- Apakah arti Lailatul Qadar ?
LAILATUL QADAR Apakah erti Lailatul Qadar ?
Mengikut pengertian bahasa perkataan laila bermaksud malam. Manakala
perkataan Qadar pula bermaksud mubarokatin (keberkatan) atau saat yang
diperingati. Jika kedua-dua perkataan itu digabungkan, ianya maksud
Lailatul Qodar iaitu malam keberkatan atau malam yang diperingati.
Mengikut tafsiran ilmu makrifat perkataan Laila merujuk kepada jahil,
manakala perkataan Qadar pula merujuk kepada berilmu (alim). Jika
kedua-dua perkataan itu digabungkan, ianya membawa maksud iaitu dari
bersifat seorang yang jahil kembali bertukar kepada seorang alim yang
berilmu. Iaitu terbuka hijab pintu hatinya daripada seorang yang tidak
mengenal Allah ianya berubah krpada seorang yang mengenal Allah swt.
Saat mengenal Allah itulah yang dikatakan saat keberkatan dan saat-saat
yang tidak akan dapat dilupakan buat selama-lamanya.
Ianya juga
membawa maksud, daripada suasana gelap dzulmat, hitam kotor, dan jahil
fasiq hatinya dari ilmu makrifat bertukar kepada suasana yang gemilang
sirna cahaya keberkatan yang amat terang benderang hatinya setelah
mendapat ilmu mengenal Allah. Daripada bersifat jahil bertukar kepada
sifat mengenal dirinya dan bertukar kepada mengenal Allah.
Dari
asalnya bersifat fasiq (tidak mengenal Allah), kini bertukar dan berubah
kepada seorang yang bersifat alim (mengenal Allah). Inilah pengertian
malam LIlatul Qadar yang sebenar. Kebanyakkan dari kita, bila sebut
sahaja malam Lailatul Qadar yang mereka ingat hanya keajaiban pada bulan
ramadhan. Seumpama perigi yang kering akan menjadi penuh (melimpah).
Pokok kayu-kayan akan jadi tunduk (rebah) menyembah bumi, angin dan
burung yang sedang berlalu, akan jadi berhenti dan sebagainya.
Sedangkan intisari daripada maksud Lailatul Qadar itu, sebenarnya
bermaksud dari sifat seorang yang buta mata hatinya bertukar kepada
cerah mata hatinya kerana memandang dan mengenal Allah.
Menurut Asy
Sya'rani, menterjemahkan erti dan makna Lailatul Qadar itu sebagai
"SUASANA HATI" Berkata lagi beliau ;- "Apabila engkau ingin hatimu
hidup, iaitu hidup yang tidak ada mati sesudahnya lagi, maka keluarlah
engkau dari menyandarkan harapan kepada makhlok. Matikan hawamu dan
irodatmu.
Diwaktu itulah engkau mulai akan diberi oleh Allah hidup
yang sejati, hidup yang tidak ada mati sesudahnya lagi. Pemberian yang
tidak ada henti-hentinya lagi. Lalu diangkat nilai engkau dalam hati
hamba-hambanya. Sehingga engkau tidak akan sesat untuk selama-lamanya."
Apakah erti hidup yang tiada mati sesudahnya ?
Arti hidup yang tiada
mati itu, adalah merujuk kepada ilmu mengenal Allah. Sesudah kita
berjaya sampi kepada tahap ilmu mengenal Allah, ilmu itu akan tetap
hidup di dalam hati-hati kita untuk selama-lamanya, yang tidak akan ada
kesudahannya. Dan tidak akan pernah padam dan terhapus dari ingatan hati
kita buat selama-lamanya. Wajah Allah inilah yang akan kita bawa sampai
kehari kiamat dan hari mengadap Allah Ta'ala.
Apabila kita telah
berjumpa dengan ilmu mengenal Allah, ingatan hati kita kepada Allah
tidak akan pernah terlupus, walaupun sesaat, walaupun ketika jasad
sedang tidur. Sesudah kita mengenal Allah (Mendapat Lailatul Qadar)
iktikad atau pegangan hati kita, akan berubah sepenuhnya, daripada
bersifat gelap kepada terang, daripada bersifat mati hati bertukar
kepada hati yang sentiasa hidup.
Yang tetap hidup tiada mati itu,
adalah ingatan kita kepada Allah, ianya akan tetap hidup dihati kita,
yang tidak akan ada matinya, bukan bermakna tidak mati jasad, tetapi
tidak mati ingatan kita kepada Allah. Bagi yang mendapat Lailatul Qadar
ia juga tidak akan sesat selamanya. Apabila ingatan kita kepada Allah
tidak pernah mati dan tidak pernah padam, disitulah segala kebesaran
Allah, akan dapat kita miliki dan menjiwainya dengan penuh pengertian.
Pengertian itu nantinya akan terzahir keluar, sehingga melimpah ruah.
Rasanya seumpama kita ini kaya, yang kekayaannya itu, tidak akan menemui
jalan kemiskinan.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar