SEBAGAIMANA KARAMNYA BUKIT THURSINA DARI PANDANGAN NABI MUSA,
sebegitulah hendaknya karamkam diri kita. BUKIT THURSINA ITU, TETAP
BUKIT SEBAGAIMAN BERADA DITEMPATNYA SEKARANG INI!.
Meletup Bukit
Thursina itu, bukan bermaksud berpindah tempat, hilang atau hancur lebur
jadi debu, kiasan perkataan meletup itu, adalah bagi menunjukan makna
meleburkan diri!. Bilamana kita sudah lebur dalam wajah Allah, boleh tak
lagi kita berkata-kata? cuba jawab…………….., melainkan kata-kata kita
itu, adalah kata-kata Allah. Itulah makanya turun ayat, “tidaklah yang
memanah itu engkau ya Muhamad, melainkan Aku (Allah) yang memanah
diketika memanahnya engkau ya Muhamad”. Kerana apa, kerana sifat Muhamad
itu, sudak karam, fana’ dan baqo dalam wajah Allah!.
Disini bukan
bererti bersatu atau bercantum dengan Allah. Disini bukan bermakna
jabarian, muktazilah, kodariah, hulul atau wahdatu wujud?. Jika saudara
dan saudari belajar sifat 20 dengan cermat, cuba tafsirkan kepada saya
yang bodoh ini, apakah erti sifat wujud?.. Yang suka menuduh sesat itu,
cuba tuan-tuan suruh mereka itu tafsir makna, maksud, atau erti sifat
wujud!. Tidakkah wujud (ada) itu hanya sifat Allah!. Bilamana “ada” itu
sifat bagi Allah, bermakna, bermaksud atau bererti, sifat bagi makhluk
manusia itu, “ tidak ada“. Jika kita sebagai makhluk manusia itu
bersifat dengan sifat tidak ada, siapakah sepatutnya yang bersifat ada,
jika tidak Allah………………. Yang ada itu, hanya sifat Allah, hanya sifat
Allah dan hanya sifat Allah dan yangbersifat tidak ada itu, adalah sifat
diri kita!…………….
Bilamana diri kita sudah tidak ada (tidak wujud),
apa lagi yang hendak kita “ sebut ” dan apa lagi yang hendak kita “
tengok! “. Jika mata ditutup atau tidak ada, apakah lagi kelihatan
adanya sifat penadol dan apakah lagi kelihatan adanya sifat batu,
samaada ianya tenggelam atau timbul? ?. Cuba jawab?………………………
Yang
menjadi sifat batu itu timbul atau tenggelam dan yang menjadi sifat
penadol itu meyembuhkan itu, adalah kerana tuan-tuan adakan sifat diri
dan tuan-tuan masih tertilik adanya sifat makhluk. Cuba diri kita itu
kita hilangkan, cuba kita hilangkan sifat batu dan cuba kita hilagkan
sifat penadol!. Bilamana diri dan penadol kita hilangkan, leburkan dan
kuburkan, mana lagi ada sifat penadol dan mana lagi ada sifat
menyembuhkan ?. Mana ada lagi sifat tengelam dan mana lagi ada sifat
timbul?
Sesudah diri kita tidak ada, apa lagi, apa lagi dan apa lagi
yang hendak disembohkan oleh penadol dan apa lagi yang hendak
ditimbukan oleh batu? Cuba jawab?…………….nak sembuh dan nak timbulkan
siapa lagi, jika diri sudah tidak ada?. Jika sekiranya diri tidak ada,
mana mungkin adanya sifat penadol dan mana mungkin adanya sifat batu?.
Sesungguhnya Penadol tidak ada, batu tidak ada, benih tidak ada dan
diripun tidak ada. Yang bersifat ada itu, hanya siapa?, cuba
jawab?…………….
Kefaham ilmu, hendak disalinkan kedalam bentuk ayat,
bukan perkara mudah dan bukan suatu kerja senang. Jika senang, sudah
ramai profesur dan pengarang yang mengarang tentang ilmu makrifat!. Apa
lagi ilmu makrifat yang menggunakan bahasa roh, bahasa hati dan bahasa
jiwa!. Ini bahasa makrifat atau bahasa rohani yang hanya dimengerti oleh
meraka yang bermakrifat!. Jika dibaca atau ditelaah oleh golongan yang
pengajian atau yang berpendidikan ilmu feqah atau orang syariaat, maka
sesatlah yang dapat mereka perkatakan. Sedangkan bilamana kita minta
tunjuk ajar mana ilmu yang tidak sesat, merekapun sesat untuk
menceritakan!. Sebenarnya siapa yang sesat, cuba tuan-tuan
jawab……………..Saya sudah masak dengan tuduhan sesat, wahbi, syeah, hulul,
wahdatul wujud, Syek siri Jenar, Al-halaj dan sebagainya.
Tidak
kurang, selepas dari saya mengarang ini, ada suara-suara sumbang yang
mengata dan yang akan menuduhkan bahawa karangan saya ini, adalah
fahaman syek Siti Jenar, Al-Halaj, Wahdatul wujud dan hulul dan
sebagainya.
Sebab yang menuduh itu, orang yang belum mengenal diri
dan orang yang belum karam dalam lautan makrifat! dan belum binasa
diri!. Cuba jawab pertanyaan saya dengan jujur, sebelum mengeluarkan
tuduhan. Jika diri kita sudah tidak ada, apakah ada lagi perkataan
hulul, wahdatul wujud?. Wahdatul wujud, hulul, jabariah atau kodarian
itu, bilamana masih ada diri. Sesudah ketiadaan diri, apa lagi yang
hendak dibahasakan, melainkan itulah yang dikatakan tidak berhuruf dan
tidak bersuara!.
Yang dikatakan tidak berhuruf, tidak bersuara,
tidak berjisim dan tidak berjirim itu, setelah ketiadaan diri, lebur,
lenyap, hancur, terkubur, terbakar dan setelah terkaramnya diri kita
dalam wajah Allah!. Sesudah terkaram, bolehkan lagi kita berkata-kata?.
Itulah maksudnya PENGNSANNYA NABI MUSA!. Pengsan itu, bukan bererti koma
atau tak sedarkan diri, pengsan disitu, adalah memberi maksud karam,
fana dan baqa Nabi Musa dalam wajah Allah!.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar