Puncak tertinggi
Puncak tertinggi adalah mengenal Allah…
Allah itu ADA. Untuk mencari yang ADA, seseorang salik itu perlu
mati… “mati sebelum mati”… (jangan bunuh diri pula) … dengan itu
tidaklah ia asyik dengan angan-angan kosong dan khayalan sahaja.
Salik dan dunia ini …hanya wujud
dalam fikiran…. bagaimana pun ia tiada hakikatnya… kedua-suanya
semata-mata …KOSONG. Sesuatu yang kosong tidak dapat menyampaikan
kepada yang ADA.
Oleh itu… mencari yang ADA … daripada sesuatu yang tidak
ada.. adalah sesuatu yang sia-sia… kerana yang tidak ada.. tidak
berupaya menzahirkan yang ADA.
Sebaliknya …Yang ADA lah yang mewujudkan segala sesuatu “yang tidak ada”… KOSONG.. kepada yang ADA.
Dzat yang ghaib lagi ghaib itu… selama-lamanya tidak akan ada
kenyataannya…. tetapi ada penzairan sifat-sifatnya.. terutamanya kepada
salik yang mukmin.. salik yang mengenal NYA. Si salik hanya menjadi
pernyataan … tajali… Dzat yang ghaibul ghaib.
Daripada AHDAH.. timbul pula …WAHDAH.. iaitu kenyataan
kesempurnaan Sifat NYA.. inilah pintu untuk mengenal yang ADA…. yang
tiada …KOSONG… tidak mungkin boleh bertukar menjadi Yang ADA…
DIA lah yang ADA, DIA lah Yang Zahir…Yang Batin…Yang Awal.. dan Yang Akhir…
Oleh yang demikian wujud NYA lebih terang dan nyata daripada wujud-wujud yang lain..
DIA lah Yang Melihat dan Yang Di Lihat..
Wujud kamu…. hanya tidak ada…. KOSONG….semata-mata.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar