ASHADUAL LAA ILAHA ILLALLAH
Syahadat berasal dari kata bahasa Arab yaitu syahida (شهد), yang
artinya ia telah menyaksikan. Kalimat itu dalam syariat Islam adalah
sebuah pernyataan kepercayaan dalam keesaan Tuhan (Allah)
أَشْهَدُ ألا إله الا الله
Asyhadu an Laa Ilaaha Illallah
artinya : Aku bersaksi bahwa tiada tuhan selain Allah
Ini apa yang telah dilafazkan dan mskna dari apa yang telah dilafazkan tersebut
Tauhid bukanlah sekadar ucapan ‘laa ilaha illallah’, walaupun ucapan
tersebut merupakan sebahagian daripadanya. Tetapi tauhid itu adalah nama
untuk pengertian yang agung dan ucapan yang mempunyai erti yang besar,
lebih besar dari semua pengertian. Tauhid ialah pembebasan terhadap
penyembahan kepada semua yang bukan kepada Allah dan penerimaan dengan
hati serta pengibadahan kepada Allah semata.
Allah berfirman
2.Surah Al-Baqarah (Verse 163)
Dan Tuhan kamu ialah Tuhan yang Maha Esa; tiada Tuhan (Yang berhak
disembah) selain dari Allah, yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Dan Allah berfirman lagi
40.Surah Ghāfir (Verse 41)
"Dan wahai kaumku! Apa halnya aku dengan kamu? Aku mengajak kamu kepada keselamatan, dan kamu pula mengajakku ke neraka?
40.Surah Ghāfir (Verse 42)
"Kamu mengajakku supaya aku kufur (tidak percayakan keesaan) Allah dan
mempersekutukanNya dengan apa yang aku tidak mempunyai pengetahuan
mengenainya, padahal aku mengajak kamu beriman kepada Allah Yang Maha
Kuasa, lagi Maha Pengampun?
Ayat-ayat begini banyak dalam
Al-Quran dan menerangkan bahawa erti dua kalimah syahadah adalah bebas
dari penyembahan kepada selain Allah, dan mengkhususkan Allah sahaja
untuk penyembahan itu. Inilah petunjuk dalam beragama dan untuk perkara
inilah Allah mengutus para rasul-Nya dan untuk perkara inilah juga Allah
menurunkan semua kitab-Nya.
Orang-orang musyrik sebenarnya
percaya dengan kewujudan Allah, dan mereka mencari perantara untuk
mendekatkan diri mereka kepada Allah lalu diharapkan kepada rahmat-Nya
dan takut akan siksa-Nya. Ibn Abbas berpendapat bahawa yang mereka seru
dengan doa ialah Isa, Maryam dan Uzair. Athaa’ dan ad-Dhahhaq pula
berpendapat mereka menyeru pada para malaikat.
Yang dibenarkan
dalam Islam bukanlah berdoa kepada malaikat atau nabi atau perantara
lainnya. Islam menuntut kita agar hanya rasa takut dan berharap kepada
Allah kerana itu hak Allah kepada hambanya.
Suatu kisah terjadi
dizaman Rasulullah s.a.w, dimana seorang pencuri telah dipotong
tangannya, lalu dia berkata kepada Nabi, “Allahumma Ya Allah!
Sesungguhnya aku bertaubat kepada Allah dan aku tidak bertaubat kepada
Muhammad.” Nabi s.a.w langsung bersabda, “Dia mengetahui yang hak bagi
yang berhak.” Perkara ini menunjukkan bahawa yang patut ditakuti,
digeruni, diharapkan dan dipanjatkan doa ialah Allah, dan Allah semata.
Demikianlah para ahli tafsir, dengan bukti-bukti seperti di atas, menyatakan:
"Maka teranglah bahawa erti tauhid dan syahadat laa ilaha illallah
ialah meninggalkan perbuatan orang-orang musyrik, iaitu berdoa kepada
orang-orang saleh, atau malaikat atau jin dalam meminta pertolongan
Allah untuk menghilangkan bahaya atau mendapatkan rahmat."
Bagaimana cara untuk kita mengamalkan supaya semasa mengamalkan itu akan berlaku penyaksian dan pengakuan kepada Allah?
Berhubung dengan perkara ini Allah telah menerangkan berkaitan bagaimana untuk menetapkan pegangan atau iktiqad tauhid kita
17.Surah Al-'Isrā' (Verse 41)
Dan sesungguhnya Kami telah menerangkan jalan-jalan menetapkan iktiqad
dan tauhid dengan berbagai cara di dalam Al-Quran ini supaya mereka
beringat; dalam pada itu, penerangan yang berbagai cara itu tidak
menjadikan mereka melainkan bertambah liar.
Salah satu daripada
berbagai jalan dan cara untuk menetapkan iktiqad tauhid atau jalan untuk
mengenal Tuhanmu ialah bertaubat daripada melakukan sebarang perbuatan
syirik sepertimana firman Allah
2.Surah Al-Baqarah (Verse 54)
Dan (kenangkanlah) ketika Nabi Musa berkata kepada kaumnya:
"Wahai kaumku! Sesungguhnya kamu telah menganiaya diri kamu sendiri dengan sebab kamu menyembah patung anak lembu itu,
maka bertaubatlah kamu kepada Allah yang menjadikan kamu;
iaitu "BUNUHLAH DIRI KAMU".
Yang demikian itu lebih baik bagi kamu di sisi Allah yang menjadikan
kamu, supaya Allah menerima taubat kamu itu. Sesungguhnya Dia lah Yang
Maha Pengampun (Penerima taubat), lagi Maha Mengasihani".
Maksud
daripada perintah Allah "BUNUHLAH DIRI KAMU" ialah melaksanajan perintah
Allah yang terkandung didalam Al-Quran yang apabila dilakukan perintah
Allah tersebut akan menghilangkan keberadan atau keakuan diri sendiri
Perintah yang boleh dilakukan ialah melaksanakan apa yang tersurat dan yang tersirat didalam firman Allah
73.Surah Al-Muzzammil (Verse 8 )
Dan sebutlah akan nama Tuhanmu, serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan.
Yang cara untuk dilakukannya pula boleh diambil dari apa yang tersurat dan apa yang tersirat daripada sabda Nabi Muhammad saw
Saidina Ali Rodziallah hu'an hu Bertanya kepada Rasulullah bagaimana
aku nak hampir dengan Allah ya Rasulullah. Rasulullah menjawab mari
dekat dengan aku ya Ali hingga bertemu lutut.
- Pejamkan mata mu,
- Tongkat kan lidah mu ke langit2,
- sebutlah nama Allah sebanyak2nya
Setelah seseorang itu melakukan apa yang relah diperintahkan oleh Allah
ini, mereka akan mendapat janji yang telah dijanjikan oleh Allah
sepertimana firman Allah
4.Surah An-Nisā' (Verse 66)
Dan sesungguhnya kalau Kami wajibkan kepada mereka (dengan perintah):
"BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI, ATAU KELUARLAH DARI TEMPAT KEDIAMAN KAMU"
NESCAYA MEREKA TIDAK AKAN MELAKUKANNYA, KECUALI SEDIKIT DARIPADA MEREKA
Dan sesungguhnya kalau mereka amalkan nasihat pengajaran yang telah
diberikan kepada mereka, tentulah yang demikian itu lebih baik bagi
mereka dan lebih meneguhkan (iman mereka).
4.Surah An-Nisā' (Verse 67)
Dan (setelah mereka melakukan seperti yang dikehendaki oleh Allah),
tentulah Kami akan berikan kepada mereka - dari sisi Kami - pahala
balasan yang amat besar;
4.Surah An-Nisā' (Verse 68)
DAN TENTULAH KAMI PIMPIN MEREKA KE JALAN YANG LURUS.
Jalan yang lurus tang dimaksudkan ialah
15.Surah Al-Ĥijr (Verse 39)
Iblis berkata: " Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku
sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis
maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan
mereka semuanya,
15.Surah Al-Ĥijr (Verse 40)
"Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang dibersihkan dari sebarang syirik".
15.Surah Al-Ĥijr (Verse 41)
Allah berfirman: "INILAH SATU JALAN YANG LURUS, YANG TETAP AKU MEMELIHARANYA.
Persoalan yang perlu dimuzakarahkan ialah tentang bagaimana hendak
melaksanakan perintah Allah yang tersurat dan yang tersirat didalam
firman Allah
73.Surah Al-Muzzammil (Verse 8 )
Dan sebutlah akan nama Tuhanmu, serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan.
Yang cara untuk dilakukannya pula boleh diambil dari apa yang tersurat dan apa yang tersirat daripada sabda Nabi Muhammad saw
Saidina Ali Rodziallah hu'an hu Bertanya kepada Rasulullah bagaimana
aku nak hampir dengan Allah ya Rasulullah. Rasulullah menjawab mari
dekat dengan aku ya Ali hingga bertemu lutut.
- Pejamkan mata mu,
- Tongkat kan lidah mu ke langit2,
- sebutlah nama Allah sebanyak2nyal
Bagsimana kita hendsk melskukan apa yang tersurat dan yang tersirat didalam firman Allah
73.Surah Al-Muzzammil (Verse 8 )
Dan sebutlah akan nama Tuhanmu, serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan.
Apa yang tersurat didalam firman Allah tersebut ialah
- sebutlah akan nama Tuhanmu dan
- tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan.
Apa yang tersirat yang perlu dilakukan ialah walaupun Allah telah
mendahulukan didalam firman ini dengan "sebutlah akan nama Tuhanmu"
kemudian dengan "tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan"
Apa yang perlu dilakukan ialah supaya melakukan kedua perintah Allah
ini "Dan sebutlah akan nama Tuhanmu, serta tumpukanlah kepadaNya dengan
sebulat-bulat tumpuan." didalam satu masa atau waktu yang sama
Maksudnya mesti melakukan kedua perintah Allah "Dan sebutlah akan nama
Tuhanmu, serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan" pada
detik dan saat yang sama.
Untuk menbolehkan kedua perintah
tersebut dilakukan pada satu saat yang sama, apa yang perlu dilakukan
didalam latihan diperingkat awal ialah kita mesti menumpukan kepadaNya
dengan sebulat-bulat tumpuan, didalam masa yang sama baru menyebut nama
Allah..
Kepada Apa yang perlu ditumpukan dengan sebulat-bulat tumpuan?
Kita boleh tumpukan kepada sifat-sifat ketuhanan yang ada pada diri
kita sendiri, yang mana yang telah dijelaskan oleh firman Allah bahawa
sifat ketuhanan tersebut ialah sifat ketuhanan Allah
34.Surah Saba' (Verse 27)
Katakanlah lagi:
"Tunjukkanlah kepadaku sifat-sifat ketuhanan yang ada pada
makhluk-makhluk yang kamu hubungkan dengan Allah sebagai
sekutu-sekutuNya. (Sedang merasakan sifat ketuhanan sebagai sifat diri
sendiri dan sebagai sifat makhlok selain dari Allah)
Tidak ada pada sesuatu makhluk pun sifat-sifat itu,
bahkan yang mempunyai sifat-sifat ketuhanan ialah Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana".
Contoh sifat-sifat ketuhanan ini ialah seperti Ada, hidup, mengetahui,
berkuasa, berkehendak, melihat, mendengar, berkata-kata san lain-lain
lagi...
Selama ini kita sedang merasakan sifat-sifat-sifat
ketuhanan ini sebagai sifat diri kita sendiri tetapi didalam masa yang
sama kita tahu yang segala sifat ketuhanan tersebut adalah sifat
ketuhanan Allah..
Untuk bermula dengan latihan berdasarkan kepada firman Allah 73.Surah Al-Muzzammil (Verse 8 )
Dan sebutlah akan nama Tuhanmu, serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan.
Kita mesti memulakan dengan menumpukan kepada sifat ketuhsnan seperti
(Ada, hidup, mengetahui, berkuasa, berkehendak, melihat, mendengar,
berkata-kata san lain-lain lagi.)
Semasa ini apa yang sedang kita
rasakan ialah sifat ketuhanan tersebut sebagai sifat diri kita sendiri
dan spa yang kita tahu sifat ketuhanan yang ada pada kita ialah sifat
ketuhanan Allah
Didalam melakukan latihan atau amal ini, jangan
dirasakan sifat ketuhanan tersebut sebagai sifat diri kita sendiri dan
jangan disangka sifat ketuhanan tersebut sebagai sifat Allah, cukup
tumpukan sahaja kepada sifat ketuhanan yang sedang dirasakan yang bukan
yang sedang dirasakan sebagsi sifat diri sendiri dan yang bukan yang
sedang dianggap sebagai sifat ketuhanan Allah
Setelah dapat
menumpukan dengan sebulat-bulat tumpuan kepada sifat ketuhanan yang
sedang dirasakan yang bukan yang sedang dirasakan sebagsi sifat diri
sendiri dan yang bukan yang sedang dianggap sebagai sifat ketuhanan
Allah, pada masa yang sama sebutlah Allah, Allah, Allah tanpa putus.
Setelah menyebut Allah ini telah dapat dilakukan pada satu masa yang
sama dengan tumpuan sebulat-bulat tumpuan kepada sifat ketuhanan yang
sedang dirasakan yang bukan yang sedang dirasakan sebagai sifat diri
sendiri dan yang bukan yang sedang dianggap sebagai sifat ketuhanan
Allah, disinilah akan berlaku penyaksian dan pengakuan bahawa sifat
ketuhanan yang bukan yang sedang dirasakan sebagai sifat diri sendiri
dan yang bukan yang sedang dianggap sebagai sifat ketuhanan Allah adalah
sifat ketuhana Allah.
Sedang menumpukan kepada sifat ketuhanan
yang bukan yang sedang dirasakan sebagai sifat diri sendiri dan yang
bukan tang dianggap sebagai sifat Allah menjadi sebagai penyaksian
Menyebut Allah yang ditujulan kepada sifat ketuhanan yang sedang
dirasakan yang buksn yang dirasakan sebagai sifat diri sendiri dan yang
bukan yang sedang dianggap sebagsi sifat ketuhanan Allah menjadi
pengakuan..
Kita hanya melakukan perintah Allah "sebutlah akan
nama Tuhanmu, serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan."
Didalam satu masa yang sama,
Apa yang akan berlaku diketika kita
sedang melakukan perintah Allah "sebutlah akan nama Tuhanmu, serta
tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan." Didalam satu masa
yang sama, ialah penyaksian dan pengakuan kepada sifat ketuhanan Allah
Diketika ini sedang berlaku pula maksud kepada hadis Qudsi "INSAN
RAHSIA AKU, AKU RAHSIA INSAN, RAHSIA ITU IALAH SIFAT AKU, SIFAT AKU
BUKAN LAIN DARIPADA AKU....
Ini adalah latihan diperingkat awal...
Tidak ada komentar:
Posting Komentar