Laman

Selasa, 31 Oktober 2017

"ILMU DISEBALIK HIJAB"

Datanglah sebagai orang yg bodoh dihadapan Allah.. Allah akan mengajarkan kamu satu persatu..
.
Solat itu memang berat, kecuali bagi mereka2 yg khusyuk.. dan nikmat solat itu memang milik si khusyuk.
.
(Al-A'raf : 205). Dan sebutlah (nama) Tuhanmu dalam hatimu dengan merendahkan diri dan rasa takut, dan dengan tidak mengeraskan suara, di waktu pagi dan petang, dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang lalai.
.
..Kerana ilmu2 Allah adalah ilmu2 putih dan ilmu2 Haq.
.
Solatlah setiap kali seolah itu solat terakhirmu..
.
Jika seorang itu mendapat tahu tarikh dan saat ajalnya, solat terakhirnya akan menjadi solat yang terkhusyuk seumur hidupnya.
.
Solat itu berat. Nikmat solat milik sikhusyuk. Yang khusyuk solatnya akan menggeruni Allah hingga bergegar tubuh serta bercucuran airmatanya ketika solat.
.
Bukan solat menjadi penyelamatmu jika solat itu tdk khusyuk hingga terlupa raka'at dan bacaan.. (qorin syaitan empunya angkara).
.
Nikmat solat itu terletak pada khusyuknya.
.
Tdk seorang itu benar2 khusyuk jika tdk mengenali serta menundukkan qorin syaitan nya..
.
Qorin syaitan memang tdk dapat dihapuskan, tetapi ia boleh ditundukkan atas izin Allah, tentunya.
.
~~~~~~~
WAJAH SEBENAR.
.
Simati itu membawa wajah dunia ke alam kematian.. tetapi wajah itu tdk kekal dan akan berubah mengikut keadaan Hati semasa hidupnya didunia..
.
Seorang muda boleh kelihatan tua dan situa boleh kelihatan muda mengikut keadaan amal baik dan kesucian hatinya ketika hidupnya di dunia
.
Tidak ada istilah "Putus Makrifat" bagi Tauhid. Ilmu Allah itu Abadi dan tdk ada bersifat akhir.. ilmu2NYA akan terus wujud disebalik hijab selamanya.
.
.
Seorang ahli makrifah itu tdk dapat naik maqam selagi masih berasa sudah sempurna.
.
Jika seorang itu berasa sempurna, ia seperti Iblis yg berasa sempurna.. dan maqamnya terhenti disitu. ..
.
IlmuNYA adalah KalamNYA,, KalamNYA adalah ilmuNYA..
.
Ilmu itu cahaya, cahaya itu ilmu.
.
~~~~~
ALAM HAKIKAT.
.
Hakikat adalah kebenaran,, Hakikat tetap Hakikat dan hakikat adalah suatu yg tdk dapat diubah oleh mana2 kuasa dilangit dan bumi kecuali oleh Allah sendiri.
.
Wahyu dari langit sama sekali tdk akan bernada memerintah atau menyuruh atau berbisik kepada seorang itu agar berbuat itu dan ini.
.
Suara2 ghaib yg ber kata2 itu pada hakikatnya hanyalah bangsa Jin yg terdiri dari syaitan2 penyesat saja yg cuba memerintah jiwa manusia dan memesongkan manusia..
.
Syaitan2 yg sudah di Islamkan itu berubah rupa mereka menjadi cantik sehingga memancarkan Nur Iman dari tengah dada mereka.
.
Jin2 yg di Islamkan itu tdk lagi bersifat syaitan lantas perubahan2 terjadi terhadap wajah2 mereka Jin2 tersebut sehingga tdk berupa seperti syaitan lagi. Mengapa ini terjadi.?
.
Kerana Hakikat. ..Alam Ghaib itu tunduk kpd Kuasa Hakikat.. Kuasa Hakikat itu yg merubah rupa wajah syaitan kepada rupa wajah seakan manusia.
.
Manusia juga terkesan dengan alam Hakikat itu.. seorang manusia yg matinya sebagai seorang muda, boleh kelihatan tua di alam itu.. begitu juga sebaliknya, seorang yg matinya ketika berusia tua, tetapi dia kelihatan muda di alam Hakikat.
.
Di alam Hakikat itu hanya wajah2 hakikat yg akan menzahir.. sungguh alam Hakikat itu tiada kepalsuan.. hanya yg benar saja wujud disana.
.
Manusia sejati tdk punyai sifat syaitan dalam tubuhnya. ,,dia seperti keadaan Adam AS sebelum dia jatuh berdosa atau seperti bayi yg baru lahir..
.
Bila yg Haq hadir di alam ghaib itu, yg bathil akan batal..
.
Jin2 yg sdh Islam juga tdk digelar sebagai syaitan lagi kerana dia tdk lagi bersifat syaitan.. dia digelar Jin saja..
.
Tdk semua Jin itu syaitan.. memang adanya terdapat Jin2 yg Islam di alam mereka.
.
~~~~~~~
BATHIN
.
Bila yg bathin menyentuh sesuatu yg bathin, ianya benar2 nyata.. akan tetapi bila yg zahir cuba menyentuh yg bathin atau sebaliknya, ia tdk menjadi nyata kerana alam mereka berbeda. Alam zahir, Alam Bathin dan Alam Rohani itu berbeda-beda alamnya.
.
Lebih tinggi langit itu, maka lebih indah malaikat2nya sehingga tdk dapat terukir oleh pengukir paling mahir atau terlukis oleh pelukis terunggul..(mimpi malaikat)..
.
Takdir itu sudah tersurat.. tetapi suratan itu masih boleh ditulis semula dengan amal soleh dan do'a2..
.
Manusia2 didunia dan manusia2 di Alam Arwah itu adalah manusia2 yg hidup.
Tdk ada manusia yg mati, malah semuanya "hidup"..
.
Jenazah di kubur itu akan tempuhi soal2 kubur dan bathin itu akan rasai apa yg di lalui oleh jenazah, biarpun dia berjarak jauh dari jenazahnya itu.
.
(Al-A’raf :174) ..Dan demikianlah Kami menjelaskan ayat-ayat itu, agar mereka kembali (kepada kebenaran).
.
(Al-A'raf :181) ..Dan di antara orang-orang yang Kami ciptakan ada umat yang memberi petunjuk dengan hak, dan dengan yang hak itu (pula) mereka menjalankan keadilan.
.
(Al-A’raf :184) ..Apakah (mereka lalai) dan tidak memikirkan bahwa teman mereka (Muhammad) tidak berpenyakit gila. Dia (Muhammad itu) tidak lain hanyalah seorang pemberi peringatan lagi pemberi penjelasan.
.
(Al-A’raf : 178). Barangsiapa yang diberi petunjuk oleh Allah, maka dialah yang mendapat petunjuk; dan barangsiapa yang disesatkan Allah, maka merekalah orang-orang yang merugi.
.
.
Sadoqallohul'adzhiim
.
.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar