"Ingat itu Zikir, Zikir itu Nafas, Nafas itu Laa Huruffin Wala Sautin",
Disini inginlah saya memperjelaskan bahawa maksud, erti atau makna
zikir nafas itu, adalah zikir yang tidak berhuruf dan tidak bersuara.
Adapun zikir yang tidak berhuruf dan bersuara itu, adalah zikir yang
tidak menggunakan bibir mulut dan tidak menggunakan buah tasbih.
Namun, sebelum itu, saudari/i harus faham dulu, apakah itu makna, maksud
atau erti zikir. Adapun maksud perkataan zikir itu adalah dalam bahasa
Arab. Bila mana indonesianya bermaksud "Ingat". Zikir dalam bahasa arab
manakala dalam bahasa indonesia pula ertinya "ingat".
Sekarang kita jangan jadi Arab mari kita jadi Indonesia. Kita belajar ilmu bukan untuk jadi arab . Matikan bunyi-bunyi Arab.
Kalau di indonesia kan makna zikir itu ingat. Sekarang mari kita sebut
perkataan ingat jangan lagi kita sebut perkataan zikir. Kalau kita sebut
zikir nanti kita hanya ingat buah tasbih.
Bagaimana untuk ingat
kepada Allah dengan tidak berhuruf dan bersuara. Tidakkah Allah itu
tidak berhuruf dan tidak bersuara, tidak berjirim dan tidak berjisim.
Seharusnya juga ingat kepada Allah itu, sepantasnya juga dengan cara
tidak berhuruf dan bersuara. iaitu dengan cara,
"Ingat kepada Nafas kita yang turun naik"
Nafas kita yang turun naik siang dan malam itu, sebenarnya zikir
(ingat) kepada Allah. Yang turun naik itu tidak tidur, dia sajalah yang
ingat kepada Allah, walaupun kita dalam berkeadaan tidur atau dalam
keadaan kita lupa atau lalai.
Nafas itulah yang dimaksudkan "Tidak
Berhuruf, Tidak Bersuara" dimana ia merupakan 7 sifat Allah yang
sebenarnya adalah Roh, terdiri daripada sifat Qudrat, Iradat, Ilmu,
Hayat, Sama'a, Basyar & Kalam, yang mengerakkan dan menghidupkan
Jasad yang padanya terdiri 7 lapis Langit, merujuk kepada 2 mata, 2
telinga, 2 lubang hidung, 1 mulut yang menjadi 7 lapis Langit pada
kepala kita dan 7 lapis Bumi yang merujuk 2 tangan, 2 kaki, 1 pusat, 2
kemaluan depan dan belakang pada tubuh kita.
Tidak bergerak jasad
itu melainkan jasad itu digerakkan oleh Roh, dihidupkan oleh Roh yang
tertakluk kepada gerak "Tidak berhuruf, Tidak bersuara" dan hakikatnya
adalah Allah s.w.t.
Roh adalah diri sebenar-benar diri yang pada
istillahnya merupakan bayang Allah sebagai penyata utk menyatakan Allah
didalam diri mahu pun luar daripada diri.Turun naiknya Nafas atau keluar
masuknya Nafas dalam keadaan "Tidak Berhuruf, Tidak Bersuara" yang
menyatakan Zat, Sifat, Asma, Afaal, Allah yang tertakluk didalam "KUN
FAYAKUN", Ahad, Ahad,Ahad.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar