Allah berfirman: “Sesiapa yang buta di dunia buta juga di akhirat”. (Surah Bani Israil, ayat 72).
Bukan buta mata yang di kepala tetapi buta mata yang di hati yang menghalang seseorang daripada melihat cahaya hari akhirat. Firman Allah: “Bukan matanya yang buta tetapi hatinya yang di dalam dada”. (Surah Hajj, ayat 46).
Hati menjadi buta
disebabkan oleh kelalaian, yang membuat seseorang lupa kepada Allah dan
lupa kepada kewajipan mereka, tujuan mereka, ikrar mereka dengan Allah,
ketika mereka masih berada di dalam dunia. Sebab utama kelalaian adalah
kejahilan terhadap hakikat (kebenaran) undang-undang dan peraturan
Allah. Apa yang menyebabkan seseorang itu berterusan di dalam kejahilan
ialah kegelapan yang menyeluruh menutupi seseorang dari luar dan
sepenuhnya menguasai batinnya. Sebahagian daripada nilai-nilai itu yang
mendatangkan kegelapan ialah sifat-sifat angkuh, sombong, megah, dengki,
bakhil, dendam, bohong, mengumpat, fitnah dan lain-lain sifat keji.
Sifat-sifat yang keji itulah yang merendahkan ciptaan Allah yang sangat
baik sehingga jatuh kepada tahap yang paling rendah.
Untuk membebaskan seseorang daripada kejahatan itu dia perlu menyucikan dan menyinarkan cermin hatinya. Penyucian ini dilakukan dengan mendapatkan pengetahuan, dengan beramal menurut pengetahuan itu, dengan usaha dan keberanian, melawan ego diri, menghapuskan yang banyak pada diri, mencapai keesaan. Perjuangan ini berterusan sehingga hati menjadi hidup dengan cahaya keesaan – dan dengan cahaya keesaan itu mata bagi hati yang suci akan melihat hakikat sifat-sifat Allah di sekeliling dan pada dirinya.
Hanya selepas itu baharu kamu ingat akan kediaman kamu yang sebenar yang dari Allah kamu datang. Kemudian kamu akan ada rasa kerinduan dan keinginan untuk kembali kepada rumah kediaman yang sebenar, dengan pertolongan Yang Maha Mengasihani roh suci pada diri kamu akan menyatu dengan Allah Swt.

Tidak ada komentar:
Posting Komentar