Wujud yang paling nyata adalah wujud Allah, wujud benda termasuk diri sendiri adalah dengan cahaya Allah (Dzat Allah).
Apabila ante melihat sesuatu
benda di sekitar ante, yang pertama ante lihat adalah Cahaya Allah,
kemudian baru rupa wujud yang ditunjukkah (diterangi) Cahaya Allah
tersebut.
Sebagai analogi: Apabila ante
membuat sesuatu bentuk (ukiran) dengan lilin (katakanlah sebuah patung
manusia), yang pertama ante perhatikan adalah lilin, kemudian rupa
bentuk patung yang anda buat itu, tetapi tahukah ante bentuk adalah
sebuah khayalan (hanya berada dalam fikiran) dan tidak wujud pada
zahirnya.
Bentuk patung manusia itu ada dalam khayalan ante sahaja,
pada zahirnya bentuk itu adalah lilin. Jadi tidak ada bentuk pada lilin,
ini terbukti apabila ante pecahkan bentuk (ukiran) itu, semuanya
bentuk itu akan hancur dan yang tinggal adalah lilin semata. Jadi bentuk
dan lilin adalah esa (satu) jua.
Oleh yang demikian bentuk tidak beserta dengan lilin, dan
dengan ini tidak membolehkan ia menjadi dua, ( bentuk dan lilin), tetapi
hanya lilin yang ada.
Benda atau rupa adalah kosong (adum), hanya lilin yang ada,
kerana benda atau bentuk tiada hakikatnya, ia hanya wujud dalam khayalan
atau fikiran sahaja.
Dengan analogi ini dapatlah
pemahaman bahawa hanya Dzat dan Sifat Allah sahaja yang ada, manakala
makhluk hakikatnya tiada, hanya kosong.
Oleh itu, apabila ante melihat kepada diri ante atau
benda-benda yang lain di sekeliling ante, pertama ante lihat adalah Dzat
Allah, kerana makhluk tiada hakikatnya, ia ada kelihatan hanya kerana
pancaran Cahaya Allah. Apabila makhluk Fana maka ia menjadi yang Mutlak.
Ingatlah, pandangan (mata hati)
terhadap diri ante sendiri adalah pandangan terhadap Allah (apabila
ante memahami perkara ini), kerana jasad ante tiada hakikatnya, fana,
maka inilah juga yang dikatakan: Siapa yang kenal dirinya maka kenal ia
Tuhannya.
Dengan yang demikian, apabila
ante melihat sesuatu termasuk diri ante, pandangan terhadap Dzat Allah
adalah yang pertama, berbanding pandangan terhadap benda atau diri ante.
Kerana jikalau ante melihat benda atau diri ante dahulu, berkemungkinan
ante terlupa melihat Dzat Allah, dan dengan itu ante terhijab daripada
melihat Allah.
Cuba fikirkan.
MasyaAllah.
Dari anta:
Tulisan saudara Tahjud
Syahadad
Asyahadualla ilaaha illallah ini merupakan syahadat tauhid atau hakikat ketuhanan, iaitu diri bathin manusia (Rohani)
Wa-asyhadu anna muhammadar rasulullah ini merupakan syahadat rasul atau hakikat kerasulan, iaitu diri zahir manusia. (Jasmani).
Diri bathin (rohani) adalah sebenar-benarnya diri yang mengandungi, Diri Rahasia Allah.
Untuk menyatakan Diri Rahasia Allah, adalah diri zahir manusia.
Sedangkan ….. perkataan Muhammad pada syahadad Rasul
mengandungi erti, iaitu diri zahir manusia, yang di dalamya ada diri
batin yang menanggung Rahasia Allah.
Kejadian manusia adalah satu-satunya kejadian yang paling
sempurna dan rapi, QS Al Mukminum 23:12,13,14: Dan sesungguhnya kami
telah menciptakan manusia daripada tanah, kemudian kami jadikan sari
tanah itu air mani yang terletak dalam tempat yang kokoh, Kemudian Kami
jadikan air mani itu segumpal darah, lalu segumpal darah itu kami
jadikan daging, dan segumpal daging Kami jadikan tulang belulang,
kemudian tulang belulang itu Kami tutup dengan daging, sesudah itu Kami
jadikan makhluk yang berbentuk lain, Maha Suci Allah pencipta yang
paling baik.
Setelah jasad itu siap, maka Allah meniupkan Ruhnya, QS Al
As Sajdah 32:9: Setelah selesai bentuknya Aku ciptakan, maka Aku utus
Ruhku ke dalamnya, maka dengan itulah ia melihat, bergerak dan berkuasa.
Qs Hijr 15:29:Maka setelah Aku sempurnakan kejadiannya, maka Aku
tiupkan Ruhku ke dalamnya, maka tunduklah kamu dengan bersujud.
Kemudian Allah meninggikan darajat manusia seperti firmannya Q.S. At Tiin 95:4: Dan Kami tinggikan (muliakan) namamu.
Kemuliaan manusia karena manusialah yang sanggup menanggung
Rahasia Allah Q.S. Al-Ahzab 33: 72: Sesungguhnya telah Kami kemukakan
amanat kepada langit, bumi dan gunung-ganang lalu mereka enggan
memikulnya dan takut untuk menerimanya, kemudian amanah itu dipikul oleh
manusia.
Dan kerana firman Allah dalam surah Al-Ahzab 33:72 inilah kita mengucapkan syahadad:
“Asyahadualla Ilaaha Illallah Wa Asyahadu Anna Muhammadar Rasulullah”
“Aku bersaksi tiada Tuhan yang disembah kecuali Allah dan Muhammad itu Rasullulah.”
Bahawa, kita bersaksi dengan
diri kita sendiri bahwa tiada yang nyata pada diri kita sendiri hanya
Allah semata, dengan tubuh zahir kita sebagai tempat menanggung Rahasia
Allah, dan kita akan menjaganya (Rahsia ini) sehingga ia kembali ke
asalnya.
(Perhatian: Jangan tersalah
tafsir kerana ia boleh menyebabkan syirik dan kufur, dan jangan juga
menunding jari, mintalah hidayah kepada Allah semoga diberikan pemahaman
dalam perkara ini.)
salam
Tahjud
Dari Anta
Tulisan Saudara Ismail sg buluh
Assalamualaikum warahmatullah,
Berikut saya berkongsi apa yang
saya faham dan amalkan. Semoga ada kebenarannya di SISI Yang Maha Esa,
dan manfaatnya di sisi manusia, AMIN.
Tiadalah sempurna agama kita
melainkan kita melaksanakan Rukun Ihsan. Maka itu disebut “Awwaluddin
Ma’rifaatullah” – Agama kita bermula hanya setelah menerima kurniaan
Makrifat Allah, yakni sesudah tergabung Rukun Iman, Islam dan Ihsan
seperti yang termaktub di dalam Hadith Jibrail. Maka bermula lah satu
penghidupan yang didasari oleh HAKIKAT dan MAKRIFAT yang berkiblat
kepada DZAT yang ESA (AHAD).
Untuk menjadi ‘Arifin Billah dan
juga Ulil Albab’, perlulah kita mengenal dan memahami hakikat kejadian
ALAM semesta kerana YANG ZOHIR itu juga ALLAH, sama seperti YANG BATIN.
(sila rujuk Asma ul Husna dan Martabat 7). Maka untuk mencapai maksud
ini, lebih mudah jika kita perhatikan diri kita sahaja kerana ia paling
DEKAT LAGI ZOHIR dengan kita. Kerana itu disuruhnya kita mengenal DIRI
jika ingin mengenal Allah. Perlu diingatkan bahawasanya keinginan kita
itu sebenarnya datang dari ALLAH jua yang mengingini agar kita mengenal
DIA. Keilmuan alam semesta akan datang jua kemudian dengan IZIN NYA.
Para Arifin Billah menyatakan bahawasanya DIRI itu ialah ALAM KABIR
(macro-cosmos), sementara alam semesta itu ialah ALAM SOGHIR
(micro-cosmos).
Kaedah penerokaan diri dan alam semesta adalah menerusi zikir
dan fikir. Skop zikir dan fikir ini seharusnya dilandasi oleh Al Quran
dan Hadith Rasul, dan pengalaman peribadi. Apabila Allah mula mengangkat
TABIR-TABIR NYA YANG MULIA, jangan pula kita lupa diri kerana ILMU
ALLAH ini tiada tepinya. MAA SYAA ALLAH, DIA MAHA AGUNG, sekalian deria
akan diangkat hijabnya mengikut JADUAL NYA dan kita mendapat kassyaf
kerana ia adalah perlu untuk menerima semua pengetahuan yang telah
diaturNYA di maqam HAKIKAT [sila rujuk Sifat 20].
Keikhlasan hati, maksud dan tujuan adalah teramat penting dan
kritikal di dalam meneroka ALAM HAKIKAT. Ianya adalah satu-satunya
Wasilah Diri untuk mendapat perlindungan dan RAHMAT Allah dari sekalian
gangguan Iblis La’natullah. Untuk mendapat WASILAH RASULULLAH SAW,
perbanyakkanlah berselawat kepada nya. Insya Allah, jika hati anda
dicenderungkan kepada DIA YANG ESA, kamu akan dibimbing dan seterusnya
diketemukan NYA akan AL-HAQ. Petanda besar yang menunjukkan kamu sedang
dibimbing YANG MAHA ESA adalah apabila hati dan lidah kamu berada secara
istiqomah di atas ZIKRULLAH, SELAWAT RASUL DAN ISTIGHFAR.
Ilmu Makrifat ini tidak dapat
diluahkan sepenuhnya melalui kata-kata kerana dibimbangi akan
menimbulkan fitnah dan sebenar-benar tiada huruf yang dapat
menggambarkan keadaannya [Laisa kamithlihi syaiun]. AL-YAQIN hanya dapat
dibenarkan oleh pengalaman DIRI SENDIRI. Kerana itu, Syaitan suka
menimbulkan was-was dalam hati manusia. Dengan ZIKIR KHOFI, sekalian
was-was, ketakutan dan sangka buruk akan lenyap insya ALLAH.
“HUWAL AWWALU WAL AAKHIR, WAZZHOHIRU WAL BAATHIN” Dia lah yang Awwal dan yang Akhir, dan yang Zohir dan yang Batin.
Sama ada kita ingat atau lalai, beriman atau kufur, bersolat
atau bermaksiat, DIA tetap DIA – Maha Tinggi lagi Agung. Tidak menambah
atau mengurang akan DIA oleh apa pun. Jika kafir sekalian makhluq, DIA
tetap AGUNG. Itulah DZAT yang ESA lagi MUTLAQ. “Tidakkah kamu melihat
burung yang terbang di udara, SIAPA YANG MENGANGKATNYA?
Bermula dari langkah pertama di dalam kesedaran mujahadah wa
musyahadah akbar kita, sehingga ke akhir langkah di liang lahad,
semuanya adalah atas KURNIA ILAHI semata-mata. Tiada AKU sepanjang
perjalanan itu. Jika masih ada KE-AKU-AN, sudah pasti akan tersesat
jalan dan tidak akan bertemu tempat yang di tuju. Dan kearifan kita
tentang HAKIKAT ALLAH itu terserah kepada DZAT yang menamakan DIRINYA
itu untuk menyingkap AL-HAQ seQADAR yang ditentukanNYA, tiadalah ikhtiar
kita itu memberi bekas sebenarnya. Semuanya berdiri, duduk dan
berbaringan di atas LA HAWLA WALAA QUWWATA ILLA BILLAH.
Dan apabila kita [RUH RABBANI]
diizinNYA untuk menelusuri ALAM KEBENARAN itu, menjadilah kita
seakan-akan pemerhati sahaja. Sesungguhnya kita telah DI SIFATI NYA.
Inilah PAKAIAN kita. Dengan RAHMATNYA, sehingga ke alam BARZAKH jua kita
akan menikmati KURNIA NYA, hidup di SISINYA dengan mendapat REZEQI
insya ALLAH.
Rahsia ILAHI terkandung di dalam DIRI sehingga sekalian makhluq NYA diperintahkan supaya sujud kepada ADAM. “Ana a’lamu maa laa ta’lamuun” [AKU tahu apa yang kamu tidak ketahui]. Tetapi…..
“Bal tu’thiruunal hayatad dunya. Wal aakhirotu khoirun wa abqaa”
– Tetapi kamu (manusia) cintakan kehidupan di dunia [kehidupan nafsu
ammarah] walhal akhirat [kehidupan nafsu mutmainnah] itu lebih baik dan
kekal.
Walhamdulillah, Wasolawatu Wassalam ‘Ala Muhammad Wa Alihi Wa ‘Ibadillahis Solihin Ajmain.
Salam
Ismailsgbuluh.
KAFIR KEPADA ALLAH, ISLAM KEPADA MANUSIA
Penyebab banyaknya Bencana Alam karena tidak kenal yang disembah (tidak makrifatullah).
Adapun bermula menyembah Allah, adalah atas kenal mengenal, yang dikenal,
puji memuji, yang dipuji, Ya saya! Ya kamu!.. dan mengucapkan shalawat kepada Rasulullah SAW.
Maka inilah kitab, yang sudah
diterjemahkan dari bahasa Arab ke bahasa Indonesia. Supaya mudah bagi
orang yang baru belajar untuk mengenal Allah. Diceritakan daripada
Abdullah Bin Umar r.a. Beliau berkata, ada seorang yang bertemu
Rasullulah SAW, mahu belajar ilmu Jibril a.s, iaitu ilmu yang sempurna
di dunia dan akhirat, yang mengamalkan hakikat di dalam shalat lima
waktu, dan yang wajib diketahui bagi kita semua.
Hakikat Solat.
Yang harus mereka ketahui
pertama kali, hakikat shalat, supaya sempurna kita menyembah Allah,
bermula hakikat shalat itu empat perkara :
1. BERDIRI (IHRAM)
2. RUKUK (MUNAJAH)
3. SUJUD (MIKRAJ)
4. DUDUK (TABDIL)
Adapun hakikatnya:
1. BERDIRI ( IHRAM) itu karena huruf ALIF asalnya dari API,
bukan api pelita dan bukan pula api bara. Adapun artinya API itu
bersifat JALALULLAH, yang artinya sifat KEBESARAN ALLAH TA’ALA, yang
terdiri dua perkara : KUAT Dan LEMAH. Yang merupakan kudrat dan
iradat-Nya juga, karena hamba itu tidak mempunyai KUAT dan LEMAH, karena
hamba itu di-KUAT-kan dan di-LEMAH-kan oleh ALLAH, bukannya Kudrat dan
Iradat Allah itu lemah.
Adapun kepada hakikatnya, yang sifat lemah itu pada sifat
kita yang baharu ini. Adapun yang dihilangkan tatkala BERDIRI itu adalah
pada segala AF’AL (perbuatan) hamba yang baharu.
2. RUKUK (MUNAJAH) itu karena huruf LAM awal, asalnya dari
ANGIN, bukannya angin barat dan bukan pula angin timur. Adapun artinya
ANGIN itu bersifat JAMALULLAH, yang artinya sifat KEELOKAN ALLAH TA’ALA,
yang terdiri atas dua perkara: TUA Dan MUDA, yang merupakan Kudrat
dan Iradat-Nya juga. Adapun hamba itu tidak mempunyai TUA dan MUDA.
Adapun yang dihilangkan tatkala RUKUK itu adalah pada segala ASMA (nama)
hamba yang baharu.
3. SUJUD (MIKRAJ) itu karena huruf LAM akhir, asalnya dari
AIR, bukannya air laut dan bukan pula air sungai. Adapun artinya AIR
itu bersifat QAHAR ALLAH, yang artinya sifat KEKERASAN ALLAH TA’ALA,
yang terdiri atas dua perkara : HIDUP dan MATI, yang merupakan Kudrat
dan Iradat-Nya juga. Adapun hamba itu tidak pun mempunyai HIDUP dan
MATI. Adapun yang dihilangkan tatkala SUJUD itu adalah pada segala NYAWA
(sifat) hamba yang baharu.
4. DUDUK (TABDIL) itu karena huruf HA, asalnya dari TANAH,
bukannya pasir dan bukan pula tanah lumpur. Adapun artinya TANAH itu
bersifat KAMALULLAH, yang artinya sifat KESEMPURNAAN ALLAH TA’ALA, yang
terdiri atas dua perkara : ADA dan TIADA, yang merupakan Kudrat dan
Iradat-Nya juga. Adapun hamba itu tidak ADA dan TIADA. Adapun yang
dihilangkan tatkala DUDUK itu adalah pada segala WUJUD – DZAT hamba yang
baharu, karena hamba itu wujudnya ADAM, yang artinya hamba tiada
mempunyai wujud apapun karena hamba itu diadakan (maujud), hidupnya
hamba itu dihidupkan, matinya hamba itu dimatikan dan kuatnya hamba itu
dikuatkan.
Itulah hakikatnya shalat.
Barangsiapa shalat tidak tahu akan hakikat yang empat perkara
tersebut di atas, shalatnya hukumnya KAFIR JIN dan NASRANI, artinya
KAFIR KEPADA ALLAH, ISLAM KEPADA MANUSIA, yang berarti KAFIR BATHIN,
ISLAM ZHAHIR, hidup separuh HEWAN, bukannya hewan kerbau atau sapi.
Bimbingan mereka berbicara ini baik atas kita, supaya jangan shalat
kita itu menyembah berhala !!!.
Takbiratul ihram.
INI PULA tentang menyatakan sempurnanya orang TAKBIRATUL
IHRAM, yaitu hendaklah tahu akan MAQARINAHNYA. Bermula MAQARINAH shalat
itu terdiri atas empat perkara:
1. BERDIRI (IHRAM)
2. RUKUK (MUNAJAH)
3. SUJUD (MIKRAJ)
4. DUDUK (TABDIL)
Adapun hakikatnya BERDIRI (IHRAM) itu: adalah
TERCENGANG, artinya: tiada tahu dirinya lagi, lupa jika sedang
menghadap Allah Ta’ala, siapa yang menyembah? dan siapa pula yang
disembah?
Adapun hakikatnya RUKUK (MUNAJAH) itu adalah
BERKATA-KATA, artinya: karena di dalam TAKBIRATUL IHRAM itu tiada akan
menyebut dirinya (asma – namanya), iaitu berkata hamba itu dengan Allah.
Separuh bacaan yang dibaca di dalam shalat itu adalah KALAMULLAH.
Adapun hakikatnya SUJUD (MIKRAJ) itu adalah TIADA INGAT YANG lain hanya Allah.
Adapun hakikatnya DUDUK (TABDIL) tiada LAIN TATKALA SHALAT, MELAINKAN ALLAH SEMATA.
Sah dan maqarinahnya shalat adalah apabila, SUDAH BERGANTI WUJUD HAMBA DENGAN TUHANNYA.
Shalat itu terdiri atas tiga perkara :
1. QASHAD
2. TAKARADH
3. TA’ IN
Adapun QASHAD itu adalah menyegerakan akan berbuat shalat, barang yang dishalatkan itu fardhu itu sunnah.
Adapun artinya TAKARRADH itu adalah menentukan pada fardhunya empat, tiga atau dua.
Adapun TA’IN itu adalah menyatakan pada waktunya, zhuhur, ashar, maghrib, isya atau subuh.
Kesempurnaan shalat.
INILAH PULA tentang menyatakan sempurnanya shalat :
Adapun sempurnanya BERDIRI, Nyata kepada AF’AL Allah.
Hurufnya ALIF. Alamnya (IHRAM) itu hakikatnya: NASUWAT. Tempatnya TUBUH,
karena tubuh itu kenyataan SYARIAT.
Adapun sempurnanya, Nyata kepada ASMA Allah. Hurufnya LAM
Awal. RUKUK (MUNAJAH) itu hakikatnya: Alamnya MALAKUT. Tempatnya HATI,
karena hati itu kenyataan THARIQAT. Adapun Nyata kepada SIFAT Allah.
Adapun sempurnanya SUJUD (MIKRAJ) itu hakikatnya: LAM Akhir.
Alamnya JABARUT. Tempatnya NYAWA, karena Nyawa itu kenyataan HAKIKAT.
Nyata kepada DZAT Allah.
Adapun sempurnanya DUDUK (TABDIL) itu hakikatnya: Hurufnya
HA. Alamnya LAHUT. Tempatnya ROHANI, karena ROHANI itu kenyataan
Makrifat.
Adapun BERDIRI (IHRAM) itu kepada SYARIAT Allah. Nyatanya
kepada KAKI kita. Adapun RUKUK (MUNAJAH) itu kepada THARIQAT Allah.
Hurufnya MIM. Nyatanya kepada PUSAT (PUSER) kita. Adapun SUJUD (MIKRAJ)
itu Hurufnya HA. Nyatanya kepada DADA kita. Adapun DUDUK kepada HAKIKAT
Allah. Hurufnya MIM Awal. Nyata kepada KEPALA (TABDIL) itu kepada
MAKRIFAT Allah. (ARASY) kita.
Jadi Orang Shalat membentuk huruf AHMAD – MUHAMMAD.
Tubuh.
INILAH PULA tentang asal TUBUH kita (jasmaniah) kita dijadikan oleh Allah Ta’ala atas empat perkara:
1. API
2. ANGIN
3. AIR
4. TANAH
Adapun NYAWA kita dijadikan Allah Ta’ala atas empat perkara:
1. WUJUD
2. NUR ILMU
3. NUR
4. SUHUD
Adapun MARTABAT Tuhan itu ada tiga perkara:
1. AHADIYYAH
2. WAHDAH
3. WAHIDIYYAH
Adapun TUBUH kita dijadikan Allah Ta’ala atas empat perkara:
1. WADIY
2. MADIY
3. MANIY
4. MANIKEM
Jalan kepada Allah.
INILAH PULA tentang menyatakan jalan kepada Allah Ta’ala atas empat perkara:
1. SYARIAT – AF’AL - BATANG TUBUH
2. THARIQAT - ASMA – HATI – DIRI
3. HAKIKAT - SIFAT - NYAWA KITA
4. MAKRIFAT – RAHASIA – SIR
Adapun hakikatnya: SYARIAT itu adalah KELAKUAN TUBUH
TARIKAT itu kelakuan hati
HAKIKAT itu adalah KELAKUAN NYAWA.
MAKRIFAT kelakuan rohani, sir.
Iaitu jalan penghulu kita Nabi MUHAMMAD.
Karena lafadz MUHAMMAD itu ada empat huruf iaitu:
1. MIM Awal
2. HA
3. MIM Akhir
4. DAL
Adapun huruf MIM Awal itu ibarat KEPALA. Adapun huruf HA itu
ibarat DADA. Adapun huruf MIM Akhir itu ibarat PUSAT (PUSER). Adapun
huruf DAL itu ibarat KAKI.
Adapun huruf MIM Awal itu MAQAM-nya kepada alam LAHUT. Adapun
huruf HA itu MAQAM-nya kepada alam JABARUT. Adapun huruf MIM Akhir itu
MAQAM-nya kepada alam MALAKUT. Adapun huruf DAL itu MAQAM-nya kepada
alam NASUWAT (NASUT).
Sah dan lagi lafadz ALLAH terdiri dari empat huruf:
1. ALIF
2. LAM Awal
3. LAM Akhir
4. HA
Adapun huruf ALIF itu nyatanya kepada Af’AL Allah. Adapun
huruf LAM Awal itu nyatanya kepada ASMA Allah. Adapun huruf LAM Akhir
itu nyatanya kepada SIFAT Allah. Adapun huruf HA itu nyatanya kepada
dZAT Allah.
Adapun AF’AL itu nyata kepada TUBUH kita. Adapun ASMA itu
nyata kepada HATI kita. Adapun SIFAT itu nyata kepada NYAWA kita. Adapun
dZAT itu nyata kepada ROHANI kita.
Alam.
INILAH PULA tentang menyatakan ALAM. Adapun ALAM itu atas dua perkara:
1. ALAM KABIR (ALAM BESAR – ALAM NYATA).
2. ALAM SYAQIR (ALAM KECIL – ALAM DIRI KITA).
Adapun ALAM KABIR itu adalah alam yang NYATA INI. Adapun ALAM
SYAQIR itu adalah alam DIRI KITA INI. ALAM KABIR (ALAM BESAR) itu sudah
terkandung didalam ALAM SYAQIR karena ALAM SYAQIR itu bersamaan tiada
kurang dan tiada lebih, lengkap dengan segala isinya bumi dan langit,
arasy dan kursy, syurga, neraka, lauhun (tinta – dakwat) dan qolam
(pena), matahari, bulan dan bintang.
Adapun BUMI – JASMANI d idalam tubuh kita itu terdiri atas tujuh lapis iaitu:
1. BULU
2. KULIT
3. DAGING
4. URAT
5. DARAH
6. TULANG
7. LEMAK (SUM-SUM)
Adapun LANGIT – ROHANI (OTAK – ARASY) di dalam tubuh kita itu terdiri atas tujuh lapis pula:
1. DIMAK (LAPISAN BERPIKIR – RUH NABATI)
2. MANIK (LAPISAN PANDANGAN – RUH HEWANI)
3. NAFSU (RUH JASMANI)
4. BUDI (RUH NAFASANI)
5. SUKMA (RUH ROHANI)
6. RASA (RUH NURANI)
7. RAHASIA (RUH IDHAFI)
Adapun MATAHARI di dalam tubuh kita yaitu NYAWA kita. Adapun
BULAN di dalam tubuh kita, iaitu AKAL kita. Adapun BINTANG didalam tubuh
kita, iaitu ILMU kita (ada yang banyak dan ada pula yang sedikit).
Adapun SYURGA di dalam tubuh kita, iaitu AMAL SHALEH kita. Adapun NERAKA
di dalam tubuh kita, iaitu DOSA-DOSA kita.
Adapun LAUT di dalam tubuh kita ada dua iaitu:
1. LAUT ASIN (masin)
2. LAUT TAWAR
Adapun LAUT ASIN di dalam tubuh kita, iaitu AIR MATA kita. Adapun LAUT TAWAR di dalam tubuh kita, iaitu AIR LUDAH kita.
Adapun MAHLIGAI di dalam tubuh kita ada tujuh pula iaitu:
1. DADA
2. QALBUN
3. BUDI
4. JINEM
5. NYAWA
6. RASA
7. RAHASIA
Di dalam DADA itu QALBUN dan di
dalam QALBUN itu BUDI dan di dalam BUDI itu JINEM dan di dalam JINEM itu
NYAWA dan di dalam NYAWA itu RASA dan di dalam RASA itu RAHASIA (SIR).
Semoga bermanfaat.
Salam
Tahjudin
Rahasia Sholat
Solat adalah jalan bagi seseorang hamba untuk menemui Penciptanya.
Dalam satu rakaat solat yang kita lakukan itu terdiri daripada tujuh gerakan atau perbuatan iaitu:
Takbir
Berdiri
Rukuk
Iktidal
Sujud pertama
Duduk iftirasi (antara dua sujud)
Sujud kedua.
Tahapan-tahapan gerakan di dalam
solat itu sebenarnya adalah tahapan pengembaraan ruh menuju langit yang
ketuju. Apakah yang dikatakan langit ketujuh itu?
Dalam pengajian martabat tujuh dan kajian sufi, terdapat
tujuh peringkat tajalli Tuhan, bermula dari Ahdah hinggalah ke Alam
Insan. Jadi langit ketujuh mengikut sufi adalah Alam Lahut atau Ahdah.
Semasa solat berlaku dua kefanaan, fana yang pertama adalah
fana kepada Rasul, iaitu semasa sujud yang pertama, dan fana yang kedua
adalah fana kepada Dzat Allah, semasa sujud kedua.
Dalam fana Rasul kefanaan tidaklah total, kerana hamba mungkin masih sadar tentang hal-hal dunia semasa solat.
Fana Rasul atau Nur Muhammad ini adalah perjalanan menuju
langit keenam (Wahdah), manakala pada langit ketujuh (Ahdah), gerakan
sujud kedua itu, adalah puncaknya seorang hamba menghamba diri kepada
Allah, iaitu dengan kefanaan yang luar biasa (tidak satupun yang tinggal
hanya Allah).
Bagaimanapun, tidak mungkin hamba dapat bertemu Allah tanpa menzakatkan diri (mati sebelum mati). QS Al Baqarah 2: 110: Kerjakanlah solat dan berzakatlah.
Bagi kaum sufi hakikat zakat adalah mengorbankan diri (mati sebelum mati).
Qs An Nisa 4:66: Korbankanlah dirimu dan keluarlah dari kampungmu.
Nah,,
Pasti solat adalah alat yang
dapat menemukan hamba dengan Penciptanya, jadi sangat hairan,
seseorang yang telah makrifatullah, tetapi masih tidak solat, tidak
mungkin orang makrifatullah tidak solat.
Cuba fikirkan,
MasyaAllah.
Rahsia diam
Seorang salik akan memasuki
satu keadaan seperti keadaan orang yang sedang tidur ataupun istilah
yang biasa didengar ‘mati sebelum mati’, ataupun dengan istilah yang
mudah ‘diam’, iaitu fikiran tidak bergerak, batin dan jasad juga tidak
bergerak.
Qs Az Zumar 39:42:
Allah mematikan manusia
(memegang rohnya) ketika mati, dan bagi yang belum mati di dalam
tidurnya, lalu Allah menahan roh orang yang telah ditetapkan kematiannya
dan melepaskan roh orang yang lain (tidur) sampai waktu yang
ditentukan.
(Bagi salik yang mencapai tahap ini ia berpeluang untuk memasuki alam ruh dengan izin Allah).
Keadaan diam ini dilakukan supaya pencinta mencapai keadaan ‘mati sebelum mati’ atau ‘keadaan semacam orang tidur’.
Untuk mencapai keadaan ini, diam ini perlulah berhujung
kepada hilangnya semua perasaan dan fikiran, sehingga tercapai keadaan
ketiadaan rasa apa-apa pun, tetapi masih dalam kesadaran.
Diam itu tidak bergerak
Tidak bergerak itu mati
Mati itu hakikat tiada
Tiada itu adalah kekosongan
(hanya ada Allah)
Sebelum salik mencapai makam diam ini, salik perlu melepasi beberapa tahapan sebelumnya iaitu:
Fana Rasul
Fana Allah
Baqa Allah
Liqa Allah (aspek wujud Allah).
Bagi pencinta Allah ingatlah bahawa:
Diam itu adalah singgahsana NYA
Diam itu adalah Hakikat Muhamad (Wahdah)
Diam itu adalah sumber Kun Fayakun
Diam itu mengangkat salik ke makam Insan Kamil Mukamil.
Tanpa proses ‘diam’ ‘kepongpong tidak akan menjadi kupu-kupu’.
Jelaslah sangat penting proses
diam ini,, umpama menunaikan haji di Mekah, tanpa wukuf di Arafah,, maka
tiadalah haji. (ia tidak boleh diganti dengan dam), perlu dilakukan
sendiri.
MasyaAllah.
Di dalam kitab Syarabul Asykin,
sebuah kitab lama, karangan sufi terkenal Hamzah Fansuri, ana dapati
ada dua soalan yang sesuai untuk ditanyakan pada sepanjang zaman.
Soalan yang sering ditanya oleh pencari Allah:
- Jikalau Dzat Allah pada sekelian semesta alam lengkap, kepada najis dapatkah dikatakan lengkap?
- Jikalau Dzat Allah lengkap
kepada makhluk (manusia), maka siapakah yang merasai seksa neraka dan
siapa pula yang merasai nikmat syurga?
Mari kita lihat, jawapan yang diberikan oleh Sufi terkenal itu:
Soalan pertama:
- Jikalau Dzat Allah pada sekelian semesta alam lengkap, kepada najis dapatkah dikatakan lengkap?
Jawapan:
Seperti panas lengkap kepada sekelian alam, kepada najis pun
lengkap, kepada benda busuk pun lengkap, kepada baik pun lengkap, kepada
jahat pun lengkap, kepada Kaabah pun lengkap, kepada rumah berhala pun
lengkap, kepada sekeliannya pun lengkap:
Kepada najis ia tidak akan najis, kepada busuk ia tidak akan
busuk, kepada baik ia tidak akan baik, kepada jahat ia tidak akan jahat:
Daripada kaabah tidak ia beroleh kebajikan, daripada rumah berhala tidak ia beroleh kejahatan:
Sedangkan panas lagi demikian, lagikan pula Allah SWT, suci
daripada segala suci, maka fikirkanlah supaya mendapat fahaman yang
benar.
Soalan kedua:
- Jikalau Dzat Allah lengkap kepada makhluk (manusia), maka
siapakah yang merasai seksa neraka dan siapa pula yang merasai nikmat
syurga?
Jawapan:
Seperti emas dan asyrafi (kotoran), (emas mengandungi
asyrafi), jikalau dibakar asyrafi juga yang hangus terbakar, emas tidak
terbakar. Sungguhpun asyrafi dan emas tidak bercerai antara satu sama
lain, apabila dibakar asyrafi juga yang hangus, emas tetap baqa (kekal).
Asyrafi umpama makhluk dan emas umpama Khaliq (Tuhan);
apabila dibakar makhluk juga yang hangus dan binasa, Tuhan tetap baqa
(kekal).
(ulasan: Hamba tetap hamba dan Tuhan tetap Tuhan, kenyataan ini adalah benar, dan ia tidak perlu diragukan lagi.
Bagi mereka yang berada di makam
ini, mereka berpendapat hamba dan Tuhan itu, tidak esa, tetapi dua.
Maka jadilah tuhan dan hamba itu dua. Jikalau demikian mereka tertakluk
di bawah hukum qada dan qadar. Maka buat baik dibalas baik dan buat
jahat dibalas jahat.
Bagaimanapun, bagi mereka yang
makrifatullah, mereka tahu bahawa hamba dan Tuhan itu esa jua. Sebagai
analogi mereka yang makrifatullah ini, umpama ombak kembali menjadi
Laut.
Nah,,
Jikalau demikian, adakah mereka tertakluk kepada hukum QADA DAN QADAR? Adakah mereka kena seksa juga?)
Cuba fikirkan.
MasyaAllah.