1) PENGERTIAN NUSYUZ
Suatu tindakan yang dilakukan oleh isteri
yang dianggap menentang kehendak suami dengan tidak ada alasan yang
munasabah menurut hukum syarak. Tindakan itulah dikira derhaka.
2) TANDA-TANDA ISTERI NUSYUZ
Di bawah ini dinyatakan beberapa gambaran yang menandakan seorang isteri itu nusyuz :
1. Suami telah menyediakan rumah kediaman yang sesuai dengan keadaan
suami, tiba-tiba isteri tidak mahu berpindah ke rumah itu, atau isteri
meninggalkan rumah tanpa izin si suami.
2. Apabila kedua suami
tinggal di rumah kepunyaan isteri dengan izin isteri kemudian suatu masa
isteri mengusir atau melarang suami memasuki rumah tersebut.
3.
Apabila isteri musafir tidak bersama suami ataupun bukan bersama
muhramnya (orang yang haram berkahwin dengannya) walaupun perjalanan
yang wajib seperti pergi menunaikan ibadat haji, kerana perempuan yang
musafir tanpa diiringi suami atau muhrimnya dianggap sudah melakukan
satu perkara yang salah (maksiat).
4. Apabila isteri bermuka masam
atau pun ia memalingkan muka, bercakap kasar dan sebagainya sedangkan
suami berkeadaan lemah lembut, bermanis muka dan sebagainya.
3) PERKARA-PERKARA YANG PERLU DILAKUKAN APABILA ISTERI NUSYUZ
Apabila suami melihat tanda-tanda yang menunjukkan isterinya itu nusyuz, hendaklah suami itu :
1. Menasihati dengan cara yang baik dan menerangkan kepadanya
bahawa nusyuz itu adalah salah dan dikutuk oleh Allah serta
memberitahunya bahawa isteri yang nusyuz boleh dipotong atau tidak
diberi sara hidupnya, firman Allah :
Ertinya : Isteri yang kamu takuti kederhakaan mereka, maka berilah nasihat kepada mereka.
(Surah An-Nisa: ayat 34)
2. Jika nasihat itu tidak sedikitpun memberi kesan, maka hendaklah
suami meninggalkan dari keseketiduran dengan isteri tersebut,
sebagaimana firman Allah :
Ertinya : Dan tinggalkan dari seketiduran dengan mereka.
(sambungan ayat 34 surah An-Nisaa’)
Dari ayat ini dapat difahamkan bahawa Allah menyuruh suami-suami
meninggalkan dari seketiduran sahaja, bukan meninggalkan percakapan,
kerana meninggalkan percakapan lebih dari tiga hari adalah haram, bukan
sahaja terhadap isteri-isteri malah terhadap orang lain juga
berdasarkan sabda Rasulullah SAW:
Ertinya : Tidak halal bagi
seseorang muslim tidak bercakap dengan saudaranya lebih dari tiga hari.
Maksudnya, ialah bila berjumpa di antara satu sama lain, tetapi kalau
tidak bertemuan, tidaklah diharamkan walaupun tidak bercakap
bertahun-tahun lamanya.
3. Jika tidak seketiduran pun tidak
memberi apa-apa kesan, malah isteri tersebut terus nusyuz, maka
diharuskan bagi pihak suami memukul isteri tersebut dengan syarat
pukulan itu tidak sampai mencederakan atau melukakan sebagaimana firman
Allah :
Ertinya : Dan pukullah mereka (isteri).
(Sambngan ayat 34 surah An-Nisa)
Dalam peringkat yang akhir ini, harus dilakukan oleh suami sekiranya
difikirkan dengan cara ini akan memberi kesan. Sebaliknya kalau
difikirkan tidak akan memberi kesan, maka tidaklah harus dilakukan.
Dalam hal ini, suami mestilah berhati-hati , supaya tidak terpukul di
tempat-tempat yang mendatangkan bahaya seperti muka, perut dan
sebagainya.
Wallahua’lam
Tidak ada komentar:
Posting Komentar