Bertaffakurlah utk memasukki alam diri yg tiada
berpenghujung. (Al-Hadis):“Bertafakur sesaat lebih baik daripada
beribadah setahun.”
.
Sesaat bertaffakur itu lebih baik dari 100 raka'at solat yg tdk khusyuk.
.
Seorang pentaffakur tidak semestinya seorang ahli zikir.. tetapi seorang ahli zikir pastilah seorang pentaffakur.
Tidak ada puncak makrifat tertinggi selain dari mati dan kembali
menyatu semula dengan Maha Penciptanya di Rahmatullah kerana semua Roh
datang dari Allah..
.
DIsana dia akan melihat melalui
penglihatan Allah, mendengar melalui pendengaran Allah dan tidak perlu
bergerak untuk ke mana2.. kerana dia sudah kembali menyatu dengan Allah
dimana dia berasal, iaitu Rahmatullah.
.
Kasih Allah tanpa batas tetapi ada satu syarat.
..Tidak berlaku syirik padaNYA.
Datangilah Allah dengan penuh kerendahan dihati, satu persatu Allah akan ajar.. Selangkah demi selangkah DIA akan bimbing.
Pada Ummul Kitab itu terkandung segala rahsia.
Namun ia bukanlah sesuatu yg mutlak dan masih boleh diubah dengan kekuatan do'a.
.
Allah wujud sebelum Aliff, sebelum Cahaya, sebelum Jibril yg tua, sebelum 'Arasy, sebelum Kalam.
IA wujud sebelum awal dan selepas akhir..
.
Tidak diharamkan Allah jika mengasihi sesama insan atau saudara2
seagama dan se-iman selagi ianya tidak melanggar batasan agama dan tidak
meletakkan Allah ditempat kedua selepas orang yg dikasihi biarpun orang
itu ialah anak darah dagingnya sendiri.
.
..Allah hendaklah
ditempat pertama.. tidak selain yg pertama.. Kehendak atau Irodat Allah
harus didahulukan dihadapan kehendak2 diri sendiri sehingga hanya Qudrat
dan Irodat Allah saja yg menzahir melalui tubuhnya.
.
Jika seorang itu jiwanya dipegang Allah, Allah lah yg mengajar, membimbing dan memandu hidup dia..
.
..dan jika Allah menggenggam jiwanya, tiada jampi dan tiada sihir,
tiada syaitan dan tiada Raja2 Jin yg akan dapat menyentuhnya.. dia tidak
dapat dipukau atau diteropong atau dikenakan sebarang ilmu oleh manusia
dan Jin jika tanpa izin NYA..
.
Sahabat2ku yg beriman.. saya
berdo'a agar anda semua diturunkan petunjuk dan Hidayah yg sebenar tanpa
dipengaruhi makhluk2 ghaib dari bangsa Jin yg terdiri dari syaitan2
penyesat yg kononnya wali2 ghaib..
.
Bicara orang mati dan orang mati sebelum mati itu tidak sama seperti bicara orang yg belum kenal hidup selepas mati..
.
(Al-Jinn :26) ..عَالِمُ الْغَيْبِ فَلَا يُظْهِرُ عَلَىٰ غَيْبِهِ أَحَدًا
(Dia adalah Tuhan) Yang Mengetahui yang ghaib, maka Dia tidak memperlihatkan kepada seorangpun tentang yang ghaib itu.
(Al-Jinn :27)..إِلَّا مَنِ ارْتَضَىٰ مِنْ رَسُولٍ فَإِنَّهُ يَسْلُكُ مِنْ بَيْنِ يَدَيْهِ وَمِنْ خَلْفِهِ رَصَدًا
Kecuali kepada rasul yang diridhai-Nya, maka sesungguhnya Dia
mengadakan penjaga-penjaga (malaikat) di muka dan di belakangnya.
.
(Al-An'aam :106) ..Ikutlah apa yang telah diwahyukan kepadamu dari
Tuhanmu, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, dan
berpalinglah dari orang-orang musyrik
.
(Az-Zumar :37) ..وَمَنْ يَهْدِ اللَّهُ فَمَا لَهُ مِنْ مُضِلٍّ ۗ أَلَيْسَ اللَّهُ بِعَزِيزٍ ذِي انْتِقَامٍ
..Dan barangsiapa yang diberi petunjuk oleh Allah, maka tidak
seorangpun yang dapat menyesatkannya. Bukankah Allah Maha Perkasa lagi
mempunyai (kekuasaan untuk) mengazab?
.
(An-Najm :2). kawanmu (Muhammad) tidak sesat dan tidak pula keliru.
.
(An-Najm :4). Ucapannya itu tiada lain hanyalah wahyu yang diwahyukan (kepadanya).
.
Sadoqallohul'adzhiim.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar