Tuhan berfirman maksudnya: “Sesungguhnya Kami telah berwasiat
(memerintahkan) kepada orang-orang yang diberi kitab sebelum kamu dan
juga kepada kamu, bertaqwalah kepada Allah.”
(An Nisa: 131)
Taqwa juga adalah wasiat Rasulullah sollallahu 'alaihi wasallaam kepada umatnya. Baginda bersabda:
Maksudnya: “Aku berwasiat kepada Engkau semua supaya bertaqwa kepada
Allah, serta dengar dan patuh kepada pemimpin walaupun dia seorang hamba
Habsyi. Sesungguhnya sesiapa yang hidup selepas aku kelak, dia akan
melihat pelbagai perselisihan. Maka hendaklah kamu berpegang kepada
sunnahku dan sunnah para khalifah yang mendapat petunjuk selepasku.”
(Riwayat Ahmad, Abu Daud, Tirmizi dan Majah)
Sabda Baginda lagi:
Maksudnya: “Hendaklah kamu bertaqwa di mana sahaja kamu berada. Ikutilah
setiap kejahatan (yang kamu lakukan) dengan kebaikan, moga-moga
kebaikan itu akan menghapuskan kejahatan. Bergaullah dengan manusia
dengan akhlak yang baik.” (Riwayat At-Tirmizi dan Ahmad)
Sabda Baginda:
Maksudnya: “Bertaqwalah terhadap perkara-perkara yang diharamkan,
nescaya kamu akan menjadi manusia yang paling kuat ibadah; redhakanlah
dengan apa yang diberi oleh Allah kepadamu, nescaya kamu akan menjadi
manusia yang paling kaya; buatlah kebaikan kepada jiran kamu, nescaya
kamu akan dapat keamanan, kasihilah manusia sebagaimana kamu mengasihi
diri kamu sendiri, nescaya kamu akan selamat; jangan banyakkan ketawa
kerana memperbanyakkan ketawa itu mematikan hati-hati.” (Riwayat At
Tirmizi, Ibnu Majah dan Ahmad)
Sabda Baginda lagi:
Maksudnya: “Bertaqwalah kamu kepada Allah, tunaikanlah sembahyang lima
waktu, berpuasalah pada bulan Ramadhan, keluarkanlah zakat harta kamu,
patuhi orang yang menjaga hal ehwal kamu, nescaya kamu akan masuk Syurga
Tuhan kamu.” (Riwayat At Tirmizi, Ahmad dan Hakim)
Taqwa adalah wasiat para salafussoleh. Sayidina Abu Bakar As Siddiq radhiAllahu 'anhu pernah berkhutbah:
“… maka sesungguhnya aku berpesan kepada kamu semua supaya bertaqwa
kepada Allah, supaya kamu sentiasa memuji Allah dengan pujian yang patut
kamu memujiNya dan kamu campurkan harap dan cemas serta kamu gabungkan
bersungguh-sungguh meminta dengan permohonan.”
Sayidina Umar Al-Khattab radhiAllahu 'anhu pernah menulis surat kepada anaknya Abdullah yang berbunyi:
“Amma ba’du, sesungguhnya aku berpesan kepada engkau supaya kamu
bertaqwa kepada Allah. Sesungguhnya siapa yang bertaqwa kepada-Nya,
nescaya Dia akan memeliharanya. Sesiapa yang memberi pinjaman kepada
Allah (menafkahkan hartanya), nescaya Dia akan membalasnya. Sesiapa yang
mensyukuri nikmat-Nya, nescaya Dia akan menambahkannya lagi. Jadikanlah
taqwa tertegak di kedua matamu dan memenangi hatimu.”
Umar bin Abdul Aziz radhiAllahu 'anhu pernah menulis sepucuk surat kepada seorang lelaki. Surat itu berbunyi:
“Aku berwasiat kepadamu supaya bertaqwa kepada Allah Azza wa Jalla yang
mana Dia tidak akan menerima selainnya (taqwa) dan Dia tidak menurunkan
rahmat melainkan kepada orang yang bertaqwa dan Dia tidak akan memberi
pahala melainkan ke atas taqwa.”
Begitu juga, taqwa adalah wasiat sekalian para rasul 'alaihi salaam seperti yang diceritakan dalam Al Quranul Karim:
Maksudnya: “Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu menyeru Musa (dengan
firman-Nya). Datangilah kaum yang zalim itu (iaitu) kaum Firaun: Mengapa
mereka tidak bertaqwa?” (As Syu’ara: 10-11)
Maksudnya: “Kaum Nabi Nuh telah mendustakan para Rasul. Ketika saudara
mereka, Nuh berkata kepada mereka: Mengapa kamu tidak bertaqwa?” (As
Syu’ara: 105-106)
Maksudnya: “Kaum Aad telah mendustakan para rasul. Ketika saudara
mereka, Hud berkata kepada mereka: Mengapa kamu tidak bertaqwa?” (As
Syu’ara: 123-124)
Maksudnya: “Kaum Tsamud telah mendustakan para rasul. Ketika saudara
mereka, Saleh berkata kepada mereka: Mengapa kamu tidak bertaqwa?” (As
Syu’ara: 141-142)
Maksudnya: “Kaum Lut telah mendustakan para rasul. Ketika saudara
mereka, Lut berkata kepada mereka: Mengapa kamu tidak bertaqwa?” (As
Syu’ara: 160-161)
Maksudnya: “Penduduk Aikah telah mendustakan para rasul. Ketika Syuaib
berkata kepada mereka: Mengapa kamu tidak bertaqwa?” (As Syu’ara:
176-177)
Demikianlah pentingnya taqwa dalam kehidupan manusia. Para rasul
diutuskan untuk menyampaikannya kepada umat manusia di dunia ini. Orang
yang tidak bertaqwa dikatakan zalim dan mendustakan para rasul. Ia
menjadi sebab kaum Nabi Nuh, kaum Aad, kaum Tsamud dan kaum Nabi Lut
dihancurkan dan dimusnahkan oleh Allah subhana hu wa ta'ala.
Pertolongan Allah s.w.t Buat Orang-Orang Yang Bertaqwa
1. Allah berserta dengan orang yang bertaqwa. Dia selalu menolong dan
menjaga orang-orang yang bertaqwa. (surah Al-Baqarah 2: 194 )
2. Dijauhkan dari api neraka. (surah al-Zumar: 61)
3. Allah akan beri furqon (petunjuk yang dapat membezakan antara yg hak
dan yang batil): pertolongan ketika berlaku musibah, kesulitan dan
menghapuskan segala kesalahan serta mengampuni dosa-dosa org yang
bertaqwa tersebut. Janji-Nya ini termaktub dalam al-Quran yg bermaksud;
“Hai orang-orang yang beriman, jika kamu bertaqwa kepada Allah, nescaya
Dia akan memberikan kepadamu ‘furqon’ dan menghapuskan segala
kesalahan-kesalahan dan diampuni (dosa-dosa)mu. Dan Allah mempunyai
kurnia yg besar.” (surah al-Anfal: 29)
4. Allah beri jalan keluar bagi kesulitan yang dihadapi oleh orang-orang
yang bertaqwa, memberi rezeki yang tiada diduga dan pahala yg besar.
“Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar.” (surah ath-Thalaaq: 2)
“…dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya.” (suruh ath-Thalaaq: 3)
“..Dan barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya Allah menjadikan
baginya kemudahan dalam urusannya.” (surah ath-Thalaaq: 4)
“…dan barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya Dia akan
menghapuskan kesalahan-kesalahannya dan akan melipatgandakan pahala
baginya.” (surah ath-Thalaaq: 5)
5. Orang yang bertaqwa akan dapat kemulian di dunia mahupun akhirat. (surah al-Hujurat 49: 13)
Ahlan Wa Sahlan Marhaban
Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan
Ahlan Wa Sahlan Marhaban
Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan
Ramadhan menjelma lagi
Menghimpun rahmat dan maghfirah
Bertambah keberkatannya
Dengan amal ibadah
Diri tunduk keinsafan dan rasa berdosa
Bulan kemuliaan yang dikurniakan ini
Usah biarkan barokahnya
Berlalu sia-sia saja
Ia hadir bagai air bah
Membasuh daki dunia
Sambutlah Ramadhan dengan jiwa terbuka
Seperti ketibaan orang yang kita cinta
Dengan ucapan
Ahlan Wa Sahlan Marhaban Ya Ramadhan
Hati gembira pintu terbuka
Rahmat Allah Yang maha Besar
Kita beroleh mutiara hikmah Al-Qur`an
Lantas di belenggu nafsu dan syaitan
Didatangkan pula Lailatul Qadar
Pengorbanan yang dibuat balasannya syurg
Tidak ada komentar:
Posting Komentar