Percaya diri atau percaya Allah
Banyak
pakar motivasi… yang mahukan khalayaknya percayakan diri sendiri.
…kata mereka percayakan diri itu penting untuk mencapai kejayaan di
dunia yang penuh mencabar ini. … tetapi benarkah mereka yang percayakan
diri itu akan mencapai kejayaan. .. kerana sering juga kita lihat mereka
yang percayakan diri tetapi … akhirnya kecundang mengharungi hidup di
dunia ini.
Bagaimanakah diri yang kosong ini… yang tiada hakikatnya
bolih dipercayai… bagaimana mempercayai mereka yang tidak ada… tidak
mungkin dengan cara yang demikian mereka akan berjaya…mustahil…
Sudah pasti yang paling nyata… yang paling ADA … adalah Dzat
Yang Mesti Wujud (Allah), … jikalau kita percaya kepada yang INI…
sudah pasti kita akan berjaya kerena DIA pasti dapat melaksanakan
sesuatu, … kerana IA memang ADA… yang ADA pasti dapat menghasilkan
sesuatu… berbanding yang tidak ada… yang kosong… yang kosong mustahil
dapat berbuat sesuatu..
Apabila kita makan,.., yakinlah bukan mekanan itu yang
mengenyangkan.. tetapi Allah, ..apabila kita bekerja… yakinlah Allah lah
yang menyempurnakan … kerja kita itu,… apabila kita meminta kepada NYA
,… yakinlah DIA akan memberikan apa yang kita minta itu…
Latihlah diri begini selalu…agar ia menjadi kebiasaan,…bahawa kita hanya yakin kepada Allah, …bukan yang lainnya…
MasyaAllah.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar