Bismillahirrahmanirrahim
Perbaikilah Hati kamu Nescaya Akan Baik Lisan dan Akhlak Lahiriah serta Batiniah kamu.
Rasulullah shallallahu alaihi wasalam bersabda
★Dan ketahuilah sesungguhnya pada tubuh manusia itu terdapat seketul
daging, jika ia baik maka baiklah seluruh anggota badannya dan jika ia
rosak, rosaklah seluruh anggota tubuhnya ketahuilah bahwa seketul daging
tersebut adalah HATI.
~ HR Bukhari & Muslim ~
Perbaikilah HATI nescaya akan lurus lisan dan akhlak lahiriah serta
batiniah merupakan satu kewajipan. Harus perhatikan perbaikkan HATI
iaitu dengan memberi full commitment terhadap
~ • Kejujuran
~ • Keikhlasan
~ • Taubat
~• Kembali kepada ALLAH
~• Merasa diawasi ALLAH
~• Waspada dari riya'
~• Waspada dari iri dengki
~• Sifat dendam dan waspada dari apa saja yang akan merosak HATI.
Adalah menjadi satu kewajipan dan keharusan untuk kita membersihkan
HATI kerana tak akan masuk syurga kecuali orang yang bertemu ALLAH
dengan HATI yang bersih.
HATI yang bersih adalah yang bersih dari segala penyakit HATI yang tercela
~>> Bersih dari kesyirikan
~>> Bersih dari Kemunafikan
~>> Bersih dari Kesombongan, Takbur
~>> Bersih dari Kedengkian, Hasad
~>> Bersih dari Keegoan, Riak
~>> Bersih dari Permusuhan yang dihasut syaitan dan dari pelbagai sifat yang tercela.
Hakikatnya …
Apabila HATI baik JIWA akan tenang.
Baca lah Al Quran dan berzikir.
Serta istiqamah dalam menjaga HATI agar tak terjatuh ke dalam penyakit HATI
Jika ini semua dilakukan maka secara tak langsung akan baiklah jasmani dan rohani.
~ ○> Apabila berbicara maka berbicara dengan jujur dan kebenaran
~ ○> Apabila beramal maka beramal dengan amalan yang shalih
~ ○> Serta menjauhi perbuatan dan ucapan yang buruk.
Diantara yang diajar Rasulullah shallallahu alaihi wasalam adalah
★TIDAK LAH KITA MENGATAKAN MELAINKAN KEBENARAN DAN KEBAIKAN.★
Sabda Rasulullah shallallahu alaihi wasalam
★مَنْ كَانَ يُؤْمِنُ باِللَهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ فَلْيَقُلْ خَيْراً أَو ليصمت
★Barang siapa yang beriman kepada ALLAH dan Hari Akhir hendaklah dia berkata baik atau diam.
Maka …
Bicaralah kebaikan dan tinggalkan keburukan dengan segala bagainya.
Hindari dan tinggalkan berbicara dusta, ghibah, fitnah, menghina, mengkeji, memaki, mencarut, adu domba dan semua keburukan.
Sekalipun perkara yang hukumnya mubah yang dibolehkan untuk
menyampaikan … JANGAN berlebihan kerana jika ia berlebihan ia akan
menghantar kamu untuk terjatuh di dalam jurang keburukan.
Ingatlah …
★مَنْ كَانَ يُؤْمِنُ باِللَهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ فَلْيَقُلْ خَيْراً أَو ليصمت
★Barang siapa yang beriman kepada ALLAH dan Hari Akhir hendaklah dia berkata baik atau diam.
~•° Bacalah Al Quran
~•° Bacalah Hadits
~•° Bacalah kitab
~•° Bacalah sesuatu yang memberi manfaat
~•° Berbicaralah perkara yang memberi manfaat dan bermanfaat untuk manusia seperti
~××> Memberi nasihat
~××> Memberi teguran
~××> Memberi peringatan
~××> Amar ma'aruf nahi Munkar
~××> Dan yang sewaktu dengannya
★Bukankah manusia kelak akan diseret diatas wajahnya dalam neraka disebabkan lisannya★
Di dalam Al Quran terdapat banyak bimbingan yang memberikan peringatan
dari dusta dan menerangkan kerosakannya serta hukuman azab NYA.
Bacalah kitabullah dan Sunnah Rasul NYA.
Terangilah dengan keduanya untuk urusan dunia dan akhirat. Pasti kehidupan dan keadaan akan baik.
ALHAMDULILLAH
Aamiin ya Allah
Al Fatihah
Teguhlah bersama AL HAQ
Allahu ALLAH
Laa ilaaha ilallah
Perbanyakkan selawat
اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
Perbanyakkan istighfar
اَسْتَغْفِرُ اَللّهَ الْعَظِیْمَ
Yang mengharap redha dan ampunan NYA
Salam kemaafan
Salam semesta alam
Tidak ada komentar:
Posting Komentar