Jibril & 12.000 Malaikat menemui Rasulullah di Bukit Qubais
Pada zaman jahiliah di antara beberapa orang raja ada seorang raja yang
bernama raja Habib lbnu Malik di kota Syam. Orang-orang arab
menggelarnya “Raihanah Quraisyin.”
Ketika Raja Habib bersama
angkatan tenteranya seramai 12,000 orang singgah di Abthah, yaitu suatu
tempat dekat kota Makkah maka datanglah Abu Jahal beserta pengikut
pengikutnya memberikan berbagai-bagai hadiah kepada raja Habib.
Setelah itu Abu Jahal dipersilakan duduk di sebelah kanan raja Habib.
Berkata raja Habib: “Wahai Abu Jahal katakan kepadaku tentang Muhammad.”
Berkata Abu Jahal: “Tuan, silalah tuan tanya tentang Muhammad itu dari Bani Hasyim.”
Raja Habib pun bertanya kepada Bani Hasyim: “Wahai Bani Hasyim, katakan pada beta tentang Muhammad itu.”
Berkata Bani Hasyim: “Sebenarnya kami telah mengenal Muhammad itu sejak
dia kecil lagi, orangnya sungguh amanah dan setiap katanya benar; dia
tidak akan berkata selain dari yang benar. Apabila umur Muhammad
meningkat pada 40 tahun dia telah mencela Tuhan kita dan dia membawa
agama baru yang bukan datangnya dari nenek moyang kita.”
Raja Habib
mendengar penjelasan dari Bani Hasyim maka dia pun berkata: “Bawa
Muhammad mengadap dengan cara baik, kalau Muhammad menolak maka gunakan
kekerasan.
Setelah itu mereka pun mengutus salah seorang untuk
menjemput Muhammad SAW. Setelah Rasulullah SAW menerima pesanan raja,
baginda pun bersiap-siap untuk pergi, sementara itu Abu Bakar ra dan
Siti Khadijah menangis kerana takut baginda dizalimi oleh raja tersebut.
Rasulullah SAW berkata: “Janganlah kamu berdua menangis, serahkanlah urusanku ini kepada Allah SWT.”
Kemudian Abu Bakar ra pun mengaturkan pakaian untuk RasuIulIah SAW yang
terdiri dari baju berwarna merah dan serban berwarna hitam.
Setelah
Rasulullah SAW mengenakan pakaian tersebut maka baginda bersama Abu
Bakar ra dan Khadijah ra pun pergi menghadap raja Habib. Setelah sampai
di hadapan raja, Abu Bakar ra berdiri di sebelah kanan Rasulullah SAW
sementara Siti Khadijah berdiri di belakang Rasulullah SAW.
Apabila
raja Habib melihat baginda Rasulullah SAW berdiri dihadapannya maka raja
Habib pun bangun memberi hormat mempersilakan Rasulullah SAW duduk di
sebuah kursi yang dibuat dari emas. Sementara itu Siti Khadijah yang
merasa cemas berdoa kepada Allah SWT: “Ya Allah, tolonglah Muhammad dan
mudahkanlah dia menjawab semua pertanyaan.”
Sewaktu baginda duduk di
hadapan raja Habib maka keluarlah cahaya memancar dari wajah baginda
dan baginda duduk dengan tenang tanpa rasa takut.
Raja Habib memulai
pertanyaan: ‘Wahai Muhammad, kamu pun tahu bahawa setiap Nabi itu ada
mukjizatnya, jadi apakah mukjizat kamu itu?”
Bersabda Rasulullah SAW: “Katakan apakah yang kamu kehendaki?”
Berkata raja Habib: Aku mau matahari itu terbenam dan bulan pula
hendaklah turun ke bumi dan kemudiannya bulan hendaklah terbelah menjadi
dua, kemudian masuk di bawah baju kamu dan separuh keluar melalui
lengan baju kamu yang kanan dan sebelah lagi hendaklah keluar melalui
lengan baju kamu yang kiri. Setelah itu bulan itu hendaklah berkumpul
menjadi satu di atas kepala kamu dan bersaksi atasmu, kemudian bulan itu
hendaklah kembali ke langit dan mengeluarkan cahaya yang hersinar dan
hendaklah bulan itu tenggelam. Sesudah itu hendaklah matahari yang
tenggelam muncul kembali dan berjalan ke tempatnya seperti mulanya.”
Setelah mendengar begitu banyak yang raja Habib kehendaki, maka baginda Rasulullah SAW pun bersabda:
Apakah kamu akan beriman kepadaku setelah aku melakukan segala apa yang kamu kehendaki?”
Berkata raja Habib: “Ya, aku akan beriman kepadamu setelah kamu dapat menyatakan segala isi hatiku.”
Abu Jahal yang sedang menyaksikan percakapan itu segera melompat ke
depan sambil berkata: “Wahai tuanku, tuanku telah mengatakan yang cukup
baik dan tepat.”
Rasulullah SAW pun keluar lalu pergi mendaki gunung
Abi Qubais, kemudian baginda mengerjakan solat dua rakaat lalu berdoa
kepada Allah SWT. Setelah berdoa maka turunlah malaikat Jibril as
bersama dengan 12,000 malaikat dengan memegang panah di tangan mereka.
Malaikat Jibril as berkata: “Assalamu alaika yaa Rasulullah, sesungguhnya Allah telah bersalam kepadamu dan berfirman:
“Wahai kekasihku, janganlah kamu takut dan bersusah hati. Aku akan
sentiasa bersamamu di mana sahaja engkau berada dan telah tetap dalam
pengetahuanKu dan berjalan di dalam qada kepastianKu di zaman azali
apa-apa yang diminta oleh raja Habib bin Malik pada hari ini; pergilah
kamu kepada mereka dan berikan hujjahmu dengan tepat dan jelaskan
keadaanmu dan keutusanmu. Ketahuilah sesungguhnya Allah SWT telah
menundukkan matahari, bulan, malam dan siang. Sesungguhnya raja Habib
itu mempunyai seorang puteri yang tidak mempunyai kedua tangan, kedua
kaki dan tidak mempunyai kedua mata. Dan katakan kepadanya bahawa Allah
SWT telah mengembalikan kedua tangannya, kedua kakinya dan kedua
matanya.”
Setelah itu Rasulullah SAW pun turun dari gunung Abi
Qubais dengan rasa tenang dan rasa gembira. Malaikat Jibril as di
angkasa dan para malaikat berbaris lurus dan Rasulullah SAW berdiri di
maqam Ibrahim. Dan adalah saat itu matahari terbenam.
Matahari mulai
seakan-akan berlari cepat, ertinya matahari cepat-cepat terbenam dan
menjadi gelap gelita. Kemudian bulan terbit dengan terangnya, setelah
bulan naik meninggi baginda Rasulullah SAW memberikan isyarat dengan dua
jari-jarinya kepada bulan itu, dan bulan seakan-akan berlari turun ke
bumi dan berdiri di hadapan baginda Rasulullah SAW. Kemudian bulan itu
bergerak-gerak seperti awan lalu bulan itu terbelah menjadi 2 dan bulan
itu masuk di bawah baju Rasulullah SAW separuhnya keluar melalui lengan
sebelah kanan baju baginda sementara yang sebelah lagi keluar melalui
lengan sebelah kiri baju baginda. Kemudian bulan kembali bersatu
mengeluarkan cahaya dengan terang lalu berdiri di atas kepala Rasulullah
SAW dengan berkata: “Saya bersaksi bahawa sesungguhnya tidak ada Tuhan
melainkan Allah dan saya bersaksi bahawa Muhammad itu hamba Allah dan
RasulNya sesungguhnya berbahagialah orang-orang yang membenarkan engkau
Muhammad dan rugilah orang-orang yang menyalahi engkau.”
Setelah
bulan berkata demikian maka bulan pun kembali ke langit menjadi terang
dan menghilangkan dirinya. Setelah bulan menghilangkan dirinya maka
matahari pun timbul kembali. Oleh kerana raja Habib telah mengatakan
bahawa Rasulullah SAW mesti memberitahu rasa hatinya maka diapun
berkata: ‘Wahai Muhammad, kamu masih ada satu syarat lagi.”
Belum
sempat Habib hendak berkata maka baginda Rasululah SAW bersabda:
“Sesungguhnya kamu mempunyai seorang puteri yang tidak mempunyai dua
tangan, tidak mempunyai dua kaki dan dia juga tidak mempunyai dua mata
dan sesungguhnya ketahuilah olehmu Allah SWT telah mengembalikan kedua
tangan, kedua kaki dan kedua matanya.”
Begitu raja Habib mendengar
dan meihat segala galanya maka dia pun berkata: “Wahai ahli Makkah,
tidak ada kufur sesudah iman dan tidak ada keraguan sesudah yakin, oleh
itu ketahuilah oleh kamu sekelian bahawa sesungguhnya aku bersaksi,
Tidak ada Tuhan melainkan Allah yang satu dan tidak ada sekutu bagiNya,
dan saya bersaksi bahawa sesungguhnya Muhammad itu hambaNya dan
utusan-Nya.”
Raja Habib dan semua bala tenteranya masuk Islam.
Kemarahan Abu Jahal meluap-luap dan dia berkata: “Wahai tuan raja,
apakah tuan percaya kepada ahli syihir ini sehingga syihir itu telah
mempersonakan tuan.”
Raja Habib tidak menghiraukan kata-kata Abu
Jahal, sebaliknya raja Habib kembali ke negerinya Syam. Apabila raja
Habib masuk ke dalam istananya dia disambut oleh anak perempuanya dengan
mengucap: “Asyhadu alla ilaaha illallah wa asyhadu anna Muhammadan
‘abduhu wa Rasuuluhu” (Saya bersaksi bahawa sesungguhnya tidak ada Tuhan
melainkan AlIah dan saya bersaksi bahawa Muhammad itu adalah pesuruhNya
dan utusanNya).
Raja Habib tercengang dengan kalimah yang diucapkan
oleh anaknya maka dia pun berkata: “Wahai anakku, siapakah yang
mengajarkan kepada kamu kalimah ini?”
Berkata anak raja Habib:
“Sebenarnya sewaktu saya tidur, telah datang seorang lelaki lalu berkata
kepada saya: “Sesunguhnya ayah kamu telah masuk Islam, kalau kamu mau
masuk Islam maka aku kembalikan segala anggota kamu dengan baik.”
Setelah itu saya pun tidur dan pagi ini diri saya tidak ada yang
kurang seperti yang ayah lihat sekarang”
Kemudian raja Habib bersyukur sujud kepada Allah SWT agar nikmat iman
dan bertambahlah keyakinan. Setelah itu raja Habib mengumpulkan emas,
perak dan kain lalu dinaikkan atas lima ekor unta berserta dengan
beberapa orang hamba
dikirimkan kepada Rasulullah SAW.
Ketika
rombongan yang membawa segala hadiah dari raja Habib itu sampai dekat
kota Makkah, tiba-tiba muncul Abu Jahal bersama konco-konconya lalu
berkata: “Kamu semua milik siapa?”
Berkata rombongan itu: “Kami semua ini milik raja Habib bin Ibnu Malik dan kami hendak pergi pada Rasullulah SAW.”
Ketika Abu Jahal mendengar jawapan dari rombongan itu maka dia coba
merampas semua barang-barang yang dibawa oleh rombongan itu, oleh kerana
rombongan itu enggan menyerahkan barang-barang tersebut maka berlakulah
kegaduhan antara kedua belah pihak. Apabila berlaku peperangan diantara
kedua belah pihak maka berkumpullah penduduk kota Makkah dan datang
bersama mereka Rasulullah SAW.
Melihat akan kedatangan orang ramai
maka berkata rombongan diraja itu: “Kesemua barang yang kami bawa ini
adalah milik raja Habib, dan raja Habib berhajat untuk rnenghadiahkan
kesemua barang ini kepada Rasulullah SAW.”
Abu Jahal berkata: “Raja Habib menghadiahkan kesemua harang ini kepada saya.”
Lalu Rasulullah SAW bersabda: “Wahai penduduk Makkah, adakah kamu semua suka kalau aku mengatakan sesuatu?”
Berkata penduduk Makkah: “Ya, kami setuju.”
Bersabda Rasulullah SAW: “Kita hendaklah memutuskan percakapan unta ini, untuk siapakah sebenarnya harta ini.
Berkata Abu Jahal: “Kita tentukan perkara ini esok pagi.”
Setelah mendapat persetujuan dari Rasulullah SAW untuk ditunda pada
esok hari maka Abu Jahal pun balik dan terus pergi kepada
berhala-berhala yang disembahnya, dia pun memberi beberapa korban kepada
berhala-berhala mereka dan memohon pertolongan pada berhala mereka
sehingga pagi.
Apabila waktu yang dijanji telah tiba maka ramailah
penduduk kota Makkah datang untuk melihat keputusan pengadilan.
Rasulullah SAW datang bersama bapa saudara baginda danAbu Jahal bersama
konco-konconya. Begitu Abu Jahal sampai maka dia pun terus mengelilingi
unta itu dengan berkata: “Berkatalah unta-unta semua atas nama Lata,
Uzza dan Manata.” Setelah Abu Jahal berkata demikian sekian lama
sehingga matahari telah tinggi, namum unta-unta itu tidak berkata
apa-apa.
Maka berkata penduduk kota Makkah: ‘Wahai Abu Jahal,
cukuplah apa yang kamu buat itu, sekarang giliran Muhamad pula untuk
melakukannya.”
Rasulullah SAW pun menghampiri unta-unta tersebut
dengan berkata: ‘Wahai unta makhluk Allah, demi ciptaan Allah berkatalah
kamu dengan kekuasaan Allah.”
Setelah Rasulullah SAW berkata
demikian maka bangunlah salah satu dari lima ekor unta lalu berkata:
“Wahai ahli kota Makkah, kami semua ini adalah hadiah raja Habib bin
Ibnu Malik untuk dipersembahkan kepada Rasulullah SAW.”
Begitu unta
itu berkata demikian maka RasulullahSAW pun menarik unta-unta tersebut
berserta dengan barang-barang yang dibawanya ke gunung Qubais, kemudian
Rasulullah SAW mengeluarkan semua emas dan perak yang
ada di atas
unta lalu dikumpulkan sehingga menjadi bukit lalu berkata: “Wahai emas
dan perak, hendaklah kamu semua menjadi pasir.”
Kemudian dengan sekejap sahaja kesemua emas dan perak itu menjadi bukit sehingga sekarang.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar