Laman

Kamis, 07 April 2016

MEMAHAMI AKU

Bismillah sdr ku.....
Ketahuilah olehmu siapakah yang dinamakan AKU itu barulah engkau tahu dan mengenal akan hakikat sebenar Rahsia Ketuhananmu.
.
Maka dengan ini ku lampirkan suatu keterangan buatmu dan ku bukakan tabir rahsia untukmu agar kau tahu dan mengerti apakah dan siapakah yang dimaksudkan kepada AKU.
.
AKU....Adalah kalimah mufrad (satu) dan ia tidak mewakili jenis laki atau pun wanita.
AKU adalah satu hal yang tidak ada padanya gambaran yang nyata kerana ia bersifat tidak nyata (nagetif), dan sesungguhnya AKU itu adalah satu rahsia yang di tajjallikan oleh Tuhan dan ia menjadi penyata bagi dzatullah.
.
AKU adalah merupakan Sifat Ketuhanan yang terbit dari Tuhan Yang Maha Kuasa.
.
Padanya pula terdiri akan Sifat-Sifat Kebesaran Tuhan kerana AKU itu adalah Penyata bagi Dzat Tuhan atau dengan kata lain AKU itulah Kenyataan Tuhan.
.
Sesungguhnya dzatullah itu tidaklah dapat kita ketahui akan keadaan nya dan jauh sekali untuk kita mengatakan dia itu berupa kerana ia LAITSA KAMISLIHI SAI’UN ……..tidak menyerupai sesuatu apa pun.
.
Itulah sebab Tuhan mau memperkenalkan DIRINYA dan telah menyatakan akan Sifat Ketuhanan yang bernama AKU.
.
Dalam ilmu hakikat AKU ini dikenaldengan nama AMAR ROBBI ….urusan tuhan,
.
Perlu di ingat AKU itu bukanlah Tuhan akan tetapi Penyata yang dinyatakan Tuhan agar ia nyata maka apabila ia nyata maka nyatalah Kebesaran Tuhan itu,
.
kerana kalau tidak nyata maka Kebesaran Tuhan tidak akan nyata dan kita tidak akan tahu yang tuhan itu ada walaupun DIA ada.
.
Disini saya ingin menyatakan bahawa AKU itu adalah Ketuhanan dan merupakan titik pertama yang dinyatakan Tuhan pada jasadku ini.
.
Apabila ia berada didalam badan diri ini maka ia telah menjadi DIRI pula.
.
AKU yang tadinya merupakan titik atau noktah awal kini telah berkembang menjadi DIRI dan diri itulah Cahaya Ketuhanan yang dinyatakan Nya daripada nyalah didatangkan kehidupan kepada badan kita ini.
.
Pada AKU itu ada berbagai rahasia dan merupakan satu Khazanah Tuhan kepada kita ini.
.
Asal kita mau pasti kita akan dapat sesuatu darinya tetapi dengan syarat kita mesti mengenal dan mengetahui akan keadaaan nya.
.
AKU yang tidak berupa dan bertampan ini hanya dapat diketahui saja kerana inilah rahsia pada keadaan sifat kezahiran rupa paras dan bentuk.
.
Oleh itu kau hanya mampu tahu dan merasai sahaja akan keberadaanku pada badan dirimu itu.
.
AKU merupakan induk kepada kehidupan tanpa aku kau akan mati.
Sahabatku.....ketahuilah olehmu bahawa AKU itu adalah Ketuhanan dan pada nya ada beberapa Sifat yang telah digantungkan oleh Tuhan sebagai penyata dan dalil akan Kebesaran Tuhan dan dengan nya (sifat) ia dapat mentadbir alam badan diri ini. Sifat-sifat itu adalah……..
1) hayat
2) ilmu
3) qudrat
4) irodhat
5) sama’
6) basar
7) kalam
Inilah Sifat-Sifat Nya dan ia dipangil Sifat Ma’ani.
.
Sebenarnya sifat-sifat ini ada pasangan nya dan ia terzahir dari pasangan nya.
Siapakah pasangan nya itu? Pasangan nya itu adalah Sifat Maknawiah yaitu……..
.
1) hayyun
2) alimun
3) qodirun
4) muriidun
5) sami’un
6) basirun
7) mutakalliman
.
ini lah pasangan nya dan ia menunjukan akan keadaan Tuhan pada Kebesaran Nya .
.
maka jelaslah bagi kita ini bahawa AKU itu membawa faham kepada kita dengan makna Ketuhanan (Kenyataan Tuhan).
.
Dialah dzat dan Sifat itu dan tidak terpisah.....
.
dalam menyatakan kalimah AKU ini saya menyatakannya bahwa dia adalah penyata.
.
Umpama lampu mengeluarkan cahaya dan menyinari dinding,cahaya pada dinding itu adalah cahayanya dan cahaya pada cermin lampu itupun cahaya nya oleh karena itu adakah cahaya yang berada pada dinding itu terpisah dari lampu dan cahaya pada cermin lampu itu…….?
.
Tentu tidak.
.
Wassalam

Tidak ada komentar:

Posting Komentar