Laman

Sabtu, 08 Oktober 2016

KISAH SUFI HASAN AL BASRI

Kisah teladan seorang Wali Allah terkenal untuk dikongsi…. semoga dapat menjadi iktibar, peringatan dan pengajaran kepada kita semua….
.
| SEBELUM Hasan menjadi seorang Sufi, beliau ialah seorang jauhari (peniaga intan berlian). Satu hari beliau pergi ke satu tempat bernama Rom (di Asia Minor) kerana berniaga, dan pergi berjumpa Menteri Sultan. Menteri itu berkata kepada beliau, “Anda hendaklah menunggu beberapa hari lagi kerana pada masa ini menemankan sultan dalam satu kerja pentingnya. Jika anda mahu, anda bolehlah bersama kami.”

Hasan pun berangkatlah bersama sultan, menteri dan lain-lain. Mereka masuk ke satu hutan yang luas. Di tengah hutan itu ada terdiri sebuah khemah yang hebat, yang di kawal oleh askar-askar. Pegawai-pegawai tentera masuk ke khemah itu dan kemudian keluar. Kemudian mereka berjalan mengelilingi khemah itu, dan kemudia pergi. Setelah itu tiba pula orang-orang tua yang kehormatan masuk ke khemah itu, berkata sesuatu, kemudian keluar, lalu mengelilingi khemah itu dan pergi. Kemudian datang pula golongan-golongan pakar-pakar perubatan dan berbuat demikian juga.
Kemudian giliran dua ratus orang gadis yang cantik-cantik pula berbuat demikian. Akhirnya datanglah Sultan dengan Menterinya; baginda masuk ke dalam khemah itu, berkata sesuatu, keluar dan mengelilingi khemah itu dan terus pergi.
Hasan hairan melihat peristiwa itu. Beliau bertanya kepada Menteri yang menemaninya itu. Kata Menteri tersebut, “Sultan itu mempunyai anak yang lawa dan berani telah meninggal dunia di sini. Anak itu di kuburkan di tempat khemah itu terdiri. Tiap-tiap tahun kami mengunjungi tempat ini dan melakukan upacara yang tuan baru saksikan tadi.
Mula-mulanya pihak tentera pergi ke kubur itu dan berkata kepada yang berkubur di situ iaitu anak raja itu, “Jikalah dengan senjata kami, dapat kami menyelamatkan kamu dari Tuhan Kematian, akan kami korbankan nyawa kami untuk menyempurnakan tujuan itu, tetapi apakah daya kami tidak berupaya.”
Kemudian datang pula pihak candakiawan yang berkata, “Jikalau ilmu dan pengalaman kami dapat menyelamatkan kamu dari mati, tetapi apakan daya kami tidak berupaya“. Kemudian datang pula, pihak tabib, berkata, “Jika ubat-ubat kami dapat menyelamatkan kamu dari mati, tentu kami akan berusaha menyelamatkan kamu, tetapi apakan daya, kami tidak berupaya”. Kemudian pihak gadis-gadis yang cantik itu pula berkata, “Jikalau kecantikan kami dapat menyelamatkan kamu dari mati, nescaya kami kurbankan apa sahaja untuk kamu, tetapi apakan daya, kami tidak berupaya”. Selepas itu, datang pula Sultan ditemani oleh Menteri-Menterinya dan berkata, ‘Anak ku ! kami berusaha sedaya-upaya dengan kekuatan tentera, tabib-tabib dan lain-lain untuk menyelamatkan kamu dari mati, namun takdir Tuhan tetap berlaku jua. Selamatlah kamu tinggal di sini dan kami akan datang lagi tahun depan, pada masa ini juga.”
Peristiwa ini sangat mengharukan fikiran Hasan dan mengubah sikapnya. Beliau menghabiskan hidupnya dengan beribadat kepada Allah dan bersedia untuk menghadapi mati. Beliau kembali ke Basrah. Perniagaannya di tinggalkan. Beliau pergi jauh dari manusia ramai dan bersumpah tidak akan senyum sepanjang hidupnya. Tujuh puluh tahun lamanya beliau tidak berhenti-henti beribadat kepada Allah. Dalam hidupnya hanya satu sahaja keperluan dan tujuannya iaitu Allah. Dia tidak peduli apa sahaja selain Allah.
.
| APABILA Rabi’atul-adawiyah Al-Basriyyah (803 Masehi) tidak datang menghadiri syarahan Hasan, ia tidak akan memberi syarahan hari itu. Orang bertanya kenapa beliau bersikap demikian. Jawabnya, “Serbat yang ada di dalam bekas untuk gajah tidak dapat dimuatkan dalam bekas untuk semut.”

Semasa beliau bersyarah dalam keadaan dzauk (mabuk terhadap Allah) beliau berterima kasih kepada Rabi’atul adawiyah dengan katanya, “Saya berterima kasih kerana berkat mu, membawa ku ke dalam mabuk cinta kepada Allah ( dzauk )”
Beliau pernah di tanya, “Apakah Islam dan siapakah orang Islam? “Hasan menjawab, “Islam itu dalam kitab-kitab dan orang Islam itu dalam kubur.”
.
| KATA KATA HASAN

1. Janganlah kamu tinggalkan amalan agama mu kerana takutkan musuh yang mengganggu kamu. Bahkan mereka itu mengganggu Allah.
2. Akhir dunia dan awal akhirat ialah dalam kubur.
.
| BIASANYA Hasan menulis dosa-dosa yang dilakukan pada pakaiannya semenjak dahulu lagi. Beliau selalu melihat tulisan tersebut. Kadang-kadang beliau akan menangis hinggakan jatuh pengsan apabila melihat dosa yang di lakukannya itu.
.
| SATU ketika, Hasan berserta dengan beberapa orang lain, sedang pergi ke Ka’abah, tengah jalan mereka sampai ke satu perigi, mereka semuanya dahaga tetapi mereka tidak ada tali timba untuk mengambil air telaga itu. Hasan pun berkata, “ Saya hendak sembahyang, semasa saya sembahyang tuan-tuan akan lihat air itu naik ke atas tuan-tuan bolehlah minum air itu untuk menghilangkan dahaga.” Perkara itu benar-benar berlaku. Tetapi ada seorang daripada mereka itu, setelah minum sepuas-puasnya, telah mengisi bekas airnya untuk kegunaan masa depan. Air itu pun tidak semena-mena turun ke bawah semula. Apabila beliau di tanya tentang peristiwa ganjil itu. Hasan menjawab, “Itu adalah kerana kurangnya iman mu untuk bertawakal bulat-bulat kepada Allah."
.
| HASAN sangat merendahkan dirinya hingga dianggap dirinya itu lebih hina dari segala yang lain. Satu hari, di tebing sungai Dajlah, beliau nampak seorang lelaki sedang duduk dengan seorang perempuan muda dan sebotol arak ada di hadapan orang itu. Terlintas dalam fikirannya, “Alangkah jahatnya orang itu! Alangkah baiknya jika ia seperti aku”. Tatkala itu datang sebuah perahu dan tidak jauh dari orang itu. Perahu itu beransur-ansur tenggelam. Ada tujuh orang dalam perahu itu pun hampir-hampir mati lemas. Orang itu pun segera melompat ke dalam sungai itu dan menyelamatkan enam orang dari tujuh orang itu dari mati lemas. Kemudian orang itu berpaling kepada Hasan dan berkata, “Jika kamu lebih mulia dari saya, maka dengan nama Allah, selamatkanlah orang yang seorang lagi itu. Kamu hanya selamatkan seorang, tetapi aku selamatkan enam orang.” Tetapi Hasan tidak dapat menyelamatkan orang yang seorang itu. Orang itu berkata kepada Hasan, “Tuan, orang perempuan di sisi saya itu ialah ibu ku, dan botol itu mengandungi air sahaja. Peristiawa ini adalah untuk menguji tuan.“

Mendengarkan itu, Hasan jatuh terduduk, lalu berkata, “Seperti tuan telah menyelamatkan enam orang, maka selamatkanlah saya dari tenggelam dalam air kebanggaan dan kesombongan”. Orang itu menjawab, “Moga-moga Allah kabulkan kehendak mu!”. Hasan terasa yang kehendaknya telah terkabul.
Semenjak itu, beliau sangat merendahkan diri. Apabila melihat seekor anjing, beliau berkata, “Ya Allah, demi anjing yang baik ini, terimalah aku sebagai hamba Mu”.
.
| HASAN berkata bahawa empat peristiwa yang memberinya pengajaran besar dalam hidup:

1) Satu ketika saya tarik pakaian seorang kasi (orang pontong) kerana berseloroh. Orang itu berkata, “Kembalikan pakaian itu, kerana ada orang yang tahu keadaan ku yang sebenarnya”. Tiba-tiba terlintas di fikiran ku: bagaimana pula kedudukan kita di akhirat kelak jika di telanjangkan dan semua dosa kita itu diperlihatkan?
2) Seorang mabuk sedang menggelupur dalam Lumpur. Saya katakan kepadanya supaya berhati-hati agar tidak tenggelam. Orang itu berkata, “Hasan, jika aku tenggelam, aku sediri yang menderita. Tuan jagalah diri tuan. Jika tuan jatuh, semua pengikut mu akan tenggelam sama.”
3) Suatu hari seorang budak (kanak-kanak) membawa lampu yang menyala. Saya tanya dia dari mana dia bawa api itu. Kanak-kanak itu pun memadamkan lampu itu dan berkata, “Beritahu pada ku ke mana perginya api yang bernyala pada lampu itu?”
4) Suatu hari seorang perempuan yang jelita berlari di jalan raya dengan kepalanya tanpa tudung sambil merungut tentang suaminya. Saya suruh dia menutup kepala dan mukanya. Perempuan itu berkata, “Cinta kepada suami telah menghilangkan fikiran ku hingga aku tidak sedarkan diri ku dan keliling ku. Jika tuan tidak memberitahu ku yang kepala dan muka ku tidak bertutup, maka tidaklah aku tahu. Aku akan berjalan seperti ini di jalan ini. Tetapi hairan juga aku, hai Hasan, tuan berpura-pura sebagai seorang pencinta Allah dan tuan sedar kepada apa sahaja yang terlintas di hadapan tuan, dan panca-indera tuan masih ada kesedaran kepada yang lain. Apakah cinta Allah yang ada pada tuan itu?
.
| PENDAPAT HASAN

Kambing itu lebih sedar dari manusia kerana menurut kata gembalanya. Tetapi manusia itu tidak taat kepada perintah Tuhannya dan menurut sahaja kehendak iblis.
Kawan-kawan yang jahat merosakan orang yang berjalan menuju Allah.
Mengumpulkan harta-benda lebih buruk daripada meminum arak yang mana adalah dilarang oleh Al–kitab.
Siapa yang memencilkan dirinya akan selamat. Siapa yang memisahkan dirinya dari nafsunya akan merasai kebebasan.
Orang yang menggali asas dasar dunia ini akan di situ membina bagunan akhirat adalah orang yang bijak.
Barang siapa yang kenal Allah menganggap dunia ini sebagai musuhnya, dan siapa yang kasih akan dunia akan menjadi musuh Allah.
Orang yang membuang amalan ruhaniah dan menggantikan nya dengan bermurah hati kepada dunia, cuba menegapkan cara-caranya yang jahat itu, adalah orang yang rosak.
Barangsiapa yang cinta kepada emas dan perak akan dihinakan oleh Allah. Siapa yang menganggap dirinya sebagai pemimpin masyarakat adalah sesat dan hina.
Allah berfirman dalam Al-Quran, “Aku akan ampunkan kamu dari segala dosa kamu jika kamu tidak memandang yang lain kecuali Aku.”
Hasan di tanya, “Bagaimanakah kamu?”
Beliau menjawab, “Saya adalah ibarat orang di tengah laut yang kehilangan perahu dan terapung-apung di dalam air.”

Jumat, 07 Oktober 2016

RAHASIA IMAM DAN MA!MUM.

RAHASIA IMAM DAN MA!MUM.
_______________________
.
ASSALAMU 'ALAIKUM YAA AKHWANII YAA AKHWATII WARAHMATULLAAHI WABARAKAATUH...
.
Segala puja dan puji hanya untuk Allah, Tuhan seru sekalian Alam.
Shalawat serta salam kita hadiahkan kepada Nabi Muhammad SAW, serta keluarga dan para Shahabatnya.
.
Aamiin...
.
Saudaraku...
.
Saya akan menerangkan prihal rahasia diri kita, agar kita semakin percaya bahwa zahir kita ini adalah zahir yang hanya dapat dikenali sesama. Bagaimana dengan diri yang didalam diri zahir?
.
Saudaraku...
.
Jika ada yang bertanya padamu, siapakah Imammu didalam Shalat? Maka jawablah :
Imamku ialah Al-Qur'an. Apakah arti Al-Qur'an itu?
.
Saudaraku...
.
AL-QUR-AN adalah KALAMULLAH ( Firman Allah ), sebab Allah itu bersifat Qadim.
Jadi Al-Qur'an itu juga Qadim. Maka hakikatnya Allah-lah Imamnya.
Jika tidak yakin, maka shalat bathal.
Sebab yang dimaksudkan shalat disini ialah zahir perbuatan kita.
.
Zahir artinya : Perbuatan Tuhan pada kita.
Jadi, Allah-lah pada hakikatnya. Sehingga kita bersatu kata, atau sekata dengan Imam ( Imam dengan Ma'mum ).
.
Yang dimaksudkan " IMAAMAN LILLAAHI TA'ALA ' ialah : Berimam kepada Allah jua.
Yang dikatakan " MA'MUUMAN LILLAAHI TA!ALA " Berma'mum karena Allah.
.
Nah Saudara...
.
Imam itulah yang menggerakkan ma'mumnya. Begitu pula dengan NYAWA, dialah yang menggerakkan tubuh. Maka Mustahil nyawa itu bergerak jika tidak karena Iradah Allah.
.
Masalah gerakan didalam shalat, bila kita Ruku' maka turunkanlah nafas dahulu. Barulah ruku'. Begitu juga dengan I'tidal, naikkanlah Nafasmu, lalu berdirilah. Begitu pula dengan sujudmu, turunkan dulu Nafasmu, kemudian sujudlah. Sebelum engkau bangkit, naikkan Nafasmu, lalu angkatlah kepalamu. Lalu duduklah.
.
Begitulah gerak nafasmu didalam praktek nafas didalam shalat, turun naik.
Begitulah Imam, para Nabi, termasuk Nabi kita Muhammad SAW, juga para Wali.
Inilah yang disebut " IMAM TANPA DI IMAMI.
.
Saudaraku...
.
Jika ada orang menggunakan perkenalan semacam ini, maka orang itu Sah dijadikan Imam.
Tetapi bila orang itu tiada mengetahui perkara ini, sedangkan Ma'mum ada yang mengetahuinya, maka dikatakan " IMAM YANG DI IMAMI OLEH MA'MUM...
.
Selanjutnya...
Setelah Takbir Ihram, tahanlah nafasmu sebentar.
Nah, menahan nafas sebentar inilah dinamakan " hilang kepada Nur Muhammad.
.
Berbicara tentang Nahwu dan Sharaf, huruf baris dan lagunya.Jadi ini masalah lafadz saja.
.
Jika ada yang mengatakan bahwa Kalam Allah itu bukanlah huruf, bukan suara, bunyi, tiada berawal dan akhir, juga tiada Tasdiqnya, maka bingunglah para Nahwu Sharaf itu sebab : memang bukan Huruf. Karena Alif yang ditulis dengan dawat, itu menunjukkan kepada Alif yang memang bukan Tinda. Sedangkan Alif yang bukan tinta, itu menunjukkan kepada kata Firman Allah.
.
Inilah rahasia antara Imam dan ma'mum didalam shalat, agar mengetahui tentang hakikat menjadi Imam. Jadi Imam memang tanggungannya berat daripada ma"mum, karena perbuatan didalam gerak shalatnya di ikuti ma'mumnya, mestinya harus faham dan mengerti siapa yang di imamkan daripada Imamnya, jika tidak maka shalatnya dalam gerakannya jika ma'mum mengetahuinya maka imam berimam kepada yang mengetahuinya yakni ma!mum yang mengerti Hakikat imam tersebut.
.
Jadi Imam mesti memahami dalam memimbing ma'mumnya agar ia imami benar-benar berimam kepada Allah semata-mata.
Inilah ilmu diri didalam diri agar mengenali siapa dirinya dan siapa yang di imaminya.
Dengan keterangan teks yang singkat ini, menambahkan keyakinan kita kepada Allah, bahwa pada hakikatnya Allah lah yang dituju dan dimaksud yakni imamnya segala Imam.
Allah lah pemimpin Imam sejati didalam tindakan kita didalam gerak shalat.
.
Saudaraku...
.
Jadikan illmu itu sebagai dinding tubuhmu, agar ilmu Allah menjadi terang dalam setiap gerakmu. Dimanapun engkau berada dalam beraktivitas...
.
Semoga Allah mencurahkan Rahmat-Nya kepada kita, agar kita tidak lupa pada diri kita yang selalu bersyukur nikmat kesempurnaan diri yang diberikan Allah. maka dari itu, setelah engkau mengetahui dirimu, jangan pula engkau lupa akan Tuhan mu, jika engkau lupa, berarti lupa pada diri sebenar diri, sudah tentu lupa juga pada Tuhan.inilah yang diberi gelaran " Manusia yang tidak tahu diri."
Maka dari itu, kenalilah dirimu, barulah mengenal pada Tuhan mu.

.
Nah Afwan dan Akhwan.....
.
Insya Allah dilain kesempatan kami akan membahas lagi.
Semoga para suadara saudariku diberi kesehatan dan rezeki yang banyak.
.
Aamiin Yaa Rabbal 'Aalamiin...

Kamis, 29 September 2016

" SHALAT MACAM APA...? "


Shalat macam apakah
yang bisa membuat kita memperoleh
ampunan dan ridha Allah ..?
Shalat yang tepat di awal waktu kah?
Yang thuma'ninah dan bagus gerakannya?
Yang tartil dan indah bacaannya?
Yang lurus dan rapi barisan shafnya?
Semua itu menjadi tidak berguna
ketika shalat tak mampu mengubah
dan memperbaiki akhlaq pelakunya
Menjadi shalat yang tidak
"tanha 'anil fakhsyai wal munkar"
Shalat yang tidak
"mencegah dari perbuatan keji dan munkar"
Ia adalah "shalat yang tidak shalat"
Shalat yang tidak "meruku'kan" keangkuhannya
Shalat yang tidak "mensujudkan" kesombongannya
Shalat yang tidak "mentakbirkan" Allah
Sang Kebenaran Sejati, Penguasa Jagat Semesta
Ia adalah shalat yang "fawailul lil mushallin"
Shalat yang tidak menghindarkan
pelakunya dari siksa api neraka
Shalat yang tidak menurunkan
ridha Allah kepadanya ...
Karena sesungguhnya
shalat yang "benar-benar shalat"
adalah yang merefleksikan kedekatan
seorang hamba kepada Tuhannya ...
Saat ia berbisik-bisik mesra dan penuh asa
dalam takbir, ruku' dan sujud yang menggetarkan
Yang mencahayai relung-relung jiwanya
Yang menghadirkan Allah Azza wajalla
di dalam seluruh penjuru kesadarannya...
~ salam ~
(Itulah tulisan Guru kami... Ust. AM)
__________*
Melalui inbox, sahabatku Hantuman Regret mendiskusikan 'tekhnik' Sholat yang Khusyu' yang seperti bagaimana ?
Maka sy menjelaskannya bahwa sholat yang khusyu' itu adalah sholat yang MEYAKINI PERTEMUAN DENGAN ALLAH "Langsung" dalam sholat itu, yakni menjalani RUKUN IHSAN.
Rukun ihsan adalah rukun makrifatnya syariat, yakni :
~ Menyembah Allah seolah-olah Melihat_Nya.
~ Jika belum, maka mesti MEYAKINI bahwasanya Dia_lah yang senantiasa mengawasi skaligus mendampingi segala gerak kita.
MELIHAT ALLAH, adalah menyaksikan_Nya.
Bisakah kita melihat_Nya ?
Ya, 'bisa' dan sekaligus 'tak bisa'.
*) Aspek 'kemungkinan' tersaksikannya Dia yang Maha Zahir adalah Keterbukaan Diri_Nya, yang menyata-zahirkan Diri_Nya untuk dikenali oleh siapapun yang dipilih_Nya menurut "KADAR PENGENALAN" yang Di Idzinkan_Nya.
Dia menghendaki hal itu ( "...AKU ingin dikenal..." ), maka dengan Cara_Nya yang sederhana, lembut, santun dan misterius, Dia akan terus mengundang pilihan_Nya agar menghampiri_Nya.
Kenyataan 'Wujud_Nya' itu adalah wujud yang BISA DIKENALI hamba, karena adanya ilmu dan 'kemiripan' (tasybih). Wajah bertemu wajah, berhadapan.
" hadapkanlah wajahmu kepada agama Allah yang telah menciptakanmu 'Menurut FITRAH ALLAH', yang tiada perubahan (tubaddil) atas fitrah Allah itu..."
Nah, fitrah penciptaan manusia menurut fitrah Ketuhanan, merupakan konsepsi Rububiyah. Sebuah konsepsi yang menjelaskan tentang maksud Tuhan menciptakan makhluk terheboh_Nya di semesta berdasarkan tajalliyat di 7 martabat diri. Dari Nuraniyah hingga menyata di Insaniyah.
(Kembali ke persoalan awal, apakah Dia bisa disaksikan ?)
Ya, tentu. Jika DIA menghendaki Diri_Nya untuk terlihat oleh hamba.
".... Nurun 'ala Nurin, yahdillahi linuurihi mayyasyaa'...
- Cahaya yang berlapis-lapis, dan Dia membimbing kepada Cahaya_Nya siapa yang di Kehendaki_Nya...".
Dalam hal ini, PERANGKAT apa yang kita gunakan untuk melihat_Nya haruslah sesuai.
Dia tak bisa dicapai dengan fikir ( la tafakkaru fi dzaatillah)...
Dia tak bisa dicapai dengan penglihatan mata kepala ( laa tudrikuhul abshaar )...
Namun syahadat 'menuntut' tersaksikannya Dia dengan indera 'Penglihatan, Pendengaran dan Rasa'.
Dan indera itu memiliki fungsi semuanya. Itulah perangkat yang disebut HATI (FUAD - Tahta / singgasana hati). Sebuah lapisan lebih dalam dari hati (qalb).
Pertanyaannya, apakah HATI tersebut bersifat QADIM atau BAHARU ?
Hal tersebut mesti ter-itsbat-kan, dikarenakan penglihatan tersebut mengarah pada yang DZAT YANG QADIM.
Jika hati bersifat baharu, maka dipastikan hati akan BINASA di hadapan Dzat yang Maha Perkasa lagi Maha Mulia.
__________**
Hati yang musyahadah (menyaksikan Tuhan) adalah NILAI seorang manusia. Jika baik hatinya, maka baik seluruh dirinya zahir wal bathin.
Dalam hubungannya dengan sholat, maka mendirikan sholat untuk mengingat Allah adalah sholat yang terus menghadirkan hati dari rukun niat hingga salam.
Paling tidak, PENYAKSIAN itu mesti terjadi saat TAKBIRATUL IHRAM, dengan demikian SAH lah sholat. Tersaksikannya NUR PENGENALAN_NYA. Nur Insaniyah hingga Nur Nuraniah.
Selanjutnya adalah upaya2 penetrasi, peningkatan kualitas penyaksian atas Nur_Nya yang berlapis-lapis itu....
Mengapa mesti "NUR - Cahaya_Nya" ?
Karena cahaya menampakkan segala sesuatu.
Wujud sesuatu benda ditampakkan oleh Nur kemudian cahaya itu mengenai mata, maka mata bisa melihatnya.
Demikian dengan hati, yang dicahayai maka akan nampak alam syahadah hingga malakut.
Hati yang Qadim, adalah perangkat Ruhani yang memiliki indera yang dipinjamkan_Nya. Makanya penglihatan dengan kualitas itulah yang bisa 'menangkap' Citra Diri_Nya..
Sehingga penyaksian itu berada di 'alam berdimensi tinggi, melakukannya dengan mi'raj menemui Tuhan yang Maha Tinggi.
( DIA yang MAHA TINGGI... adakah peluang mencapai_Nya ? )
Tabiratul ihram adalah GERBANG sholat....
Masukilah dan mari menjelajah samudera al Kautsar...

AKU MAHA MELIPUTI


"Sadaraku, Muslimin dan muslimat ,Jika kau telah mengenal diriMu yang Sejati maka kau bukan lagi seonggok daging atau sekujur tubuh,
Apabila saat perkenalan itu telah tiba atau hari terahirmu, maka zikirMu tak lagi dengan suara atau dengan gerak, tetapi zikirMu adalah melihat siapa yang kau ingat, Kau akan melihat wajah Allah dimanapun kau berada, dan kau tak lagi akan melihat mati itu satu kematian, karena sesungguhnya ketika itu kau menyusuri ruang waktu,
ketika itu kau adalah cahaya Allah di bumi ini
Dan kau akan tetap menjadi cahaya milik Allah saat di akhirat nanti, dan sesungguhnya karena kau adalah milik Allah, terserah kepada Allah mau dibuat apa engkau itu karena kembali kepada AsalMu, Setelah itu baru apa yang kelihatan itu akan berwajah kau, dan disitu jugalah keadaan yang mana yang memandang dan yang dipandang itu adalah kau yang esa, Kau melihat wajahMu sendiri ketika pandang memandang itu.
Jikalau kau sudah paham dan yakin segala sesuatu selain kau telah fana, itulah tandanya hatiMu itu telah mencapai ketahap puncak Ma'rifat, tahap mengenal dia dengan sebenar-benarnya pengenalan, Jika kau masih juga tidak faham dan yakin, maka akan diterangkan seperti ini untukMu yaitu berawal dari mengenal mani adalah penjelmaan dari bapak dan ibu atau yang disebut sulbi dan taraib ,Jadi mani itu adalah mulanya seberkas cahaya yang dikeluarkan oleh Allah dari mutu manikam
sehingga para Ulama berpendapat yaitu:
Mani adalah salah satunya dzat penjelmaan dari dua macam dzat (sulbi dan taraib)....
Dengan adanya KUDRATILLAHI yaitu berasal dari sulbi bapak, dan yang menjadi IRADATILLAHI yaitu berasal dari ibu ,Oleh sebab itu bagaimanapun birahinya kaum ibu, hal ini tidak terlalu nampak karena birahinya kaum ibu ini tidak dapat melampaui batasnya kudrat kaum bapak, Karna kaum ibu ini hanyalah iradat, maka ulama mengistilahkan "
SYURGA ITU DI ATAS TELAPAK KAKI IBU"
Untuk lebih jelasnya akan diterangkan dibawah bagian-bagian dari maksud yang di atas:
BAGIAN BAPAK: wadi, madi, mutu, mani, atau disebut sulbi.
BAGIAN IBU: tanah, air, angin, api, atau disebut taraib.
BAGIAN ALLAH: ruh idhafi, ruh ruhani, ruh rahmani, ruh jasmani
BAGIAN DARI GUDANG RAHASIA DISEBUT MUTU MANIKAM YAITU:
.Tanah itu ialah badan muhammad
.Air itu ialah nur .muhammad
.Angin itu ialah nafas muhammad
.Api itu ialah penglihatan muhammad
Awal itu ialah nurani„
Akhir itu ialah ruhani„
Zahir itu ialah insani„
Bathin itu ialah rabbani„ Nurani itu ialah nyawa„
Ruhani itu ialah hati„
Insani itu ialah tubuh„
Rabbani itu ialah rahasia
Nyawa itu ialah idhafi„
Hati itu ialah ruhani„
Tubuh itu ialah jasmani„
Rahasia itu ialah aku yang sejati„
Tubuh itu menyatu kepada hati Hati itu menyatu kepada nyawa„
Nyawa itu menyatu kepada rahasia„
Rahasia itu menyatu kepada nur„
Nur itulah bayang-bayang Allah yang sebenar-benarnya
Wadi... kalimahnya: LAA ILAHA
Madi... kalimahnya: ILALLAH
Mutu... kalimahnya: ALLAH
Mani... Kalimahnya: HU
Ruh jasmani kalimahnya:
YAHU
Ruh rahmani kalimahnya: IYAHU
Ruh ruhani kalimahnya: YAMANIHU
Ruh idhafi kalimahnya: YAMAN LAYISALAHU
Mutu manikam kalimahnya: MA'DAHU
TUJUH PETALA BUMI DIJADIKAN TUJUH TINGKATAN MARTABAT YAITU:
Pertama„ Sifat amarah
kedua„ Sifat lawwamah
Ketiga„ Sifat mulhimah
Keempat„ Sifat mutmainah
kelima„ Sifat radhiyatan
Keenam„ Sifat mardhiyah
Ketujuh„ Sifat ubudiyah
TUJUH PETALA LANGIT YANG DIMAKSUD DENGAN TUJUH MARTABAT YAITU:
Satu„ Lathifatul qolbi
Dua„ Lathifatul ruuhi
Tiga„ Lathifatul sirri
Empat„ Lathifatul ahfa
Lima„ Lathifatul hafi
Enam„ Lathifatul nafsu natika
Tujuh„ Lathifatul kullu jasad
JIKALAU TINGKATAN SEMACAM INI YANG KITA AMBIL HAKIKATNYA PADA ALAM KECIL YANG TERSEMBUNYI (terahasia) DALAM DIRI, MAKA ULAMA MENAMAKAN SEBAGAI BERIKUT:
Satu„ Hayatun jasadi bin-nafasi
Dua„ Hayatun nafasi bir-ruhi
Tiga„ Hayatun ruhi bis-sirri
Empat„ Hayatun sirri bil-imani
Lima„ Hayatun imani bin-nuri
Enam„ Hayatun nuri bil-qudrati
Tujuh„ Hayatun qudrati bi mu'alamullahi ta'ala dzatullah
ARTINYA ADALAH SEBAGAI BERIKUT:
Satu„ Asalnya jasad dari nafas
Dua„ Asalnya nafas dari ruh
Tiga„ Asalnya ruh dari dalam rahasia
Empat„ Asalnya rahasia dari dalam iman
Lima„ Asalnya iman dari nur atau cahaya
Enam„ Asalnya nur atau cahaya dari qudrat
Tujuh„ Asalnya qudrat dari ke baqaan Allah
KALIMAHNYA SEPERTI INI:
Satu„ Hayatun jasadi hurufnya Alif kalimahnya LA
Dua„ Hayatun nafasi hurufnya Lam Awal kalimahnya ILAHA
Tiga„ Hayatun ruhi hurufnya Lam Akhir kalimahnya ILLA
Empat„ Hayatun sirri hurufnya Ha kalimahnya ALLAH
Lima„ Hayatun imani hurufnya Alif (Allah) kalimahnya YAHU
Enam„ Hayatun nuri hurufnya Lam (jibril) kalimahnya IYAHU
Tujuh„ Hayatun qudrati hurufnya Mim (muhammad) kalimahnya IYAHU YAMANIHU
Dengan demikian apabila kesemuanya ini kau leburkan kedalam ke-baqaan DZAT ALLAH, maka ulama menamakanNya sebagai berikut:
Satu„ Watujibul wajasadi fi fasaral qolbi
Dua„ Watujibul qolbi fi fasaral ruhi
Tiga„ Watujibul ruhi fi fasaral sirri
Empat„ Watujibul sirri fi fasaral imani
Lima„ Watujibul imani fi fasaral nuri
Enam„ Watujibul nuri fi fasaral qudrati
Tujuh„ Watujibul qudrati fi fasaral dzati fil dzati
"Maka uraian atau Tulisan yang di atas sampurnalah amalan orang ARIF BILLAH„ 
Sama2 Belajar bukan untuk mengGurui...
Santun Malam ( Budak Edan )

Kamis, 22 September 2016

La Maujuda Ilallah

Barangsiapa mengenal Al-Haq niscaya dia melihatNya dalam tiap-tiap sesuatu...
Barangsiapa yang Fana terhadapNya maka lenyaplah dari tiap sesuatu selain Allah...
Barangsiapa yang mencintai Allah niscaya tidak ada sesuatu apa pun yang mempengaruhinya...

Ma'rifatul haq ialah melihat ketuhanan Allah dengan hati, dengan Rasa dan penghayatan lahir dan batin. Maka lenyapnya selain Allah dengan sebab penglihatan qalbu ini dan perasaan yang penuh dengan penghayatan, yang demikian mendalam terhadap keesaan Allah SWT.
Siapa yang benar-benar mengenal Allah dengan imannya, penglihatan hatinya dan perasaannya lahir batin, Insya Allah dia akan melihat Allah pada setiap sesuatu yang dia lihat, baik itu melihat Allah dalam arti Dzatnya yang tidak serupa dengan sesuatu atau dia melihat Allah dalam arti melihat kekuasaanNya, melihat cipataanNya, melihat keagunganNya sifat-sifatNya yang Maha Hebat dan Maha Sempurna (bukan dengan mata kasar).
Dan status yang lain ialah Al Fana yang berarti nampaknya kebesaran Allah sehingga menjelmalah hal keadaan ini atas segala-galanya, maka lupalah seseorang itu pada segala-galanya dan hilanglah semua itu darinya selain hanya kepada Allah. Dialah yang nampak, yang terlihat dimana-mana, sebab dia adalah Maha Esa pada Dzat-Nya dan Maha Esa pula pada sifat-sifatnya, Al Fana ialah semata-mata tanpa mahluk besertaNya.

Berbeda dengan Al Baqa yakni kelihatan mahluk sebab melihat Allah. Status ini lebih tinggi dari Al Fana, pada saat Al Fana lah keluarnya kata-kata syatahat : Ana al Haq....La maujud illalah.

Jadi barangsiapa fana kepada Allah maka Allah menarik (majzub) orang tsb. kepadaNya. Hilanglah perasaannya karena rindu dan asyik masyuk dengan Allah sehingga dia tidak melihat lagi alam mahluk ini.

Keadaan fana bergantung kepada maqam yang diperkenalkan Allah.
Fana fi Af'al, bila Allah membukakan kepada Tauhidul Af'al, maknanya pada peringkat ini ia tidak melihat lagi perbuatan selain perbuatan Allah. La Af'al Illalah.

Fana fi Asma, bila Allah membukakan/mentajalikan Asmanya, Saat itu semua nama sudah kembali kepada yang haq tidak ada yang lain lagi melainkan Dia. Inilah yang menjadi Ana Al Haq seperti apa yang terjadi pada Al Hallaj.

Fana fi Sifat, bila Allah mentajalikan sifatNya yang Maha Sempurna.
Bila keadaan berlaku, segala sifat-sifat sudah dikembalikan pada yang empunya.
terasalah pendengaran itu pendengaran Allah, dan segala-galanya milik Allah.

Fana fi Dzat yatiu fana pada menyatakan Keesaan Allah pada DzatNya. Maqom ini adalah yang tertinggi pada peringkat jenis Fana. Pada tingkatan ini akan dapat dirasakan suatu kenikmatan yang tidak dapat digambarkan oleh kata-kata dan suara oleh huruf dan angka karena asyik dengan "Yang tidak menyerupai sesuatupun".

Maka pada tahap inilah Abu Yazid Al Bustami berkata "Subha inni", Mahasuci Aku.
Inilah sebenarnya pengakuan paling tawadhu bagi yang mengerti dan bagi yang tidak mengerti maka akan dianggap sebagai pengakuan arogan.

Semua ini berkaitan dengan Dzauq yang hanya dapat dirasakan oleh orang yang mengalaminya sendiri, maka dengan ini jualah yang dikatakan Wahdatul Wujud. Wahdatul Wujud didalam Wahdatul Syuhud. Malah ada juga yang membeda-bedakannya. Semuanya bergantung kepada faham dan rasa masing-masing.

Wahdatul Wujud adalah berbeda dengan politeisme. Bahkan apa yang hendak di uraikan oleh Ibnu Arabi pun sangatlah halus dan masih jauh dari hakikat sebenarnya, namun beliau mencoba memanifestasikan dengan kata-kata qiyas dan ibarat demi untuk menjelaskan yang tersirat.

Selain dari ke empat jenis FANA diatas masih ada lagi yaitu BAQA. Maqam Baqa ini adalah maqam yang sempurna. Ibarat bisa melihat dua alam yaitu Lahir dan Bathin.
Melihat yang lahir tapi tidak terhijab dari melihat yang hakikat.

Seperti halnya Fana, Baqa pun mempunyai empat tahap yaitu Af'al, Asma, Sifat dan Dzat. Bila sudah sempurna semua maka saat itulah akan terasa La Maujud Illalah. Dan syahadat pada peringkat inilah syahadat paing tinggi dan utama, karena sudah dinafi dengan La. Termasuk diri sendiri sudah tak ada maka jadilah "Dia menyaksi diri sendiri". Di peringkat inilah yang dikatakan "Aku Menyembah Aku".

Tapi perlu diingat ini semua adalah Dzauqiah atau Rasa yang dicampakan kedalam qalbu oleh Allah SWT bukan pengakuan yang sengaja dibuat di dalam kesadaran biasa, maka bila terdengar oleh yang kurang faham jadilah fitnah. Hamba tetap hamba, khalik tetap khalik. Tapi bila sudah mabuk tak dapatlah membedakan mana gelas mana arak..itulah gila birahi mabuk hakiki.

Barang siapa mengenal akan Tuhannya maka binasalah dirinya. Inilah yang dimaksudkan Hanya Allah yang wajibal wujud...yang lain binasa...

Latihan kearah memfanakan diri inilah yang mesti diamalkan sehingga sampai ke tujuan Hanya Allah, Karena Allah, Demi Allah....

La Maujudan memberi maksud ujud pada tahap hakikat, inilah tahap yang hendak dicapai atau dihayati sewaktu menyebutnya. Secara umum menafikan keujudan semua ini (termasuk kita). Jadi yang ada hanyalah Allah semata-mata yaitu Af'al, Asma, Sifat dan Dzat. Maka inilah yang kita kenal sebagai Tauhid.

Diperingkat inilah ahli hakikat dan ma'rifat mengalami atau merasakan apa yang dikatakan binasa atau fana itu dan karam didalam kebesaran Allah SWT.

Sabtu, 27 Agustus 2016

*CERITA ALAM BARZAKH*

Barzakh bermaksud TABIR. Tabir bermaksud tapisan yang menghalang atau yang memisahkan sesuatu.
Makanya, Alam Barzakh bermaksud, alam yang dipisahkan oleh satu tabir.
Dalam konteks agama, alam Barzakh merujuk kepada alam kubur (kiamat kecil) yang menjadi alam 'perbicaraan awal' yang MENAPIS semua amalan manusia sementara menunggu datangnya kiamat besar.

Kebanyakan sistem agama dan kepercayaan yang wujud sebelum Islam, ada menceritakan kisah Alam Barzakh. Fahaman orang Mesir purba yang terkenal dengan kisah Pharaoh (Firaun/Raja) juga ada menceritakan perihal AMENTI (alam Barzakh) dan OMEGA POINT (Syurga/kebebasan sepenuhnya).
Dalam konteks sains, Alam Barzakh merujuk kepada LAPISAN ELEKROMAGNET yang menutupi bumi. Lapisan elektromagnet ini merupakan satu gelombang tenaga yang jika dilihat dari angkasa, ia kelihatan seperti satu lapisan kabus putih yang menutupi keseluruhan planet bumi.
PERUMPAMAAN
Roh manusia itu IBARAT 'Gas' yang bertebaran di seluruh alam.
Bila seseorang manusia 'mati', GAS itu akan terpisah dari jasad dan kembali bertebaran di bumi. Bagi diri yang MENGENAL (berilmu) GAS itu akan menjadi RINGAN. Makin banyak ilmu yang difahami, dikenali dan dimanfaatkan, maka makin ringan GAS seseorang itu.
Contoh :
Gas karbon dioksida bersifat lebih berat dari gas lain, makanya ia akan sentiasa mendap ke bawah. Gas oksigen yang lebih ringan akan terapung lebih tinggi, hidrogen yang lebih ringan akan lebih tinggi dan helium yang lebih ringan akan lebih-lebih tinggi dan begitulah seterusnya.
Makanya, bagi diri yang MENGENAL, GAS itu akan menjadi ringan dan bila ringan, GAS ini akan terapung lebih tinggi dan lebih jauh ke angkasaraya. Hanya GAS yang sangat-sangat ringan dan halus saja boleh naik tinggi, secara L-U-R-U-S hingga menembusi MEDAN ELEKROMAGNET bumi. Bila GAS ini sudah melepasi MEDAN ELEKROMAGNET bumi, makanya GAS ini dikatakan sudah berjaya melepasI ALAM BARZAKH.
Itu sebab dikatakan Roh orang-orang Mukminin (yang benar) dan Roh para Arifbillah (Mengenal Allah) menuju syurga dengan bergerak sepantas kilat MENYEBERANGI Siratul Mustakim (Jalan Yang L-U-R-U-S).
GAS yang sangat ringan ini bergerak melebihi ribuan kali kelajuan cahaya di angkasa. Bermula di alam Biosfera/Jasad (Langit Pertama) kemudian sepantas kilat berada di Hydrosfera ( Langit ke 2), kemudian dengan laju MENYEBERANG ke Trofosfera ( Langit Ketiga), kemudian MENYEBERANG ke Stratosfera (Langit Keempat), kemudian MENYEBERANG ke Mesosfera ( Langit Kelima) kemudian makin pantas MENYEBERANG ke Thermosfera (Langit ke Enam) kemudian MENYEBERANG lagi ke alam yang tidak berkesudahan di Exosfera ( Langit ke Tujuh).
Akhirnya di satu alam bergelar Ghaibul Ghuyub, alam kosong yang tidak dapat dijangkau dek akal manusia, di PUNCAK TERTINGGI (Sidratul Muntaha), GAS ini akan kembali menjadi KUNHI ZAT (TENAGA MURNI) yang tidak terfikirkan dek akal dan tidak terjangkau dek perasaan.
BAGAIMANA MENJADI GAS YANG RINGAN?
GAS yang paling ringan adalah Gas Murni yang tidak bercampur dengan apa-apa gas yang lain. Dalam konteks manusia, Roh yang paling ringan adalah Roh yang ASLI yang tidak bercampur sedikit pun apa-apa unsur lain.
Roh yang ringan adalah Roh yang sentiasa CINTA melakukan IHSAN dengan IKHLAS dalam setiap detik dan ketika kepada seluruh makhluk zahir dan batin.
Roh itu ada beratnya tersendiri. Satu kajian sains yang dilakukan oleh Dr. Duncan MacDougall dari Universiti Harvenhill mendapati berat badan mayat-mayat yang dikaji akan turun beberapa gram dan miligram sebaik saja nyawa keluar dari badan.
KESIMPULAN
Ringankanlah rohmu dengan sentiasa CINTA melakukan IHSAN yang IKHLAS dalam setiap detik dan ketika kepada seluruh makhluk zahir dan batin agar Ia bisa pulang ke kampung halamannya di alam Ghaibul Ghuyub dan kembali bersatu menjadi Kunhi Zat.



We all know it’s coming, sooner or hopefully later! Death is just one of those…
worldtruth.tv|Oleh Eddie Levin

Jumat, 19 Agustus 2016

Mengenal 20 SIFAT DIDALAM DIRI.


1 WUJUD
Badan Insan SIFATKU mula jadi menanggung didalam dunia.
.
2 KIDAM
RUH JASMANI kulitku mula jadi meliputi sekalian alam diri

3 BAQA
RUHANI dagingku mula jadi mnanggung RAHASIA didalam DIRI.
.
4 MUKHALAFATUHU LIL
HAWADITS
RUH NABATI darahku mula menjadi meliputi Alam Sendiri
.
5 QIYAMUHU BINAFSIHI
RUH INSAN nafasku mula jadi berjalan ucapan didalam DIRI
.
6 WAHDANIAT
RUH RABBANI hatiku asal mula jadi TAHU didalam DIRI
.
7 KUDRAT
RUH QUDUS urat putihku
yang tidak berdarah berjalan setiap dalam DIRI-ku
.
8 IRADAT
RUH KAHFI tulangku asal mula jadi menguatkan Alam
Sendiri
.
9 ILMU
RUH IDHAFI benihku asal mula jadi YANG NYATA didalam CERMIN HAQ
.
10 HAYAT
RUH NURANI uratku yang meliputi didalam tubuh aku yang hidup alam sendiri.
.
11 SAMA’
BESI KURSANI pende ngaranku asal semula jadi
.
12 BASAR
PANCARAN MA’NIKAM kalam aku berkata-kata dengan sendiri
.
13 KALAM
RUH MANIKAM mnzahir kan perkataan didalam dunia
.
14 QADIRUN
WUJUD MANIKAM tali Ruhku KUNHI DZAT dengan Sifatku
.
15 MURIDUN
ILMU ALLAH badanku asal mula jadi KALIMAH didalam diriku
.
16 'ALIMUN
DARJAT ALLAH kebesaran ku asal mula jadi duduk didalam otak yang putih
.
17 HAYYUN
Amalan terlebih suci ialah amalan Kalimah Aku asal mula jadi alam diriku
.
18 SAMI'UN
Bersama ZAT & SIFAT
WAHDAH didalam Kalimah iman diriku
19 BASIRUN
.
RAHSIA NYAWA dengan
BADANWAHIDAH bersamalah dzat dengan badan tidak bercerai dunia akhirat
.
20 MUTAKALLIMUN
Ghaib didalam Ka’bah Ghaib aku didalam Ka’bah Kaca Arasy yang putih titik didalam Kalimah.
.
AWALUDDIN MAKRIFATULLAH
Permulaan agama mestilah MENGENAL ALLAH.
.
Firman allah :-
Ya Muhammad kenalilah
DIRI mu sebelum kamu
Mengenali Aku dan sebenar benar kenal Diri kamu ialah Engakau Kenal Aku
.
Wassalam.