Perjalanan Syariat, Tarikat, Hakikat & Makrifat Insan
Adalah
didalam kajian hakikat kesemua perjalanan AGAMA bersendikan akan
perjalanan pulang iaitu pengenalan akan AGAMA ialah untuk mengenali
asal dan usulnya diri kita dan kaitan kita dengan Tuhan.
Maka sebagai mana yang telah kita ketahui perjalanan mengenal itu membawa kita kepada pengertian SYARIAT, TARIKAT, HAKIKAT DAN MAKRIFAT
dan juga yang dikatakan MARGA atau JALAN dalam kefahaman AJARAN HAKIKAT
maka PERJALANAN itu sebenarnya IALAH jalan kita mendekati akan Tuhan
kita iaitu mengikuti peraturan yang menjadi asanya HUKUM agar patuh akan
apa yang dikehendaki dan kedua kebaktian diatas peraturan itu yang
membuka kepada pintu RAHMATnya dan menyempurnakan akan pengenalannya dan
sampai akan perjalanannya kepada Tuhannya.
Maka
sempurnanya itu diatas PERJALANAN AGAMA ialah memahami akan zahirnya
atau turunnya akam hukum itu dan mematuhi akan hukum itu bukan diatas
suatu PAKSAAN dan MENERIMA PADAH jika ditolak tetapi diatas mengenal
TUHAN ITU DAN MENYINTAINYA bukan seperti PERCAYA KEPADA TUHAN kerana
ini tiada membawa manusia itu kepada keimanan sejati kerana sekadar
percaya adalah membawa kepada DASAR KEWAJIPAN kerana takut didera
sementara KENAL
DAN CINTA Tuhan membawa erti ibadat diatas
sebab kerana cinta tanpa paksaan dan bukan kerana DOSA atau PAHALA
maka disini kita lihat HUKUM ITU DIPATUHI TETAPI KENA TAHU KENAPA BARU
SEMPURNA KENYATAAN KITA.
Akan perkara yang dikenali sebagai PERJALANAN itu terbahagi ia kepada 7 makam iaitu :-
1. SHARIAT – TUBUH
2. TARIKAT – HATI (SANUBARI)
3. HAKIKAT – QALBI (HATI FUAD)
4. MAKRIFAT – SIR
5. HARIKAT – SIRUSIR
6. RAMAKAT – KHAFA
7. EKATAT – AKHFA
Empat yang pertama telah dikenali sementara tiga yang terakhir merupakan batin kepada MAKRIFAT.
RENGKASAN 4 JALAN YANG PERTAMA
1.
SHARIAT = satu jalan zahir yang membentuk suatu peraturan yang telah
digariskan oleh Allah dalam Al-Quran dan rasulullah melaluinya hadis.
KARMAMARGA
SEMBAH RAGA – ertinya perjalanan ibadatnya hanya bertumpukan diatas
kesungguhan dan tertib akan ibadatnya dan berusaha untuk memperbaiki
akan ibadatnya sehingga tiada cela lahiriahnya dan mengharapkan diatas
kelakuannyanya itu mendapat ganjaran
2. TARIKAT = satu
jalan yang diterokai bagi merapatkan diri dengan Allah s.w.t.. Ianya
merupakan jalan menyucikan diri dan hati supaya terbentuk jalinan akrab
diantara dirinya dengan Allah s.w.t.
BAKTIMARGA SEMBAH SUKMA –
ertinya perjalanan ibadatnya yang semakin mantap dikeusiaannya dan
kerajinannya menjalankan ibadat dengan sempurna shariatnya membawanya
kepada tahap kebaktian yang sejati kepada Tuhannya.
3.
HAKIKAT = suatu jalan menyelami dan mengenali diri sendiri yang
merupakan satu-satunya jalan ke arah makrifat diri dengan Allah s.w.t.
JANNAMARGA
SEMBAH JIWA – ertinya perjalanan ibadatnya disertai akan ilmu yang
memberi erti diatas segala hukum shariat itu yang mana dia memahami
kenapa dan apa maksud shariat itu.
4. MAKRIFAT = adalah jalan yang dilalui oleh wali Allah yang agung.
YUGAMARGA
SEMBAH RAHSIA – ertinya perjalanan ibadatnya sudah mencapai tahap
kesempurnaan yang tertinggi dan sudah keluar dari tabiat kebiasaan
beribadatnya manusia dimana segala ibadatnya tertumpu diatas kefana’an
dirinya sehingga tiada lagi keberadaan dirinya
PENGENALAN KEPADA HARIKAT, RAMAKAT DAN EKATAT
Selepas
pengenalan kepada empat perjalanan maka disini diperkenal akan 3 lagi
jalan yang membawa kepada kesempurnaan terakhir. Adapun 3 jalan
terakhir ini adalah batin kepada MAKRIFAT atau jalan RAHSIA alam
SIRURSIR namanya terbahagi kepada 3 BATINnya iaitu :
1. Sirrusir ( RAHSIA DALAM RAHSIA)
2. Khafa (TERSEMBUNYI –GHAIB)
3. Akhfa (AMAT TERSEMBUNYI – GHAIBUL-GHAIB)
Pengenalan
jalan ini hanya terbuka kepada manusia dalam masa 11 ribu tahun sekali
dan hampir-hampir tiada yang dapat melengkapkan kerana setiap jalan
itu pula terbuka untuk 11 orang manusia yang terbaik diantara bangsa
dan keturunannya dan lagi setiap perjalanan itu memakan 1.1 juta tahun
dan penghujung perjalanan ini jika lengkap akan tiga perjalanan memakan
masa selama 330 juta tahun.
Adalah pengenalan akan HARIKAT,
RAMAKAT dnan EKATAT ini suatu yang dinamakan batin kepada makrifat
dimana makrifat itu sendiri terpecah kepada tiga bahagian tersebut
menjadi ia hakikat akan makrifat atau batinnya makrifat itu. Kefahaman
diatas perkara ini amat bergantung diatas kefahaman makrifat itu
sendiri dan hanya terbukti kebenarannya apabila seseorang itu telah
sampai kepada pengajian makrifat.
MARTABAT PERJALANAN HARIKAT
Ianya
suatu jalan yang membawa ertinya kesatuan diatas dua keberadaan yang
ditampirkan sabagai INSAN AL-KAMIL iaitu sempurnanya KUN diatas
lidahnya satu Kun dengan Tuhannya, inilah martabat orang yang telah
memasuki wilayah MAKRIFAT segera tenggelam didalam lautan ilahiyah yang
menjadikan dirinya tiada lagi berkata diatas lidahnya melainkan di
KUN-kan oleh Tuhannya.
Mereka yang didalam martabat
harikat ini menjadi dia RAJA yang akur akan segala sesuatu dan menjadi
dia penghukum hukum Allah itu menjadi kitab akan Allah itu dan menjadi
ganti diri Allah itu dikemanusiaannya iaitu ternyata ketuhanannya di
kemanusiaannya tiada dapat terbeza oleh manusia awam kerana KUNnya itu
Kun Tuhannya. Disini yang arifbillah itu mengenali Tuhannya dengan
kalamnya dan shuhud yang tiada lagi bertempat melainkan pada dirinya
itulah ternyata akan kekuasaan ilahi itu tiada liagi ada batasan lagi
MARTABAT PERJALANAN RAMAKAT.
Adalah
perjalanan RAMAKAT pula perjalanan kepada menghadirkan diri kepada dua
alam dan duduk nya pada satu alam dimana tiada lagi kemanusiannya dan
ketuhanannya bahkan telah luluh pada satu alam jua walaupun masih ujud
keduanya tetapi alamnya tiada dua tetap satu jua dan mereka yang
didalam perjalanan ini adalah pemegang kuasa pemeliharaan yang membawa
erti kesatuan kehormanian yang seimbang diatas dua alam pada satu alam
itu jua maka ilahiyah itu sudah berubah kepada satu AKU dua DIRI namun
tiada shiriknya lagi kerana tuhannya telah menjadikan dia dua kepala
satu tubuh membolehkan dia melihat pada satu mata dua pandangan kasyaf
pada bayangan yang cerah dan kelam itu jua.
MARTABAT PERJALANAN EKATAT
Ini
adalah satu jalan semata-mata perjalanan MAHARAJA bukan Raja kerana
disini tiada lagi Dia atau Aku bahkan hancur semuanya kepada suatu
martabat yang menyatu akan segalanya kuasa dan kehendak sebagai KUASA
SEMATA-MATA yang membawa kepada PENCIPTAAN dan KEHANCURAN itu ada pada
sesiapa yang sampai ke martabat ini.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar