Mencari Nur Illahi.
Allah swt menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang, sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124,000 sayap). Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata;
'Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?'
Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud;
'Tidak.'
Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan pada tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.
Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah swt berfirman yang bermaksud;
'Wahai Jibrail, kamu telah menyembah Aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembahKu sama seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi mulia yang paling Aku cintai, namanya Muhammad.'
'Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu Aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu.'
Kemudian Jibrail a.s berkata;
'Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?'
Lalu Allah berfirman yang bermaksud;
'Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal.'
Kemudian Jibrail a.s meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma'waa itu.Setelah Jibrail a.s mendapat izin dari Allah swt maka pergilah Jibrail a.s dengan mengembangkan sayapnya dan terbang - setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail a.s selama 300 tahun sehingga ia merasa letih serta lemah dan akhirnya ia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan ia sujud kepada Allah swt lalu ia berkata dalam sujudnya itu;
'Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya? '
Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud;
'Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3,000 tahun dan meskipun Aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan.'
Oleh itu marilah sama-sama kita fikirkan dan berusaha untuk melakukannya. Sesungguhnya Allah swt telah menyembunyikan enam perkara daripada pengetahuan sekelian umat Muhammad saw, iaitu;
* redha-Nya dalam taat;
* murka-Nya di dalam maksiat;
* nama-Nya yang Maha Agung dalam Al-Quran;
* Lailatul Qadar dalam bulan Ramadhan;
* solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu); dan
* (tarikh terjadinya) hari kiamat dalam kesemua hari.
Jadi kepada sekelian rakan-rakan yang dikasihi sekalian, sebarlah ilmu ini, agar kesemua kawan dan sahabat-handai kita yang di luar sana agar kembali ke pangkal jalan, mengikut jalan Islam yang sebenar-benarnya. Sesungguhnya, barangsiapa yang mengajak kepada kebaikan, di mana pahala seseorang yang diajak kepada kebaikan itu dapat kepadanya tanpa dikurangkan sedikitpun, insyaAllah.