Laman

Jumat, 30 Agustus 2013

Ikhlas dan Cara belajar Ikhlas

Semoga Allah mengaruniakan kepada kita hati yang ikhlas. karena betapapun kita melakukan sesuatu hingga bersimbah peluh berkuah keringat, habis tenaga dan terkuras pikiran, kalau tidak ikhlas melakukannya, tidak akan ada nilainya di hadapan Allah. Bertempur melawan musuh, tapi kalau hanya ingin disebut sebagai pahlawan, ia tidak memiliki nilai apapun. Menafkahkan seluruh harta kalau hanya ingin disebut sebagai dermawan, ia pun tidak akan memiliki nilai apapun. Mengumandangkan adzan setiap waktu shalat, tapi selama adzan bukan Allah yang dituju, hanya sekedar ingin memamerkan keindahan suara supaya menjadi juara adzan atau menggetarkan hati seseorang, maka itu hanya teriakan-teriakan yang tidak bernilai di hadapan Allah, tidak bernilai!

Ikhlas, terletak pada niat hati. Luar biasa sekali pentingnya niat ini, karena niat adalah pengikat amal. Orang-orang yang tidak pernah memperhatikan niat yang ada di dalam hatinya, siap-siaplah untuk membuang waktu, tenaga, dan harta dengan tiada arti. Keikhlasan seseorang benar-benar menjadi amat penting dan akan membuat hidup ini sangat mudah, indah, dan jauh lebih bermakna.

Apakah ikhlas itu? Orang yang ikhlas adalah orang yang tidak menyertakan kepentingan pribadi atau imbalan duniawi dari apa yang dapat ia lakukan. Konsentrasi orang yang ikhlas cuma satu, yaitu bagaimana agar apa yang dilakukannya diterima oleh Allah SWT. Jadi ketika sedang memasukan uang ke dalam kotak infaq, maka fokus pikiran kita tidak ke kiri dan ke kanan, tapi pikiran kita terfokus bagaimana agar uang yang dinafkahkan itu diterima di sisi Allah.

Setiap amal itu tergantung kepada niatnya. Rasulullah bersabda:
"Sesungguhnya amal itu tidak lain hanyalah dengan niat dan sesungguhnya bagi setiap orang apa yang diniatkan." (HR Al-Bukhari dan Muslim)

Untuk menjadi betul-betul ikhlas, ada tiga perkara yang boleh kita perhatikan.

Pertama, ketahui cara untuk menguji keikhlasan. Caranya mudah saja. Cuba anda bayangkan jika suasana dunia atau persekitaran yang terkait dengan amal itu ditiadakan, adakah anda akan tetap melakukan amal tersebut? Contohnya, katakan suatu hari bos anda berkata: "Hari ini bekerjalah tanpa gaji, bantu saya." Adakah anda terasa senang hati melakukan kerja itu? Katakan anda seorang imam. Jika anda bersolat sendirian, adakah anda masih mencantikkan bacaan dan membaca surah yang panjang? Jika kualiti dan tekad amal anda kekal serupa walaupun ketika ditiadakan elemen duniawi, insya-Allah anda memang melakukannya untuk Rabb yang sedang melihat anda.

Kedua, adakah anda kerap gelisah andaikata anda tidak ikhlas? Jika ya, maknanya anda memang sudah ikhlas, atau sedang menuju keikhlasan, insya-Allah. Ini satu konsep berfikir antogonistik yang menarik. Sebab, perasaan bahawa diri sedang ikhlas berkemungkinan hanya pada perkataan semata-mata. Manakala kegelisahan merasakan amal yang dilakukan tidak ikhlas akan menyebabkan kita sentiasa bermuhasabah. Kegelisahan sebeginilah yang memudahkan kita mencapai keikhlasan.

Ketiga, berlatihlah untuk ikhlas walaupun terasa payah. Sebenarnya, setiap ciri-ciri mulia dalam Islam memerlukan latihan walaupun secara paksa, seperti sabar, menjaga pandangan, menjaga lisan, merendah diri dan sebagainya. Kalau kita hanya menunggu perasaan 'rela hati' untuk hadir, maka saya khuatir kita tidak akan mempunyai ciri-ciri mulia ini kecuali kalau Allah mengasihani kita. Cara kita melatih keikhlasan ialah dengan memastikan kita berniat setiap kali sebelum beraktiviti. Jangan mulakan sebarang aktiviti tanpa niat yang betul kerana Allah. Insya-Allah lama kelamaan niat yang ikhlas akan menjadi satu tabiat semulajadi.

Al-Fudhail berkata, “Meninggalkan amal karena manusia adalah riya’, Mengerjakan amal karena manusia adalah syirik. Sedangkan ikhlas ialah jika Allah memberikan anugerah kepadamu untuk meninggalkan keduanya.”

Al-Junaid berkata, “Ikhlas merupakan rahasia antara Allah dan hamba, yang tidak diketahui kecuali oleh malaikat sehingga dia menulis-nya, tidak diketahui syetan sehingga dia merusaknya dan tidak pula diketahui hawa nafsu sehingga dia mencondongkannya.”

Yusuf bin Al-Husain berkata. “Sesuatu yang paling mulia di dunia adalah ikhlas. Berapa banyak aku mengenyahkan riya’ dari hatiku, tapi seakan-akan ia tumbuh dalam rupa yang lain.”

Semoga Bermanfaat....

Sabtu, 10 Agustus 2013

KITAB ILMU

Ringkasan dari Kitab Ilmu "IHYA ULUMIDDIN"

Saya mulakan ringkasan ini dengan ungkapan terindah untuk Yang Maha Esa..Alhamdulillah..Untuk pendahuluan dari Imam Al-Ghazali,ilmu itu terbahagi kepada 2 iaitu ilmu mu'amalah iaitu ilmu yang mesti kita ketahui dan amalkannya. Yang kedua ialah ilmu mukasyafah
,iaitu ilmu yang diminta untuk mengetahuinya sahaja seperti ilmu berkenaan alam akhirat.
Mengenai kelebihan ilmu pula,Imam Al-Ghazali membahaskan pelbagai hadis dah ayat2 Allah, ini adalah sebahagian daripadanya

sabda Rasulullah SAW :

"Bahawasanya sedikit amalan adalah bermanfaat dengan disertai ilmu mengenai Allah. Dan bahawasanya banyak amal tidak bermanfaat bila disertai kebodohan mengenal Allah SWT"
(HR At-Tabrani dari Abu Musa)

Dari Ibnu Abbas RA. beliau mengatakan:

"Bertukar fikiran tentang ilmu di sebahagian dari malam adlah lebih aku sukai daripada berbuat ibadah di malam itu. Begitu juga halnya dengan Abu Hurairah RA dan Imam Ahmad bin Hambal

Hadis ini mungkin dapat menyokong mengenai kelebihan ilmu itu berbanding amalan lain.
Sabda Rasulullah SAW:

"Suatu bab dari ilmu yang dipelajari seseorang itu adalah lebih baik baginya dari dunia dan isinya" (HR Ibnu Hibban dan Ibnu Abdul-Birri dari Hassan Al-Basri)

KEPENTINGAN ILMU

Berkata As-Sirri (guru Imam Al-Ghazali) pada suatu hari bahawa

“orang yang memperoleh hadits dan ilmu, kemudian bertasawwuf,maka akan memperoleh kemenangan. Dan orang yang bertasawwuf sebelum berilmu maka akan membahayakan dirinya”

As-Sirri mengatakan demikian kerana, barangsiapa ingin bertasawwuf yang membawa erti mengikuti jalan para Sufi ataupun jalan Tareqat, mereka perlulah mempunyai ilmu dahulu. Yang paling utama ialah ilmu tauhid, kerana kita boleh beramal tanpa ilmu,itu adalah sia-sia belaka bahkan boleh membawa kepada kesesatan tanpa kita sedari.

Sepertimana Rasulullah SAW pernah bersabda :

“Bahawasanya sedikit amalan adalah bermanfaat dengan disertai ilmu mengenal Allah. Dan bahawasanya banyak amal tidak bermanfaat bila disertai kebodohan mengenal Allah SWT”(HR Ibnu Abdil-Birri dari Anas RA)

Manakala Imam Al-Ghazali menambah lagi bahawa ilmu itu adalah jalan ke negeri akhirat, kebahagiaan akhirat dan jalan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT. Dan tidak akan sampai dan kenal kita kepada-NYA selain dengan ilmu. Ilmu ini perlulah kita pelajari daripada tuan-tuan guru yang mursyid.

ILMU YANG TERTINGGI DAN TERPENTING

Dari Imam Al-Ghazali, adapun ilmu yang setinggi-tingginya ialah ilmu mengenai Allah Ta’ala, sifatNya, af’alNya, sunnahNya, dan menjadikan akhirat yang paling utama berbanding dunia dan makhluk.

Dan kunci untuk mendapatkan ilmu ini ialah
• Mujahadah (Kesungguhan dalam mencari dan mengamalkan ilmu)
• Latihan(riadhah)
• Kebersihan Hati
• Zuhud (kebebasan hati daripada segala ikatan duniawi dan mencontohi para Nabi dan Wali)

Semua ilmu ini tidak dapat dicapai tanpa ilmu sifat hati, kerana manusia tidak terlepas daripada sifat yang tercela seperti dengki,ria,takabur,sombong dan sebagainya. Untuk itu,kita perlulah mensucikan batin dan mencabut segala niat jahat yang selama ini telah bersarang didalam hati. Amalan zahir itu amat mudah untuk diamalkan tetapi amalan hati@batin itu amatlah sukar untuk melaksanakannya.

Janganlah kamu menghabiskan umur pada satu pengetahuan@ilmu sahaja kerana Ketahuilah bahawa imu itu banyak manakala umur itu amatlah pendek.

TUGAS SEORANG PELAJAR

Adapun seorang pelajar itu perlulah mengikuti turutan tugas ini kerana ia disusun mengikut tingkatan pemahaman seseorang pelajar itu. Imam Al-Ghazali juga pernah berkata bahawa

“jangan bertanya tentang sesuatu sebelum sampai tingkatan kamu untuk memahaminya”.
Ia sepertimana kisah Nabi Allah Khaidir dan Nabi Musa AS.

Untuk mempelajari walau apa jua ilmu sekalipun, seorang pelajar perlulah mencari seorang guru yang benar-benar mursyid (penunjuk jalan kebenaran) untuk mengajarkannya. Kerana menuntut ilmu tanpa guru itu amatlah sesat, ulama mengatakan ia umpama berguru dengan syaitan.Nauzubillah…

Tugas pertama- Mendahulukan mensucikan batin dari kerendahan budi dan sifat-sifat yang tercela. Kerana ilmu pengetahuan itu adalah kebaktian hati,solat batin dan pendekatan jiwa kepada Allah SWT. Tanpa kebersihan dan keikhlasan hati, pastinya ilmu itu tidak akan kita perolehi.

Tugas Kedua – Seorang pelajar itu hendaklah mengurangkan hubungannya dengan sibuk kepada urusan duniawi tanpa menghiraukan bahagiannya di akhirat kelak. Ketahuilah apabila fikiran itu telah terbagi-bagi kepada pelbagai urusan, maka kuranglah tumpuannya untuk mendalami ilmu Allah ini.

Tugas Ketiga – Seorang pelajar itu janganlah sampai menyombongkan dirinya dengan ilmu yang telah diperoleh dan jangan pula sampai menentang gurunya. Seharusnya pelajar itu tunduk dan hormat kepada gurunya.

Tugas keempat – Seorang pelajar itu hendaklah tidak memasuki sesuatu bidang itu secara serentak. Tetapi perlulah memulainya dengan yang lebih penting. Seperti mempelajari ilmu tauhid (sifat 20) terlebih dahulu. Selepas itu barulah ilmu ibadat (solat,puasa,haji dsb). Dan selepas itu barulah ilmu usul-fiqh,muamalat,jenayat dan seterusnya.

Tugas kelima – Pelajar itu tidak menggelumangkan dirinya dalam sesuatu ilmu pengetahuan sebelum menyempurnakan bidang yang sebelumnya. Kerana sesungguhnya ilmu pengetahuan itu tersusun mengikut tertib. Dan tujuan dalam segala ilmu yang dipelajari adalah untuk mendaki kepada ilmu yang lebih tinggi, sehinggalah sampai kepada maqam Ma’rifatullah (mengenal Allah SWT). Sebelum mendaki kepada ilmu yang lebih tinggi,seharusnya kita benar-benar menguasai permulaannya baik dari segi ilmiah mahupun amaliah

Syarat-Syarat untuk seseorang itu digelar Ulama

1)Berkemampuan untuk menggali hukum dari Al-Quran.termasuk didalamnya harus mengetahui
Asbab al-Nuzul(latar belakang turunnya Al-Quran), Nasikh Mansukh (ayat yang mengganti atau diganti),
Mujmal-Mubayyan (Kalimat yang global dan parsial),Al-Amwa Al-Khash (kalimat yang umum dan khusus),
Muhkam-Mutasyabih (kalimat yang jelas dan samar)

2)Memiliki ilmu yang luas tentang Hadis Nabi Muhammad SAW, terutama yang berkaitan dengan persoalan hukum seperti
Asbab Al-Wurud (latar belakang munculnya Hadis) dan Rijal Al-Hadis (sejarah para perawi hadis).

3)Menguasai persoalan-persoalan yang disepakati Ulama (Ijma')

4)Memahami Qiyas serta dapat menggunakannya dalam usaha menghasilkan sebuah hukum.

5)Menguasai Bahasa Arab dan gramatikanya secara mendalam, seperti Ilmu Nahwu,Sharf,Balaghah dan lainnya.
Juga harus menguasai Kaidah-Kaidah Ushul Al-Fiqh (cara memproduksi hukum)

6)Memahami serta menghayati tujuan utama pemberlakuan hukum Islam. Yakni memahami bahawa tujuan utama hukum Islam
adalah Rahmah li Al-Alamin, yang terpusat pada usaha untuk menjaga perkara Dharuriyyat(primer atau pokok),
Hajiyyat(sekunder atau pelengkap), dan tahsiniyyat(tersier dan keindahan)

7)Mempunyai pemahaman serta metodologi yang dapat dibenarkan untuk menghasilkan keputusan hukum.

8)Mempunya niat dan akidah yang benar.Dengan kata lain,tujuannya bukan mengejar dan mencari pangkat serta kedudukan
duniawi.Namun niatnya murni kerana Allah SWT, ingin mencari hukum demi kemaslahatan seluruh manusia.

(USHUL AL-FIQH,ABU ZAHRAH,380-389)

diambil dari FIQH TRADISIONALIS,39-40 oleh KH Muhyiddin Abdusshomad

NASIHAT SYEIKH ABDUL QADIR AL-JAILANI


Alhamdulillah,akhirnya selesailah saya membaca dan menghayati mutiara kata dan nasihat-nasihat daripada Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani ini. Buku ini saya dapatkannya dari Perpustakaan Sultanah Zanariah UTM. Pada mulanya, perancangan ialah ingin mencari buku berkaitan aliran Tariqat, tetapi apabila terjumpa buku ini, hati ini tertarik rasanya ingin membacanya kerana Syeikh Abdul Qadir adalah ahli sufi yang amat terkenal didunia islam.

Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani atau nama sebenar beliau ialah Muhyiddin Abu Muhammad Abdul Qadir. Beliau adalah keturunan Rasulullah SAW melalui puteri Baginda Siti Fatimah Al-Zahra. Beliau adalah seorang ahli sufi yang tidak asing lagi di dunia islam, sehinggakan terdapat satu aliran Tariqat yang diasaskannya iaitu Tarikat Qadariah. Tulisan, nasihat dan buah fikiran beliau berkenaan dengan ketuhanan dan tasawuf sentiasa mendapat perhatian dan menjadi rujukan walaupun ianya telah berlalu lebih kurang 900 tahun yang lampau. Sama-samalah kita hayatinya dan semoga kita semua dapat mengambil sedikit pengajaran daripada tulisan ini.

TUNDUKKAN NAFSUMU SEBELUM ENGKAU DITUNDUKKANNYA.
(disampaikan di Madrasah al-Ma’murah,hari Ahad pagi,3 Syawal 545 H)

Sesungguhnya, siapa yang ingin memperbaiki dirinya, maka hendaklah dia berlatih memerangi nafsunya, sehingga dirinya bebas daripada cengkaman nafsu kerana seluruh nafsu itu mengajak kepada kejahatan.

Hai pemuda…! Nasihatilah dirimu sendiri terlebih dahulu sebelum kamu menasihati orang lain.
Janganlah engkau berlebih-lebihan dalam menasihati orang lain sedangkan dalam dirimu sendiri masih bersemayam sesuatu yang engkau perlu perbaiki
Celakalah engkau…! Sekiranya engkau tahu bagaimana membersihkan orang lain, sedangkan engkau buta untuk membersihkan dirimu sendiri. Bagaimana seorang yang buta dapat memimpin orang lain.

“Wahai hati…! Wahai roh…! Wahai manusia..! Wahai jin…! Wahai orang-orang yang berharap kepada Maha Raja..! Marilah kita ketuk pintu Maha Raja. Bersegeralah kamu kepada-NYA dengan tapak hatimu, dengan tapak takwa dan tauhid kamu, makrifat dan kewarakan kamu yang tinggi, kezuhudan kamu di dunia, di akhirat dan didalam sesuatu selain daripada yang berkaitan secara langsung dengan Tuhanmu”.

Ketahuilah…! Bahawa taubat itu adalah pusat kekuasaan dan menyesali segala perbuatan. Tanggalkanlah baju kederhakaanmu itu dengan taubat yang tulus ikhlas. Jika engkau bertaubat, hendaklah taubat itu lahir dari hatimu, bertaubatlah engkau zahir dan batin.

SEGERA MENCAPAI PINTU TAUBAT
(Ahad,10 Syawal 545 H)
Sabda Rasulullah SAW :
“Barangsiapa yang dibukakan pintu kebaikan, maka hendaklah dia mencapainya, kerana sesungguhnya ia tidak mengetahui, bila pintu itu akan tertutup baginya”
Wahai pemuda. “Bertaubatlah kamu. Bukankah kamu telah melihat, bahawa Allah akan menguji kamu dengan berbagai dugaan hingga kamu bertaubat…? Sementara engkau tidak berfikir, mlahan engkau bertahan dalam kederhakaanmu itu.

-SAQJ berkata : “Tetaplah engkau untuk sentiasa redha dengan Allah, dalam keadaan petaka atau sengsara, dalam keadaan miskin atau kaya, dalam keadaan susah atau senang, dalam keadaan sihat atau sakit, dalam keadaan buruk atau baik, ketika memperoleh yang engkau kehendaki atau tidak. Aku tidak tahu ubat apa yang sesuai untukmu, selain daripada menyerahkan diri sepenuhnya kepada Allah yang Al-Haq. Jika dia menetapkan sesuatu yangmerugikan kamu, janganlah kamu benci kepada-NYA serta jangan pula kamu menjauhkan diri daripadanya.Kerana semua itu adalah ujian dan cubaan terhadapmu.

-jika sedar dan berubah,pasti Allah menukarkan kegelisahmu dengan ketenangan dan jiwamu akan menjadi tenang,tenteram dalam mentauhidkan-Nya.

Jika Al-Haq menghendaki agar hambanya menjadi baik, maka Dia akan memberikan Hidayah, mengajar mereka, mengawasi mereka, menerangi mereka, memberikan kesempatan kepada mereka, mendekatkan mereka kepada-Nya dan memberikan sinar kedalam hati mereka.

Celakalah kamu, kamu membaca dan menghafal sunnah Rasulullah, tetapi kamu tidak mengamalkannya. Engkau menyuruh manusia mengerjakan kebaikan sedangkan engkau sendiri tidak melakukannya.
Seperti Firman Allah SWT dalam surah Al-Shaf ayat 3 yang bermaksud :
“Sebesar-besar kebencian Allah, ialah bahawa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan”

Sesiapa yang telah beramal sehingga kemudian mereka mencapai satu kedudukan(maqam) dimana tiada lagi perintah ataupun larangan. Tidak henti-henti mereka menyendiri(khalwat) bersama ALLAH. Kerana meninggalkan ibadah-ibadah wajib, bermakna seorang itu telah jatuh Zindiq. Tidak ada kewajipan yang gugur dari seseorang, walau dalam keadaan bagaimana juapun dia, atau apa pun tahap dan maqamnya.

Wahai kaumku, Ambillah nasihat dari Al-Quran itu dengan mengamalkannya, bukan dengan mendiskusi, memperdebat, atau menseminarkannya.

“Tidak akan ada kebahagiaan di hatimu, apabila disana bersemayam sesuatu selain Allah, bahkan seandainya kamu sujud selama seribu tahun diatas bara api sekalipun, sementara hatimu kepada selain Allah, maka hal itu tidak bermanfaat kepadamu.

Hati..! Hatilah yang beriman…! Hatilah yang mengesakan Allah…! Hatilah yang memurnikan aqidah..! Hatilah yang ikhlas…! Hatilah yang bertakwa…! Hatilah yang memelihara diri daripada yang Haram dan Syubhat…! Hatilah yang yakin…! Hatilah yang zuhud…! Hatilah yang arif…! Hatilah yang beramal…! Hatilah yang memimpin seluruh tubuh manusia, sementara seluruh anggota adalah anggota pasukan dan pengikutnya. Oleh itu, jika kamu ingin menyucapkan LAILA HAILLALLAH, maka lebih dulu hendaklah kamu ucapkan dengan hatimu, kemudian kamu iringinya dengan lidah.

Jihad Batin – Lebih berat dari jihad zahir kerana jihad batin adalah satu jihad yang berterusan. Bermaksud memutuskan semua kehendak dan dorongan hawa nafsu untuk melakukan perkara-perkara yang terlarang serta mengekang keinginan terhadapnya.

Wahai hamba…! Setiap yang engkau pandang sebagai kebaikan dan engkau mencintainya, maka cintamu itu adalah bukan cinta yang sejati. Engkau sedang terpedaya. Cinta yang hakiki adalah cinta yang tidak berubah, iaitu cinta kepada Allah, yakni cinta yang engkau lihat dengan dua mata hatimu, iaitu cinta para Al-Shiddiqin Ruhaniyyin. Mereka tidam menyintai dengan keimanan mereka, tetapi dengan keyakinan dan mata hati mereka. Terbukalah hijab yang menyelubungi mata hati mereka, sehingga mereka mampu melihat apa yang ada di alam ghaib, melihat sesuatu yang tidak mungkin bagi mereka untuk menjelaskannya.

Seorang yang berzuhud dan berada pada tahap permulaan, mesti menghindarkan diri daripada semua manusia dan orang-orang fasiq yang melakukan maksiat. Tetapi setelah mencapai tahap kesempurnaan, dia tidak akan menghindarkan,diri bahkan dia akan mencari mereka kerana penawar mereka itu ada padanya. Kerana apabila seseorang itu telah mengenal Allah, dia tidak akan menghindar dari sesuatu apapun dan tidak akan takut selain daripada Allah. Barangsiapa yang sudah sempurna ma’rifatnya kepada Allah, maka ma’rifat itulah yang akan menjadi pemandu baginya.

Seseorang bertanya kepada Syeikh bagaimana untuk mengeluarkan cinta kepada dunia.
“Hendaklah engkau melihat dengan kedua-dua mata hatimu kepada cacat-cela dunia ini. Perangilah hawa nafsumu hingga ia menjadi tenang. Jika nafsumu telah tenang, maka engkau akan mampu melihat cacat-cela dunia ini dan kamu akan bersikap zuhud terhadap dunia ini. Ketenangan itu akan wujud jika engkau memandang dari hati dan menyesuaikannya dengan bisikan batinmu.

“Jika engkau menginginkan kema’rifatan kepada Allah, maka engkau redhalah dengan qada dan qadar-Nya, dan janganlah engkau jadikan nafsu, syahwat, perangai, dan keinginanmu sebagai sekutu bagi-Nya dalam kedua-dua hal tersebut.”

Ketahuilah bahawa para guru amal dan guru ilmu akan menunjukkan engkau jalan menuju Allah. Langkah tahap pertama ialah dengan perkataan, dan pada tahap kedua ialah dengan mengamalkannya. Dengan cara ini, engkau akan bertemu dengan Allah.

Beramallah engkau kepadanya dan janganlah engkau mengharapkan pahala yang banyak. Beramallah dengan tujuan untuk mencapai dan meraih keredhaannya serta kedekata kepadanya. Pahala adalah keredhaan-Nya kepadamu dan kedekatanmu kepada-Nya dunia dan akhirat.

Peringkat pertama ialah engkau belajar kepada makhluk berkenaan hokum. Kemudian pada peringkat kedua hendaklah engkau belajar dari Khaliq mengenai ilmu Ladunni, Yakni ilmu-ilmu yang khusus untuk hati dan batin. Oleh itu carilah guru yang mursyid, kerana engkau tidak dapat belajar tanpa guru.

Barangsiapa di antara kamu yang ingin menghidupkan hatinya, maka hendaklah dia membiasakan berzikir kepada Allah didalam hatinya itu dan hendaklah dia merasakan ketenteraman bersama-Nya.Wahai hamba…! Berzikirlah engkau kepada Allah dengan hatimu sebanyak seribu kali dan dengan lisanmu sekali.

Berzikir yang dilakukan hanya dengan lisan tanpa menggunakan hati, tidak memberikan kemuliaan kepadamu. Zikir adalah zikir hati dan zikir batin, kemudian zikir lisan. Berzikirlah kamu kepada-Nya, sehingga zikir itu melebur dosa-dosamu, dengan demikian engkau tidak menanggung dosa sama sekali.

TINGKATAN IMAN

Martabat Iman (Tingkatan Iman)

1. Iman yang terbit daripada “Taklid”
-Hasil daripada mengikut fahaman orang lain,contohnya mengikut apa yang dikatakan dan diajarkan oleh para Guru. Iman ini sangat lemah kerana tiada bukti dan hujah dapat dikemukakan oleh seseorang itu apabila timbul keraguan.Hanya berpandukan penerangan sesorang itu sahaja.

2. Iman yang tebit daripada “Ilmu”
-Hasil daripada pembelajaran mengenai dalil-dalil dan hujah-hujah yang berpandukan Al-Quran,hadis dan para Ulama. Sesiapa yang telah mencapai tingkatan iman ini,mereka akan berasa yakin dan mampu untuk menerangkan dan menghayati hakikat iman itu sendiri.

3. Iman yang terbit daripada “Ayan”(ainun-mata)
-Hasil daripada “muraqabatullah” iaitu rasa sentiasa diperhatikan oleh Allah dalam apa jua keadaan sekalipun. Tingkatan ini dikurniakan oleh Allah kepada insan yang terpilih sahaja

4. Iman yang terbit daripada “Hak”
-Hasil daripada “musyahadatullah” iaitu dapat melihat Allah dengan mata hati. Juga dikurniakan kepada insane terpilih sahaja

5. Iman yang terbit daripada “Hakikat”
-Hasil daripada “fana’unfillah” iaitu tiada melihat selain dari Allah SWT. Para Wali Allah hanya dapat mencapai sehingga ke tingkatan iman ini. Dimana mereka menjadi fana’ kepada Allah dan tidak dapat menyedari dan mengawalnya.

6. Iman yang terbit daripada “Hakikatul hakikat”
-Juga hasil daripada “fana’unfillah” tetapi tingkatan ini hanya dikurniakan oleh Allah kepada para Anbia sahaja. Dimana para nabi dan Rasul fana’ kepada Allah dengan dapat melihat zat Allah itu tetapi masih mampu untuk mengawalnya dan hidup seperti manusia biasa. Seperti Rasulullah dapat melihat syurga dan neraka ketika Isra’ dan Mi’raj, tetapi masih turun kebumi dan dapat hidup seperti manusia biasa.

Oleh itu,marilah kita sama-sama menanam azam dihati untuk mempelajari dan meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kita semua sehingga sekurang-kurangnya mencapai tingkatan “Ilmu”. Tingkatan Iman ini hanya dapat dicapai dengan mengenalnya dengan mata hati.Oleh itu, sama-samalah kita mensucikan hati kita ini daripada sifat-sifat yang tercela yang selama ini telah menutup mata hati kita daripada mengenal Allah SWT.Semoga kita semua sentiasa dibukankan pintu hati oleh Allah SWT untuk dipermudahkan mempelajari ilmunya ini…Amin ya rabbal alamin...

TINGKATAN DAN MAQAM ZIKIR



 
JANGAN MENINGGALKAN ZIKIR LANTARAN ENGKAU BELUM SELALU INGAT KEPADA ALLAH S.W.T KETIKA BERZIKIR, SEBAB KELALAIAN KAMU TERHADAP ALLAH S.W.T KETIKA TIDAK BERZIKIR LEBIH BAHAYA DARIPADA KELALAIAN KAMU TERHADAP ALLAH S.W.T KETIKA KAMU BERZIKIR. 

SEMOGA ALLAH S.W.T MENAIKKAN DARJAT KAMU DARIPADA ZIKIR DENGAN KELALAIAN KEPADA ZIKIR YANG DISERTAI INGAT KEPADA ALLAH S.W.T, DAN MUDAH-MUDAHAN ALLAH S.W.T AKAN MENGANGKAT KAMU DARIPADA ZIKIR YANG BESERTA KEHADIRAN ALLAH S.W.T DI DALAM HATI KAMU KEPADA ZIKIR DI MANA LENYAPNYA SEGALA SESUATU SELAIN ALLAH S.W.T. HAL YANG DEMIKIAN ITU TIDAKLAH SUKAR BAGI ALLAH S.W.T.

Empat keadaan yang berkaitan dengan zikir:

1: Tidak berzikir langsung.
2: Berzikir dalam keadaan hati tidak ingat kepada Allah s.w.t.
3: Berzikir dengan disertai rasa kehadiran Allah s.w.t di dalam hati.
4: Berzikir dalam keadaan fana dari makhluk, lenyap segala sesuatu dari hati, hanya Allah s.w.t sahaja yang ada.

Bukanlah sukar bagi Allah s.w.t untuk mengubah suasana hati hamba-Nya yang berzikir dari suasana yang kurang baik kepada yang lebih baik hingga mencapai yang terbaik.

Kerohanian manusia berada dalam beberapa darjat, maka suasana zikir juga berbeza-beza, mengikut darjat rohaninya. Darjat yang paling rendah adalah si raghib yang telah tenat dikuasai oleh syaitan dan dunia. Cahaya api syaitan dan fatamorgana dunia menutup hatinya sehingga dia tidak sedikit pun mengingati Allah s.w.t. Seruan, peringatan dan ayat-ayat Allah s.w.t tidak melekat pada hatinya. Inilah golongan Islam yang dijajah oleh sifat munafik. Golongan ini tidak berzikir langsung.

Golongan kedua berzikir dengan lidah tetapi hati tidak ikut berzikir. Lidah menyebut nama Allah s.w.t, tetapi ingatan tertuju kepada harta, pekerjaan, perempuan, hiburan dan lain-lain. Inilah golongan orang Islam yang awam. Mereka dinasihatkan supaya jangan meninggalkan zikir kerana dengan meninggalkan zikir mereka akan lebih dihanyutkan oleh kelalaian.. Tanpa zikir, syaitan akan lebih mudah memancarkan gambar-gambar tipuan kepada cermin hatinya dan dunia akan lebih kuat menutupinya. Zikir pada peringkat ini berperanan sebagai ‘juru ingat’. Sebutan lidah menjadi teman yang mengingatkan hati yang lalai. Lidah dan hati berperanan seperti dua orang yang mempunyai minat yang berbeza. Seorang enggan mendengar sebutan nama Allah s.w.t, sementara yang seorang lagi memaksanya mendengar dia menyebut nama Allah s.w.t. Sahabat yang berzikir (lidah) mestilah memaksa bersungguh-sungguh agar temannya (hati) mendengar ucapannya. Di sini terjadilah peperangan di antara tenaga zikir dengan tenaga syaitan yang disokong oleh tenaga dunia yang cuba menghalang tenaga zikir dari memasuki hati.
Golongan yang ke tiga pula adalah mereka yang tenaga zikirnya sudah berjaya memecahkan dinding yang dibina oleh syaitan dan dunia. Ucapan zikir sudah boleh masuk ke dalam hati. Tenaga zikir bertindak menyucikan hati daripada karat-karat yang melekat padanya. Pada mulanya ucapan zikir masuk ke dalam hati sebagai sebutan nama-nama Allah s.w.t. Setelah karat hati sudah hilang maka sebutan nama-nama Allah s.w.t akan disertai oleh rasa mesra yang mengandungi kelazatan. Pada peringkat ini zikir tidak lagi dibuat secara paksa. Hati akan berzikir tanpa menggunakan lidah. Sebutan nama-nama Allah s.w.t menghalakan hati kepada Empunya nama-nama, merasai sifat-sifat-Nya sebagaimana dinamakan.
Golongan ke empat
ialah mereka yang telah sepenuhnya dikuasai oleh Haq atau hal ketuhanan. Mereka sudah keluar dari sempadan alam maujud dan masuk ke dalam hal yang tidak ada alam, yang ada hanya Allah s.w.t. Tubuh kasar mereka masih berada di atas muka bumi, bersama-sama makhluk yang lain. Tetapi, kesedarannya terhadap dirinya dan makhluk sekaliannya sudah tidak ada, maka kewujudan sekalian yang maujud tidak sedikit pun mempengaruhi hatinya. Mereka karam dalam zikir dan yang dizikirkan. Mereka yang berada pada tahap ini telah terlepas dari ikatan manusiawi dan seterusnya mencapai penglihatan hakiki mata hati.

Mereka yang mempunyai penglihatan hakiki mata hati ada dua jenis. Jenis pertama adalah yang mempunyai nama dan tabir penutup. Hijab nama (asma’) tidak terangkat lalu dia melihat di dalam hijab. Dia melihat Allah s.w.t pada apa yang menghijabkannya. Zikirnya ialah nama yang padanya dia melihat Allah s.w.t. Jenis kedua pula ialah yang berpisah dengan nama dan hijab, lalu dia melihat Allah s.w.t dan merasakan ketenangan dengan penglihatan itu. Pada ketika itu tidak sepatah pun ucapan yang terucap olehnya dan tidak sepatah pun kalam yang terdengar padanya. Dia melihat nama itu tidak mempunyai kekuatan hukum apa pun selain-Nya. Bila nama dinafikan tibalah pada wusul (sampai). Bila tidak terlintas lagi nama tibalah pada ittisal (perhubungan). Nama yang tidak lagi terlintas disebabkan kuatnya tarikan dari yang dinamai. Makam ini dinamakan makam al-Buhut (kehairan-hairanan), kerana dia melihat Allah s.w.t dalam kehairan-hairanan, tiada ucapan kecuali pandangan. Inilah makam terakhir di mana semua hati terhenti di situ. Ia adalah tingkatan tertinggi tentang kecintaan terhadap zat Ilahiat.

Pada tahap ini Nur-Nya memancar, menyinar, menjulang naik ke lubuk hati. Peringkat ini sudah tiada zikir dan tiada pula yang berzikir, hanyalah memandang bukan berzikir dan tiada berbalik kembali pandangannya. Inilah hal yang dikatakan faham dengan tiada huraian pemahamannya dan mencapai dengan tiada sesuatu pencapaiannya. Insan di dalam hal ini sudah tidak lagi memohon fatwa, tidak memohon perkenan, tidak meminta pertolongan dan ucapan juga tiada. Baginya setiap sesuatu adalah ilmu dan setiap ilmu adalah zikir. Inilah hamba yang telah benar-benar berjaya menghimpun semua makam dan martabat. Dia sudah melihat takdir-takdir dan melihat bagaimana Allah s.w.t menghalau takdir demi takdir dan melihat bagaimana Allah s.w.t mengulangi takdir-takdir itu dengan berbagai-bagai cara yang dikehendaki-Nya kerana sesungguhnya Allah s.w.t sahaja yang memulakan penciptaan dan Dia juga yang mengulanginya. Penglihatannya tidak berbolak-balik lagi. Dia melihat Allah s.w.t di hadapan dan di belakang apa yang dilihatnya dan melihat Allah s.w.t dalam segala yang dilihatnya.

Apabila kerinduan terhadap Allah s.w.t telah menguasai hati seseorang hingga kepada tahap tiada ucapan yang boleh diucapkan maka keadaan itu dikatakan melihat Allah s.w.t yang tiada sesuatu yang menyamai-Nya, sebagaimana firman-Nya:

Tiada sesuatupun yang sebanding dengan (Zat-Nya, sifat-sifat-Nya, dan pentadbiran)-Nya, dan Dia jualah Yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat. ( Ayat 11 : Surah asy-Syura )

SYEIKH MAULANA MALIK IBRAHIM

Syeikh Maulana Malik Ibrahim / Sunan Gresik / Syeikh Maghribi

Sunan Gresik atau Maulana Malik Ibrahim (w. 1419 M/882 H) disebut-sebut sebagai wali paling senior, atau wali pertama. Ada sejumlah versi tentang asal usul Syeikh Maghribi, sebutan lain bagi Sunan Gresik itu. Ada yang mengatakan ia berasal dari Turki, Arab Saudi, dan Gujarat (India). Sumber lain menyebutkan ia lahir di Campa (Kamboja). Tapi yang pasti, Syekh Maulana Malik berasal dari bahagian barat Jawa, sama ada Asia Selatan, Timur Tengah, atau bahkan Afrika. Hal ini merujuk pada panggilannya yang lain, yakni Syekh Maghribi, yang bererti “guru dari Barat”.

Maulana Malik Ibrahim diminta ayahnya, Barebat Zainul Alam, agar merantau, berdakwah ke negeri selatan. Maka, bersama 40 anggota rombongan yang menyertainya, Malik mengarungi samudera berhari-hari. Mereka kemudian berlabuh di Sedayu, Gresik. Rombongan Malik kemudian menetap di Desa Leran, Ketika itu, Gresik berada di bawah Kerajaan Majapahit.


Tiba di Gresik Syeikh Malik kemudian juga dikenal sebagai Sunan Gresik. Di sana ia mulai melancarkan dakwahnya. Kedatangannya menyebarkan kesejukan bagi penduduk desa itu. Tak pernah tangannya berat untuk menolong orang. Ia juga mempunyai kepandaian mengobati berbagai penyakit.Sebagian besar masyarakat setempat ketika itu menganut Hindu, ”agama rasmi” Kerajaan Majapahit. Sunan melalukan sesuatu yang sangat sederhana: membuka warung. Ia menjual makanan dengan harga murah. Dalam waktu singkat, warungnya ramai dikunjungi orang. Syeikh Malik melangkah ke tahap berikutnya: menjadi tabib. Dengan doa-doa yang diambil dari Al-Quran, ia terbukti mampu menyembuhkan penyakit. Sunan Gresik pun seakan menjelma menjadi ”dewa penolong”. Apalagi, ia tak pernah mahu dibayar.

Di tengah komuniti Hindu di kawasan itu, Sunan Gresik cepat dikenal. Ia memperlakukan semua orang sama darjat. Beransur-ansur, jumlah pengikutnya terus bertambah. Setelah jumlah mereka makin banyak, Sunan Gresik mendirikan masjid. Ia juga merasa perlu membangun bilik-bilik tempat menimba ilmu bersama. Model belajar seperti inilah yang kemudian dikenal dengan nama pesantren. Dalam mengajarkan ilmunya, Syeikh Malik punya kebiasaan khas: meletakkan Al-Quran atau kitab hadis di atas bantal. Karena itu ia kemudian dijulukiKakek Bantal”.

Setelah pengikutnya terus bertambah, Syeikh Malik merasa belum puas sebelum berjaya mengislamkan Raja Majapahit. Ia paham betul, tradisi rakyat Jawa yang akan selalu merujuk dan berteladan pada perilaku raja. Kerana itu, mengislamkan raja merupakan pekerjaan yang sangat strategik.

Tetapi Syeikh Malik tahu diri. Kalau dia terus berdakwah kepada raja, pasti tak akan diendahkan, karena maqamnya lebih rendah. Kerana itu ia meminta bantuan sahabatnya, yang menjadi raja di Cermain. Konon, Kerajaan Cermain itu ada di Persia. Sumber lain menyebutkan Kerajaan Cermain tak lain adalah Kerajaan Kedah, di Malasyia. Raja Cermain akhirnya datang bersama putrinya, Dewi Sari. Mereka disertai puluhan pengawal. Dewi yang berwajah elok itu akan dipersembahkan kepada Raja Majapahit. Dari sini, bercabang-cabanglah cerita mengenai ”Raja Majapahit” itu.. Ada yang menyebut raja itu Prabu Brawijaya V. Penguasa Majapahit itu akhirnya bersedia menemui rombongan Raja Cermain. Sayang, usaha mereka gagal total. Sang raja cuma mau menerima Dewi Sari, tetapi menolak masuk Islam. Sebelum pulang ke negerinya, rombongan Cermain singgah di Leran. Sambil menunggu perbaikan kapal, mereka menetap di rumah Sunan Gresik.

Malang tak bisa ditolak, tiba-tiba merajalelalah wabah penyakit. Banyak anggota rombongan Cermain yang tertular, bahkan meninggal. Termasuk Dewi Sari. Raja Cermain dan sebagian kecil pengawalnya akhirnya berjaya pulang ke negeri mereka. Sunan Gresik sendiri tak patah hati dengan kegagalan ”misi” itu. Ia terus melanjutkan dakwahnya hingga wafat, pada 1419 M.


KISAH BERAS DAN PASIR

Suatu hari dalam perjalanan dakwah ke sebuah dusun yang diberkahi dengan tanah subur, Syekh Maulana Malik Ibrahim bersama seorang muridnya singgah di sebuah rumah. Rumah itu milik orang kaya. Menurut desas-desus pemilik rumah itu amat kedekut.

Padahal si empunya rumah adalah orang berada yang memiliki bertan-tan beras. Halaman rumahnya luas. Di sana tersusun berkarung-karung beras hasil pertanian. Rupanya Syekh Maulana Malik Ibrahim ingin menemui si empunya rumah yang tak lain adalah salah seorang muridnya. Ia ingin menasihati muridnya agar meninggalkan sifat terkeji itu.

Orang kaya tersebut menerima dengan ramah kunjungan Syekh Malik. Dihidangkanlah jamuan yang baik bagi Syekh Malik. Sesaat berselang, datanglah seorang pengemis, perempuan tua, ke hadapan orang kaya itu.

“Tuan, saya lapar sekali, bolehkah saya minta sedikit beras,” ujar perempuan tua itu sambil menjeling beras yang berrada di halaman.

“Mana beras? Saya tidak punya beras, karung-karung itu bukan beras, tapi pasir,” ujar orang kaya itu.

Pengemis tua tertunduk sedih. Ia pun beranjak pergi dengan langkah kecewa. Kejadian itu disaksikan langsung oleh Syekh Malik. Ternyata apa yang digunjingkan orang tentang kedekut muridnya ini benar adanya. Syekh Malik bergumam dalam hati, dan iapun berdo’a. Pembicaraan yang sempat tertunda dilanjutkan kembali.

Tiba-tiba ramah-tamah antara murid dan guru itu terhenti dengan teriakan salah seorang pembantu orang kaya itu.
“Celaka tuan, celaka! Saya tadi melihat beras, ternyata beras kita sudah berubah jadi pasir. Saya periksa karung lain, isinya pasir juga. Ternyata tuan, semua beras yang ada di sini telah menjadi pasir!” Pembantu itu dengan suara bergetar melaporkan.
Orang kaya itu terkejut, segera ia beranjak dari duduknya, dihampirinya beras-beras yang merupakan harta kekayaannya itu. Ternyata benar, beras itu telah berubah menjadi pasir. Seketika tubuh orang kaya itu lemas. Ia pun bersimpuh menangis.

Syekh Malik lalu menghampirinya. “Bukankah engkau sendiri yang mengatakan bahwa beras yang kau miliki itu pasir, kenapa kau kini menangis?” Syekh Malik menyindir muridnya yang kikir itu.

“Maafkan saya Sunan. Saya mengaku salah. Saya berdosa!” Si murid meratap bersimpuh di kaki Syekh Malik.

Syekh Malik tersenyum, Alamatkan maafmu kepada Allah dan pengemis tadi. Kepada merekalah permintaan maafmu seharusnya kau lakukan,” ujar Syekh Malik lagi.

Penyesalan yang dalam langsung menyergap orang kaya itu. Dalam hati ia mengutuk dirinya sendiri yang telah berbuat kezaliman. Kepada Syekh Malik ia berjanji akan mengubah semua perbuatannya. Ia mohon juga agar berasnya bisa kembali lagi seperti semula. Kekikirannya ingin ia buang jauh-jauh dan menggantinya dengan kedermawanan.

Syekh Malik kembali berdo’a, dan dengan izin Allah, beras yang telah berubah menjadi pasir itu menjadi beras kembali. Hidayah dan kekuatan yang berasal dari Allah memungkinkan kejadian itu.
Orang kaya tersebut tidak membohongi lisannya. Ia berubah menjadi dermawan, tak pernah lagi ia menolak pengemis yang datang. Bahkan ia mendirikan mushalla dan majelis pengajian serta fasilitas ibadah lainnya.

Itulah sekelumit kisah tentang Syekh Maulana Malik Ibrahim.

RUJUKAN :
  • Babad Tanah Jawi
  • Mantan Mufti Johor Sayyid `Alwî b. Tâhir b. `Abdallâh al-Haddâd (meninggal tahun 1962) juga meninggalkan tulisan yang berjudul Sejarah perkembangan Islam di Timur Jauh (Jakarta: Al-Maktab ad-Daimi, 1957). Ia menukil keterangan diantaranya dari Haji `Ali bin Khairuddin, dalam karyanya Ketrangan kedatangan bungsu (sic!) Arab ke tanah Jawi sangking Hadramaut.
  • Al-Jawahir al-Saniyyah oleh Sayyid Ali bin Abu Bakar Sakran
  • 'Umdat al-Talib oleh al-Dawudi
  • Syams al-Zahirah oleh Sayyid Abdul Rahman Al-Masyhur 
  • Menyingkap Misteri Pulau Besar oleh Ana Faqir

SYEIKH ABDUR RAHMAN SHIDDIQ AL-BANJARI

Syeikh Abdur Rahman Shiddiq Al-Banjari


MUFTI KERAJAAN INDERAGIRI

ULAMA yang diriwayatkan ini adalah keturunan Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari, sama dengan Tuan Husein Kedah al-Banjari yang diriwayatkan minggu lalu. Jalur keturunan dari sebelah ayahnya ialah Mufti Syeikh Haji Abdur Rahman Shiddiq bin Haji Muhammad Afif bin Haji Anang Mahmud bin Haji Jamaluddin bin Kiyai Dipa Santa Ahmad bin Fardi bin Jamaluddin bin Ahmad al-Banjari.Jalur keturunan yang menyentuh Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari, ulama dunia Melayu yang sangat terkenal, ialah bahawa ibunya bernama Shafura binti Mufti Haji Muhammad Arsyad bin Mufti Haji Muhammad As'ad. Ibu Mufti Haji Muhammad As'ad bernama Syarifah binti Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari, iaitu daripada perkahwinan Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari dengan Tuan Bajut.

Dari jalur yang lain pula bahawa ibu Muhammad Afif bernama Sari binti Khalifah Haji Zainuddin bin Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari, iaitu daripada perkahwinan Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari dengan Tuan Guat.Berdasarkan catatannya sendiri yang penulis peroleh daripada keturunan beliau di Sapat dan Tembilahan, Inderagiri Hilir (1982) bahawa Haji Abdur Rahman Shiddiq lahir bulan Rabiulakhir, malam Khamis, sebelum Subuh, 1284 Hijrah/Ogos 1867 Masihi. Beliau memadamnya dan diganti dengan 1288 Hijrah/Jun/Julai 1871 Masihi. Penulis tidak sependapat dengan beberapa orang penulis yang menyebut bahawa Haji Abdur Rahman Shiddiq lahir pada tahun 1857 Masihi. Mengenainya barangkali satu kekeliruan menyesuaikan tahun 1284 Hijrah atau 1288 Hijrah ke tahun Masihi saja. Bahawa 1284 Hijrah bukan bersamaan dengan tahun 1857 Masihi tetapi yang betul ialah tahun 1867 Masihi. Catatan tambahan yang dilakukan oleh anaknya bahawa beliau wafat pada hari Isnin, jam 5.40, 4 Syaaban 1358 Hijrah/18 September 1939 Masihi, dalam usia 70 tahun.

PENDIDIKAN

Pendidikan asasnya diperoleh dari lingkungan keluarga ulama Banjar yang ada hubungan dengan beliau. Sama ada kedua-dua orang tuanya, mahu pun Abdur Rahman Shiddiq sendiri berhasrat untuk memperoleh ilmu yang banyak di Tanah Suci Mekah, namun beliau menempuh jalan yang berliku-liku. Abdur Rahman Shiddiq banyak memperoleh ilmu di alam terbuka, bumi dipijak, langit dijunjung di beberapa tempat yang dirantaunya. Mulai Banjar berlayar ke Jawa, ke Sumatera, sambil berlayar, di rantau orang mengajar dan berusaha untuk memperoleh wang untuk sampai ke Tanah Suci Mekah. Perjuangannya adalah suci untuk memperoleh ilmu memartabatkan Islam, semangatnya adalah teguh kukuh tidak akan terabai dan tergugahkan.

Sempat belajar dengan beberapa orang ulama di Padang, sambil berdagang emas dan perak di Padang. Beliau juga merantau ke daerah Tapanuli. Pernah mengajar kitab Sabilul Muhtadin, karangan Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari, datuk neneknya di Barus dan Natal di daerah Tapanuli. Berdasarkan catatan Abdur Rahman Shiddiq bahawa dalam musim haji tahun 1306 Hijrah yang bererti bersamaan dengan Julai 1889 Masihi barulah cita-cita Abdur Rahman Shiddiq sampai ke Mekah, dan tinggal di sana hingga tahun 1312 Hijrah/1894 Masihi.Oleh sebab Haji Abdur Rahman Shiddiq sampai di Mekah pada tahun tersebut di atas dinyatakan oleh beliau sendiri, maka penulis tidak sependapat dengan kenyataan Imran Effendy Hs dalam buku Pemikiran Akhlak Syekh Abdurrahman Shiddiq al-Banjari, halaman 16, 18 dan 63 yang menyebut bahawa Haji Abdur Rahman Shiddiq berangkat ke Mekah pada 1882/3 Masihi.

Catatan tulisan tangan Haji Abdur Rahman Shiddiq penulis miliki sejak tahun 1982 di Sapat daripada salah seorang keturunan beliau. Dalam catatan itu jelas bahawa sejak dilahirkan, catatannya berada di Padang pada 10 Zulhijjah 1305 Hijrah/18 Ogos 1888 Masihi, bahawa beliau bernama Abdur Rahman Shiddiq. Oleh sebab catatannya ditulis jauh sebelum beliau berada di Mekah, maka penulis juga tidak sependapat dengan buku di atas (halaman 18) yang menyebut bahawa gelar `Shiddiq' diberikan oleh gurunya, al-Syata (maksudnya Sayid Abu Bakri asy-Syatha) di Mekah.Sewaktu belajar di Mekah, beliau bersahabat dengan beberapa orang, di antara mereka ialah Tuan Husein Kedah al-Banjari, keturunan Banjar yang dilahirkan di Kedah ini (lahir 1280 Hijrah/1863 Masihi)usianya lebih tua beberapa tahun daripada Haji Abdur Rahman (lahir 1288 Hijrah/1871 Masihi). Sahabatnya yang lain ialah Haji Abdullah Fahim (lahir 1286 Hijrah/1869 Masihi), Tok Kenali (lahir 1287 Hijrah/1871 Masihi) dan ramai lagi. Mengenai guru-guru yang mengajar di Masjid al-Haram pada zaman itu telah banyak disebut pada siri-siri yang lalu, oleh itu tidak perlu dibicarakan lagi.

AKTIVITI

Sudah cukup jelas dan tidak perlu diragukan bahawa Haji Abdur Rahman Shiddiq pulang dari Mekah ialah tahun 1312 Hijrah/1894 Masihi. Oleh itu pendapat Imran Effendy Hs dalam bukunya (halaman 20) yang menyebut Haji Abdur Rahman Shiddiq pulang dari Mekah pada tahun 1890/1 dan pendapat Syafei Abdullah dalam bukunya Riwayat Hidup dan Perjuangan Ulama Syeikh H.A. Rahman Shiddiq, Mufti Inderagiri, menyebut tahun 1897 Masihi penulis tidak sependapat dan perlu penelitian yang lebih kemas lagi.Pulang dari Mekah terus ke Martapura, kemudian pindah ke Bangka dilanjutkan pengembaraan di seluruh Semenanjung menziarahi teman-temannya, di antaranya Tok Kenali. Beberapa sultan, di antaranya sultan Johor meminta beliau menjadi mufti , semuanya beliau tolak. Akhirnya Syeikh Haji Abdur Rahman Shiddiq membuka perkampungan sendiri yang kemudian diberi nama Parit Hidayat di Inderagiri Hilir. Di sanalah beliau membina umat membuka pengajian sistem pondok. Dalam masa kejayaannya membuka perkampungan untuk perkebunan kelapa dan pengajian itulah Syeikh Haji Abdur Rahman Shiddiq dilantik sebagai Mufti Kerajaan Inderagiri.

PENULISAN

Karya-karya Mufti Haji Abdur Rahman Shiddiq al-Banjari yang telah ditemui penulis senaraikan sebagai berikut:

1. Asrarus Shalah, diselesaikan pada bulan Rejab 1320 Hijrah. Kandungannya membicarakan mengenai sembahyang. Cetakan yang pertama Mathba' Haji Muhammad Sa'id bin Haji Arsyad, Kampung Silong, Jalan Arab Street, Kedai Surat No, 82 Singapura, akhir Zulhijjah 1327 Hijrah. Cetakan selanjutnya oleh Mathba'ah Al-Ahmadiah, 82 Jalan Sultan, Singapura, 1348 Hijrah/1929 Masihi (cetakan ketiga).

2. Fat-hul `Alim, diselesaikan pada 10 Syaaban 1324 Hijrah. Kandungannya membicarakan akidah Ahlus Sunnah wal Jamaah secara lengkap. Dicetak oleh Mathba'ah Al-Ahmadiah, 82 Jalan Sultan, Singapura, 28 Syaaban 1347 Hijrah/8 Januari 1929 Masihi.

3. Risalatut Tazkirah li Nafsi wa lil Qashirin Mitsli, diselesaikan pada 20 Syaaban 1324 Hijrah. Kandungannya merupakan tazkirah dan nasihat yang dipetik daripada Majmu' karangan Syeikh Muhammad Arsyad bin Abdullah al-Banjari. Cetakan pertama, Tempat Cap Haji Muhammad Amin, Singapura, 1324 H.

4. Risalah Amal Ma'rifat, diselesaikan di Sapat, Inderagiri, 8 Rabiulawal 1332 Hijrah. Kandungannya membicarakan akidah menurut pandangan tasawuf. Cetakan yang kedua, 30 Muharam 1344 Hijrah oleh Mathba'ah Al-Ahmadiah, 50 Minto Road, Singapura.

5. Syair Ibarat dan Khabar Kiamat, diselesaikan 25 Zulhijjah 1332 Hijrah. Kandungannya menceritakan peristiwa Hari Kiamat ditulis dalam bentuk syair. Dicetak oleh Mathba'ah Al-Ahmadiah, 50 Minto Road, Singapura, 9 Syaaban 1344 Hijrah.

6. Risalah Kecil Pelajaran Kanak-kanak Pada Agama Islam, diselesaikan 1 Safar 1334 Hijrah. Kandungannya merupakan pelajaran fardu ain untuk kanak-kanak. Cetakan yang ketiga oleh Mathba'ah Al-Ahmadiah, 82 Jalan Sultan, Singapura, 1348 Hijrah/1929 Masihi.

7. Aqaidul Iman, diselesaikan di Sapat, Inderagiri, 16 Rabiulawal 1338 Hijrah. Kandungannya membicarakan tentang akidah. Cetakan baru oleh Toko Buku Hasanu, Jalan Hasanuddin Banjarmasin atas izin Mahmud Shiddiq, Pagatan, Kota Baru, Pulau Laut, Kalimantan Selatan, 1405 Masihi. Diterbitkan daripada salinan tulisan tangan oleh Hasan Bashri Hamdani.

8. Syajaratul Arsyadiyah, diselesaikan 12 Syawal 1350 Hijrah. Kandungannya membicarakan asal-usul Syeikh Muhammad Arsyad bin Abdullah al-Banjari dan keturunan-keturunannya. Cetakan pertama oleh Mathba'ah Al-Ahmadiah, 82 Jalan Sultan, Singapura.

9. Risalah Takmilah Qaulil Mukhtashar, diselesaikan 10 Safar 1351 Hijrah. Kandungannya menceritakan tanda-tanda Hari Kiamat dan mengenai kedatangan Imam Mahdi. Dicetak oleh Mathba'ah Al-Ahmadiah, 82 Jalan Sultan, Singapura, dicetak kombinasi dengan Syajaratul Arsyadiyah (103 halaman) oleh pengarang yang sama, dan Risalah Qaulil Mukhtashar fi `Alamatil Mahdil Muntazhar (55 halaman) karya Syeikh Muhammad Arsyad bin Abdullah al-Banjari.

10. Mau'izhah li Nafsi wa li Amtsali minal Ikhwan, diselesaikan 5 Rejab 1355 Hijrah. Kandungannya merupakan kumpulan pengajaran akhlak. Cetakan yang pertama oleh Mathba'ah Al-Ahmadiah, 82 Jalan Sultan, Singapura, 1355 Hijrah.

11. Beberapa Khuthbah Pakai Makna Karangan Jaddi as-Syeikh Muhammad Arsyad bin Abdullah al-Banjari, tanpa dinyatakan tarikh selesai penulisan. Kandungannya merupakan kumpulan khutbah yang pernah diucapkan oleh Syeikh Muhammad Arsyad bin Abdullah al-Banjari. Dicetak oleh Mathba'ah Al-Ahmadiah, 101 Jalan Sultan, Singapura, tanpa dinyatakan tahun cetakan.

12. Majmu'ul Ayat wal Ahadits fi Fadhailil `Ilmi wal `Ulama' wal Muta'allimin wal Mustami'in, tanpa dinyatakan tarikh selesai penulisan. Kandungannya merupakan kumpulan hadis serta terjemahannya dalam bahasa Melayu. Dicetak oleh Mathba'ah Al-Ahmadiah, 82 Jalan Sultan, Singapura, 1346 Hijrah/1927 Masihi.

13. Catatan, tanpa tarikh, ditulis dalam bahasa Arab dan Melayu. Kandungannya merupakan beberapa catatan Syeikh Abdur Rahman Shiddiq mulai lahir malam Khamis, sebelum Subuh 1288 Hijrah/ Jun/Julai 1871 Masihi. Wafat hari Isnin, jam 5.40, pada 4 Syaaban 1358 Hijrah/18 September 1939 Masihi, dalam usia 70 tahun. Tahun 1306 Hijrah beliau ke Mekah. Tinggal di sana hingga tahun 1312 Hijrah. Selain itu terdapat catatan kelahiran dan wafat anak-anaknya dan lain-lain.

SYEIKH ABDUL RAHMAN MINANGKABAU

Mursyid Thariqat Naqsyabandiyah

PERKEMBANGAN thariqat shufiyah di Minangkabau sudah cukup lama. Mulai Islam masuk di Minangkabau, Thariqat Syathariyah serentak berkembang sama. Penyebar Islam yang pertama di Minangkabau ialah Syeikh Burhanuddin Ulakkan, salah seorang murid Syeikh Abdur Rauf bin Ali al-Fansuri. Daripada Thariqat Syathariyah ia berlanjutan dengan Thariqat Naqsyabandiyah.

Ulama yang diriwayatkan ini adalah ulama Minangkabau yang sangat memahami dan mengamalkan kedua-dua thariqat tersebut. Walau bagaimanapun, setelah wafat Syeikh Abdur Rahman al-Minankabawi dan Syeikh Ismail al-Minankabawi, terjadi pertikaian pendapat atau khilafiah mengenai 'Thariqat Naqsyabandiyah'. Pertikaian itu dimulai daripada beberapa tulisan Syeikh Ahmad Khatib bin Abdul Lathif yang juga berasal dari Minangkabau tetapi mempunyai kedudukan yang tinggi sebagai imam dan khatib Mazhab Syafie di Mekah.

Syeikh Ahmad Khatib al-Minankabawi dibantah keras oleh ulama besar lain yang berasal Minangkabau iaitu Syeikh Muhammad Sa'ad Mungka al-Minankabawi yang berasal dari Mungkar Tua, Minangkabau. Polemik antara mereka berjalan terus hinggalah kemunculan Dr. Syeikh Jalaluddin dengan 'Persatuan Pembelaan Thariqat Islam' (singkatan PPTI).
Beliau juga mendapat tentangan. Yang agak menarik ialah golongan yang menentang beliau adalah daripada lingkungan ulama Thariqat Naqsyabandiyah juga. Yang menentang ialah Syeikh Sulaiman ar-Rasuli yang termaktub dalam karya berjudul Tabligh al-Amanat fi Izalah al-Munkarat wa asy-Syubuhat. Selesai penulisan pada 19 Jumadilakhir 1373 H/23 Januari 1954 M. Dicetak oleh Mathba'ah Nusantara, Bukit Tinggi, 1373 H/1954 M.

Pendidikan

Nama lengkap ulama yang dibicarakan ini ialah Syeikh Abdur Rahman bin Abdullah al-Minankabawi. Ulama ini dilahirkan pada tahun 1192 H/1777 M di Batuhampar, Payakumbuh, Sumatera Barat. Ayahnya Abdullah bergelar Rajo Baintan dan ibunya terkenal dengan sebutan Tuo Tungga. Memperhatikan nama orang tuanya, Abdullah, negeri asal dan tahun kelahirannya ada kemungkinan Syeikh Abdur Rahman ini adalah adik-beradik dengan Syeikh Ismail bin Abdullah al-Khalidi al-Minankabawi (wafat 1280 H/1863 M), ulama besar ahli Thariqat Naqsyabandiyah yang sangat terkenal yang dibicarakan sebelum ini.

Penelitian lanjut masih diperlukan. Pada sekitar usia 15 tahun Abdur Rahman belajar agama daripada seorang ulama di Galogandang, Batusangkar, juga di daerah Sumatera Barat. Dari sana, dia melanjutkan pelajarannya ke Tapaktuan, Aceh Barat, selama lapan tahun.
Kemudian, dia berangkat ke Mekah untuk melaksanakan haji dan memperdalam pelajarannya selama tujuh tahun. Dipercayai sewaktu beliau berangkat ke Mekah, pada masa itu di Mekah telah terdapat ramai ulama dunia Melayu yang terkenal di antaranya ialah Syeikh Muhammad Zain bin Faqih Jalaluddin al-Asyi, Syeikh Abdus Shamad bin Abdur Rahman al-Falimbani, Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani dan lain-lain.

Dipercayai bahawa Syeikh Abdur Rahman Minangkabau pernah belajar daripada Syeikh Abdus Shamad al-Falimbani dan Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani. Dalam beberapa pengajian Syeikh Abdur Rahman Minangkabau bersama-sama dengan Syeikh Ismail bin Abdullah Minangkabau menadah kitab belajar daripada ulama-ulama yang lebih tua kerana pada masa itu Syeikh Ismail bin Abdullah Minangkabau, selain mengajar, juga belajar. Syeikh Ismail bin Abdullah Minangkabau bertindak sebagai 'Ketua Thala'ah' (tutor) sedangkan Syeikh Abdur Rahman Minangkabau adalah di bawah kelompok tela'ahnya.

Selain belajar daripada ulama-ulama yang berasal dari dunia Melayu seperti yang disebut itu, Syeikh Abdur Rahman bin Abdullah Minangkabau dan Syeikh Ismail bin Abdullah Minangkabau juga sempat belajar daripada ulama-ulama yang berasal daripada bangsa Arab yang terkenal pada zaman itu.

Di antara mereka ialah Syeikh Utsman Dimyathi, Syeikh Muhammad Sa'id Qudsi, Syeikh Muhammad Shalih bin Ibrahim ar-Rais, Saiyid Ahmad al-Marzuqi, Syeikh Abdullah Afandi dan ramai lagi.

Perbandingan ketokohan

Banyak cabang ilmu yang telah dikuasai oleh Syeikh Abdur Rahman Minangkabau. Yang paling digemarinya ialah tilawah al-Quran, sekurang-kurangnya tujuh qiraah dikuasainya dengan baik. Sebagaimana telah disebutkan, Syeikh Abdur Rahman Minangkabau juga adalah seorang penganut Thariqat Naqsyabandiyah dan merupakan seorang mursyid Thariqat Naqsyabandiyah, iaitu sama dengan Syeikh Ismail Minangkabau. Walau bagaimanapun, Syeikh Ismail bin Abdullah Minangkabau lebih menyerlah dalam sejarah jika dibandingkan dengan Syeikh Abdur Rahman bin Abdullah Minangkabau.

Populariti ini mungkin disebabkan beberapa faktor, antaranya ialah Syeikh Ismail bin Abdullah Minangkabau mengajar di rumahnya di Mekah dan Masjid al-Haram Mekah, sedang Syeikh Abdur Rahman bin Abdullah Minangkabau hanya mengajar di negerinya sendiri. Faktor lain ialah Syeikh Ismail bin Abdullah Minangkabau menyebar ilmu dan Thariqat Naqsyabandiyah al-Khalidiyah dalam kerajaan Riau-Lingga. Selanjutnya Syeikh Ismail bin Abdullah Minangkabau membuka tempat suluk di Semabok, Melaka, Pondok Upih di Pulau Pinang dan juga membina tempat suluk di Kedah dan Perak.

Faktor lain pula, walau pun Syeikh Abdur Rahman Minangkabau juga menghasilkan karangan mengenai tasawuf, namun nama yang ditulis pada karangan hanya 'Abdur Rahman' saja, bererti belum cukup jelas. Dalam simpanan saya terdapat dua buah manuskrip karya beliau, sebuah mengenai Thariqat Syathariyah dan sebuah lagi mengenai Thariqat Naqsyabandiyah. Kedua-dua karya tersebut belum pernah diterbitkan dalam bentuk cetakan. Ini jelas berbeza dengan karya-karya Syeikh Ismail bin Abdullah Minangkabau yang nama beliau ditulis secara lengkap. Karya-karya Syeikh Ismail bin Abdullah Minangkabau selain dijumpai dalam bentuk manuskrip, beberapa judul karyanya juga tersebar berupa bahan cetakan.

Zawiyah Suluk

Walaupun realiti perbandingan di atas, kita tidak dapat memandang kecil peranan Syeikh Abdur Rahman bin Abdullah Minangkabau kerana beliau telah menghabiskan waktu-waktu hidupnya belajar selama lebih 40 tahun, dan beliau pulang ke kampung halamannya, Batuhampar, pada usia lebih 60 tahun. Tak ubahnya seperti Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari dan beberapa ulama dunia Melayu lainnya yang pulang ke kampung halaman pada usia yang sudah sangat lanjut kerana jihad menuntut ilmu demi kemuliaan Islam.

Apabila Syeikh Abdur Rahman Minangkabau tiba di kampung halamannya, beliau segera melancarkan kegiatan dakwah dan pendidikan di lingkungan masyarakatnya yang masih sangat terbatas pengetahuan keagamaannya. Akhirnya beliau berhasil mendirikan zawiyah pendidikan menurut tradisi di Minangkabau, tak ubahnya seperti pondok di Patani atau pondok-pesantren di Jawa. Namun ada sedikit bezanya kerana di zawiyah beliau itu disediakan pula tempat untuk melakukan suluk.

Tradisi suluk di satu tempat secara dibimbing oleh seorang 'Syeikh Mursyid' sangat terkenal dalam Thariqat Naqsyabandiyah al-Khalidiyah, tetapi beberapa thariqat lain tidak mempopularkan istilah itu, namun istilah yang lebih disepakati ialah 'khalwat'. Istilah 'khalwat' adalah berdasarkan hadis Nabi s.a.w. yang menyuruh Saiyidina Ali bin Abi Thalib Karramahullahu wajhah melakukan zikir dalam khalwat (maksudnya: melakukan zikrullah di tempat yang sepi seorang diri).

Lama kelamaan tempat suluk yang diasas dan dibimbing secara langsung oleh Syeikh Abdur Rahman bin Abdullah Minangkabau itu dikenali dengan nama 'Kampung Dagang' kerana ramai orang pendatang menuntut ilmu ataupun bersuluk ke tempat itu. Dikatakan antara 400 hingga 1,000 orang datang belajar thariqat dan bersuluk di zawiyah Syeikh Abdur Rahman bin Abdullah Minangkabau setiap tahun.

Generasi penerus

Apabila Syeikh Abdur Rahman bin Abdullah Minangkabau wafat pada tahun 1317 H/1899 M, lembaga pendidikannya dilanjutkan oleh anaknya Syeikh Arsyad bin Syeikh Abdur Rahman Minangkabau. Pada masa pimpinan Syeikh Arsyad bin Syeikh Abdur Rahman Minangkabau, cabaran golongan penentang thariqat sangat dirasakan. Sebagai contoh, Syeikh Amrullah (datuk pada Prof. Dr. Hamka), adalah seorang pengamal Thariqat Naqsyabandiyah, tetapi anak beliau Dr. Syeikh 'Abdul Karim Amrullah adalah seorang tokoh pembaharuan yang menolak thariqat.
Ada orang meriwayatkan bahawa Syeikh Abdur Rahman bin Abdullah Minangkabau selain aktif dalam bidang pendidikan dan dakwah Islam, beliau juga mempunyai beberapa orang keturunan yang aktif dalam bidang-bidang lainnya, termasuk politik. Menurut riwayat Dr. Muhammad Hatta yang dikenali di Indonesia sebagai tokoh 'Bapak Proklamator Kemerdekaan Republik Indonesia' bersama Soekarno adalah salah seorang keturunan Syeikh Abdur Rahman bin Abdullah Minangkabau. Selain dianggap tokoh tertinggi Indonesia, Dr. Muhammad Hatta juga pernah menjadi 'Wakil Presiden Republik Indonesia' (yang pertama sewaktu Indonesia mulai merdeka). Selain itu nama beliau ditonjolkan pula sebagai 'Bapak Koperasi Indonesia'.

Pandangan

Thariqat shufiyah, termasuk Thariqat Naqsyabandiyah, atau apa pun namanya, adalah kaedah ke arah menyuburkan kerohanian dalam Islam. Oleh itu ajaran tersebut perlu dipertahan dan dikembangkan. Para ahlinya perlu memberi penjelasan kerana ada pihak-pihak tertentu yang beranggapan bahawa thariqat shufiyah adalah termasuk dalam kategori ajaran sesat. Anggapan seperti demikian perlu dijawab bahawa ajaran thariqat shufiyah adalah merupakan 'zikrullah'.
Sedangkan 'zikrullah' adalah sangat banyak disebut dalam al-Quran dan hadis Nabi s.a.w. Dengan demikian perlu ditegaskan bahawa ajaran thariqat shufiyah adalah berdasarkan al-Quran, hadis Nabi s.a.w., dan ijmak ulama sejak dulu hingga sekarang.

Sejak dulu hingga sekarang, selain para ulama mengamalkan sesuatu thariqat shufiyah, dalam masa yang sama ia juga diamalkan oleh para sultan dan pembesar dalam dunia Islam termasuk sultan dan pembesar di dunia Melayu. Memperhatikan dunia yang penuh cabaran seperti sekarang ini, sangatlah perlu bagi kita, mulai rakyat jelata hingga para pemimpin yang beragama Islam, menyisihkan sedikit waktu untuk melakukan 'zikrullah'.

Marilah kita mulai melakukan 'zikrullah' di tengah-tengah kita mempercakapkan pelbagai persoalan duniawi. Perlu kita sedari bahawa yang kita percakapkan kadang-kadang ada manfaatnya, namun tiada dapat dinafikan barangkali lebih banyak yang sia-sia, melalaikan, dan merugikan. Bahkan ada yang menjadi dosa yang akan ditanggung di akhirat nanti. Kita mengharapkan mudah-mudahan para pemimpin yang beragama Islam termasuk dalam golongan ahli ibadah, ahli zikir dan betul serta tepat dalam berfikir untuk kepentingan umat.

Syekh Muda Abdul Qadim Belubus (1878-1957)

Syekh Muda Abdul Qadim Belubus (1878-1957): Ulama besar Tarikat Naqsyabandiyah dan Samaniyah di Sumatera Tengah

oleh: al-Faqil Ila Rahmatillah Apria Putra

Tulisan ini dikutip dari buku penulis, "Ulama Luak nan Bungsu" dan "Bibliografi Karya Ulama Minangkabau", berdasarkan keterangan Buya H. Anas Malik Belubus, dan keterangan dari kitab-kitab Beliau.

Syekh Muda Abdul Qadim atau yang lebih dikenal dengan “Baliau Belubus” adalah seorang ulama terkemuka pemangku Tarikat Naqsyabandiyah dan Tarikat Samaniyah. Meski nama beliau tidak begitu banyak disebut oleh para peneliti Ulama, namun beliau mempunyai pengaruh besar yang tak terbantahkan dikalangan ahli-ahli Tarikat Sufiyah di Sumatera Tengah, Minangkabau Umumnya. Bahkan dikabarkan bahwa khalifah-khalifah beliau, salah satunya Syekh Ibrahim Bonjol di Binjai, telah pula mengembangkan sayap ilmu Tarikat dari silsilah Syekh Mudo menyeberang lautan, sampai Malaysia dan Thailand. Ketika diadakan kongres Tarikat Naqsyabandiyah di Bukittinggi pada tahun 1954 yang dipayungi oleh Perti, maka beliau Syekh Mudo adalah salah persertanya, disamping 280 ulama-ulama besar lainnya di Sumatera Tengah.

Foto: Syekh Muda Abdul Qadim Belubus diusia senjanya

Foto: Syekh H. Abdul Malik, anak Syekh Mudo yang melanjutkan surau Belubus disamping kemenakan Syekh Mudo, yaitu Syekh H.Mukhtar Angku Tanjuang

Belubus, sebuah nagari yang terletak di ketinggian, tak jauh dari kota Payakumbuh. Di daerah ini Syekh Muda Abdul Qadim lahir pada tahun 1878. tempat mula beliau menuntut ilmu ialah Batu Tanyuah. Disini beliau mengaji kitab cara lama kepada salah seorang alim yang tidak begitu dikenal namanya. Setelah dari Batu Tanyuah, beliau kemudian belajar mendalami Syari’at dan Tharikat, paling tidak ada 6 daerah terkemuka dalam Tarikat Sufiyah di Minangkabau yang dikhitmatinya. Tempat-tempat itu ialah, pertama, Batu Hampar (Payakumbuh) tempat bermukimnya ulama besar Maulana Syekh Abdurrahman bin Abdullah al-Batu Hampari an-Naqsyabandiyah (w. 1899). Disini beliau mula mengaji Tarikat Naqsyabandiyah sampai memperoleh Natijah, hingga Syekh Abdurrahman menggelari beliau dengan “Syekh Mudo”. Kedua Padang Kandih, yaitu kehadapan Tuan Syekh Muhammad Shaleh Padang Kandih (w. 1912). Ketiga Kumpulan, tempat bermukimnya ulama besar Maulana Syekh Ibrahim bin Fahati “Angguik Balinduang” Kumpulan (w. 1915). Keempat di Padang Bubus Bonjol, tempat beliau berkhitmat atas jalan Tarikat Naqsyabandiyah di Makam Syekh Muhammad Sa’id Padang Bubus (Abad XIX). Kelima di Simabur, kepada salah seorang ulama masyhur dalam ilmu Hakikat, namun nama beliau ini tidak dikenal lagi. Keenam di Kumango, Batusangkar, kepada Maulana Syekh Abdurrahman al-Khalidi “Beliau Kumango”. Begitulah pengembaraan keilmuan beliau, terutama dalam bidang ilmu Hakikat dan Tarikat, hingga beliau beroleh nama besar selaku ulama terkemuka dalam Tarikat Ahli Sufi, Naqsyabandiyah dan Samaniyah.

Syekh Mudo setelah itu mulai mengajarkan ilmu yang telah diperolehnya di kampung halaman beliau, Belubus. Disini beliau mendirikan surau, pusat khalwat Naqsyabandi, yang dibarengi dengan pengajaran Tarikat Samaniyah dan Silat Kumango. Surau Belubus kemudian menjadi terkemuka, banyak orang-orang siak dari seantero Minangkabau yang melanjutkan kaji-nya, terutama dalam Tarikat kepada Syekh Mudo Abdul Qadim. Diantara murid-murid beliau tersebut, banyak pula yang kemudian terkemuka pula selaku ulama, diantaranya ialah Syekh Beringin di Tebing Tinggi Medan, Syekh Ibrahim Bonjol di Binjai, Syekh Muhammad Kanis Tuanku Tuah Batu Tanyuah dan Buya H. Muhammad Dalil Dt. Manijun di Jaho.

Foto: Makam Syekh Mudo Abdul Qadim, bersama Syekh Mukhtar Angku Tanjuang (Foto: Apria Putra, 2007)

Syekh Mudo wafat pada tahun 1957 dan dimakamkan di depan Mihrab Surau Belubus. Selain meninggalkan ilmu Tarikat yang berurat berakar, terutama di kawasan Luak Limopuluah, beliau juga meninggalkan beberapa karangan yang diperuntukkan bagi kalangan Ahli Tarikat. Beberapa buah karangan itu dapat diakses, sebagian lainnya masih tersimpan dan dirahasiakan oleh pewaris Surau Belubus. Diantara karangan Syekh Mudo tersebut ialah:

1) As-Sa’adatul Abdiyah fima Ja’a bihin Naqsyabandiyah menyatakan wirid-wirid amalan Tharikat Naqsyabandiyah.

Risalah ini selesai ditulis pada tahun 1936. pada sampul karya ini tercetak jelas : “Tidak dijual dan tidak dipakai bagi orang yang belum mengamalkan wirid tersebut”. Sebuah peringatan yang umum dikalangan ahli Tharikat, sebab ada kekhawatiran bila kaji tharikat diumbar-umbar maka akan jatuh harganya sebagai ilmu yang istimewa. Adapula karena kaji tharikat diperkatakan dipasaran, ada orang-orang yang belum sampai akal dan ilmunya yang membatalkan kaji tersebut, sebab membatalkannya merupakan suatu kecelaan yang nyata.

Secara umum Risalah ini berisi tentang kaifiyah mengambil Tarikat Naqsyabandiyah. Mulai dari Bai’at, penjelasan Zikir-zikir Naqsyabandiyah, Rabithah dan lainnya. Risalah ini telah dicetak beberapa kali oleh berbagai percetakan. Terakhir dicetak pada Percetakan Sa’adiyah Bukittinggi.

2) As-Sa’adatul Abdiyah fima ja’a bihin Naqsyabandiyah Bagian Natijah

Sebuah kitab Naqsyabandiyah yang dipergunakan khusus bagi guru-guru mursyid yang telah mencapai khalifah, sebab di dalamnya banyak dibicarakan mengenai rahasia-rahasia Tharikat Naqsyabandiyah yang dilarang dikemukakan kepada khalayak umum. Cetakan ke-2 risalah ini dicetak oleh Syarikah Tapanuli – Medan tahun 1950.

Foto: Sampul Kitab "as-Sa'adatul Abdiyah", terbitan Medan, 1950

3) Risalah Tsabitul Qulub

Risalah ini merupakan literatur langka mengenai Tarikat Samaniyah di Minangkabau. Secara umum isinya berbicara tentang ilmu Tasawwuf dan Tarikat, namun didalamnya disinggung mengenai amalan Tarikat Samaniyah dengan cukup panjang. Risalah ini terdiri dari beberapa jilid. Sampai saat ini baru diidentifikasi sebanyak 3 juzu’ karya ini. Deskripsi setiap jilid ialah sebagai berikut:
[Pertama] Tsabitul Qulub jilid I, Kitab ini berisi dalil-dalil yang tersirat untuk mempertahankan amal Tharikat, serta memperkokoh hati murid, supaya tidak terpecah-pecah akibat faham yang bergitu rupanya. Penulisan sumber rujukan dalam kitab ini cukup variatif, menunjukkan kealiman Syekh Muda yang masyhur itu. Diantar sumber-sumber kitab yang menjadi rujukannya ialah Tanwirul Qulub (sangat populer saat ini), Shahifatus Shafa (besar kemungkinan karangan Syekh Sulaiman Zuhdi Jabal Qubis), Manzhirul A’ma, Khazinatul Asrar, ar-Rahmatul Habithah, Hadist Arba’in, Sairus Salikin, al-Minhul Nisbah, Husnul Husain, al-Qusyairi, Lathifatul Asrar, Hidayatus Salikin, Aiqazhul Manam, Hidayatul Hidayah, Mawahib Sarmadiyah, al-Asymuni dan lain-lainnya.Selain menjadi penguat hati si murid, risalah ini juga memuat kaifiyah Tharikat Saman dan Tharikat Muhammad Yaman (pecahan Saman) beserta wirid-wirid dan zikir-zikirnya. Risalah ini kemudian ditutup dengan sebuah fasal yang cukup panjang berisi tentang “Pengajaran tatakala nyawa akan berpulang ke hadirat Allah”. (cetakan ke-6, pada percetakan as-Sa’adiyah Bukittinggi, t. th)

Foto: Sampul "Risalah Tsabitul Qulub", Juzu' pertama.

[Kedua] Tsabitul Qulub jilid II, Kajian dalam kitab ini tak kalah menariknya. Kitab ini baru dijumpai penulis dalam bentuk manuskrip, salinan tangan oleh Marnis Dt. Bangso Dirajo. Di antara isi kitab ini ialah:
1) Himpunan akidah lima puluh
2) Sebab zikir la ilaha illallahu tidak pakai muhammadur rasulullah
3) Masalah Nur Muhammad dan Nur Allah
4) Kelebihan manusia dari pada segala alam
5) Masalah Najis dan hadast
6) Pembahasan Muqarinah Niat
7) Tentang martabat Ahadiyah, wahdah dan wahidiyah
8) Menyatakan syari’at dan tharikat di dalam sembahyang
9) Rabithah dalam sembahyang
10) Asal suluk 40 hari, dan lainnya banyak lagi
[Ketiga] Tsabitul Qulub jilid III, pada jilid ini termuat pengajaran Tharikat yang cukup istimewa, yakni membicarakan perhubungan shalat dengan Tharikat. Di mana di dalamnya ada tertulis:
Maka dari itu nyatalah bagi kita bahwa ilmu Tharikat itu bersuanya di dalam sembahyang. Sepatutnya kita mahir ilmu tharikat itu dengan beberapa martabatnya.
………………
Maka apabila hilang hamba dan hilang kalimat dan tinggal nur, maka nur itulah yang dinamakan dengan zikir Hakikat. Maka apabila hilang hamba hilang kulimah hilanglah pula nur maka pulanglah hak kepada yang mepunyai, dan kembalilah hamba kepada Tuhannya. (Tsabitul Qulub jilid ke-III)
Kemudian kitab ini disambung dengan pembahasan mengenai “nafsu yang tujuh”, dijabarkan dengan kalimat jelas dan ringkas. Kemudian kitab ini disudahi dengan wirid-wirid dalam tharikat Saman.
Asal naskah kopiannya masih ada tersimpan di surau Belubus, yakni cetakan Islamiyah – Medan.

4) Al-Manak: mempusakai dari ayah, Syekh Mudo Abdul Qadim Belubus (disebut juga dengan kitab “Bintang Tujuh”)
Kitab ini berisi ilmu-ilmu yang dipusakai dari Syekh Muda Abdul Qadim. Diantara isinya cara mencari awal-awal bulan Arab, mencari awal bulan Ramadhan, ilmu Bintang Tujuh (saat baik dan buruk), ilmu pertukangan rumah adat Alam Minangkabau, mencari waktu baik dan jahat, mencari barang hilang dan lainnya.

Foto: Sampul Kitab "al-Manaq" (Bintang Tujuh)



Sumber   :      http://surautuo.blogspot.com
Klik Bintang Untuk Voting Anda Rating: 4.5
Description: Syekh Muda Abdul Qadim Belubus
Reviewer: AchiyaK Deni
ItemReviewed: Syekh Muda Abdul Qadim Belubus

Sejarah Tarekat Sammaniyah


Tarekat Sammaniyah merupakan salah satu cabang dari Tarekat Syadziliyah
Di samping Naqsyabandiyah, Syattariyah, Qadiriyah, dan Syadziliyah, umat Islam juga mengenal adanya Tarekat Sammaniyah. Tarekat Sammaniyah merupakan salah satu cabang dari Tarekat Syadziliyah yang didirikan oleh Syaikh Abu Hasan Ali Asy-Syazili (wafat 1258) di Mesir. Pendiri Tarekat Sammaniyah adalah Syaikh Muhammad bin Abdul Karim As-Samani Al-Hasani Al-Madani (1718-1775 M).

Tarekat ini berhasil membentuk jaringan yang sangat luas dan mempunyai pengaruh besar di kawasan utara Afrika, yaitu dari Maroko sampai ke Mesir. Bahkan, memperoleh pengikut di Suriah dan Arabia. Aliran tarekat ini lebih banyak menjauhkan diri dari pemerintahan dan penguasa serta lebih banyak memihak kepada penduduk setempat, di mana tarekat ini berkembang luas. Salah satu negara Afrika yang banyak memiliki pengikut Tarekat Sammaniyah adalah Sudan. Tarekat ini masuk ke Sudan atas jasa Syaikh Ahmad At-Tayyib bin Basir yang sebelumnya belajar di Makkah sekitar tahun 1800-an.

Pemimpin Tarekat Sammaniyah di Sudan yang terkenal ialah Syaikh Muhammad Ahmad bin Abdullah (1843-1885) yang pernah memproklamasikan dirinya sebagai Imam Mahdi (pemimpin yang ditunggu-tunggu kedatangannya oleh masyarakat). Ia adalah seorang pemimpin dan anggota Tarekat Sammaniyah yang sangat saleh dan kehadirannya dinanti-nantikan oleh masyarakat Sudan.

Syaikh Muhammad Ahmad menghendaki adanya perbaikan-perbaikan terhadap praktik-praktik keagamaan sesuai dengan agama Islam yang benar. Ia memberikan berbagai perintah tentang bermacam-macam aspek keagamaan, seperti pengasingan (pingitan) terhadap kaum wanita dan pembagian tanah kepada rakyat, dan berusaha memodifikasi berbagai praktik keagamaan masyarakat Sudan yang pada waktu itu dilakukan sebagai tradisi. Ini semua bertujuan untuk menyesuaikan tradisi mereka dengan ajaran-ajaran syariat.

Syaikh Muhammad Ahmad juga menentang pemakaian jimat, penggunaan tembakau dan alkohol, ratapan wanita pada upacara pemakaman jenazah, penggunaan musik dalam prosesi keagamaan, dan ziarah ke kuburan orang-orang suci (wali). Dalam rangka meniru hijrah Nabi Muhammad Saw., ia dan para pengikutnya mengasingkan diri di Pegunungan Kardofan, lalu menyebut diri mereka sebagai Anshar (penolong) Nabi Muhammad Saw. Lebih jauh, kelompok ini berhasil membentuk pemerintahan revolusioner dengan organisasi militer yang sangat rapi dan mempunyai sumber keuangan yang teratur serta administrasi yang baik.

Amalan Tarekat Sammaniyah
Ciri-ciri Tarekat Sammaniyah adalah berdzikir La Ilaha Illa Allah dengan suara yang keras oleh para pengikutnya.

Dalam mewiridkan bacaan dzikir, para murid Tarekat Sammaniyah biasa melakukannya secara bersama-sama pada malam Jumat di masjid-masjid atau mushala sampai tengah malam.

Selain itu, ibadah yang diamalkan oleh Syaikh Muhammad bin Abdul Karim As-Sammani adalah shalat sunah Asyraq (setelah Subuh) dua rakaat, shalat sunah Dhuha sebanyak 12 rakaat, memperbanyak riyadhah (melatih diri lahir batin untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT), dan menjauhkan diri dari kesenangan duniawi.

Berikut adalah beberapa ajarannya yang terkenal;
Pertama, memperbanyak shalat dan dzikir.
Kedua, bersikap lemah lembut kepada fakir miskin.
Ketiga, tidak mencintai dunia.
Keempat, menukarkan akal basyariyah (kemanusiaan) dengan akal rabbaniyah (ketuhanan).
Kelima, menauhidkan Allah SWT, baik dalam Dzat, Sifat, maupun Af'al-Nya.

Jumat, 09 Agustus 2013

Diri dan Keihklasan

Sahabatku....
Nanti akan datang suatu masa,manusia sudah tidak lagi memikirkan tentang hakikat Diri dan Tuhannya,tidak lagi memikirkan tentang sebuah KEBENARAN,masjid" dan tempat2 peribadatan penuh dengan ribuan orang beribadah dan beramal,para ulama berlomba" mengumandangkan syair cinta firman dan hadist dan mutiara sebuah kitab,dan para umat berlomba2 mencari kebenaran yang diminati banyak orang (syariat).namun hatinya kosong melompong buta dari Tuhannya,namun pada saat itu yang paling membahayakan adalah ulama,ulama yang mengajarkan kebenaran tapi dia sendiri belum benar,yang mengajarkan cara berwudhu tapi hatinya selalu kotor,yang mengajarkan sholat tapi dia sendiri tidak tau hakikat sholat yg benar,yang mengajarkan pengampunan tapi dosa sendiri belum tau telah diampuni atau belum,yang mengajarkan Tuhan tapi dia sendiri buta akan Tuhannya,mereka lebih bahaya dari bom nuklir yang bisa menghancurkan satu wilayah karna mereka bisa menghancurkan umat satu dunia...peperangan,perselisihan,pertikaiyan antar umat beragama,kebencian,dendam dan paling merasa benar atas agamanya,tak lain semua itu karna sempitnya mereka dalam menerima wawasan dan keilmuan agama secara sempurna dan hakiki dari seorang ulama dan dari memahami sebuah kitab,kurangnya dalam memahami sebuah kitab dan sebuah ungkapan,sehingga mereka sempit dalam menafsirkan sebuah pembelajaran yang didamppaikan didalam kitab," Padahal KAMI jadikan alquran (kitab) itu sebagai bahasa perumpamaan misal dan tamsil agar hamba"ku berpikir "  jelas sudah bahwa bahasa alquran dan kitab" itu banyak menggunakan bahasa perumpamaan yang harus dipikirkan yang harus direnungkan dan harus dimengerti sesuai dengan ayat pertama diterima rosulullah adalah " Iqra "  yang artinya baca,renungkan,dan pikirkan apa" yang menjhadi tanda" kekuasaan Allah baik yang tersurat maupun yang tersirat." sebuah kitab akan sangat berbahaya akan menjadi bencana besar bila dipegang oleh seorang yang tidak mengerti tapi akan menjadi rahmat bagi seluruh alam bila dipegang oleh orang yang mengerti " perperangan antar umat beragama,pertikaiyan antar umat beragama,saling menyalahkan antar umat beragama,penghinaan agama,teroris,bom bunuh diri dan masih banyak lagi dampak dari ketika seseorang ulama dan umat tidak memahami arti dari sebuah ajaran agama dan ungkapan" didalam sebuah kitab dan pesan" yang disampaikan oleh para nabi dan rosul yg banyak mengandung kata" yang sangat dalam yg sebenarnya bertujuan menciptakan pribadi" yang rahmatan lil alamin,saling mencintai dan meyayangi didalam kerukunan antar umat beragama bahkan dikalangan islam itu sendiri.semua itu terjadi karna butanya mata hati dalam memahami sebuah agama dan keyakinan " waman kana fi hajihi a'ma fahuwafil ahiroti a'ma wa'adollu sabillah " barang siapa yang buta didunia buta pula diahirat bahkan lebih sesat lagi.bukan buta mata johir tapi buta mata hati yang ada didalam dada,

ketika seseorang buta dari hakikat dan hanya mengedepankan syariat saja maka segala amal apapun,segala perbuatan apapun,segala ibadah apapun semua akan jadi sia-sia tak bermakna, kauli,fikli,kolbi, (ucapan,perbuatan,hati) segala ucapan perbuatan tapi tidak didasari dengan pengertian di hati yg benar maka segala akan sia-sia,karna segala sesuatu diawali dari niat (hati) jika pandangan hati salah maka semua akan jadi salah sia-sia," Aku tidak melihat rupamu,ibadahmu,pakaiyanmu tapi aku melihat hatimu.." sejauh mana hati mengenal Tuhan dan Dirinya karna itu adalah kunci dari sebuah agama yang benar " Awaludin ma'rifatullah " awalnya agama mengenal Allah.ketika seseorang telah mengenal akan Allah maka sempurnalah awal agamanya, " Faklam yaklam ila hakurrobi wa'akurruhi wa'akujjasadi layashihu amaluhu fal hayatikal haiwan " barang siapa tidak mengenal sebenar" tuhannya,sebenar" ruhnya sebenar" jasadnya (dirinya) maka seluruh amalnya sia' (tertolak), " layasihu sholatan ilal bil ma'rifat "  tertolak sholat kamu jika tidak mengenal Allah.karna orang yang tidak mengenal Allah adalah orang yang tidak tau diri yang mengakui dirinya adalah miliknya,hidupnya adalah miliknya,pendengarannya adalah miliknya,penglihatannya adalah miliknya,ilmunya adalah miliknya,kuasa dan kehendaknya adalah miliknya lain daripada Allah,sehingga ketika kita mengakui daripd Haq Allah maka kita mengadakan Wujud dan Haq bagi sesuatu yang lain daripd Allah maka kita telah mengadakan Kesyirikan dan Sekutu bagi diri kita dan ketika hati kita dihinggapi kesyirikan sekecil apapun maka seluruh amal apapun akan menajdi sia-sia dan kita termasuk kedalam golongan orang" yang musrikin karna telah mensekutukan Allah dengan sesuatu yang lain dan yang tidak sesuai dengan kalimat tauhid " LAILAHAILLALLAH " penuhilah dosamu seluas langit dan bumi maka akan Allah ampunkan kecuali SYIRIK mensekutukan allah sekecil apapun tidak akan diampuni yang itu berarti seluruh amal apapun menjadi sia-sia nauzubillah minzaliq.
tapi ketika seseorang mengenal Diri dan Tuhan maka tidaklah satukali mata berkedip,tidaklah satu kali kaki melangkah,satu kali rambut bergoyang  tak lain itu adalah sebuah ibadah yang  tidak ada bandingannya dari seribu tahun kamu sholat diatas ka’bah tapi  jahil  dan buta terhadap Diri dan Tuhannya,Mari kitasama” belajar bagaimana diri ini agar tidak buta dengan bebenah diri dalam mencari sesuatu yang BENAR sesuatu yang HAKIKI, karna satu detik engkau mengenal Allah itu lebih baik dan lebih mahal nilainya ketimbang alam dan isinya,lebih mahal nilainya dari seribu tahun sholatnya orang yang istikomah tp ia jahil dan buta,mari kita tanamkan jiwa rahmatan lil alamin yang saling mencintai menyayangi menghormati antara sesama dan antara umat beragama agar tercipta kerukunan diantara kita,mudah'an kita termasuk kedalam golongan orang" yang beruntung Amin....

msa


Rabu, 07 Agustus 2013

Makrifat Bukan Tujuan Akhir


kaligrafi-allah-3 

Awal beragama Makrifatullah” begitu kata baginda Rasul untuk mengingatkan ummatnya untuk fokus mencapai tahap makrifat kepada Allah sebagai syarat awal agar seseorang dinilai telah beragama. Makrifatullah dalam makna umum berarti mengenal atau mengetahui tentang Allah. Makrifat terbagi menjadi Makrifat Asma (nama), Makrifat af’al/fi’il (perbuatan) dan Makrifat Dzat (Memandang Dzat Allah).
Makrifat dengan nama Allah berarti kita mengenal tentang Allah lewat nama-nama-Nya, adalah 99 nama yang baik (asmaul husna) yang terdapat dalam al-Qur’an. Ar-Rahman dan ar-Rahim misalnya mengajarkan kita bahwa Allah adalah sosok yang mempunyai sifat pengasih dan penyayang. Al-‘Aziz, Maha Perkasa atau Maha Kuat, dengan nama itu tergambar dalam pikiran kita akan Tuhan yang Maha Kuat, sumber dari segala kekuatan. Dengan mengetahui nama tersebut akan membuat kita sadar bahwa di atas kita ada sosok yang jauh melebihi kemampuan kita. Dengan mengetahui nama-nama-Nya adalah salah satu cara kita mengenal-Nya.
Makrifat dengan af’al/fi’il atau sifat, ada 20 sifat Allah yang wajib diketahui oleh hamba-Nya. Kalam, atau berkata-kata akan mengajarkan kita bahwa Allah memiliki sifat berkata-kata, dengan itu memberikan keyakinan bahwa Allah memberikan petunjuk kepada seluruh manusia dengan perantaraan kata-kata-Nya. Kata-kata-Nya yang disampaikan kepada Nabi ditulis dalam bentuk kitab suci sedangkan kata-kata-Nya yang disampaikan kepada hati orang beriman akan memberikan petunjuk secara pribadi kepada orang tersebut dalam kehidupannya. Sifat Kalam Tuhan itu abadi, artinya tidak mungkin Tuhan hanya berkata-kata zaman dulu saja ketika Nabi ada tapi Dia akan terus berkata-kata sepanjang zaman, cuma diperlukan ketenangan jiwa dan hati yang bersih untuk bisa mendengarkan firman-Nya.
Makrifat Dzat, mengenal Dzat Allah, ini adalah puncak makrifat, mengenal dengan sebenar kenal. Dengan makrifat seorang hamba yang telah disucikan dan intensif berdzikir lewat hati sanubarinya, dapat melihat Tuhan Allah SWT. Para Sufi mengatakan, “Kalau mata yang terdapat dalam hati sanubari manusia terbuka, mata kepalanya akan tertutup dan ketika itu yang dilihatnya hanya Allah SWT. Makrifat merupakan cermin. Jika seorang sufi melihat ke cermin, maka yang dilihatnya hanya Allah SWT. Yang dilihat orang arif sewaktu tidur maupun bangun hanya Allah SWT
Kenapa awal beragama makrifat kepada Allah, karena jika tidak mengenal Allah maka tidak mungkin manusia bisa menyembah-Nya dan tidak mungkin bisa mencintai-Nya. Maka sangat penting bagi seluruh manusia untuk mencapai tahap makrifat agar ibadah-ibadah yang dilakukannya tidak sia-sia.
Nabi Ibrahim mendapat perintah untuk mengorbankan anaknya lewat mimpi, Allah memerintahkan Ibrahim untuk menyembelih anaknya. Kenapa Ibrahim melaksanakan perintah yang “aneh” tersebut karena dia sangat yakin yang memerintahkan adalah Allah. Kenapa sangat yakin yang datang dalam mimpinya adalah Allah, karena Nabi Ibrahim telah mencapai tahap makrifatullah, mengenal Dzat Allah SWT. Akal tidak mampu menguraikan tentang wujud Allah yang datang dalam mimpi Ibrahim, tasawuf dengan mudah menguraikannya. Uraian tentang makrifat dan pengalaman-pengalaman tentang makrifat hanya bisa dipahami oleh orang yang telah berada di alam makrifat pula.
Makrifat tidak di dapat lewat perenungan, lewat kajian-kajian atau bacaan-bacaan. Ribuan buku tasawuf tidak akan membawa seseorang mencapai makrifat. Al-Ghazali berkata, “Alat seorang sufi mendapatkan makrifat adalah qalbu, bukan panca indera atau akal. Pengetahuan yang diperoleh qalbu lebih benar daripada pengetahuan yang diperoleh melalui akal. Jalan untuk memperoleh kebenaran adalah tasawuf (makrifat bukan filsafat)”. Al-Ghazali memaknai makrifat sebagai Memandang Wajah Allah.
Setelah mencapai tahap makrifat seperti yang disebutkan oleh Rasulullah SAW, barulah seseorang bisa menerapkan segala ibadah yang dianjurkan oleh agama. Zunnun al-Mishri mengatakan bahwa makrifat mempunyai jangkauan moral yang nilai kemanusiaan seoptimalnya yang harus berhias ahklak Allah SWT. Pergaulan orang arif bila telah sampai ke tingkat ini bagaikan pergaulan dengan Allah SWT. Aisyah istri Nabi ketika ditanya tentang akhlak Rasulullah menjawab bahwa akhlak Rasulullah adalah al-Qur’an.
Hanya Allah yang mengetahui siapa dari hamba-Nya yang benar-benar mengenal-Nya, sampai ke tahap makrifat. Tapi tentu saja orang yang telah mengenal Allah sebagaimana disebutkan tadi maka Akhlaknya akan mengikuti akhlak Rasulullah SAW. Menurut zunnun adalah tiga tanda orang Arif (Orang yang telah mencapai tahap Makrifat) :
  • Cahaya Makrifat tidak memadamkan cahaya kerendahan hatinya,
  • Tidak mengakui secara bathiniah, ilmu yang bertentangan dengan hukum lahiriah (Hukum Syariat).
  • Nikmat Allah SWT yang banyak itu tidak mengiringnya untuk melanggar larangan Allah SWT.
Orang Arif dengan pengetahuannya yang luas, hakikat yang mendalam akan tetap menjaga amalan-amalan zahir yang di syariatkan oleh agama. Orang yang mengaku bermakrifat kemudian bertingkah aneh, meninggalkan kewajiban agama, berakhlak yang tercela akan diragukan tentang makrifatnya. Kehebatan dan kekeramatan yang diberikan Allah kepadanya tidak dipakai untuk melanggar perintah Allah, melakukan perbuatan-perbuatan tercela, ini penjelasan dari ciri-ciri orang makrifat menurut Dzunnun al-Mishri.
Kesimpulan dari tulisan ini bahwa makrifatullah atau mengenal Allah adalah awal beragama, dengan mencapai makrifat maka segala ibadah akan bermakna karena kita mengenal siapa yang kita sembah. Kalau Makrifatullah adalah awal beragama, lalu apa akhir dari agama? Akhir dari beragama juga makrifatullah karena Makrifatullah adalah ruh dari agama.
Demikian.