9. SELEPAS MATI YANG AKAN DITANYA KEPADA ROH
Saat mati roh akan keluar daripada jasad. Maka jasad jadi kaku, mata jadi buta, telinga jadi pekak, lidah jadi bisu. Seketika, Allah akan kembalikan semula roh ke dalam jasad di alam barzakh. Maka roh akan ditanya tentang Tauhid & Makrifah.
➡️ Di alam kubur, SOALAN PERTAMA yang ditanya adalah TAUHID & MAKRIFAH terlebih dahulu.
"SIAPA TUHAN KAMU?"
Yang jawab bukan lafaz di mulut tetapi iktikad @ pegangan di dalam hati. Tidak ditanya tentang solat, puasa, sedekah & segala amal ibadah.
Jika kita tidak dapat jawab, roh akan di seksa di alam barzakh hingga yaumil qiamah & soalan-soalan lain tidak akan ditanya walau beribu-ribu amal ibadah yang dilakukan.
Jika boleh jawab maka roh akan di bawa ke langit yang pertama.
➡️ Sampai di LANGIT PERTAMA, roh akan ditanya di pintu langit pertama tentang MENGUMPAT samada ada @ tidak dosa mengumpat yang diharamkan syarak.
Jika ada, roh akan dihumban ke penjara barzakh & diseksa hingga yaumil qiamah.
Jika tidak ada dosa mengumpat, sudah minta maaf & minta redha pada manusia yang diumpat serta bertaubat kepada Allah maka roh akan dibawa ke langit yang ke 2.
➡️ Ditanya pula tentang HUBBUD DUNIA di LANGIT KEDUA samada ada @ tidak cinta dunia dalam ibadah. Mengajar ilmu kepada orang lain kerana mahukan keuntungan @ mengajar kerana mahu mengajak orang kepada Allah.
Jika ibadah semata-mata mencari redha Allah maka roh akan dibawa ke langit ke 3.
➡️ Di LANGIT KETIGA akan ditanya tentang sifat TAKABBUR sepertimana iblis bersifat dengan Nabi Adam.
ADA 3 JENIS TAKABBUR :
▪️Membangga diri kerana merasa dirinya besar.
▪️Bercakap dengan merendah diri dalam keadaan hati merasa dirinya lebih baik dari orang lain.
▪️Bercakap dengan tidak menyebut kebaikan & keburukan diri tetapi di dalam hati merasa diri lebih baik dari orang lain.
Jika ada takabbur, roh akan diseksa hingga yaumil qiamah.
Jika tidak ada takabbur maka roh akan dibawa ke langit ke 4.
➡️ Di LANGIT KEEMPAT di tanya pula tentang UJUB iaitu perasan diri lebih baik dari orang. Lebih kurang dengan takabbur. Ujub tidak membesarkan diri dalam perkataan tetapi dalam perasaan.
Merasa diri sudah selamat dari azab, merasa diri sudah banyak pahala amal & merasa diri sudah cukup ilmu.
Jika ada ujub, roh akan diseksa hingga yaumil qiamah. Jika tidak ada, roh akan dibawa ke langit ke 5.
➡️ Di LANGIT KELIMA akan ditanya tentang penyakit HASAD. Hasad ini memakan pahala-pahala amal.
HASAD TERBAHAGI KEPADA 2 :
▪️Hasad yang baik.
▪️Hasad yang jahat.
Jika punya hasad yang jahat, roh akan dihumban & diseksa hingga yaumil qiamah.
Jika tidak ada, roh akan dibawa ke langit ke 6.
➡️ Di LANGIT KE 6 roh akan ditanya tentang SILATURRAHIM iaitu kasih sayang sesama orang beriman.
Agama ini adalah Agama kasih sayang. Ada @ tidak kita berdendam dengan orang lain. Memaafkan itu lebih mudah. Jika maafkan & bertaubat, pahala yang lama Allah kembalikan semula, dosa itu pula Allah hapuskan.
Jika ada sifat kasih sayang & bersilaturrahim maka roh akan dibawa naik pula ke langit ke 7.
➡️ Di LANGIT KETUJUH roh akan ditanya tentang RIAK & SUM'AH.
Riak adalah beramal untuk menunjuk-nunjuk pada orang.
Sum'ah pula adalah mahu orang lain tahu bahawa dirinya beramal. Jika orang tidak tahu, dia yang akan beritahu.
Sembunyikan amal apabila buat sesuatu ibadah. Lupakan ibadah itu seolah-olah kita tidak pernah membuat apa-apa amal.
Riak & sum'ah menggugurkan pahala amal tetapi sah amalnya. Bermaksud beramal dalam riak & sum'ah itu sah tetapi berdosa kerana riak & sum'ah.
Jika bertaubat akan dapat semula pahala-pahala yang diriakkan & disum'ahkan itu. Jika tidak riak & sum'ah, barulah roh dapat naik ke langit ke 7 & dimasukkan ke tempat rehat.
Dari 1 langit ke 1 langit 500 tahun perjalanannya nisbah perjalanan dunia. Di alam sana masanya berbeza.
Apabila sudah naik ke tempat peraduan iaitu sampai di pintu tempat rehat, ada lagi 1 tempat pertanyaan.
➡️ Kata IMAM AL-GHAZALI, tempat terakhir sebelum masuk ke tempat rehat, akan disoal mengenai IKHLAS.
Ikhlas itu bermaksud tidak mengumpat, tidak hubbud dunia, tidak ujub, tidak takabbur, tidak hasad, hatinya ada kasih sayang sesama orang Islam, tidak ada riak & sum'ah.
Ikhlas bukan lafaz di lidah. Ia seperti Iman.
Iman iaitu pengiktirafan Allah ke atas seseorang yang mengaku akan ketuhanan Allah. Jika benar apa yang ada dalam hati, barulah ia diiktiraf.
MAKSUD IKHLAS :
قُل هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ
Ayat 1 : "Katakanlah olehmu ya Muhammad, Allah itu Esa"
اللَّهُ الصَّمَدُ
Ayat 2 : "Allah tempat tumpuan"
لَمۡ يَلِدۡ وَلَمۡ يُو لَدۡ
Ayat 3 : "Dia tidak beranak dan tidak diperanakkan"
وَلَمۡ يَكُنۡ لَهُ كُفُوًا أَحَدٌ
Ayat 4 : Dan Allah itu tidak ada yang menyerupainya oleh suatupun"
Ayat itu menceritakan tentang Tauhid & Makrifah. Bermakna jika tidak ada Tauhid & Makrifah maka tidak adalah keikhlasan.
Ia dinamakan surah Al-Ikhlas.
Maka wajib menuntut ilmu Tauhid & berjalan menuju Makrifatullah. Mudah-mudahan selamat pada 9 perhentian setelah kita mati.
Jika hilang 7 sifat-sifat mazmumah ini maka sampailah kepada Allah yang dinamakan ARIFBILLAH. Orang ini akan selamat sampai ke destinasi kerehatan di alam barzakh & akan dapat melihat isteri/suami, anak-anak & keturunannya di dunia.
Yang tidak selamat tidak akan dapat melihat kerana menanggung sakit di azab di alam barzakh. Lebih-lebih lagi jika meninggalkan anak-anak yang tidak pernah diajar tentang MAKRIFATULLAH. Itu yang lebih utama.
Menutup aurat tetapi tidak ada Aqidah.
"OUT OF SERVICE".
Ini perbandingan antara orang yang ada Aqidah dengan orang yang tidak ada Aqidah.