بسم الله الر من الر حيم:
Orang syariat bersolat dengan cara memandang daripada
dirinya kepada الله Taala serta suci dari riyak dan sum'ah kerana
mengharapkan pahala dan takut akan azab. Di samping itu, ia mengetahui
segala syarat solat dan rukunnya, serta mengetahui yang membatalkannya.
Orang yang solat seperti ini hukumnya syirik semata-mata. Amalan syirik
tidak diterima sekali walaupun amalannya itu sebesar bukit.
Orang tarekat amalannya bersolat dengan cara beriktikad menghadirkan
الله Taala di hadapannya untuk melihat segala perbuatan dan mendengar
segala bacaannya dalam solat dengan perasaan yang amat khusyuk (sepenuh
perhatian) dan perasaan merendah diri. Ini kerana الله Taala ada hadir
di hadapannya, serta suci dari riyak dan sum'ah tampa mengharapkan
pahala atau takut akan azab. Ia hanya memandang dirinya sebagai hamba
yang melaksanakan apa yang diperintah dan meninggalkan apa yang
dilarang. Dia hanya menerima (menunaikan) amalannya sekadar kehadiran
hatinya kepada الله Taala sewaktu dalam solat. Orang yang memandang
daripada الله Taala kepada dirinya hukumnya syirik juga tetapi syirik
halus iaitu lebih halus daripada orang mubtadi kerana ada wujud dirinya.
Orang makrifat & hakikat bersolat dengan cara tidak
memandang dirinya yang beramal, sebaliknya memandang perbuatan dan
kelakuan الله Taala yang melakukannya ke atas dirinya, sejak azali lagi
sebelum dia dizahirkan (dijadikan). Dia hanya melihat dirinya menjadi
alat sebagaimana pen di tangan orang yang menulis. Maha Suci الله Taala
daripada menyerupai alat, orang hakikat hanya melihat segala amalannya
daripada الله dengan الله dan untuk الله. Orang inilah yang terlepas
dari syirik halus. Inilah solat yang sebenar-benarnya, yang dinamakan
'otak solat' - Wallahul Muafiq
(والله المو افق)
Sumber: Kasyaful Asrar, As-Syeikh Mohd Salleh Bin Abdullah, Mengkabau (q.s)
"PERUMPAMAAN SOLAT"
Dan ketahui olehmu bahawasanya umpama solat itu diumpamakan
satu raja memperbuat akan satu balai dan memperbuat ia akan jamuan dan
menyediakan akan bagai-bagai makanan dan bagai-bagai minuman dengan
berbagai-bagai warnanya dengan bagai-bagai lazatnya. Dan pada tiap-tiap
warnanya itu baginya manfaat, maka iaitulah solat, kemudian maka menyeru
akan segala hambanya merasakan makanan itu. Demikianlah umpamanya solat
itu disuruh الله Subhanahu wa Ta'ala mengerjakan dia supaya mengambil
lazat hambaNya yang kamil dari berbagai-bagai pemberian dan kurniaNya
sypaya syukurlah hamba itu akan kurnia Tuhannya, maka af'al as-Solah
(perbuatan -perbuatan solat) itu seumpama makanan dan zikir dan tasbih
dan doa berbagai-bagai warnanya minumannya, maka apa makanan dan minuman
daripada umpama ini hingga tiada sedar hambaNya yang 'ariffin akan
dirinya dan sejuk mata hatinya dengan kurniaNya yang tiada dapat
diperinya kerana ialah yang dinamakan جنة العاجلة(syurga disegera)
seperti firman الله Ta'ala :
{وَلِمَنْ خَافَ مَقَامَ رَبِّهِ جَنَّتَانِ. فَبِأَيِّ آلاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ}
Dan bagi orang yang takut akan saat menghadap Tuhannya الله ada dua
surga. Maka nikmat tuhan الله yang manakah yang kamu dustakan?
(Ar-Rahman: 46-47)
Syurga disegera di dalam dunia iaitu sejuk
mata hatinya dengan syuhud akan Tuhannya الله dan syurga yang kedua di
akhirat di sana.
"KARAMAH BAGI ORANG YANG SOLAT"
Riwayat daripada Hasan Basri Radiyallahu 'anhu daripada Nabi
Sallallahu 'alaihi wasallam bahawasanya bersabda bagi orang yang solat
itu tiga karamah: Pertama: Bertabur kebajikan di atas kepalanya daripada
langit hingga kepalanya dan malaikat berkeliling padanya daripada dua
kakinya hingga kepada langit dan malaikat menyeru ia dengan katanya:
Jikalau mengetahui oleh hamba serta orang yang ia munajat dengan dia,
nescaya tiada berpaling ia daripada solatnya . Maka inilah karamah yang
dimulia الله akan orang yang solat.
Wallahuaklam.
Sumber ; Munyatul Musalli (Idaman orang yang solat)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar