** SIFAT MA’ANI **
Sifat Apakah Yang Terkandung Di Dalam Ma’ani ?
Sifat yang terkandung di dalam sifat Ma’ani ada tujuh ( 7 ) perkara :
1. Qudrat = kuasa
2. Iradat = berkehendak
3. Ilmu = mengetahui
4. Hayat = hidup
5. Sama’ = mendengar
6. Basar = melihat
7. Qalam = berkata-kata
Bagaimana Menterjemah Sifat Ma’ani Pada Diri Kita?
Sifat Ma’ani Allah Ta’ala yang jelas terzahir pada diri kita ada tujuh :
1. Hidup
2. Mengetahui
3. Berkuasa
4. Berkehendak
5. Melihat
6. Mendengar
7. Berkata-kata
Adanya dengan terang dan jelas menzahirkan Sifat-Sifat-Nya ke
atas Diri kita. Tujuan dizahirkan 7 Sifat-Nya Haqq Taala pd tujuh ( 7 )
anggota kıta supaya dijadikan sebagai pedoman, sebagai panduan dan
sebagai iktibar untuk kita mengenal, melihat dan memandang Allah
melaluinya.
Allah bukan 'Ain (bukan benda) yang boleh
dikenal melalui bentuk hitam dan putih. Allah menzahirkan
Sifat-Sifat-Nya ke atas Diri kita adalah bertujuan supaya dijadikan
Tempat memandang Sifat-Sifat-Nya kepada mereka-mereka yang berpandangan
jauh.
Tetapi ramai yang masih tidak memerhatikannya 7 Sıfat Haqq Taala :
Sifat hidup,
Sifat mengetahui,
Sifat berkuasa,
Sifat berkehendak,
Sifat melihat,
Sıfat mendengar dan
Sifat berkata-kata
yang dipakai Allah ke atas Diri kita, pd 7 anggota kıta ıtu
adalah menjadi tanda kebesaran-Nya ke atas Diri kita supaya kita
memerhati dan melihatnya.
( Klu anta ingin tahu akan
rahasianya, di mana letaknya 7 Sifat Ma'ani pd anggota anda itu,
bertanya lah kpd GM anta ) - in Sya Allah
Sifat-Sifat
tersebut bukannya Sifat peribadi kita tetapi Sifat tersebut sebenarnya
adalah hak kepunyaan Mutlak Allah Ta’ala.
Sifat yang kita pakai ini adalah pinjaman semata-mata. Oleh itu hendaklah kita sedar dan insaf akan hal itu.
Kesemua Sifat-Sifat tersebut adalah hak milik Allah dan
kepunyaan Allah swt yang sepatutnya dikembalikan semula kepada Tuan yang
Ampunya, sementara hayat masih dikandung badan.
Penzahiran
7 Sifat Ma’ani ke atas Makluk ( Diri kita ) adalah sekadar pinjaman
yang berupa pakaian sementara, yang Akhirnya dikehendaki kembali semula
kepada Tuan yang Ampunya. Allah tidak boleh diibarat atau dimisalkan
dengan sesuatu.
Maha suci Allah drp ibarat dan misal.
Segala misalan atau segala perumpamaan yang dinukilkan itu, hanyalah
sekadar untuk mempermudahkan faham.
Sifat Ma’ani itu, adalah seumpama Bayang-Bayang, manakala Allah Ta’ala itu, adalah seumpama Tuan yang Ampunya bayang.
Tidakkah engkau melihat kekuasaan Tuhanmu? – bagaimana Ia
menjadikan Bayang-Bayang itu terbentang luas kawasannya dan jika Ia
kehendaki tentulah Ia menjadikannya tetap tidak bergerak dan tidak
berubah Kemudian Kami jadikan matahari sebagai tanda yang menunjukkan
perubahan bayang-bayang itu;
Allah Jadikan Manusia dalam Bayang-Nya
Maksud Bayang itu, adalah merujuk kepada Makhluk dan Diri kita.
Bayang (Diri) sebenarnya tidak mempunyai apa-apa Sifat. Bayang hanya
sekadar Sifat yang menumpang dari yang Ampunya bayang.
* Bergeraknya bayang adalah gerak daripada yang Ampunya Bayang.
* Berdirinya Bayang adalah dengan berdirinya Tuan yang Ampunya Bayang (Allah).
Mustahil Bayang itu boleh berdiri dengan sendiri tanpa kuasa
drp yang Ampunya Bayang (Allah). Bayang dengan yang Ampunya Bayang itu,
mustahil bersatu dan mustahil bercerai.
Diri kita dengan
wajah Allah itu, adalah seumpama ujud Bayang dengan yang Ampunya Bayang
atau seumpama Bayangan wajah di permukaan cermin.
* Sifat Ma’ani itu tidak boleh berdiri dengan sendiri tanpa bergantung dari sifat Maknawiah.
* Hubungan antara sifat Ma’ani dengan sifat Maknawiah itu, adalah
seumpama hubungan antara Bayang dengan yang Ampunya Bayang.
Contohnya seumpama :
* Sifat mata dengan penglihatan,
* Sifat telinga dengan pendengaran dan
* Sifat mulut dengan yang berkata-kata.
Walau bagaimana keadaan sekalipun, ianya tetap tidak boleh
bercerai dan juga boleh bercantum. Inilah yang dikatakan hubungan Sifat
Ma’ani dengan sifat Ma’anawiah itu, bercantum tidak bercerai tiada.
Tiada bercerai antara Nafi dan Isbat, dan siapa-siapa yang
menceraikan antara kedua-duanya , maka orang itu kafir adanya.
Bayang bukan Cahaya tetapi tidak lain dari Cahaya. Cahaya bukan Matahari tetapi tidak lain dari Matahari.
Begitu jugalah contohnya hubungan antara Allah dengan Diri kita.
Oleh itu , marilah kita sama-sama mengambil faham dan insaf bahawa
Sifat yang kita miliki ini, sebenarnya hak kepunyaan Allah, yang harus
kita serah kembali kepada yang Ampunya.
Tujuan mempelajari Sifat Ma’ani adalah bertujuan supaya kita mengaku bahawa :
* sebenarnya Diri kita ini tidak ada,
* tidak wujud, dan tidak terjadi.
Yang wujud, yang ada dan yang terjadi adalah hanya semata-mata
Allah, seumpama Sifat Bayang, terzahirnya Bayang itu, adalah bagi tujuan
menampakkan dan menyata Sifat yang Ampunya Bayang itu sendiri.
Di dalam keghairahan membicarakan soal Sifat Ma’ani, harus diingat bahawa
* Allah itu tidak bertempat.
* Allah tidak menjelma ke atas jasad.
* Allah tidak bertempat di dalam atau di luar badan,
* Allah tidak bersatu, tidak bercantum dengan badan,
* Allah bukan kesatuan,
* Allah bukan bersyarikat, bukan bercantum dengan jasad kita.
Ada orang yang mengaku bahawa Allah menjelma di dalam jasad dan
tidak kurang pula ada yang mengaku menjadi Allah dan sebagainya.
## Bukan kita yang meliputi Allah, tetapi Allah lah yang meliputi kita ##
Kesemua Sifat yang kita miliki ini adalah milik Allah, Sifat
yang ada pada diri kita akan hancur, binasa dan hilang lenyap, Sifat
yang kekal dan yang Abadi itu, hanyalah Allah swt.
Dan
janganlah engkau menyembah tuhan yang lain bersama Allah. Tiada Tuhan
melainkan Allah. Tiap-tiap sesuatu akan binasa melainkan Zat Allah.
Bagi-Nya lah kuasa memutuskan segala hukum, dan kepada-Nya lah kamu
semua dikembalikan.
Apa Hubungan Sifat Maani Dengan Roh.
Sifat Ma’ani adalah wajah Allah yang terzahir melalui :
* Sifat dan rupa paras Roh,
* melalui Sifat mata, mulut, telinga, dan anggota tubuh seluruhnya.
Sebagaimana rupa dan paras Roh, sebegitulah Wajah Ma’ani Allah, kerana Rohlah Sifat Ma’ani Allah.
Untuk melihat Sifat Ma’ani Allah, lihatlah pada Wajah dan Sifat rupa paras Diri kita sendiri.
### ALLAHU AKBAR ###
Tidak ada komentar:
Posting Komentar