Kunci makrifat
Apakah
yang dikatakan kunci makrifat itu, pada umumnya sudah tentu kuncinya
banyak dan bergantung kepada tahap kerohanian mereka itu..
Salah satu daripadanya ialah ….
kecepatan mereka mengalihkan fokus perhatian mereka daripada makhluk
kepada Allah…banyak mereka yang lupakan Allah dalam kehidupan
seharian…apa yang mereka lihat hanyalah yang zahir sahaja… pandangan
mereka tidak tembus kepada senario di belakang apa yang kelihatan…
mereka yang begini sudah tentu tidak mempunyai makrifat..
Bagi yang mempunyai makrifat sudah tentu, telah menikmati banyak nikmat
yang dianugerahkan oleh Yang Maha Pemberi, ..sudah tentu kenikmatan itu
tidak terkirakan…bagaimanapun bagi memudahkan citra… secara umumnya ada
tiga tanda-tanda yang dapat diperhatikan.. dan sudah pasti .. nanti
yang diperolehi daripada yang tiga itu …lebih lagi…..
Pertama: anggota jasad mereka
yang bermakrifat tenang… maksudnya tidak sakit….Kedua: kehidupan mereka
aman.. iaitu tidak mengalaman stress dan angin ‘taufan’..dan yang
Ketiga: kemenangan rohani dalam kehidupan mereka.. contohnya, syaitan
dan jin tidak mengganggu mereka..
Mereka yang bermakrifat adalah mereka yang melihat Allah dengan mata hati, iaitu merasakan Dzahir nya Allah…
Mereka yang merasakan wujud Allah, …mereka itu berkekalan lebur dan tenggelam dalam merasakan NYA.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar