Datanglah sebagai orang yg bodoh dihadapan Allah.. Allah akan mengajarkan kamu satu persatu..
.
Solat itu memang berat, kecuali bagi mereka2 yg khusyuk.. dan nikmat solat itu memang milik si khusyuk.
.
(Al-A'raf : 205). Dan sebutlah (nama) Tuhanmu dalam hatimu dengan
merendahkan diri dan rasa takut, dan dengan tidak mengeraskan suara, di
waktu pagi dan petang, dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang
lalai.
.
..Kerana ilmu2 Allah adalah ilmu2 putih dan ilmu2 Haq.
.
Solatlah setiap kali seolah itu solat terakhirmu..
.
Jika seorang itu mendapat tahu tarikh dan saat ajalnya, solat terakhirnya akan menjadi solat yang terkhusyuk seumur hidupnya.
.
Solat itu berat. Nikmat solat milik sikhusyuk. Yang khusyuk solatnya
akan menggeruni Allah hingga bergegar tubuh serta bercucuran airmatanya
ketika solat.
.
Bukan solat menjadi penyelamatmu jika solat itu
tdk khusyuk hingga terlupa raka'at dan bacaan.. (qorin syaitan empunya
angkara).
.
Nikmat solat itu terletak pada khusyuknya.
.
Tdk seorang itu benar2 khusyuk jika tdk mengenali serta menundukkan qorin syaitan nya..
.
Qorin syaitan memang tdk dapat dihapuskan, tetapi ia boleh ditundukkan atas izin Allah, tentunya.
.
~~~~~~~
WAJAH SEBENAR.
.
Simati itu membawa wajah dunia ke alam kematian.. tetapi wajah itu tdk
kekal dan akan berubah mengikut keadaan Hati semasa hidupnya didunia..
.
Seorang muda boleh kelihatan tua dan situa boleh kelihatan muda
mengikut keadaan amal baik dan kesucian hatinya ketika hidupnya di dunia
.
Tidak ada istilah "Putus Makrifat" bagi Tauhid. Ilmu Allah itu Abadi
dan tdk ada bersifat akhir.. ilmu2NYA akan terus wujud disebalik hijab
selamanya.
.
.
Seorang ahli makrifah itu tdk dapat naik maqam selagi masih berasa sudah sempurna.
.
Jika seorang itu berasa sempurna, ia seperti Iblis yg berasa sempurna.. dan maqamnya terhenti disitu. ..
.
IlmuNYA adalah KalamNYA,, KalamNYA adalah ilmuNYA..
.
Ilmu itu cahaya, cahaya itu ilmu.
.
~~~~~
ALAM HAKIKAT.
.
Hakikat adalah kebenaran,, Hakikat tetap Hakikat dan hakikat adalah
suatu yg tdk dapat diubah oleh mana2 kuasa dilangit dan bumi kecuali
oleh Allah sendiri.
.
Wahyu dari langit sama sekali tdk akan
bernada memerintah atau menyuruh atau berbisik kepada seorang itu agar
berbuat itu dan ini.
.
Suara2 ghaib yg ber kata2 itu pada
hakikatnya hanyalah bangsa Jin yg terdiri dari syaitan2 penyesat saja yg
cuba memerintah jiwa manusia dan memesongkan manusia..
.
Syaitan2 yg sudah di Islamkan itu berubah rupa mereka menjadi cantik sehingga memancarkan Nur Iman dari tengah dada mereka.
.
Jin2 yg di Islamkan itu tdk lagi bersifat syaitan lantas perubahan2
terjadi terhadap wajah2 mereka Jin2 tersebut sehingga tdk berupa seperti
syaitan lagi. Mengapa ini terjadi.?
.
Kerana Hakikat. ..Alam
Ghaib itu tunduk kpd Kuasa Hakikat.. Kuasa Hakikat itu yg merubah rupa
wajah syaitan kepada rupa wajah seakan manusia.
.
Manusia juga
terkesan dengan alam Hakikat itu.. seorang manusia yg matinya sebagai
seorang muda, boleh kelihatan tua di alam itu.. begitu juga sebaliknya,
seorang yg matinya ketika berusia tua, tetapi dia kelihatan muda di alam
Hakikat.
.
Di alam Hakikat itu hanya wajah2 hakikat yg akan
menzahir.. sungguh alam Hakikat itu tiada kepalsuan.. hanya yg benar
saja wujud disana.
.
Manusia sejati tdk punyai sifat syaitan
dalam tubuhnya. ,,dia seperti keadaan Adam AS sebelum dia jatuh berdosa
atau seperti bayi yg baru lahir..
.
Bila yg Haq hadir di alam ghaib itu, yg bathil akan batal..
.
Jin2 yg sdh Islam juga tdk digelar sebagai syaitan lagi kerana dia tdk lagi bersifat syaitan.. dia digelar Jin saja..
.
Tdk semua Jin itu syaitan.. memang adanya terdapat Jin2 yg Islam di alam mereka.
.
~~~~~~~
BATHIN
.
Bila yg bathin menyentuh sesuatu yg bathin, ianya benar2 nyata.. akan
tetapi bila yg zahir cuba menyentuh yg bathin atau sebaliknya, ia tdk
menjadi nyata kerana alam mereka berbeda. Alam zahir, Alam Bathin dan
Alam Rohani itu berbeda-beda alamnya.
.
Lebih tinggi langit itu,
maka lebih indah malaikat2nya sehingga tdk dapat terukir oleh pengukir
paling mahir atau terlukis oleh pelukis terunggul..(mimpi malaikat)..
.
Takdir itu sudah tersurat.. tetapi suratan itu masih boleh ditulis semula dengan amal soleh dan do'a2..
.
Manusia2 didunia dan manusia2 di Alam Arwah itu adalah manusia2 yg hidup.
Tdk ada manusia yg mati, malah semuanya "hidup"..
.
Jenazah di kubur itu akan tempuhi soal2 kubur dan bathin itu akan rasai
apa yg di lalui oleh jenazah, biarpun dia berjarak jauh dari jenazahnya
itu.
.
(Al-A’raf :174) ..Dan demikianlah Kami menjelaskan ayat-ayat itu, agar mereka kembali (kepada kebenaran).
.
(Al-A'raf :181) ..Dan di antara orang-orang yang Kami ciptakan ada umat
yang memberi petunjuk dengan hak, dan dengan yang hak itu (pula) mereka
menjalankan keadilan.
.
(Al-A’raf :184) ..Apakah (mereka lalai)
dan tidak memikirkan bahwa teman mereka (Muhammad) tidak berpenyakit
gila. Dia (Muhammad itu) tidak lain hanyalah seorang pemberi peringatan
lagi pemberi penjelasan.
.
(Al-A’raf : 178). Barangsiapa yang
diberi petunjuk oleh Allah, maka dialah yang mendapat petunjuk; dan
barangsiapa yang disesatkan Allah, maka merekalah orang-orang yang
merugi.
.
.
Sadoqallohul'adzhiim
Tidak ada komentar:
Posting Komentar