- Apakah arti Lailatul Qadar ?
LAILATUL QADAR Apakah Arti Lailatul Qadar ?
Mengikut pengertian bahasa perkataan laila bermaksud malam. Manakala
perkataan Qadar pula bermaksud mubarokatin (keberkatan) atau saat yang
diperingati. Jika kedua-dua perkataan itu digabungkan, ianya maksud
Lailatul Qodar iaitu malam keberkatan atau malam yang diperingati.
Mengikut tafsiran ilmu makrifat perkataan Laila merujuk kepada jahil,
manakala perkataan Qadar pula merujuk kepada berilmu (alim). Jika
kedua-dua perkataan itu digabungkan, ianya membawa maksud iaitu dari
bersifat seorang yang jahil kembali bertukar kepada seorang alim yang
berilmu. Iaitu terbuka hijab pintu hatinya daripada seorang yang tidak
mengenal Allah ianya berubah krpada seorang yang mengenal Allah swt.
Saat mengenal Allah itulah yang dikatakan saat keberkatan dan saat-saat
yang tidak akan dapat dilupakan buat selama-lamanya.
Ianya juga
membawa maksud, daripada suasana gelap dzulmat, hitam kotor, dan jahil
fasiq hatinya dari ilmu makrifat bertukar kepada suasana yang gemilang
sirna cahaya keberkatan yang amat terang benderang hatinya setelah
mendapat ilmu mengenal Allah. Daripada bersifat jahil bertukar kepada
sifat mengenal dirinya dan bertukar kepada mengenal Allah.
Dari
asalnya bersifat fasiq (tidak mengenal Allah), kini bertukar dan berubah
kepada seorang yang bersifat alim (mengenal Allah). Inilah pengertian
malam LIlatul Qadar yang sebenar. Kebanyakkan dari kita, bila sebut
sahaja malam Lailatul Qadar yang mereka ingat hanya keajaiban pada bulan
ramadhan. Seumpama perigi yang kering akan menjadi penuh (melimpah).
Pokok kayu-kayan akan jadi tunduk (rebah) menyembah bumi, angin dan
burung yang sedang berlalu, akan jadi berhenti dan sebagainya.
Sedangkan intisari daripada maksud Lailatul Qadar itu, sebenarnya
bermaksud dari sifat seorang yang buta mata hatinya bertukar kepada
cerah mata hatinya kerana memandang dan mengenal Allah.
Menurut Asy
Sya'rani, menterjemahkan erti dan makna Lailatul Qadar itu sebagai
"SUASANA HATI" Berkata lagi beliau ;- "Apabila engkau ingin hatimu
hidup, iaitu hidup yang tidak ada mati sesudahnya lagi, maka keluarlah
engkau dari menyandarkan harapan kepada makhlok. Matikan hawamu dan
irodatmu.
Diwaktu itulah engkau mulai akan diberi oleh Allah hidup
yang sejati, hidup yang tidak ada mati sesudahnya lagi. Pemberian yang
tidak ada henti-hentinya lagi. Lalu diangkat nilai engkau dalam hati
hamba-hambanya. Sehingga engkau tidak akan sesat untuk selama-lamanya."
Apakah erti hidup yang tiada mati sesudahnya ?
Erti hidup yang tiada
mati itu, adalah merujuk kepada ilmu mengenal Allah. Sesudah kita
berjaya sampi kepada tahap ilmu mengenal Allah, ilmu itu akan tetap
hidup di dalam hati-hati kita untuk selama-lamanya, yang tidak akan ada
kesudahannya. Dan tidak akan pernah padam dan terhapus dari ingatan hati
kita buat selama-lamanya. Wajah Allah inilah yang akan kita bawa sampai
kehari kiamat dan hari mengadap Allah Ta'ala.
Apabila kita telah
berjumpa dengan ilmu mengenal Allah, ingatan hati kita kepada Allah
tidak akan pernah terlupus, walaupun sesaat, walaupun ketika jasad
sedang tidur. Sesudah kita mengenal Allah (Mendapat Lailatul Qadar)
iktikad atau pegangan hati kita, akan berubah sepenuhnya, daripada
bersifat gelap kepada terang, daripada bersifat mati hati bertukar
kepada hati yang sentiasa hidup.
Yang tetap hidup tiada mati itu,
adalah ingatan kita kepada Allah, ianya akan tetap hidup dihati kita,
yang tidak akan ada matinya, bukan bermakna tidak mati jasad, tetapi
tidak mati ingatan kita kepada Allah. Bagi yang mendapat Lailatul Qadar
ia juga tidak akan sesat selamanya. Apabila ingatan kita kepada Allah
tidak pernah mati dan tidak pernah padam, disitulah segala kebesaran
Allah, akan dapat kita miliki dan menjiwainya dengan penuh pengertian.
Pengertian itu nantinya akan terzahir keluar, sehingga melimpah ruah.
Rasanya seumpama kita ini kaya, yang kekayaannya itu, tidak akan menemui
jalan kemiskinan. Kelazatan zuk yang tidak pernah menemui jalan luntur.
Iaitu kaya dengan sifat sabar, taat, patuh, tawakal, takwa dan
sebagainya. Prmberian kekayaan seumpama itu, akan berterusan dan
berpanjangan hidupnya didalam hati-hati kita, selagi akal masih bersifat
waras kepada Allah.
Inilah intisari maksud Lailatul Qadar yang
sebenar-benarnya. Perjalanan dari bersifat gelap menuju kepada yang
bersifat terang. Dari bersifat mati ingatan bertukar kepada bersifat
ingatan kepada Allah sentiasa hidup. Apabila ingatan kita kepada Allah
sentuasa hidup, ingatan kepada makhlok, dengan sendirinya sjan mati dan
terpadam. Mati hawa nafsu, mati kehendak dan mati keinginan selain
Allah.
Mati harapan kepada makhlok, bertukar harapan kepada Allah.
Daripada bersifat sayangkan makhlok, menuju kepada bersifat sayangkan
Allah. Menurut Jalaluddin Rumi pula menterjemahkan Lailatul Qadar itu
sebagai "DIRI YANG TELAH TERJUAL" Berkata lagi beliau :- "Allah telah
membeli jiwa kita, untuk Dia, Bayarannya adalah syurga. Sebab itu
tidak seorang pun yang dapat membelinya dan menawarnya sampai akhir
zaman.
Suatu barang yang tidak boleh dijual dua kali" Bagi yang
mendapat Lailatul Qadar, diumpamakan dirinya telah terjual dan telah
tergadai kepada Allah. Setelah kita serahkan dan mengembalikan diri
kita kepada Allah. Ianya tidak boleh lagi diambil balik. Setelah
pertama kali dijual, ia tidak boleh dijual buat kali kedua. Inilah
kedudukan iktiqad atau pegangan hati orang makrifat, ysng tidak ada
duanta berbanding Allah.
Sekali kita berserah diri kepada Allah,
jangan hendaknya berpatah balik. Pupuklah hati supaya buah tawakkal dan
buah berserah boleh bercambah dengan subur. Bagi yang mendapat anugerah
Lailatul Qadar, jiwa dan raganya telah dibeli Allah. Setelah dirinya
dibeli Allah tidak ada maklok lain lagi yang dapat membelinya lagi
selain dari Allah. Walaupun dibeli dan ditukar ganti dengan pangkat
besar, rumah besar, kereta mewah dan kekayaan wang ringgit.
Allah
tidak akan menjualnya semula kepada makhlok, walaupun dengan harga yang
mahal. Begitu juga dengan mereka yang mengenal Allah ( yang mendapat
anugerah Lailatul Qadar ) mereka tidak akan berpaling lagi dari Allah.
Walaupun didatangi msibah, penyakit, kemiskinan dan kepayahan hidup,
mereka tidak akan berpsling dari berserah diri dsn bertawakkal kepada
Allah. Tidak ada lagi erti kecewa dan erti penyesalan dihati mereka yang
mengensl Allah.
Hatinya kepada Allah tetap utuh dan tidak mudah
terpesong dengan kekayaan dan kemewahan. Mereka sedar bahawa, yang diri
mereka itu, telah dibeli Allah dan kita pula telah menjualkannya kepada
Allah. Akad jual beli diantara kita dengan Allah telah dikira selesai.
Segala sifat, kelakuan, asma', dan zat yang mendatang di atas diri kita
ini, dianggap telah terjual dan bukan lagi menjadi milik kita.
Semua sifat yang mendatang telah dianggap seumpama anugerah dari Allah
kepada kita, kita ini tidak ubah selaku pelakon, yang cuma sekadar
melakonkannya sahaja, dari apa yang dianugerahkan oleh Allah kepada
kita. Oleh itu terimalah segalanya dengan ucapan terima kasih. Inilah
erti dan pengertian Lailatul Qadar menurut kaca mata ilmu makrifat. Kita
sebenarnya telah mati dan telah menjual sifat perangai, sifat jasad,
sifat nama, dan sifat zat kita kepada Allah.
Jual sifat ego, sifat
marah, tinggi diri, dengki, tamak harta dunia, menyesal, putus asa,
dunia, akhirat, dan sebagainya. Kita serah segala-galanya ke atas
kebijaksanaan Allah, Allahlah yang menentukan dan mengaturkan kehidupan
kita. Firman Allah :- 97.Surah Al-Qadr (Verse 4)ُُ Verse 4)تَنَزَّلُ
الْمَلَائِكَةُ وَالرُّوحُ فِيهَا بِإِذْنِ رَبِّهِم مِّن كُلِّ أَمْرٍ
"Pada Malam itu, turun malaikat dan roh padanya, dengan izin Tuhan
mereka, kerana membawa dari tiap-tiap perentah" Roh kita telah
ditugaskan bagi membawa perintah Allah.
Diantara perintah itu
adalah supaya roh membawa segala sifat anggota pancaindera, perangai
yang dilakukan oleh anggota, nama yang dipanggil kepada anggota dan zat
roh itu sendiri, supaya dapat dikembalikan semula hak Allah kepadanya.
Bermulah Lailatul Qadar itu, adalah disaat diri kita dijual dan
diserahkan kembali kepada Allah. Dengan ini jugalah bermulanya sejarah
diri (roh) kita telah dibeli dan terjual kepada Allah.
Iaitu
disaat kita mengenal roh dan mengenal Allah. BILAKAH MASA BERLAKUNYA
LAILATUL QADAR ? Mengikut setengah golongan masyarakat, ada yang
mengatakan bahawa, masa berlakunya malam Lailatul Qadar itu pada malam
27 Ramadhan. Ada pula yang mengatakan pada malam 17 Ramadhan dan ada
pula yang mengatakan 10 malam terakhir Ramadhan. Mengikut pandangan ilmu
makrifat, bila masa, bila tarikh, dimana tempat dan kepada siapa ianya
berlaku, sedikit pun tidak menarik perhatian dan menajadi keutamaannya.
Sesungguhnya Lailatul Qadar itu boleh berlaku pada bila-bila masa, pada
sebarang tempat dan kepada sesiapa sahaja yang dikehendaki Allah swt.
Tidak semestinya pada tanggal-tanggal seperti tersebut.
Apababila
sampai masa dan ketikanya, hati seseorang itu akan dibuka Allah untuk
menerima kesedaran yang luar biasa (Lailatul Qadar), ianya tidak kira
tarikh atau haribulan. Ianya ditentukan bilamana kita mengenal Allah,
tidak kiralah melalui apa cara sekalipun. Masa dan tarikh berlakunya
Lailatul Qadar itu apabila bertukarnya hati seorang yang jahil, kepada
seorang yang berilmu mengenal Allah. Itulah yang dikatakan masa dan
tarikh Lailatul Qadar.
Inilah yang dikatakan hari keberkatan dan
hari yang diperingati ( Lailatul Qadar ). Bagi ahli makrifat tidak ada
hari yang lebih berkat dan lebih diperingati selain dari masa, tarikh,
dan hari mereka dapat mencapai tahap mengenal Allah swt. Inilah yang
dikatakan hari barokah, hari yang diperingati, hari terang benderang
seumpama hari seribu bulan. Itulah hari Lailatul Qadar yang sebenar.
Menurut suluhan dan takrifan makna ilmu makrifat. Malam Lailatul Qadar
itu akan muncul bukan sahaja pada waktu bulan Ramadhan, bukan hanya
tertuju kepada malam 7 likur, atau malam 27 atau malam 17 Ramadhan
sahaja.
Tetapi Lailatul Qadar itu, akan berlaku pada bila-bila masa
yang dikehendaki Allah swt. Tidak kira siang atau malam, tidak kira
bulan atau tahun. Tertakluk kepada Allah Yang Maha Berkuasa kepada
sesiapa yang dikehendakinya. BOLEHKAH PERISTIWA LAILATUL QADAR MERUBAH
HATI SECARA TIBA-TIBA ? Lailatul Qadar boleh berlaku bila-bila masa,
samada semasa menunaikan ibadah sembahyang, sedang mendengar syarahan
guru, sedang berjalan, bertafakur, bermunajat, menadah tangan, bangun
tidur, didalam tidur, ketika sedang menangis, dalam keadaan rasa
penyesalan, semasa berada di dalam kurungan penjara, semasa sedang suka
dan sebagainya.
Ada setengah dari mereka, mencapai Lailatul Qadar
ketika mengikuti usungan jenazah ke kuburan, sewaktu mencari rotan di
dalam hutan belukar yang sunyi, ada yang mencapainya ketika sedang
membaca kitab suci Al-Quran, ada melalui musibah yang menimpa dan ada
melalui berbagai-bagai cara. Terpulang kepada masa, tempat dan siapa
yang dikehendaki Allah swt.
Tidak kurang pula yang mendapat Lailatul
Qadar itu, semasa mengerjakan ibadat puasa, sewaktu bersembahyang
malam, sembahyang hajat dan sewaktu bermunajat di malam hari ketika
orang sedang nyenyak tidur. Tidak menjadi kesalahan mendapat Lailatul
Qadar dengan cara ibadah seumpama diatas, malah digalakkan dalam islam.
Tetapi jangan sampai ianya dijadikan satu kemestian turunnya Lailatul
Qadar. Harus di ingat bahawa pekerjaan ibadah tidak menjanjikan
datangnya Lailatul Qadar.
Perbuatan ibadah itu hanya salah satu
kaedah datangnya Lailatul Qadar. Ibadah adalah kewajipan biasa, bukannya
pekerjaan yang luar biasa walaupun bertahun beribadah di dalam gua
ditengah-tengah hutan belantara sekalipun, jika tidak melalui ilmu
mengenal Allah, tidaklah ia mencapai Lailatul Qadar. Lailatul Qadar itu
hanya akan berlaku apabila hati seseorang mencapai tahap mengenal
Allah. Bilamana sampainya kehendak Allah menganugerahkan Lailatul Qadar
kepada seseorang, dengan hanya mendengar sepotong ayat sahaja sifat
kerohaniannya akan berubah secara tiba-tiba.
Malam Lailatul Qadar
juga lebih dikenali sebagai malam seribu bulan. Seribu bulan itu,
bermaksud terang benderang, seumpama malam yang gelap gelita, telah
diterangi, disuluh dan telah ditemani oleh seribu biji bulan, cuba
bayangkan betapa terangnya bumi ini, apabila ianya diterangi dan disuluh
oleh seribu biji bulan. Begitulah terangnya hati mereka yang mendapat
cahaya Lailatul Qadar Allah. Dengan hanya membaca sepotong ayat dari
ayat-ayat Allah, barokahnya (berkatnya) seumpama hati kita telah
diterangi dan disuluh oleh seribu bulan. Cuba bayangkan nilaian
kematangan akal semasa berumur satu tahun, dibandingkan akal mereka yang
berumar seribu tahun.
Inilah kelebihan dan kematangan akal bagi
yang mendapat malam Lailatul Qadar (malam 1000 bulan). Secara tiba-tiba
boleh mengubah akal yang jahil dalam sekelip mata kepada akal yang
berilmu, mengenal Allah. Begitulah nilai terangnya hati mereka yang
mendapat anugerah Lailatul Qadar. Dari bersifat lalai akan bertukar
kepada yang bersifat ingat kepada Allah. Dari berilmu syari'at, akan
bertukar kepada hati yang beriilmu makrifat.
Bagi mereka yang buta
mata hatinya, walaupun dengan kehadiran seribu bulan dan sejuta bintang
sekalipun, akal dan hati mereka akan tetap berada dalam kegelapan.
Manakala bagi mereka yang mengenal Allah (mendapat anugerah Lailatul
Qadar), walau alam tidak diterangi bulan dan tidak diterangi matahari
sekalipun hati mereka sudah cukup terang oleh cahaya Allah (cahaya
makrifat kepada Allah).
Inilah pengertian Lailatul Qadar mengikut
suluhan makrifat. CERITA: SAIDINA UMAR AL-KHATHAB Pada zaman Rasulullah
saw, ada seorang hamba Allah yang terkenal dengan ganas dan bengisnya,
telah pergi untuk membunuh Baginda Rasulullah. Di dapati adik perempuan
kandungnya dan suaminya sendiri telah memeluk islam secara diam-diam,
bertambah marah dan lebih membakar hatinya untuk membunuh Baginda
Rasulullah.
Beliau telah mendatangi rumah adik perempuannya dengan
tujuan untuk mencari Baginda Rasulullah, bila tiba kerumah adik
perempuannya, didapati adik dan suaminya, sedang membaca sesuatu.
Beliau cuba merampasnya dengan tujuan ingin membuang potongan bacaan
itu, tetapi dihalang oleh adiknya, sehingga beliau terpaksa bersikap
kasar dengan menampar pipi adiknya sehingga terjatuh.
Dengan
terjatuh adiknya tadi, sehingga terlepas cebisan potongan ayat dari
genggamannya. Lalu dirampasnya dan dicubanya untuk membaca. Setelah
membaca, beliau pun menangis, bergenang air mata, bercucuran jatuh
membasahi pipinya. Secara tiba-tiba didatangi suasana yang luar biasa,
dari menangis bertukar baik, dari panas bertukar sejuk dan dari jahil
bertukar alim.
Dalam masa sesaat, suasana telah berubah dan
mengubah hatinya yang gelap itu, seumpama diterangi oleh seribu bulan.
Dengan hanya sepotong ayat sahaja, telah membuka hatinya secara
mendadak, daripada hatinya bersifat panas, kini kembali bertukar menjadi
sejuk. Ayat itu telah meresap ke dalam lubuk dada yang membuatkan
hatinya berubsh secara tiba-tiba.
Lalu beliau bertanya "Dimana
Muhammad sekarang?" bawa aku kepadanya! "Aku akan masuk Islam" Itulah
kidah Saidina Umar Al-Khathab. Saidina Umar merasa hatinya telah
dipukul oleh ayat berkenaan. Inilah hakikat Lailatul Qadar, yang
membawa perubahan mendadak, kenikmatan dan keberkatan secara tiba-tiba
bagi menggambarkan dan menunjukkan maksud Lailatul Qadar yang sebenar.
Dengan hanya sekelip mata, beliau sudah dapat merasai dan menikmati
keberkatan Lailatul Qadar, sudah dapat mengubah sifat kerohaniannya.
Inilah yang dikatakan hari Lailatul Qadar, iaitu hari yang diperingati.
Hari yang indah dan saat-saat yang paling bersejarah yang paling
diingati dalam kehidupan seseorang insan menuju Allah.
Selepas
seseorang insan yang mendapat hidayah malam seribu bulan, perubahan
iktikadnya dan perubahan pegangan ilmunya terhadap Allah Taala tidak
akan terluput lagi. Bagi yang mendapat ilmu itu, tidak akan terlepas
lagi buat selama-lamanya. Tidak akan terjual lagi buat kali keduanya.
Sekali diri kita mengenal Allah, kita tidak akan kembali lagi kepada
sifat jahil.
Apabila diri kita tidak lagi bersifat jahil,
disitulah wajah Allah akan dapat kita pandang dan lihat pada segenap
penjuru alam. Sekali kita memperolehinya, tidak akan menoleh kebelakang
lagi, akan digenggam ilmu itu erat-erat, biar nyawa dipisahkan dari
jasad, namun terlepas atau dilepaskan tidak sekali-kali. Inilah kuat
dan teguhnya hati mereka-mereka yang mendapat keberkatan Lailatul Qadar
(Ilmu mengenal Allah). Ingatannya kepada Allah, seumpama akan hidup
untuk selama-lamanya, yang tidak akan menemui jalan mati sesudahnya.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar