Semoga
Allah mengaruniakan kepada kita hati yang ikhlas. karena betapapun
kita melakukan sesuatu hingga bersimbah peluh berkuah keringat, habis
tenaga dan terkuras pikiran, kalau tidak ikhlas melakukannya, tidak
akan ada nilainya di hadapan Allah. Bertempur melawan musuh, tapi kalau
hanya ingin disebut sebagai pahlawan, ia tidak memiliki nilai apapun.
Menafkahkan seluruh harta kalau hanya ingin disebut sebagai dermawan,
ia pun tidak akan memiliki nilai apapun. Mengumandangkan adzan setiap
waktu shalat, tapi selama adzan bukan Allah yang dituju, hanya sekedar
ingin memamerkan keindahan suara supaya menjadi juara adzan atau
menggetarkan hati seseorang, maka itu hanya teriakan-teriakan yang
tidak bernilai di hadapan Allah, tidak bernilai!
Ikhlas, terletak pada niat hati. Luar biasa sekali pentingnya niat
ini, karena niat adalah pengikat amal. Orang-orang yang tidak pernah
memperhatikan niat yang ada di dalam hatinya, siap-siaplah untuk
membuang waktu, tenaga, dan harta dengan tiada arti. Keikhlasan
seseorang benar-benar menjadi amat penting dan akan membuat hidup ini
sangat mudah, indah, dan jauh lebih bermakna.
Apakah ikhlas itu? Orang yang ikhlas adalah orang yang tidak
menyertakan kepentingan pribadi atau imbalan duniawi dari apa yang dapat
ia lakukan. Konsentrasi orang yang ikhlas cuma satu, yaitu bagaimana
agar apa yang dilakukannya diterima oleh Allah SWT. Jadi ketika sedang
memasukan uang ke dalam kotak infaq, maka fokus pikiran kita tidak ke
kiri dan ke kanan, tapi pikiran kita terfokus bagaimana agar uang yang
dinafkahkan itu diterima di sisi Allah.
Setiap amal itu tergantung kepada niatnya. Rasulullah bersabda:
"Sesungguhnya amal itu tidak lain hanyalah dengan niat dan sesungguhnya
bagi setiap orang apa yang diniatkan." (HR Al-Bukhari dan Muslim)
Untuk menjadi betul-betul ikhlas, ada tiga perkara yang boleh kita perhatikan.
Pertama, ketahui cara untuk menguji keikhlasan. Caranya mudah saja.
Cuba anda bayangkan jika suasana dunia atau persekitaran yang terkait
dengan amal itu ditiadakan, adakah anda akan tetap melakukan amal
tersebut? Contohnya, katakan suatu hari bos anda berkata: "Hari ini
bekerjalah tanpa gaji, bantu saya." Adakah anda terasa senang hati
melakukan kerja itu? Katakan anda seorang imam. Jika anda bersolat
sendirian, adakah anda masih mencantikkan bacaan dan membaca surah yang
panjang? Jika kualiti dan tekad amal anda kekal serupa walaupun ketika
ditiadakan elemen duniawi, insya-Allah anda memang melakukannya untuk
Rabb yang sedang melihat anda.
Kedua,
adakah anda kerap gelisah andaikata anda tidak ikhlas? Jika ya,
maknanya anda memang sudah ikhlas, atau sedang menuju keikhlasan,
insya-Allah. Ini satu konsep berfikir antogonistik yang menarik. Sebab,
perasaan bahawa diri sedang ikhlas berkemungkinan hanya pada perkataan
semata-mata. Manakala kegelisahan merasakan amal yang dilakukan tidak
ikhlas akan menyebabkan kita sentiasa bermuhasabah. Kegelisahan
sebeginilah yang memudahkan kita mencapai keikhlasan.
Ketiga, berlatihlah untuk ikhlas walaupun terasa payah. Sebenarnya,
setiap ciri-ciri mulia dalam Islam memerlukan latihan walaupun secara
paksa, seperti sabar, menjaga pandangan, menjaga lisan, merendah diri
dan sebagainya. Kalau kita hanya menunggu perasaan 'rela hati' untuk
hadir, maka saya khuatir kita tidak akan mempunyai ciri-ciri mulia ini
kecuali kalau Allah mengasihani kita. Cara kita melatih keikhlasan
ialah dengan memastikan kita berniat setiap kali sebelum beraktiviti.
Jangan mulakan sebarang aktiviti tanpa niat yang betul kerana Allah.
Insya-Allah lama kelamaan niat yang ikhlas akan menjadi satu tabiat
semulajadi.
Al-Fudhail berkata,
“Meninggalkan amal karena manusia adalah riya’, Mengerjakan amal karena
manusia adalah syirik. Sedangkan ikhlas ialah jika Allah memberikan
anugerah kepadamu untuk meninggalkan keduanya.”
Al-Junaid berkata, “Ikhlas merupakan rahasia antara Allah dan hamba,
yang tidak diketahui kecuali oleh malaikat sehingga dia menulis-nya,
tidak diketahui syetan sehingga dia merusaknya dan tidak pula diketahui
hawa nafsu sehingga dia mencondongkannya.”
Yusuf bin Al-Husain berkata. “Sesuatu yang paling mulia di dunia
adalah ikhlas. Berapa banyak aku mengenyahkan riya’ dari hatiku, tapi
seakan-akan ia tumbuh dalam rupa yang lain.”
Semoga Bermanfaat....
Hidup pastikan aman tenteram dunia wal akhirat kalau saja kita selalu bertafakur untuk mengingat Allah dan mengingat kehidupat akhirat, minimal 5 menit dalam sehari semalam
Jumat, 30 Agustus 2013
Sabtu, 10 Agustus 2013
KITAB ILMU
Saya mulakan ringkasan ini dengan ungkapan terindah untuk Yang Maha Esa..Alhamdulillah..Untuk pendahuluan dari Imam Al-Ghazali,ilmu itu terbahagi kepada 2 iaitu ilmu mu'amalah iaitu ilmu yang mesti kita ketahui dan amalkannya. Yang kedua ialah ilmu mukasyafah
,iaitu ilmu yang diminta untuk mengetahuinya sahaja seperti ilmu berkenaan alam akhirat.
Mengenai kelebihan ilmu pula,Imam Al-Ghazali membahaskan pelbagai hadis dah ayat2 Allah, ini adalah sebahagian daripadanya
sabda Rasulullah SAW :
"Bahawasanya sedikit amalan adalah bermanfaat dengan disertai ilmu mengenai Allah. Dan bahawasanya banyak amal tidak bermanfaat bila disertai kebodohan mengenal Allah SWT"
(HR At-Tabrani dari Abu Musa)
Dari Ibnu Abbas RA. beliau mengatakan:
"Bertukar fikiran tentang ilmu di sebahagian dari malam adlah lebih aku sukai daripada berbuat ibadah di malam itu. Begitu juga halnya dengan Abu Hurairah RA dan Imam Ahmad bin Hambal
Hadis ini mungkin dapat menyokong mengenai kelebihan ilmu itu berbanding amalan lain.
Sabda Rasulullah SAW:
"Suatu bab dari ilmu yang dipelajari seseorang itu adalah lebih baik baginya dari dunia dan isinya" (HR Ibnu Hibban dan Ibnu Abdul-Birri dari Hassan Al-Basri)
KEPENTINGAN ILMU
Berkata As-Sirri (guru Imam Al-Ghazali) pada suatu hari bahawa
“orang yang memperoleh hadits dan ilmu, kemudian bertasawwuf,maka akan memperoleh kemenangan. Dan orang yang bertasawwuf sebelum berilmu maka akan membahayakan dirinya”
As-Sirri mengatakan demikian kerana, barangsiapa ingin bertasawwuf yang membawa erti mengikuti jalan para Sufi ataupun jalan Tareqat, mereka perlulah mempunyai ilmu dahulu. Yang paling utama ialah ilmu tauhid, kerana kita boleh beramal tanpa ilmu,itu adalah sia-sia belaka bahkan boleh membawa kepada kesesatan tanpa kita sedari.
Sepertimana Rasulullah SAW pernah bersabda :
“Bahawasanya sedikit amalan adalah bermanfaat dengan disertai ilmu mengenal Allah. Dan bahawasanya banyak amal tidak bermanfaat bila disertai kebodohan mengenal Allah SWT”(HR Ibnu Abdil-Birri dari Anas RA)
Manakala Imam Al-Ghazali menambah lagi bahawa ilmu itu adalah jalan ke negeri akhirat, kebahagiaan akhirat dan jalan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT. Dan tidak akan sampai dan kenal kita kepada-NYA selain dengan ilmu. Ilmu ini perlulah kita pelajari daripada tuan-tuan guru yang mursyid.
ILMU YANG TERTINGGI DAN TERPENTING
Dari Imam Al-Ghazali, adapun ilmu yang setinggi-tingginya ialah ilmu mengenai Allah Ta’ala, sifatNya, af’alNya, sunnahNya, dan menjadikan akhirat yang paling utama berbanding dunia dan makhluk.
Dan kunci untuk mendapatkan ilmu ini ialah
• Mujahadah (Kesungguhan dalam mencari dan mengamalkan ilmu)
• Latihan(riadhah)
• Kebersihan Hati
• Zuhud (kebebasan hati daripada segala ikatan duniawi dan mencontohi para Nabi dan Wali)
Semua ilmu ini tidak dapat dicapai tanpa ilmu sifat hati, kerana manusia tidak terlepas daripada sifat yang tercela seperti dengki,ria,takabur,sombong dan sebagainya. Untuk itu,kita perlulah mensucikan batin dan mencabut segala niat jahat yang selama ini telah bersarang didalam hati. Amalan zahir itu amat mudah untuk diamalkan tetapi amalan hati@batin itu amatlah sukar untuk melaksanakannya.
Janganlah kamu menghabiskan umur pada satu pengetahuan@ilmu sahaja kerana Ketahuilah bahawa imu itu banyak manakala umur itu amatlah pendek.
TUGAS SEORANG PELAJAR
Adapun seorang pelajar itu perlulah mengikuti turutan tugas ini kerana ia disusun mengikut tingkatan pemahaman seseorang pelajar itu. Imam Al-Ghazali juga pernah berkata bahawa
“jangan bertanya tentang sesuatu sebelum sampai tingkatan kamu untuk memahaminya”.
Ia sepertimana kisah Nabi Allah Khaidir dan Nabi Musa AS.
Untuk mempelajari walau apa jua ilmu sekalipun, seorang pelajar perlulah mencari seorang guru yang benar-benar mursyid (penunjuk jalan kebenaran) untuk mengajarkannya. Kerana menuntut ilmu tanpa guru itu amatlah sesat, ulama mengatakan ia umpama berguru dengan syaitan.Nauzubillah…
Tugas pertama- Mendahulukan mensucikan batin dari kerendahan budi dan sifat-sifat yang tercela. Kerana ilmu pengetahuan itu adalah kebaktian hati,solat batin dan pendekatan jiwa kepada Allah SWT. Tanpa kebersihan dan keikhlasan hati, pastinya ilmu itu tidak akan kita perolehi.
Tugas Kedua – Seorang pelajar itu hendaklah mengurangkan hubungannya dengan sibuk kepada urusan duniawi tanpa menghiraukan bahagiannya di akhirat kelak. Ketahuilah apabila fikiran itu telah terbagi-bagi kepada pelbagai urusan, maka kuranglah tumpuannya untuk mendalami ilmu Allah ini.
Tugas Ketiga – Seorang pelajar itu janganlah sampai menyombongkan dirinya dengan ilmu yang telah diperoleh dan jangan pula sampai menentang gurunya. Seharusnya pelajar itu tunduk dan hormat kepada gurunya.
Tugas keempat – Seorang pelajar itu hendaklah tidak memasuki sesuatu bidang itu secara serentak. Tetapi perlulah memulainya dengan yang lebih penting. Seperti mempelajari ilmu tauhid (sifat 20) terlebih dahulu. Selepas itu barulah ilmu ibadat (solat,puasa,haji dsb). Dan selepas itu barulah ilmu usul-fiqh,muamalat,jenayat dan seterusnya.
Tugas kelima – Pelajar itu tidak menggelumangkan dirinya dalam sesuatu ilmu pengetahuan sebelum menyempurnakan bidang yang sebelumnya. Kerana sesungguhnya ilmu pengetahuan itu tersusun mengikut tertib. Dan tujuan dalam segala ilmu yang dipelajari adalah untuk mendaki kepada ilmu yang lebih tinggi, sehinggalah sampai kepada maqam Ma’rifatullah (mengenal Allah SWT). Sebelum mendaki kepada ilmu yang lebih tinggi,seharusnya kita benar-benar menguasai permulaannya baik dari segi ilmiah mahupun amaliah
Syarat-Syarat untuk seseorang itu digelar Ulama
Asbab al-Nuzul(latar belakang turunnya Al-Quran), Nasikh Mansukh (ayat yang mengganti atau diganti),
Mujmal-Mubayyan (Kalimat yang global dan parsial),Al-Amwa Al-Khash (kalimat yang umum dan khusus),
Muhkam-Mutasyabih (kalimat yang jelas dan samar)
2)Memiliki ilmu yang luas tentang Hadis Nabi Muhammad SAW, terutama yang berkaitan dengan persoalan hukum seperti
Asbab Al-Wurud (latar belakang munculnya Hadis) dan Rijal Al-Hadis (sejarah para perawi hadis).
3)Menguasai persoalan-persoalan yang disepakati Ulama (Ijma')
4)Memahami Qiyas serta dapat menggunakannya dalam usaha menghasilkan sebuah hukum.
5)Menguasai Bahasa Arab dan gramatikanya secara mendalam, seperti Ilmu Nahwu,Sharf,Balaghah dan lainnya.
Juga harus menguasai Kaidah-Kaidah Ushul Al-Fiqh (cara memproduksi hukum)
6)Memahami serta menghayati tujuan utama pemberlakuan hukum Islam. Yakni memahami bahawa tujuan utama hukum Islam
adalah Rahmah li Al-Alamin, yang terpusat pada usaha untuk menjaga perkara Dharuriyyat(primer atau pokok),
Hajiyyat(sekunder atau pelengkap), dan tahsiniyyat(tersier dan keindahan)
7)Mempunyai pemahaman serta metodologi yang dapat dibenarkan untuk menghasilkan keputusan hukum.
8)Mempunya niat dan akidah yang benar.Dengan kata lain,tujuannya bukan mengejar dan mencari pangkat serta kedudukan
duniawi.Namun niatnya murni kerana Allah SWT, ingin mencari hukum demi kemaslahatan seluruh manusia.
(USHUL AL-FIQH,ABU ZAHRAH,380-389)
diambil dari FIQH TRADISIONALIS,39-40 oleh KH Muhyiddin Abdusshomad
NASIHAT SYEIKH ABDUL QADIR AL-JAILANI
Alhamdulillah,akhirnya selesailah saya membaca dan menghayati mutiara kata dan nasihat-nasihat daripada Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani ini. Buku ini saya dapatkannya dari Perpustakaan Sultanah Zanariah UTM. Pada mulanya, perancangan ialah ingin mencari buku berkaitan aliran Tariqat, tetapi apabila terjumpa buku ini, hati ini tertarik rasanya ingin membacanya kerana Syeikh Abdul Qadir adalah ahli sufi yang amat terkenal didunia islam.
Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani atau nama sebenar beliau ialah Muhyiddin Abu Muhammad Abdul Qadir. Beliau adalah keturunan Rasulullah SAW melalui puteri Baginda Siti Fatimah Al-Zahra. Beliau adalah seorang ahli sufi yang tidak asing lagi di dunia islam, sehinggakan terdapat satu aliran Tariqat yang diasaskannya iaitu Tarikat Qadariah. Tulisan, nasihat dan buah fikiran beliau berkenaan dengan ketuhanan dan tasawuf sentiasa mendapat perhatian dan menjadi rujukan walaupun ianya telah berlalu lebih kurang 900 tahun yang lampau. Sama-samalah kita hayatinya dan semoga kita semua dapat mengambil sedikit pengajaran daripada tulisan ini.
TUNDUKKAN NAFSUMU SEBELUM ENGKAU DITUNDUKKANNYA.
(disampaikan di Madrasah al-Ma’murah,hari Ahad pagi,3 Syawal 545 H)
Sesungguhnya, siapa yang ingin memperbaiki dirinya, maka hendaklah dia berlatih memerangi nafsunya, sehingga dirinya bebas daripada cengkaman nafsu kerana seluruh nafsu itu mengajak kepada kejahatan.
Hai pemuda…! Nasihatilah dirimu sendiri terlebih dahulu sebelum kamu menasihati orang lain.
Janganlah engkau berlebih-lebihan dalam menasihati orang lain sedangkan dalam dirimu sendiri masih bersemayam sesuatu yang engkau perlu perbaiki
Celakalah engkau…! Sekiranya engkau tahu bagaimana membersihkan orang lain, sedangkan engkau buta untuk membersihkan dirimu sendiri. Bagaimana seorang yang buta dapat memimpin orang lain.
“Wahai hati…! Wahai roh…! Wahai manusia..! Wahai jin…! Wahai orang-orang yang berharap kepada Maha Raja..! Marilah kita ketuk pintu Maha Raja. Bersegeralah kamu kepada-NYA dengan tapak hatimu, dengan tapak takwa dan tauhid kamu, makrifat dan kewarakan kamu yang tinggi, kezuhudan kamu di dunia, di akhirat dan didalam sesuatu selain daripada yang berkaitan secara langsung dengan Tuhanmu”.
Ketahuilah…! Bahawa taubat itu adalah pusat kekuasaan dan menyesali segala perbuatan. Tanggalkanlah baju kederhakaanmu itu dengan taubat yang tulus ikhlas. Jika engkau bertaubat, hendaklah taubat itu lahir dari hatimu, bertaubatlah engkau zahir dan batin.
SEGERA MENCAPAI PINTU TAUBAT
(Ahad,10 Syawal 545 H)
Sabda Rasulullah SAW :
“Barangsiapa yang dibukakan pintu kebaikan, maka hendaklah dia mencapainya, kerana sesungguhnya ia tidak mengetahui, bila pintu itu akan tertutup baginya”
Wahai pemuda. “Bertaubatlah kamu. Bukankah kamu telah melihat, bahawa Allah akan menguji kamu dengan berbagai dugaan hingga kamu bertaubat…? Sementara engkau tidak berfikir, mlahan engkau bertahan dalam kederhakaanmu itu.
-SAQJ berkata : “Tetaplah engkau untuk sentiasa redha dengan Allah, dalam keadaan petaka atau sengsara, dalam keadaan miskin atau kaya, dalam keadaan susah atau senang, dalam keadaan sihat atau sakit, dalam keadaan buruk atau baik, ketika memperoleh yang engkau kehendaki atau tidak. Aku tidak tahu ubat apa yang sesuai untukmu, selain daripada menyerahkan diri sepenuhnya kepada Allah yang Al-Haq. Jika dia menetapkan sesuatu yangmerugikan kamu, janganlah kamu benci kepada-NYA serta jangan pula kamu menjauhkan diri daripadanya.Kerana semua itu adalah ujian dan cubaan terhadapmu.
-jika sedar dan berubah,pasti Allah menukarkan kegelisahmu dengan ketenangan dan jiwamu akan menjadi tenang,tenteram dalam mentauhidkan-Nya.
Jika Al-Haq menghendaki agar hambanya menjadi baik, maka Dia akan memberikan Hidayah, mengajar mereka, mengawasi mereka, menerangi mereka, memberikan kesempatan kepada mereka, mendekatkan mereka kepada-Nya dan memberikan sinar kedalam hati mereka.
Celakalah kamu, kamu membaca dan menghafal sunnah Rasulullah, tetapi kamu tidak mengamalkannya. Engkau menyuruh manusia mengerjakan kebaikan sedangkan engkau sendiri tidak melakukannya.
Seperti Firman Allah SWT dalam surah Al-Shaf ayat 3 yang bermaksud :
“Sebesar-besar kebencian Allah, ialah bahawa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan”
Sesiapa yang telah beramal sehingga kemudian mereka mencapai satu kedudukan(maqam) dimana tiada lagi perintah ataupun larangan. Tidak henti-henti mereka menyendiri(khalwat) bersama ALLAH. Kerana meninggalkan ibadah-ibadah wajib, bermakna seorang itu telah jatuh Zindiq. Tidak ada kewajipan yang gugur dari seseorang, walau dalam keadaan bagaimana juapun dia, atau apa pun tahap dan maqamnya.
Wahai kaumku, Ambillah nasihat dari Al-Quran itu dengan mengamalkannya, bukan dengan mendiskusi, memperdebat, atau menseminarkannya.
“Tidak akan ada kebahagiaan di hatimu, apabila disana bersemayam sesuatu selain Allah, bahkan seandainya kamu sujud selama seribu tahun diatas bara api sekalipun, sementara hatimu kepada selain Allah, maka hal itu tidak bermanfaat kepadamu.
Hati..! Hatilah yang beriman…! Hatilah yang mengesakan Allah…! Hatilah yang memurnikan aqidah..! Hatilah yang ikhlas…! Hatilah yang bertakwa…! Hatilah yang memelihara diri daripada yang Haram dan Syubhat…! Hatilah yang yakin…! Hatilah yang zuhud…! Hatilah yang arif…! Hatilah yang beramal…! Hatilah yang memimpin seluruh tubuh manusia, sementara seluruh anggota adalah anggota pasukan dan pengikutnya. Oleh itu, jika kamu ingin menyucapkan LAILA HAILLALLAH, maka lebih dulu hendaklah kamu ucapkan dengan hatimu, kemudian kamu iringinya dengan lidah.
Jihad Batin – Lebih berat dari jihad zahir kerana jihad batin adalah satu jihad yang berterusan. Bermaksud memutuskan semua kehendak dan dorongan hawa nafsu untuk melakukan perkara-perkara yang terlarang serta mengekang keinginan terhadapnya.
Wahai hamba…! Setiap yang engkau pandang sebagai kebaikan dan engkau mencintainya, maka cintamu itu adalah bukan cinta yang sejati. Engkau sedang terpedaya. Cinta yang hakiki adalah cinta yang tidak berubah, iaitu cinta kepada Allah, yakni cinta yang engkau lihat dengan dua mata hatimu, iaitu cinta para Al-Shiddiqin Ruhaniyyin. Mereka tidam menyintai dengan keimanan mereka, tetapi dengan keyakinan dan mata hati mereka. Terbukalah hijab yang menyelubungi mata hati mereka, sehingga mereka mampu melihat apa yang ada di alam ghaib, melihat sesuatu yang tidak mungkin bagi mereka untuk menjelaskannya.
Seorang yang berzuhud dan berada pada tahap permulaan, mesti menghindarkan diri daripada semua manusia dan orang-orang fasiq yang melakukan maksiat. Tetapi setelah mencapai tahap kesempurnaan, dia tidak akan menghindarkan,diri bahkan dia akan mencari mereka kerana penawar mereka itu ada padanya. Kerana apabila seseorang itu telah mengenal Allah, dia tidak akan menghindar dari sesuatu apapun dan tidak akan takut selain daripada Allah. Barangsiapa yang sudah sempurna ma’rifatnya kepada Allah, maka ma’rifat itulah yang akan menjadi pemandu baginya.
Seseorang bertanya kepada Syeikh bagaimana untuk mengeluarkan cinta kepada dunia.
“Hendaklah engkau melihat dengan kedua-dua mata hatimu kepada cacat-cela dunia ini. Perangilah hawa nafsumu hingga ia menjadi tenang. Jika nafsumu telah tenang, maka engkau akan mampu melihat cacat-cela dunia ini dan kamu akan bersikap zuhud terhadap dunia ini. Ketenangan itu akan wujud jika engkau memandang dari hati dan menyesuaikannya dengan bisikan batinmu.
“Jika engkau menginginkan kema’rifatan kepada Allah, maka engkau redhalah dengan qada dan qadar-Nya, dan janganlah engkau jadikan nafsu, syahwat, perangai, dan keinginanmu sebagai sekutu bagi-Nya dalam kedua-dua hal tersebut.”
Ketahuilah bahawa para guru amal dan guru ilmu akan menunjukkan engkau jalan menuju Allah. Langkah tahap pertama ialah dengan perkataan, dan pada tahap kedua ialah dengan mengamalkannya. Dengan cara ini, engkau akan bertemu dengan Allah.
Beramallah engkau kepadanya dan janganlah engkau mengharapkan pahala yang banyak. Beramallah dengan tujuan untuk mencapai dan meraih keredhaannya serta kedekata kepadanya. Pahala adalah keredhaan-Nya kepadamu dan kedekatanmu kepada-Nya dunia dan akhirat.
Peringkat pertama ialah engkau belajar kepada makhluk berkenaan hokum. Kemudian pada peringkat kedua hendaklah engkau belajar dari Khaliq mengenai ilmu Ladunni, Yakni ilmu-ilmu yang khusus untuk hati dan batin. Oleh itu carilah guru yang mursyid, kerana engkau tidak dapat belajar tanpa guru.
Barangsiapa di antara kamu yang ingin menghidupkan hatinya, maka hendaklah dia membiasakan berzikir kepada Allah didalam hatinya itu dan hendaklah dia merasakan ketenteraman bersama-Nya.Wahai hamba…! Berzikirlah engkau kepada Allah dengan hatimu sebanyak seribu kali dan dengan lisanmu sekali.
Berzikir yang dilakukan hanya dengan lisan tanpa menggunakan hati, tidak memberikan kemuliaan kepadamu. Zikir adalah zikir hati dan zikir batin, kemudian zikir lisan. Berzikirlah kamu kepada-Nya, sehingga zikir itu melebur dosa-dosamu, dengan demikian engkau tidak menanggung dosa sama sekali.
TINGKATAN IMAN
1. Iman yang terbit daripada “Taklid”
-Hasil daripada mengikut fahaman orang lain,contohnya mengikut apa yang dikatakan dan diajarkan oleh para Guru. Iman ini sangat lemah kerana tiada bukti dan hujah dapat dikemukakan oleh seseorang itu apabila timbul keraguan.Hanya berpandukan penerangan sesorang itu sahaja.
2. Iman yang tebit daripada “Ilmu”
-Hasil daripada pembelajaran mengenai dalil-dalil dan hujah-hujah yang berpandukan Al-Quran,hadis dan para Ulama. Sesiapa yang telah mencapai tingkatan iman ini,mereka akan berasa yakin dan mampu untuk menerangkan dan menghayati hakikat iman itu sendiri.
3. Iman yang terbit daripada “Ayan”(ainun-mata)
-Hasil daripada “muraqabatullah” iaitu rasa sentiasa diperhatikan oleh Allah dalam apa jua keadaan sekalipun. Tingkatan ini dikurniakan oleh Allah kepada insan yang terpilih sahaja
4. Iman yang terbit daripada “Hak”
-Hasil daripada “musyahadatullah” iaitu dapat melihat Allah dengan mata hati. Juga dikurniakan kepada insane terpilih sahaja
5. Iman yang terbit daripada “Hakikat”
-Hasil daripada “fana’unfillah” iaitu tiada melihat selain dari Allah SWT. Para Wali Allah hanya dapat mencapai sehingga ke tingkatan iman ini. Dimana mereka menjadi fana’ kepada Allah dan tidak dapat menyedari dan mengawalnya.
6. Iman yang terbit daripada “Hakikatul hakikat”
-Juga hasil daripada “fana’unfillah” tetapi tingkatan ini hanya dikurniakan oleh Allah kepada para Anbia sahaja. Dimana para nabi dan Rasul fana’ kepada Allah dengan dapat melihat zat Allah itu tetapi masih mampu untuk mengawalnya dan hidup seperti manusia biasa. Seperti Rasulullah dapat melihat syurga dan neraka ketika Isra’ dan Mi’raj, tetapi masih turun kebumi dan dapat hidup seperti manusia biasa.
Oleh itu,marilah kita sama-sama menanam azam dihati untuk mempelajari dan meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kita semua sehingga sekurang-kurangnya mencapai tingkatan “Ilmu”. Tingkatan Iman ini hanya dapat dicapai dengan mengenalnya dengan mata hati.Oleh itu, sama-samalah kita mensucikan hati kita ini daripada sifat-sifat yang tercela yang selama ini telah menutup mata hati kita daripada mengenal Allah SWT.Semoga kita semua sentiasa dibukankan pintu hati oleh Allah SWT untuk dipermudahkan mempelajari ilmunya ini…Amin ya rabbal alamin...
TINGKATAN DAN MAQAM ZIKIR
JANGAN MENINGGALKAN ZIKIR
LANTARAN ENGKAU BELUM SELALU INGAT KEPADA ALLAH S.W.T KETIKA BERZIKIR,
SEBAB KELALAIAN KAMU TERHADAP ALLAH S.W.T KETIKA TIDAK BERZIKIR LEBIH
BAHAYA DARIPADA KELALAIAN KAMU TERHADAP ALLAH S.W.T KETIKA KAMU
BERZIKIR.
SEMOGA
ALLAH S.W.T MENAIKKAN DARJAT KAMU DARIPADA ZIKIR DENGAN KELALAIAN
KEPADA ZIKIR YANG DISERTAI INGAT KEPADA ALLAH S.W.T, DAN MUDAH-MUDAHAN
ALLAH S.W.T AKAN MENGANGKAT KAMU DARIPADA ZIKIR YANG BESERTA KEHADIRAN
ALLAH S.W.T DI DALAM HATI KAMU KEPADA ZIKIR DI MANA LENYAPNYA SEGALA
SESUATU SELAIN ALLAH S.W.T. HAL YANG DEMIKIAN ITU TIDAKLAH SUKAR BAGI
ALLAH S.W.T.
Empat keadaan yang berkaitan dengan zikir:
1: Tidak berzikir langsung.
2: Berzikir dalam keadaan hati tidak ingat kepada Allah s.w.t.
3: Berzikir dengan disertai rasa kehadiran Allah s.w.t di dalam hati.
4: Berzikir dalam keadaan fana dari makhluk, lenyap segala sesuatu dari hati, hanya Allah s.w.t sahaja yang ada.
Bukanlah sukar bagi Allah s.w.t untuk mengubah suasana hati hamba-Nya yang berzikir dari suasana yang kurang baik kepada yang lebih baik hingga mencapai yang terbaik.
Kerohanian manusia berada dalam beberapa darjat, maka suasana zikir juga berbeza-beza, mengikut darjat rohaninya. Darjat yang paling rendah adalah si raghib yang telah tenat dikuasai oleh syaitan dan dunia. Cahaya api syaitan dan fatamorgana dunia menutup hatinya sehingga dia tidak sedikit pun mengingati Allah s.w.t. Seruan, peringatan dan ayat-ayat Allah s.w.t tidak melekat pada hatinya. Inilah golongan Islam yang dijajah oleh sifat munafik. Golongan ini tidak berzikir langsung.
Golongan kedua berzikir dengan lidah tetapi hati tidak ikut berzikir. Lidah menyebut nama Allah s.w.t, tetapi ingatan tertuju kepada harta, pekerjaan, perempuan, hiburan dan lain-lain. Inilah golongan orang Islam yang awam. Mereka dinasihatkan supaya jangan meninggalkan zikir kerana dengan meninggalkan zikir mereka akan lebih dihanyutkan oleh kelalaian.. Tanpa zikir, syaitan akan lebih mudah memancarkan gambar-gambar tipuan kepada cermin hatinya dan dunia akan lebih kuat menutupinya. Zikir pada peringkat ini berperanan sebagai ‘juru ingat’. Sebutan lidah menjadi teman yang mengingatkan hati yang lalai. Lidah dan hati berperanan seperti dua orang yang mempunyai minat yang berbeza. Seorang enggan mendengar sebutan nama Allah s.w.t, sementara yang seorang lagi memaksanya mendengar dia menyebut nama Allah s.w.t. Sahabat yang berzikir (lidah) mestilah memaksa bersungguh-sungguh agar temannya (hati) mendengar ucapannya. Di sini terjadilah peperangan di antara tenaga zikir dengan tenaga syaitan yang disokong oleh tenaga dunia yang cuba menghalang tenaga zikir dari memasuki hati.
Golongan yang ke tiga pula adalah mereka yang tenaga zikirnya sudah berjaya memecahkan dinding yang dibina oleh syaitan dan dunia. Ucapan zikir sudah boleh masuk ke dalam hati. Tenaga zikir bertindak menyucikan hati daripada karat-karat yang melekat padanya. Pada mulanya ucapan zikir masuk ke dalam hati sebagai sebutan nama-nama Allah s.w.t. Setelah karat hati sudah hilang maka sebutan nama-nama Allah s.w.t akan disertai oleh rasa mesra yang mengandungi kelazatan. Pada peringkat ini zikir tidak lagi dibuat secara paksa. Hati akan berzikir tanpa menggunakan lidah. Sebutan nama-nama Allah s.w.t menghalakan hati kepada Empunya nama-nama, merasai sifat-sifat-Nya sebagaimana dinamakan.
Golongan ke empat ialah mereka yang telah sepenuhnya dikuasai oleh Haq atau hal ketuhanan. Mereka sudah keluar dari sempadan alam maujud dan masuk ke dalam hal yang tidak ada alam, yang ada hanya Allah s.w.t. Tubuh kasar mereka masih berada di atas muka bumi, bersama-sama makhluk yang lain. Tetapi, kesedarannya terhadap dirinya dan makhluk sekaliannya sudah tidak ada, maka kewujudan sekalian yang maujud tidak sedikit pun mempengaruhi hatinya. Mereka karam dalam zikir dan yang dizikirkan. Mereka yang berada pada tahap ini telah terlepas dari ikatan manusiawi dan seterusnya mencapai penglihatan hakiki mata hati.
Mereka yang mempunyai penglihatan hakiki mata hati ada dua jenis. Jenis pertama adalah yang mempunyai nama dan tabir penutup. Hijab nama (asma’) tidak terangkat lalu dia melihat di dalam hijab. Dia melihat Allah s.w.t pada apa yang menghijabkannya. Zikirnya ialah nama yang padanya dia melihat Allah s.w.t. Jenis kedua pula ialah yang berpisah dengan nama dan hijab, lalu dia melihat Allah s.w.t dan merasakan ketenangan dengan penglihatan itu. Pada ketika itu tidak sepatah pun ucapan yang terucap olehnya dan tidak sepatah pun kalam yang terdengar padanya. Dia melihat nama itu tidak mempunyai kekuatan hukum apa pun selain-Nya. Bila nama dinafikan tibalah pada wusul (sampai). Bila tidak terlintas lagi nama tibalah pada ittisal (perhubungan). Nama yang tidak lagi terlintas disebabkan kuatnya tarikan dari yang dinamai. Makam ini dinamakan makam al-Buhut (kehairan-hairanan), kerana dia melihat Allah s.w.t dalam kehairan-hairanan, tiada ucapan kecuali pandangan. Inilah makam terakhir di mana semua hati terhenti di situ. Ia adalah tingkatan tertinggi tentang kecintaan terhadap zat Ilahiat.
Pada tahap ini Nur-Nya memancar, menyinar, menjulang naik ke lubuk hati. Peringkat ini sudah tiada zikir dan tiada pula yang berzikir, hanyalah memandang bukan berzikir dan tiada berbalik kembali pandangannya. Inilah hal yang dikatakan faham dengan tiada huraian pemahamannya dan mencapai dengan tiada sesuatu pencapaiannya. Insan di dalam hal ini sudah tidak lagi memohon fatwa, tidak memohon perkenan, tidak meminta pertolongan dan ucapan juga tiada. Baginya setiap sesuatu adalah ilmu dan setiap ilmu adalah zikir. Inilah hamba yang telah benar-benar berjaya menghimpun semua makam dan martabat. Dia sudah melihat takdir-takdir dan melihat bagaimana Allah s.w.t menghalau takdir demi takdir dan melihat bagaimana Allah s.w.t mengulangi takdir-takdir itu dengan berbagai-bagai cara yang dikehendaki-Nya kerana sesungguhnya Allah s.w.t sahaja yang memulakan penciptaan dan Dia juga yang mengulanginya. Penglihatannya tidak berbolak-balik lagi. Dia melihat Allah s.w.t di hadapan dan di belakang apa yang dilihatnya dan melihat Allah s.w.t dalam segala yang dilihatnya.
Apabila kerinduan terhadap Allah s.w.t telah menguasai hati seseorang hingga kepada tahap tiada ucapan yang boleh diucapkan maka keadaan itu dikatakan melihat Allah s.w.t yang tiada sesuatu yang menyamai-Nya, sebagaimana firman-Nya:
Tiada sesuatupun yang sebanding dengan (Zat-Nya, sifat-sifat-Nya, dan pentadbiran)-Nya, dan Dia jualah Yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat. ( Ayat 11 : Surah asy-Syura )
SYEIKH MAULANA MALIK IBRAHIM
![]() |
| Syeikh Maulana Malik Ibrahim / Sunan Gresik / Syeikh Maghribi |
Sunan Gresik atau Maulana Malik Ibrahim (w. 1419 M/882 H) disebut-sebut sebagai wali paling senior, atau wali pertama. Ada sejumlah versi tentang asal usul Syeikh Maghribi, sebutan lain bagi Sunan Gresik itu. Ada yang mengatakan ia berasal dari Turki, Arab Saudi, dan Gujarat (India). Sumber lain menyebutkan ia lahir di Campa (Kamboja). Tapi yang pasti, Syekh Maulana Malik berasal dari bahagian barat Jawa, sama ada Asia Selatan, Timur Tengah, atau bahkan Afrika. Hal ini merujuk pada panggilannya yang lain, yakni Syekh Maghribi, yang bererti “guru dari Barat”.
Maulana Malik Ibrahim diminta ayahnya, Barebat Zainul Alam, agar merantau, berdakwah ke negeri selatan. Maka, bersama 40 anggota rombongan yang menyertainya, Malik mengarungi samudera berhari-hari. Mereka kemudian berlabuh di Sedayu, Gresik. Rombongan Malik kemudian menetap di Desa Leran, Ketika itu, Gresik berada di bawah Kerajaan Majapahit.
Tiba di Gresik Syeikh Malik kemudian juga dikenal sebagai Sunan Gresik. Di sana ia mulai melancarkan dakwahnya. Kedatangannya menyebarkan kesejukan bagi penduduk desa itu. Tak pernah tangannya berat untuk menolong orang. Ia juga mempunyai kepandaian mengobati berbagai penyakit.Sebagian besar masyarakat setempat ketika itu menganut Hindu, ”agama rasmi” Kerajaan Majapahit. Sunan melalukan sesuatu yang sangat sederhana: membuka warung. Ia menjual makanan dengan harga murah. Dalam waktu singkat, warungnya ramai dikunjungi orang. Syeikh Malik melangkah ke tahap berikutnya: menjadi tabib. Dengan doa-doa yang diambil dari Al-Quran, ia terbukti mampu menyembuhkan penyakit. Sunan Gresik pun seakan menjelma menjadi ”dewa penolong”. Apalagi, ia tak pernah mahu dibayar.
Di tengah komuniti Hindu di kawasan itu, Sunan Gresik cepat dikenal. Ia memperlakukan semua orang sama darjat. Beransur-ansur, jumlah pengikutnya terus bertambah. Setelah jumlah mereka makin banyak, Sunan Gresik mendirikan masjid. Ia juga merasa perlu membangun bilik-bilik tempat menimba ilmu bersama. Model belajar seperti inilah yang kemudian dikenal dengan nama pesantren. Dalam mengajarkan ilmunya, Syeikh Malik punya kebiasaan khas: meletakkan Al-Quran atau kitab hadis di atas bantal. Karena itu ia kemudian dijuluki ”Kakek Bantal”.
Setelah pengikutnya terus bertambah, Syeikh Malik merasa belum puas sebelum berjaya mengislamkan Raja Majapahit. Ia paham betul, tradisi rakyat Jawa yang akan selalu merujuk dan berteladan pada perilaku raja. Kerana itu, mengislamkan raja merupakan pekerjaan yang sangat strategik.
Tetapi Syeikh Malik tahu diri. Kalau dia terus berdakwah kepada raja, pasti tak akan diendahkan, karena maqamnya lebih rendah. Kerana itu ia meminta bantuan sahabatnya, yang menjadi raja di Cermain. Konon, Kerajaan Cermain itu ada di Persia. Sumber lain menyebutkan Kerajaan Cermain tak lain adalah Kerajaan Kedah, di Malasyia. Raja Cermain akhirnya datang bersama putrinya, Dewi Sari. Mereka disertai puluhan pengawal. Dewi yang berwajah elok itu akan dipersembahkan kepada Raja Majapahit. Dari sini, bercabang-cabanglah cerita mengenai ”Raja Majapahit” itu.. Ada yang menyebut raja itu Prabu Brawijaya V. Penguasa Majapahit itu akhirnya bersedia menemui rombongan Raja Cermain. Sayang, usaha mereka gagal total. Sang raja cuma mau menerima Dewi Sari, tetapi menolak masuk Islam. Sebelum pulang ke negerinya, rombongan Cermain singgah di Leran. Sambil menunggu perbaikan kapal, mereka menetap di rumah Sunan Gresik.
Malang tak bisa ditolak, tiba-tiba merajalelalah wabah penyakit. Banyak anggota rombongan Cermain yang tertular, bahkan meninggal. Termasuk Dewi Sari. Raja Cermain dan sebagian kecil pengawalnya akhirnya berjaya pulang ke negeri mereka. Sunan Gresik sendiri tak patah hati dengan kegagalan ”misi” itu. Ia terus melanjutkan dakwahnya hingga wafat, pada 1419 M.
KISAH BERAS DAN PASIR
Padahal si empunya rumah adalah orang berada yang memiliki bertan-tan beras. Halaman rumahnya luas. Di sana tersusun berkarung-karung beras hasil pertanian. Rupanya Syekh Maulana Malik Ibrahim ingin menemui si empunya rumah yang tak lain adalah salah seorang muridnya. Ia ingin menasihati muridnya agar meninggalkan sifat terkeji itu.
Orang kaya tersebut menerima dengan ramah kunjungan Syekh Malik. Dihidangkanlah jamuan yang baik bagi Syekh Malik. Sesaat berselang, datanglah seorang pengemis, perempuan tua, ke hadapan orang kaya itu.
“Tuan, saya lapar sekali, bolehkah
saya minta sedikit beras,” ujar perempuan tua itu sambil menjeling beras
yang berrada di halaman.
“Mana beras? Saya tidak punya beras, karung-karung itu bukan beras, tapi pasir,” ujar orang kaya itu.
Pengemis tua tertunduk sedih. Ia pun beranjak pergi dengan langkah kecewa. Kejadian itu disaksikan langsung oleh Syekh Malik. Ternyata apa yang digunjingkan orang tentang kedekut muridnya ini benar adanya. Syekh Malik bergumam dalam hati, dan iapun berdo’a. Pembicaraan yang sempat tertunda dilanjutkan kembali.
Tiba-tiba ramah-tamah antara murid dan guru itu terhenti dengan teriakan salah seorang pembantu orang kaya itu.
“Celaka tuan, celaka! Saya tadi melihat beras, ternyata beras kita sudah berubah jadi pasir. Saya periksa karung lain, isinya pasir juga. Ternyata tuan, semua beras yang ada di sini telah menjadi pasir!” Pembantu itu dengan suara bergetar melaporkan.Orang kaya itu terkejut, segera ia beranjak dari duduknya, dihampirinya beras-beras yang merupakan harta kekayaannya itu. Ternyata benar, beras itu telah berubah menjadi pasir. Seketika tubuh orang kaya itu lemas. Ia pun bersimpuh menangis.
Syekh Malik lalu menghampirinya. “Bukankah engkau sendiri yang mengatakan bahwa beras yang kau miliki itu pasir, kenapa kau kini menangis?” Syekh Malik menyindir muridnya yang kikir itu.
“Maafkan saya Sunan. Saya mengaku salah. Saya berdosa!” Si murid meratap bersimpuh di kaki Syekh Malik.
Syekh Malik tersenyum, “Alamatkan maafmu kepada Allah dan pengemis tadi. Kepada merekalah permintaan maafmu seharusnya kau lakukan,” ujar Syekh Malik lagi.
Penyesalan yang dalam langsung menyergap orang kaya itu. Dalam hati ia mengutuk dirinya sendiri yang telah berbuat kezaliman. Kepada Syekh Malik ia berjanji akan mengubah semua perbuatannya. Ia mohon juga agar berasnya bisa kembali lagi seperti semula. Kekikirannya ingin ia buang jauh-jauh dan menggantinya dengan kedermawanan.
Syekh Malik kembali berdo’a, dan dengan izin Allah, beras yang telah berubah menjadi pasir itu menjadi beras kembali. Hidayah dan kekuatan yang berasal dari Allah memungkinkan kejadian itu.
Orang kaya tersebut tidak membohongi lisannya. Ia berubah menjadi dermawan, tak pernah lagi ia menolak pengemis yang datang. Bahkan ia mendirikan mushalla dan majelis pengajian serta fasilitas ibadah lainnya.
Itulah sekelumit kisah tentang Syekh Maulana Malik Ibrahim.
RUJUKAN :
- Babad Tanah Jawi
- Mantan Mufti Johor Sayyid `Alwî b. Tâhir b. `Abdallâh al-Haddâd (meninggal tahun 1962) juga meninggalkan tulisan yang berjudul Sejarah perkembangan Islam di Timur Jauh (Jakarta: Al-Maktab ad-Daimi, 1957). Ia menukil keterangan diantaranya dari Haji `Ali bin Khairuddin, dalam karyanya Ketrangan kedatangan bungsu (sic!) Arab ke tanah Jawi sangking Hadramaut.
- Al-Jawahir al-Saniyyah oleh Sayyid Ali bin Abu Bakar Sakran
- 'Umdat al-Talib oleh al-Dawudi
- Syams al-Zahirah oleh Sayyid Abdul Rahman Al-Masyhur
- Menyingkap Misteri Pulau Besar oleh Ana Faqir
Langganan:
Postingan (Atom)

