BismiLlah wal HamduliLlah wash-Shalatu was-Salamu 'Ala RasuliLlah,
insya'ALLAH, berikut diantara penyampaian Habibana Musa Kadhim bin
Ja'far as-Saqqaf, hafizahuLlah wa ra'ah, semasa Daurah berlangsung di Masjid Hajjah Fathimah, Singapura, tanggal 14/06 - 15/06/2014.
1. Tawassul adalah sunnah. Mendapat pahala bila melakukannya. Tiada
dalil atau hadiths mengharamkan bertawassul. Tiada suatu hadiths yang
mengatakan bahawa tawassul itu syirik atau haram, bahkan setengah
hadiths pun tiada!
2. Saat bertawassul mereka meyakini bahawa
yang Berkuasa adalah ALLAH, yang ditawassulkan punya berkah &
rahasia (semua ini atas Kehendak & Kuasa ALLAH).
3. Para Nabi
sendiri, para Shalihin, para Ulama' semuanya mengamalkan tawassul.
Demikian para Sahabat sedangkan mereka itu mendalami 'Ilmu Syar'iat.
4. Jika tawassul akan menghilangkan cahaya hati maka para Ulama' akan meninggalkannya."
5. Para Nabi mendapat mu'jizat. Para wali mendapat karamah, &
mereka semuanya dalam golongan Ahlul Sunnah wal Jama'ah (ASWAJA).
6. Aqidah ummat ini adalah terpelihara hingga hari Qiyamat. Aqidah majority ummat Islam adalah Aqidah ASWAJA.
7. ASWAJA adalah Ahli Tasawuf. Semua mereka yang mempunyai karamah,
& tiadalah mereka yang pernah yaqozah dengan Baginda RasuliLlah
ShalALLAHu'Alaihi wa Alihi waShahbihi waSallam melainkan mereka adalah
dalam golongan ASWAJA.
8. Para Ulama' ASWAJA mendapat bantuan
khusus dari Baginda RasuliLlah ShalALLAHu'Alaihi wa Alihi waShahbihi
waSallam dengan hadir didalam tidur mereka dlsb.
9. Mereka yang beristighatsah diakhirat adalah mereka yang juga pernah beristighatsah didunia.
10. Dalil beristighatsah paling mahsyur, apabila seorang lelaki buta
yang mengadu kepada Baginda RasuliLlah ShalALLAHu'Alaihi wa Alihi
waShahbihi waSallam & meminta untuk mendoakan kesembuhannya, maka
Baginda menyarannya untuk bersabar namun tetap beliau ingin meminta
Baginda RasuliLlah untuk mendoakan kesembuhannya, maka beliau Baginda
RasuliLlah ShalALLAHu'Alaihi wa Alihi waShahbihi waSallam perintahkan
untuk berwudhu' & melakukan Sholat sunnat 2 raka'at, Baginda
RasuliLlah mengajarkan kepada beliau sebuah doa yang dalamnya
mengandungi istighatsah (juga bertawassul) kepada Baginda, dengan doa,
"Wahai ALLAH, aku meminta kepadaMU, & menghadap kepadaMU, Demi
NabiMU Nabi Muhammad, Nabi Pembawa Kasih Sayang, WAHAI MUHAMMAD, sungguh
aku menghadap demi dirimu (Muhammad ShalALLAHu'Alaihi wa Alihi
waShahbihi waSallam), kepada Tuhanku dalam hajatku ini, maka kau
kabulkan hajatku, wahai ALLAH, Jadikanlah ia memberi syafa'at hajatku
untukku."
11. ALLAH Subhana wa Ta'ala bisa Memberikan sesuatu
manfa'at dengan sebab atau tanpa sebab atau dengan cara yang bercanggah
dengan akal fikiran kita.
12. Orang yang telah wafat bisa
memberikan manfa'at kepada yang masih hidup dengan Izin ALLAH, contoh,
disaat Isra' wal Mi'raj, Nabi Musa, sehingga ummat ini mendapatkan
keringanan Sholat 50 waktu menjadi 5 waktu, Nabi Ibrahim
'Alaihimus-Salam dengan wasiat dzikr untuk ummat ini amalkan, setiap
satunya menjadi pohon didalam Syurga.
13. Orang yang telah wafat
lebih mengetahui tentang apa-apa yang dilakukan oleh orang yang masih
hidup, lebih mengetahui dari orang yang masih hidup. Sebagaimana dalil,
Baginda RasuluLlah ShalALLAHu'Alaihi wa Alihi waShahbihi waSallam akan
bertahmid apabila melihat ummat beliau melakukan kebaikan, sebaliknya
Baginda akan beristighfar.
14. Didik anak kecil kita akan
keimanan bahawa ALLAH Maha Kuasa dlsb, ceritakan kepada mereka tentang
mu'jizat para Nabi & karamah para Shalihin agar kelak mereka dewasa,
perkara tersebut bila dikhabarkan kepada mereka, tidak menjadi masalah
bagi mereka.
15. Andai kita menunjukkan kebaikan & diikuti
oleh orang lain seperti menyampaikan atau turut mengumumkan tentang
sesebuah Majlis khair/ Majlis 'Ilmu, setiap langkah mereka yang hadir
orang yang menyampaikan tersebut juga mendapatkan pahalanya.
16. Mendoakan semua Saudara kita atau sesiapa sahja (yang dalam kemungkaran dlsb) diwaktu malam.
17. Barangsiapa yang ingin mengikut jalan para Auliya' perlu ada sifat rahmah.
18. Barangsiapa yang berjaya memperbaiki 2 orang yang sedang bertelagah, maka ia akan mendapatkan pahala 70 haji yang mabrur.
19. Ni'mat terbesar adalah ni'mat Iman & Islam, juga ni'mat akan
Nabi Muhammad ShalALLAHu'Alaihi wa Alihi waShahbihi waSallam.
20.
Sebelum kita berterima kasih pada seseorang atau sesiapa, berterima
kasihlah dahulu kepada ALLAH, contoh, bertahmid dalam hati kemudian
berterima kasih kepada orang tersebut. Demikian tika musibah melanda
kita, berdoalah kepada ALLAH terlebih dahulu sebelum berikhtiar jalan
penyelesaian.
21. Istidraj - mengambil seseorang sedikit demi sedikit dalam kebinasaan.
22. Barangsiapa yang memelihara Sholat 5 waktu maka akan terpelihara ia
dari melalukan syirik kerna didalam Sholat tersebut mengandungi
rahasia-rahasia.
23. Barangsiapa yang ingin hidup dalam kebenaran
maka ikutilah system yang telah ditunjukkan oleh Baginda RasuliLlah
ShalALLAHu'Alaihi wa Alihi waShahbihi waSallam.
24. Meski dengan
turunnya malaikat, ataupun dengan menghidupkan orang yang telah wafat,
atau (nasihat/tunjuk ajar) Ayah kepada anak, Suami kepada Isteri, Guru
kepada Murid, tiada yang dapat memberikan hidayah kecuali ALLAH, hanya
ALLAH yang dapat Memberikan Hidayah, selainnya hanya asbab.
25. Semoga kita DiberiNYA Hidayah, dalam kebenaran & teguh didalamnya.
_________________________
SubhanALLAH wal HamduliLlah, demikian yang bisa hamba kongsikan. Segala
kesilapan datangnya dari kejahilan hamba. Sebelum & sesudahnya,
hamba mohon redha, ampun & maaf. Mohon teguran & nasihat,
insya'ALLAH. Silahkan bagi yang ingin share dlsb. Demikian. JazakumuLlah
khairal jaza'. BarakALLAHu fikum. Fi amaniLlah.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar