Laman

Selasa, 02 November 2021

KENAL SAMPAI TIDAK LUPA*


Orang yg telah kenal ALLAH SWT pada peringkat ini akan melihat ALLAH pada sekalian yg dipandangnya. Melihat ALLAH bukan bererti melihat Zat ALLAH tetapi melihat kehadiran ALLAH pada setiap kejadian di alam ini. ALLAH sentiasa berada bersamanya dan tidak akan terluput dari ingatan walau sesaat.
 
Apabila melihat ke langit, dilihatnya ALLAH pada kejadian bulan, matahari, bintang, planet dan segala cakrawala. Dilihatnya ALLAH pada kejadian hujan, awan, angin dan segala kejadian di antara langit dan bumi.
 
Apabila melihat ke bumi, dilihatnya ALLAH pada setiap kejadian gunung-ganang, sungai, lautan, hutan, pepohonan, manusia, haiwan yg melatah dan yg terbang dan segala macam kehidupan yg nyata dan yg terselindung. Semua kejadian di bumi mengingatkan kepada kewujudan ALLAH semata-mata dan tidak kepada kewujudan yg lain.
 
Dan apabila melihat akan Dirinya sendiri, Dilihatnya ALLAH pada setiap luas anggota tubuhnya yg Zahir dan yg Batin. Mengenal diri sendiri akan kenal lah kepada yg menciptakan Diri ALLAH. Orang yg telah kenal ALLAH ke peringkat ini tidak lupa ALLAH akan lupa Dirinya sendiri kerana apa yg dia lihat dan yg di ingat adalah ALLAH semata-mata. Adakala orang yg berada di peringkat ini akan kelihatan seperti kurang siuman kerana baginya hanya kewujudan ALLAH sahaja yg Hakiki dan bukan kewujudan yg lain.
 
Inilah peringkat tertinggi Mengenal ALLAH SWT dan tidak semua orang yg akan dapat Mencapainya.
"Matikan Diri sebelum mati"
Korbankan "AKU" Nyatalah "DIA"
Korbankan "Ilmu Aku" Nyatalah ILMU DIA
Korbankan "qudrat Aku" Nyatalah QUDRAT DIA
Korbankan "kehendak Aku" Nyatalah KEHENDAK DIA
Korbankan "Milik Aku" Nyatalah MILIK DIA
Bila Nyata DIA pada segala.
Terlontarlah Batu-batu
 
Mazmumah (Sifat tercela) ke jamrah (kawah)
Hilanglah Aku Sombong
Hilanglah Taklid dan Taksub Buta
Hilanglah Tamah dan Cinta Dunia
Hilanglah Dengki dan Dendam
Hilanglah Takut Kematian
Bila Nyata DIA pada segala.
 
Semuanya Damai Walaupun berbeza
Semuanya Indah Dalam Rahmatnya
Kerana DIA Ar Rahman dan Ar Rahim
 
*Tiada yg wujud melainkan ALLAH SWT
(Inilah peringkat tertinggi Ilmu Tauhid yaitu dapat mengESAkan ALLAH)

 

Tidak ada komentar:

Posting Komentar