Ketika Allah menciptakan
khalifahNya, Dia juga mendirikan sebuah kota baginya , di mana Sang
khalifah itu boleh tinggal bersama rakyat jelatanya dan pegawai
pemeritahannya. Dia menamai kota itu Manusia.
Ketika Allah
menyiapkan pembangunan kota itu, Dia berikan tempat khusus
ditengah-tengahnya kepada khalifahnya yang dinamakan Hati. Ada cakap
cakap angin mengatakan adakah khalifah betul-betul menetap di kota ini
atau hanya menggunakannya sebagai pusat pentadbirannya. Apakah ia
merupakan ruangan singahsana atau balai istana atau hanya tempat
bersuara, tidaklah penting.
Allah mendirikan kota dari bahan –bahan
yang terdiri dari tanah, air, api dan angin. Pemimpin utama menyatakan
dalam riwayat yang bernama firman Tuhan yang bermaksud:
Langit dan bumi yang kuciptakan tak dapat meliputinya, namun hati hamba Ku yang beriman meliputimya.
Manakala pemimpin kita Rasulullah juga bersabda yang bermaksud:
Allah tidak memandang pada rupa parasmu atau perbuatan mu, tetapi hati mu.
Allah selalu mengingati, memerhatikan dan mecermati nya setiap saaat
Dia yang meciptakan wakilnya, sudah pasti memerhatikan wakilnya itu,
apa yang dibuatnya terhadap amanat yang telah diserahkannya.
Allah
mecipatkan roh sebagai khalifahnya atas tubuh, jadi Allah membuat roh
bertanggungjawab terhadap tubuh. Ingat lah firman Allah yang bermaksud:
… Kerana sesunggugguhnya bukanlah mata itu yang buta, tetapi yang buta ialah hati di dalam dada
Manusia yang mengembara di seluruh pelosok dunia ini. Dalam kesempatan
hidup mereka , mereka dapat melihat dengan jelas. Mereka melihat yang
hidup dan yang mati, yang dibangunkan dan yang dihancurkan. Mereka punya
mata untuk melihat, punya telinga untuk mendengar, jadi tidak mahu
mengambil iktibar dari apa yang dilihat dan didenganya. Jika mereka
lalai, itu kerana mereka buta.
Pemimpin Rasulullah bersabda:
Ada
sekerat daging dalam tubuh manusia. Jika bersih ia dan baik , nescaya
seluruh tubuh akan menjadi baik. Jika sekerat daging itu rusak, niscaya
tubuh akan rusak. Sekerat daging itu adalah hati.
Hati merupakan
istana khalifah Allah, tempat meyimpan rahsia, ia merupakan peti besi
tempat menyimpan catitan rahsia, hukum dan titah sang khalifah.
Ingat jika sang pemimpin kota baik, niscaya rakyat jelata pun baik, jika
sang pemimpin ini tersesat, para sahabat dan rakyatnya juga tersesat.
Ketika Allah menajdikan roh manusia sebagai pemimpin utama kota
manusia. Dia mengajar tentang perangai, perilaku dan fikiran para
penduduk kota itu. Jadi, kerana ia memahami rakyatnya, maka rakyatnya
menghormatinya, percaya kepadanya dan rela membelanya. Jika khalifah
Allah ini, tidak setia dan khianati amanatnya, niscaya penduduknya akan
rusak dan juga tidak setia kepadanya. Di pihak lain jika ia bertaqwa dan
memuliakan yang memberikan kepadanya kekuasaan, maka para sahabat dan
rakyat akan mempercayai dan menghormatinya.
Jadi perhatikan diri
anda sendiri. Jika anda bertaqwa, adil dan baik, maka roh anda pun akan
jadi demikian jua. Anda sebagaimana roh anda.
Orang melihat begitu
banyak hal dalam dirinya tanpa menyedari mengapa semua itu ada. Siapakah
semuanya itu terjadi sejak permulaaan atau terjadi sesudahnya atau akan
tetap seperti itu jua pada bila- bila. Sebab orang tidak mengetahui
kerahsiaaan pemerintahan Allah di dalam hati atau bagaimana melindungi
sekerat daging kecil yang bernama hati tadi. Jika salah langkah boleh
merusakan kita semua.
Allah mendirikan menara di tanah tinggi di
kota manusia. Dia membangunkannya dengan bahan-bahan yang terpilih,
merancangnya untuk mengawasi seluruh kota dan meyebutnya dengan nama
fikiran.
Dia juga membuka jendela besar di puncaknya tersebut untuk
menikmati empat sudut kota dan menamainya mata, telinga, mulut dan
hidung.
Di bahagian tengah menara pula, Dia membangunkan sebuah
ruang untuk mneyimpan khazanah khayalan dan dalamnya tersimpan
perbendaharaan yang tersusun sempurna.
Para pemimpin panca indera
ini, dapat manfaatkan ruang maklumat ini untuk kemudiannya menambah akan
data-data baru kepadanya. Mimpi dalam tidur pun berasal dari ruang ini.
Di sini juga, semua kekayaan dari kutipan cukai dikumpulkan oleh para
pemungut cukai di dalam kota manusia, di mana hasil wang dipisahkan
berdasarkan halal dan yang haram.
Allah juga membangunkan ruang lain
di dalam menara fikiran itu ia dinamai ruang akal. Barang-barang di
dalam ruang itu berasal dari dari ruang khayalan. Di sini barang-barang
ditimbang dan diukur. Di mana apa-apa yang benar yang disimpan dalam
ruang, manakala yang salah dikembalikan pada ruang pertama tadi.
Pada sebuah sudut fikiran, dibangunkan pula ruang lain , tempat
menyimpan kenangan. Penjaga kenangan ini adalah seorang penjawat yang
bernama akal.
Ada kawasan lain, di dalam kota manusia yang dijadikan
tempat tinggal yang bernama nafsu, sang puteri mahkota khalifah Allah.
Tempat ini dikenal sebagai mementingkan diri sendiri. Disinilah terdapat
berbagai pertentangan, di sini juga tersimpan perintah Allah maupun
laranganNya. Pada malam agung tertentu, Perintah yang Maha Agung
diturunkan di sini. Tempat itu, dilindungi sendiri oleh Allah,
sebab
ia berada dibawah tempat pijak, tempat kakinya yang suci berpijak iaitu
roh.(khalifah Allah) yang berada di bawah dan dilindungi oleh
singgahsanaNya .Mengikut Imam Al Ghazali , beliau berkata:
Manusia
adalah anak yang ayahnya adala roh dan ibunya adalah jiwa. Dia
berpendapat bahawa Tuhan menjaga roh pada pada tingkatan tertinggi di
bawah singgasanahNya dan ibu kita, jiwa pada tingkatan lebih rendah di
bawah kakinya. Jadi Dia adalah Tuhan kedua orang tua kita, Dia lah Tuhan
raga, roh dan jiwa. Kaum sufi mengetahui bahawa semua ucapan dan
perbuatan jiwa,benar atau salah telah ditakdirkan oleh Tuhan.
Satu-satunya bahagian manusia yang tak terkena tempias takdir ialah roh,
yang mereka mengikutinya pada masa-masa hadapan.
Sebenarnya manusia
memiliki tiga jenis jiwa iaitu jiwa tumbuhan yang dikelompokkan
dalamnya benda-benda mati. Jenis kedua ialah jiwa haiwani, yang di
dalamya dikelompokkan golongan haiwan, jenis ketiga ialah jiwa rasional,
yang di dalamnya di bezakan dari kedua-dua makhluk sebelumnya. Dengan
dikaitkan dengan manusia. Dengan jiwa yang ketiga tadi manusia menjadi
lebih unggul dari malaikat.
Seterusnya dalam kerajaan manusia, Allah
mencipatakan kekuatan lain yang sifatnya selalu memberontak dan ingin
merebut kuasa roh dan akal. Ia dinamakan sebagai hawa nafsu dan menteri
kanannya bernama syahwat.
Suatu hari, syahwat menyamar dalam pasukan
kerajaan manusia, berjalan-jalan di sebahagian taman indah. Tanpa
sengaja, dia bertemu dengan nafs, iaitu isteri tersayang sang khalifah,
Kemudian saling berpandangan dan syahwat mula jatuh cinta kepada nafs,
Untuk bersatu dengannya, syahwat telah mengerjakan berbagai helah licik,
Dia menggunakan cara rayuan, bersolek , memberi hadiah indah-indah
apa-apa yang dimilikinya. Utusannya yang bernama angan-angan dan dutanya
yang bernama terpedaya pun kehilir kehulu di antara kedua-duanya
sehingga sang isteri khalifah tadi pun jatuh cinta kepada syahwat.
Sayangnya,khalifah sendiri tidak menyedarinya. Tetapi, akal
mengetahuinya keadaan ini, coba menutup sebelah mata dan
menyembunyikannya agar sang khalifah tidak menaruh curiga.
Bahkan
dalam keadaan tertentu, nafs atau jiwa telah pun di bawah pengaruh nafsu
dan syahwat begitu mencengkam. Meskipun roh mengetahui bahaya godaaan
jiwa yang selalu memerintahkan kepada kejahatan. Manusia tetap berada
pada keadaan yang amat sulit. Manusia tadi, terombang ambing di antara
dua buah pengaruh yang kuat, roh menyerunya ke arah kebaikan, tetapi
jiwa selalu terus menerus menyeru kepada kejahatan ,
Tetapi semua dugaan ini telah diizinkan Allah. Sebagaimana firmannya bermaksud dalam surah al-syamas:91. Bermaksud:
Dan jiwa serta penyermpurnaannya , maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu jalan kepada kefasikan dan ketaqwaan.
Manusia yang selalu mmentingkan diri sendiri dan kepada jiwa ia
terpengaruh kepada hasutan, kepada kejahatan. Jika ia tergoda, hilanglah
kesuciannya.. Semuanya datang dari sisi Allah, Di mana Ia menjadikan
jiwa yang selalu menyeru kepada kearah kejahatan dan Dia pula yang
menjadikan sikap ego manusia yang condong kepada kejahatan dan kabaikan,
siling berganti. Ketika jiwa berfikir, merenung dan insaf, ia menjadi
murni dan normal kembali. Kemudian jiwa ini disebut dengan jiwa yang
tenang.
Meskipun Allah telah mencipatkan khalifahnya dengan
sifat-sifat yang sangat sempurna namun Dia tetap memandangnya lemah, tak
berdaya dan papa kedana. Allah ingin agar khalifahNya menyedari bahawa
khalifahnya akan menemui kekuatan hanya dengan pertololongan dan
sokongan padu Tuhannya. Dia menciptakan halangan dan dugaan-dugaan yang
kuat baginya itu untuk mehghalangi kepada kesedaran. Ini lah rahsia dua
kemungkinan yang saling berlawanan bagi diri manusia tadi.
Roh dan
nafsu adalah suami isteri yang sah. Jika sang suami memanggil isterinya,
namun isterinya tidak menyahut, orang akan berkata, mengapa isterinya
tidak datang kepada mu. Maka si suami bertanya kepada pembantu yang
dikasihinya iaitu akal, mengapa isterinya bersikap diam, Akal mengatakan
kepada tuannya, hai tuanku yang baik hati, engkau menyeru yang
kedudukannya adalah setara dengan kekdudukanmu sendiri, yang mempunyai
wilayah pemeritahannya sendiri, dengan kekuatan dan berada di bawah
perintah Yang Maha Kuasa juga. Dia disebut sebagai nafsu duniawi, jiwa
ini selalu menyeru ke arah kejahatan. Tidaklah begitu mudah untuk
menaklukinya.
Roh megirimkan sepucuk surat kepada isterinya melalui
penasihat kananya, yang mejelaskan perasaanya kepadanya. Namun nafsu
telah menangkap dan memenjarakan utusan roh. Akal sebagai penasihat
kanan roh, telah ditakluki di bawah tekanan nafsu .
Ketika akal kini
di bawah pengaruh nafsu, telah diizinkan kembali ke tuannya roh, dia
telah menyampaikan pesanan bahawa dia bukan sahaja kehilangan isterinya
malah telah banyak juga pegawai-pegawainya dan pasukannya telah berpihak
kepada isterinya. Hanya segelintir sahaja yang tetap setia kepadanya.
Fikiran telah memberitahu kepada roh bahawa musuhnya telah mamasuki
halaman istana, telah siap siaga menghancurkan pemerintahannya, merebut
tahta kerajaan dan mengambil alihnya. Akal telah memberitahu tugas
sucinya adalah untuk memperingatkan kepada roh sebelum mereka berdua
binasa.
Kini, dengan peringatan dari akal, roh mengetahui bahawa dia
telah dilumpuhkan, Dia sudah tak berdaya dan kini pasrah diri kepada
Tuhannya pemilik segala sesuatu. Kini Roh sudah mengetahui, dia sudah
tidak dapat menyelamatkan dirinya sendiri. Kini dia tahu di saat cemas
beginilah apa erti makna Tuhan kepadanya yang maha perkasa.
Ketika khalifah Allah yang bernama roh mengadap junjung kasih kepada Tuhannya untuk meiminta pertolongan.
Tuhan telah menjadi perantara antara roh dan nafsu. Kemudian nafsu
menahan dirinya dan tidak lagi melakukan penguasaan menyeluruh atas
kerajaan manusia tadi.
Menyahuti dan meghormati akan kekuasaan
Tuhan, maka roh dan nafsu menundukkan kepala mereka dalam ketaatan, puas
dengan keridhaan Allah sebagaimana Firman Allah berbunyi: dalam surah
Al- fajar:27-30, yang bermaksud:
Hai jiwa yang tenang
(Muthamainnah), kembalilah kepada Ku, dengan hati yang puas lagi
diredhai, maka masuklah ke dalam jamaah hamba-hambaku Ku dan masuklah ke
dalam syurga Ku
Kini perbezaan antara kedua-duanya telah lenyap. Mereka akhirnya bersatu kembali.
Tuhan menamai jiwa yang tenan sebab pada diri nafsu telah menyedari
potensi dan kemampuan yang sebenarnya. Jika ia tergoda oleh kejahatan,
ia menentang kodratnya sendiri, seperti dalam, firman Allah surah an
nisa:78 yang bermaksud:
Semuanya dari sisi Allah
Juga, dalam surah al-isra’ :20, yang bermaksud:
Kami berikan bantuan dari kemurahan Tuhanmu. Dan kemurahan Tuhanmu tidak dapat dihalangi.
Ketika Dia memanggil roh dan nafsu kepada diriNya sendiri dengan puas
lagi diredhaiNYa, tersirat bahawa kedua-duanya saling meridhai dan
serasa. Ketika Dia megundang mereka berdua ke syurgaNya, sebenarnya Dia
mengundang mereka menuju keselamatan di sebuah tempat yang damai, jauh
dari tempat-tempat yang tidak diredhai Tuhan. Ketika ia diminta datang
ke dalam syurga bersama para hambaNya yang dicintaiNYa, dimasukkanNya
mereka ke dalam golongan orang yang taat patuh kepada Nya dan telah
mengikat kukuh hati mereka tunduk kepadaNya.
Di dalam kerajaan manusia, di bawah pemeritahan roh, khalifah Allah terdapat empat golologan penduduk:
Mukmin sejati yang mamatuhi hukum-hukum Tuhan mereka dan, mereka mampu melindungi diri sendiri dari semua kejahatan
Golongan kedua, mereka pada dasarnya beriman, namun terkadang tersasar berbuat maksiat
Golongan ketiga, kumpulan munafik iaitu yang menampakkan keimanan padahal sebenarnya mereka tidak beriman
Golongan keempat . Golongan kafir yang memandang diri mereka sendiri sebagai Tuhan
Inilah kenyataan yang ada pada kerajaan manusia, di tengah-tengah
berlakunya kejahatan, rasa dengki, perang antara roh dan nafsu. Fikiran
dan jiwa yang selalu mengarahkan kepada kejahatan.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar