rindu untuk bertemu dengan-Nya.

Solat yang tidak diringi dengan ruh adalah umpama solat si mayat kerana hanya jasad sahaja yang bersolat.
Bagi mereka yang telah dihadiahkan dengan keilmuan dan kefahaman mengenai persoalan ruh,solatnya akan menjadi sumber kebahagiaan hakiki yang tiada bandingnya dengan segala kemewahan dunia dan segenap isinya.

Allah SWT berfirman:“Jadikanlah Sabar dan Solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk. (Yakni) orang-orang yang meyakini, bahawa mereka akan menemui Tuhannya dan bahawa mereka akan kembali kepadaNya” (Al-Baqarah: 45-46).

ISTIADAT TERAGUNG
Solat adalah merupakan satu istiadat mempersembahkan diri kepada Raja Segala Raja. Istiadat ini mestilah disantuni dengan upacara penuh peradaban dan kecantikan kerana ini adalah merupakan istiadat yang teragung.

Penampilan kita, pertuturan kita, persembahan kita mestilah dilakukan dengan penuh rasa takzim terhadap Allah SWT kerana Dialah Raja kepada segala kerajaan di langit dan di bumi.Istiadat teragung ini bermula semasa kita berwudhuk lagi, iaitu apabila kita mula mensucikan hati dan diri tatkala mendengar panggilan azan.
Apakah pengertian wudhuk buat anda?
Adakah ia hanya sekadar satu proses penyucian zahir semata-mata atau lebih dari itu?

Wudhuk yang sempurna adalah wudhuk yang bukan sekadar pada zahirnya sahaja tetapi juga pada batinnya, di mana kita dibersihkan daripada dosa-dosa kecil yang dilakukan oleh pancaindera dan anggota badan.

Nabi SAW bersabda:“Apabila seseorang hamba muslim atau mukmin berwudhu’
maka setelah ia membasuh wajahnya, keluarlah dari wajahnya segala dosa yang telah dilihat oleh kedua matanya melalui air atau bersama titisan air yang terakhir.

Ketika membasuh kedua tangannya keluarlah dari kedua tangannya setiap dosa yang telah dilakukan oleh kedua tangannya bersama air atau bersama titisan air yang terakhir.
Sewaktu ia membasuh kedua belah kakinya, keluarlah dari kedua kakinya setiap dosa yang dilangkah oleh kedua kakinya bersama air atau bersama air terakhir sehinggalah setelah ia selesai berwudhu’ ia bersih dari dosa-dosanya”.(Riwayat Muslim)

Maka apabila kita berwudhuk, lakukanlah ia dengan penuh perasaan, keinsafan dan pengharapan. Rasakan wudhuk itu sebagai satu upacara mensucikan diri dengan air yang bercahaya dan menyegarkan jiwa sebelum dibenarkan menjunjung duli menghadap Allah SWT.
Apabila disapukan air ke kepala, maka insafilah dosa-dosa yang dilakukan oleh fikiran kita yang liar dan songsang.

Apabila disapukan air wudhuk kepada mata, maka insafilah dosa-dosa zina mata yang telah dilakukan selama ini dan begitulah seterusnya sehingga kepada kedua kaki yang melangkah.
Setelah menyempurnakan wudhuk, lantas kita membaca doa wudhuk dengan penuh pengharapan:“Ya Allah, jadikanlah aku golongan orang-orang yang bertaubat dan jadikanlah aku golongan orang-orang yang membersihkan diri!”(Riwayat at-Tirmidzi)

Seterusnya kita berdiri menghadap Kaabah iaitu kiblat di bumi yang berkait langsung dengan kedudukan ‘arasy Allah di atas langit yang ketujuh, bersedia untuk mempersembahkan diri di hadapan Allah. Lalu kita pun mengangkat takbiratul ihram menyerah diri dalam keadaan yang lemah dan hina.
Takbiratul Ihram adalah tempat di mana bermulanya segala pantang larang apabila kita berhadapan dengan Allah.

Jika niat adalah merupakan “pintu” yang kita buka maka takbiratul ihram adalah ketika mana kita “dimi’rajkan” untuk menghadap Allah SWT. Kata hukamak: “Solat itu adalah mi’raj bagi orang mukmin”.

Kemudian kita pun membaca doa iftitah atau doa tawajjuh sebagai satu kesaksian:“Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku kepada Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan keadaan lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik…”

Setelah mengisytiharkan diri menghadap Allah dan menyatakan kesaksian kita, kita pun bersedia
untuk berbicara dengan Allah dengan membaca surah Al-Fatihah.
Apakah pengertian surah Al-Fatihah buat anda?

Adakah Al-Fatihah ini sekadar bacaan yang wajib dibaca sahaja?
Di dalam surah Al-Fatihah terkandung intipati kepada solat yang khusyuk. Ketahuilah bahawa solat adalah merupakan hubungan komunikasi dua hala di antara hamba dan TuhanNya.
Cuma hati kita yang kotor mana mungkin akan dapat merasai hubungan spiritual ini yang hanya dialami oleh golongan Nabi dan para salafussoleh.

Firman Allah di dalam sebuah hadis Qudsi:“Aku telah membahagikan solat di antara Aku dan hambaKu, kepada dua bahagian, dan hambaKu akan mendapat apa yang dimintanya.
Apabila hamba itu berkata, “Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam”
Allah berkata, “hambaKu telah memujiKu.”

Apabila hamba itu berkata “Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”
Allah berkata, “hambaKu telah menyanjungKu.”
Apabila hamba itu berkata “Yang Menguasai Hari Pembalasan”
Allah berkata, “hambaKu telah memuliakanKu.”
Apabila hamba itu berkata “Kepada Engkau kami sembah dan kepada Engkau kami meminta pertolongan,”

Allah berkata, “ini adalah antara Aku dan hambaKu, dan hambaKu akan mendapat apa yang dipintanya.”
Apabila hamba itu berkata “Tunjukkanlah kami ke jalan yang lurus, iaitu jalan orang-orang yang Engkau beri nikmat, bukannya jalan orang-orang yang Engkau murkai, dan bukan pula jalan orang-orang yang sesat,”
Allah berkata, “semua ini adalah untuk hambaKu, dan hambaKu akan mendapat apa yang dipintanya.”(Riwayat Muslim)

Maka, setiap kali kita solat, cuba renungkan perbualan seorang hamba dengan Allah tatkala kita membaca Al-Fatihah. Perhatikan apa yang kita minta dari Allah di dalam surah Al-Fatihah. Sesungguhnya Allah telah memakbulkan permintaan kita untuk mendapatkan pertolongan daripada Allah, iaitu untuk diberikan petunjuk ke jalan yang lurus.
Sesungguhnya janji Allah adalah benar kerana pada hakikatnya, kita semua senantiasa diberikan petunjuk dan hidayah oleh Allah yang membantu kita membezakan antara yang hak dan yang batil, antara yang baik dan yang buruk.

Tetapi, oleh kerana hati yang kotor dengan maksiat dan nafsu yang gagal dibendung, kita masih jua memilih kebatilan lantas tambah menjauhkan diri kita drp jalan yang lurus.

DIRI MANUSIA

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIIM...

>> DIRI MANUSIA TERDIRI DARI <<
1. DIRI BERDIRI ( JASAD )
2. DIRI TERDIRI ( RUHANI/JIWA )
3. DIRI SEBENARNYA DIRI ( NURANI/RUH SUCI )
4. DIRI BERDIRI SENDIRI ( ROBBANI )

.
ADA GERAK ADA RASA.
GERAK BADAN ITU RASA NAFSU ( AKAL FIKIRAN,KEINGINAN,ANGAN2 DLL )
GERAK NUHANI/JIWA ITU BISA CONDONG KEPADA JASAD,BISA CONDONG KEPADA NYAWA.

( NURANI ) TENTUNYA NURANI LEBIH BANYAK MENJIWAIN DUNIA ATAU AKHIRAT.
GERAK NURANI BERUPA PANCARAN ILLAHI.

YANG MEMANCARKAN MENERANGIN JIWA DAN AKAL FIKIRAN MANUSIA.
DAN PANCARAN CAHAYA NYA INI DAPAT DIRASA OLEH JIWA DAN JASAD BERUPA RASA YANG TERASA TANPA DITERKONTROL OLEH AKAL FIKIRAN/ GERAK DIDALAM BAWAH ALAM SADAR KITA TAPI KITA SADAR DAN BISA KITA KENDALIKAN OLEH AKAL KITA.

JADI RASA YANG TERASA DENGAN SENDIRINYA
INILAH YANG MELAHIRKAN GERAK BADAN KITA YANG HALUS LEMBUT TENANG , MESRA YANG KITA RASAKAN BILA KITA AMATI DENGAN HATI/PERASAAN DAN FIKIRAN DIAM.

INILAH AWAL MULA KITA MERASAKAN HADIRNYA ALLAH PADA JIWA RAGA KITA.
DARI SINILAH MULANYA RASA SEBENARNYA DIRI ITU ( KESADARAN RUH ).
PANCARAN DARI DIRI ROBBANI KEPADA NURANI ( NYAWA ) KEPADA JIWA.
TERASA PADA BTG TUBUH KITA.

HINGGA KEYAKINAN DIRI KEPADA ALLAH SEMAKIN KUAT,TERASA,SELALU TETAP ISTIQOMAH DAN SELALU MENGHADAP KEPADANYA.
DARI SINILAH AWAL MULA BERSERAH DIRI KITA LAHIR BATIN KEPADA DZAT YANG HIDUP. MESRA DIDALAM DIRI KITA.

SETELAH INI AKAN BERLANJUT KEPADA TAHAP BERIKUTNYA IAITU KALAM DIRI ( KITAB SEJATI ) ( GURU SEJATI ) YANG SAYA SEBUT RASUL ( RASANYA ALLAH ) YANG MENJAHIRKAN KELAM SEJATI DIRI DALAM HATI.
YANG MENJADI SUMBER KEHIDUPAN.

YANG MENJADI BERTEMPATNYA ASMA ALLAH,
MENGHADAP KEPADA ALLAH.
YANG MEMBIMBING JIWA DAN RAGA KEBENARAN YANG SEJATI ( YANG HAQ )
DAN MEMBERI PELAJARAN,WAWASAN PADA AKAL FIKIRAN KITA.
KARNA IA DARI QUDRAD IRADAT ALLAH YANG TAK TERBATAS...
****
ALLAHU AKBAR