Mengenai martabat pengwujudan diri rahsia Allah S.W.T atau di kenali juga Martabat Tujuh, itu terbahagi ia kepada 7 Alam;
Ke tujuh-tujuh martabat atau alam ini terkandung ia di dalam surah -Al Ikhlas..
Qulhuwallahu Ahad - Ahdah
Allahushomad - Wahdah
Lamyalidd - Wahidiah
Walamyuladd - Alam Roh
Walamyakullahu - Alam Mithal
Kuffuan - Alam Ijsam
Ahad - Alam Insan
Seperti FirmanNya lagi dalam Al- Quran:
“Setelah diketahui demikian maka tidaklah patut disamakan Allah Tuhan
yang berkuasa mengawas tiap-tiap diri dan mengetahui akan apa yang telah
diusahakan oleh diri-diri itu, (dengan makhluk yang tidak bersifat
demikian). Dalam pada itu, mereka yang kafir telah menjadikan beberapa
makhluk sebagai sekutu bagi Allah.”
Maka kita yang beriman pada
Allah dan Rasullullah serta Hari Kiamat, percaya bahawasanya Alam- Alam
yang ada ini dengan nama Dunia, Buana, Maya Pada, adalah dijadikan Allah
Maha Esa. Demikian juga penghuni tiap- tiap Alam itu, serta apa jua
pada tiap- tiap Alam itu. Kewajipan kita sebagai seorang Muslim
sekurang- kurangnya mengetahui tujuh Alam.
1. ALAM LAHUT (LATAIN/AHADIAH)
Adapun Alam Lahut itu adalah mertabat Latain ertinya tidak ada
kenyataan, maka dinamakan Alam Lahut itu ialah Isma’ Zat, ertinya Isma’
Zat Allah Taala Zat yang belum bernama Allah, hanya dengan bernama Zat
Ahadiah
Di dalam mertabat Alam Lahut, Isma’ Zat yang Maha Suci itu adalah tujuh Isma’nya iaitu:-
1.HU ertinya Zat Tuhan yang Esa semata- mata
2. GHAIBUL GHUYUB ertinya, tidak ada berpihak dan tiada bertempat,
tiada Ia diatas, di bawah, di kiri, di kanan, di hadapan dan di
belakang.
3. AHADIAH ertinya daripada pihak yang tidak sampai kepada
penhenalan para- para Nabi, apa lagi yang lain daripada Nabi- nabi,
yang mengetahui hanya dia.
4. GHAIBUL HAWIAH ertinya, daripada pihak Ia tiada berzat, berisma’ dan berakal seperti manusia.
5. UJUDUL MUTLAK ertinya tiada segala yang Hakiki hanya DIA
6. ABADAN ABADA ertinya tiada siapa yang mengetahui Ujudnya sesuatu jua pun
7. LATAIN ertinya tiada dapat difikirkan oleh akal, Makrifat orang-
orang yang Arifin Billah. Alam Lahut pada mertabat Latain, DIAlah ZATUL,
MUTLAK yang tiada bercerai dan tiada berhimpun, semata- mata DIA, belum
lagi bernama ALLAH, kerana belum ada NUR MUHAMMAD SAW. Berkenaan dengan
ILMU TAJALI Alam Lahut tidak ada Ilmu pada Nur Muhammad, hanya DIA yang
terjali semata- mata.
8. MARTABAT ITHLAQ ertinya ghaib yang sepenuhnya
9. ZATUL BUHTI ertinya zat semata-mata
10. GAHIBUL MUTLAK ertinya gahib yang sepenuhnya
11. ‘ZIHIN’ ertinya tatkala sunyi ia daripada sesuatu
12. ALAM SIRR ertinya rahsia Allah
2. ALAM JABARUT (TAIN AWAL/WAHDAH/HAKIKAT MUHAMMADIIAH/KENYATAAN PERTAMA)
Adapun Alam Jabarut adalah di dalam martabat Tain Awal ertinya
kenyataan yang pertama atau kecintaan yang pertama, maka di dalam
martabat Tain Awal itu Tuhan bernama:-
1. WAHDAH
2. AGHNAGHUL MUTLAK
3. UJUD AM YA
4. UJUD DOA
5. NUR ALLAH
6. NURUL AHADIAH
7. NUR SYAKSANI
Dinamakan Isma’ Sifat Tuhan yang bernama ALLAH TAALA atau WAHDAH ertinya KASRAH. Erti KASRAH itu Huruf, Erti Huruf itu Isma.
Dinamakan HAKIKAT MUHAMMDIYAH iaitu sifat Allah bersama zat Allah, Zat
Allah menjadi hakikatnya. Zat yang berdiri pada Zat Allah yang menjadi
hakikatnya.
Dinamakan UMMUL KITAB iaitu Ibu Kitab.
Dinamakan
AN-NUN yakni bukan tinta yang di dalam tintanya segala huruf. Rupa
hakikat-hakikat segala sesuatu adalh maujud secara ijmali
Dinamakan
AN-NUAT ertinya bijih benih yang di dalamnya terhimpun secara umum sautu
pokok bersama batang, dahan, daun-daun sebagai perbandingan hakikat
segala sesuatu.
Dinamakan NUQTHAH ertinya titik yang satu, Ia adalah
asal segala huruf. Ia juga menerima dan mengandung segala huruf yang
hendak disuratakan.
Juga dinamakan degan NURULLAH, NURL AHADIAH,
HAKIKAT ROH, ROH IZAPI, NYAWA MUHAMAD, NYAWA ROHANI, HATI LATIFUL
KALBU,TITIK IALAH BA.
Di kala Alam Jabarut itu nyatalah Nur Muhammad
yang dijadikan Allah Taala daripada NUR ZAT ALLAH. Maka di kata itu ada
NAFI dan ITHBAT dan berhimpun tiada bercerai.
3. ALAM MALAKUT (TAIN TSANI/WAHIDIAH/A’YAN TSABITAH/KENYATAAN KEDUA)
Adapun Alam Malakut itu adalah pada mertabat Tain Sani ertinya
kenyataan yang kedua, maka dinamakan ISMUL ASMA’ Tuhan bernama WAHADIAH.
Dinamakan Wahadiah itu ialah ZATUL AHADIAH MAUSUP SIFATUL WAHDAH.
Tatkala Tain Sani Tuhan bernama:
1. WAHIDIAH
2. ALLAH
3. RAHMAN
4. RAHIM
5. BISMILLAHIRAHMANIRAHIM
6. ZATUL MA’BUD
7. LAILAHAILLAH Muhammad masa itu di dalam A’YAN SABITAH.
Dinamakan A’YAN TSABITAH ertinya
- Benda-benda yang wujud sebelum dari wujudnya pada luar.
-Tiada di sana itu melainkan zatnya dan segala sifatnya yang qadim juga, iaitu yang belum keluar lagi daripada kalimah “KUN”
- Ia tiada mencium bau wujud sekali-kali “kai-nun” iaitu tiap-tiap adanya itu wujud berkekalan seperti sedia ada jua.
- Benda-benda yang wujud sebelum dari wujudnya pada luar.
Dinamakan AL KANZUL MAKHFI ertinya perbendaharaan yang tersembunyi
Dinamakan AL-‘AMA ertinya yang kelam atau gelap
Dinamakan ALAM HAKIKAT, ROHANI, NYAWA ADAM, ALAM QALBI, ALAM AKHIRAH, ALAM INSAN BATIN, ALAM KAYANGAN
Maka jadilah ROHANI yang dinamakan nyawa Adam, nyawa kita. Maka nyawa
kita yang belum bertubuh dengan nama ROHANIUN. Maka Rohani itulah yang
mendoakan jasadnya yang menjadi ADAM, maka jadilah Adam Awal. Di kala
Tain Sani ada Nafi dan Isbat, berhimpun dan bercerai, kerana itu Tuhan
jadikan ALAM ROH daripada Alam Malakut.
Maka daripada Alam Malakut itu turunlah:-
a. ALAM ROH
b. ALAM MISAL
c. ALAM AJSAM
d. ALAM INSAN
Adapun Rohani itu Afaal Muhammad, adapun Ayan Sabitah itu Isma Muhamad,
adapun Insan itu Sifat Muhammad, adapun Zatul Muqid itu Zat Muhammad.
Maka semua yang tersebut itu adalah baharu. Maka daripada Afaal Muhammad
itu jadilah Pohon Dunia ini, maka dunia ini, maka dunia ini untuk
tempat Roh- roh berjasad dengan lembaganya yang berupa manusia iaitu
Adam. Dunia dijadikan supaya semua Rohani- rohani (Rohaniun) yang telah
ada itu, yang di dalam Alam Roh itu supaya dapat turun ke dunia dan
mempunyai tubuh yang dinamakan lembaga manusia dan dengan tubuhnya itu
yang dinamakan jasad itu, dapatlah Rohani mengerjakan ibadat dn tugas-
tugasnya kepada Allah Taala sebagaimana yang diikrarnya, sebagaimana
yang diisyaratkan oleh Firman:- “Adakah tidak aku ini Tuhan kamu,
berkata mereka Bala Syahiduna.”
4. ALAM ROH (ARWAH/TAIN TSALASA/NUR MUHAMMAD)
Dinamakan NUR MUHAMMAD dan sekalian roh yang keluar driapanya itu yang
berkekalan menajdi alam luaran iaitu daripada Nur Muhammad menerusi
perkataan “ KUN” maka jadilah:
Arsyur Rahman Alam ghaib lagi ghaib
Arsyur Azim
Arsyur Karim Alam ghaib
Al Kursi A’azam Alam Nyata
Jabal Qaf
7 lapis bumi
7 lapis langit
Segala galaksi
Bumi Kita
Dinamakan ALAM ARWAH atau ROH yakni arwah segala ambiya, mursalin dan segala mu’min
Dinamakan ASHLUL ARWAH iaitu Mazh harul atam , Jadi “Khatamun nabiyin wa syaidul mursalin wa rahmatul lil alamin”
Dinamakan ALAM SUNYI daripada bergantung dengan tabiat lagi basith.
Dinamakan juga CAHAYA MUHAMMAD , ALAM NYAWA, MARTABAT WUJUDIAH, Alama
di bawah kalimat “KUN”, Pemerintah Alam Saghir dan Alam Kabir, TAIN
TSALASA, ALAM ROH, NYAWA KITA.
Adapun Alam Roh lebih dahulu
dijadikan Allah daripada Dunia yang fana ini. Adapun Dunia ini adalah
ibarat layar putih dan pentas kepada Rohaniun itu yang datang ke dunia
menjalankan tugas dan peranan masing- masing, yang jadi seniman dengan
lakunnya.
Keranan adanya Rohani, maka adanya
JAWAHIR BASIT iaitu :-
a. FUAD
b. KALBUN
c. LABBIN
d. SUDUR
e. KABAD
f. SAUDA’
g. SYIFAP
Maka semuanya itu adalah hal Roh, maka jadilah:-
a. berperang Sabil dengan nafsunya yang jahat
b. membuat Ahsan
c. melakukan Mujahidah masing- masing dengan tempat atau makamnya,
maka dengan itu maka adanya jalan nafsu itu dua iaitu:-
a. jalan nafsu yang bernama Hati Sanubari
b. jalan nafsu yang bernama Hati Nurani maka Roh- roh yang taat pada sisi
Tuhan, setelah berganti dengan nama nyawa kerana ada mempunyai jasad masing- masing maka
jadilah Roh itu tiga mertabat iaitu:-
a. martabat Amar Rabbi
b. martabat Hati Nurani
c. martabat Ubudiah
mana- mana Roh yang tidak taat setelah ada mempunyai jasad masing- masing itu, maka jadilah tiga mertabat iaitu:-
a. Bangsa haiwan
b. Dinamakan bangsa syaitan
c. Dinamakan bangsa hati sanubari
Maka Alam Roh itu adalah Alam Ghaib. Ia lebih adanya daripada Dunia
yang luas ini, di sanalah nyawa manusia yang sebelum bertubuh telah ada.
Setelah 125 tahun Nur Nabi Muhammad itu telah wujud dan semua nyawa-
nyawa manusia itu di kenal dengan nama Roh, tetapi mertabat Roh dewasa
itu seperti mertabat binatang, kerana tidak menanggung tugas dan
tanggungjawab. Hanya setelah ia berjasad dan hidup di dalam dunia ini
masing- masing mempunyai tugas, maka baharulah ada darjat masing- masing
di sisi Tuhan dan nyawa itu tidak lagi dinamakan Roh, hanya apabila
jasad itu mati ia akan berpulang mengadap Allah Taala dengan nama Roh,
iaitu Diri atau Jiwa.
Dengan nama Roh ia dikenal dengan nama Rohani
Pulan bin Pulan tertulis kepadanya. Dengan nama jiwa ia di kenal dengan
nama jiwa, umpamanya:-
a. Jiwa Amarah
b. Jiwa Lawamah
c. Jiwa Sawiah
d. Jiwa Natikah
e. Jiwa Mulhammah
f. Jiwa Mutmainnah
Maka pada jiwa itulah tertulis namanya Pulan bin Pulan, senang atau
susah, bahagia atau celaka, menurut amal dan fielnya di dalam dunia ini
menurut kadar ‘atikad- atikadnya dan Tauhidnya serta makrifatnya kepada
Tuhan yang Maha Esa.
5. ALAM MISAL
Alam segala rupa, penceraian Roh Muhammadiah. Alam segala warna. Alam Khayal. Alam ARDHUS SIMSIMAH, ARDHUL HAQIQAH.
Dinamakan ALAM MISAL-MAKHLUK iaitu Roh Alui yang suci- ruhul qudus dan
Jisim haiwan – lahir maqam di jantung
Jisim Mujadi – lahir di hati
Jisim Nabati – lahir di hati
Jisim Insani – lahir di otak.
Di dalam Alam Misal maka Roh Muhammadiah bercerailah dengan Roh- roh
yang lain yang berbagai nama, tetapi pada mulanya dinamakan Rohaniun
(Rohani- rohani).maka semua Rohaniun itu berasal daripada Roh Muhammad
Rasulullah SAW.
Kerana itulah asas dan dasar Ilmu Rohani wajib beriman:-
a. pada Allah Taala
b. pada Nabi Muhammad SAW
c. pada hari qiamat yang akan datang
jika tidak berpegang kepada asas yang tiga itu, bukanlah Rohaniah
daripada orang- orang Mukmin atau orang- orang Islam. Daripada Roh
Muhammad itulah jadi Roh seseorang, yang jadi nyawa seseorang, yang jadi
hati seseorang, tetapi ia telah bercerai di dalam mertabat Alam Misal.
Segala roh- roh itu ialah jadi kata bidalan “Ulat lupakan daun”. Nyawa-
nyawa manusia yang bukan alim dalam Ilmu Ketuhanan, hanya melakukan
kehendak jalan nafsu yang bernama Hati Sanubari dengan syahwatnya dan
jiwa raga yang memandang zahir alam ini semata- mata
ibarat sesuatu yang telah tersusun dari bagian-bagian, tetapi masih bersifat halus, tidak dapat dipisah-pisahkan.
Alam Misal adalah peringkat kelima dalam proses pentajallian Empunya
Diri dalam menyatakan rahsia diriNya untuk di tanggung oleh manusia.
Untuk menyatakan dirinya Allah S.W.T., terus menyatakan diriNya melalui
diri rahsiaNya dengan lebih nyata dengan membawa diri rahsiaNya untuk di
kandung pula oleh bapa iaitu dinamakan Alam Mithal.
Untuk
menjelaskan lagi Alam Mithal ini adalah dimana unsur rohani iaitu diri
rahsia Allah belum bercantum dengan badan kebendaan. Alam mithal jenis
ini berada di Alam Malakut. Ia merupakan peralihan daripada alam Arwah
(alam Roh) menuju ke alam Nasut maka itu dinamakan ia Alam Mithal di
mana proses peryataan ini, pengujudan Allah pada martabat ini belum
zahir, tetapi Nyata dalam tidak Nyata.
Diri rahsia Allah pada
martabat Wujud Allah ini mulai di tajallikan kepada ubun-ubun bapa,
iaitu perpindahan dari alam roh ke alam Bapa (mithal).
Alam Mithal
ini terkandung ia di dalam "Walam yakullahu" dalam surah Al-Ikhlas iaitu
dalam keadaan tidak boleh di bagaikan. Dan seterusnya menjadi "DI",
"Wadi", "Mani" yang kemudiannya di salurkan ke satu tempat yang
bersekutu di antara diri rahsia batin (roh) dengan diri kasar Hakiki di
dalam tempat yang dinamakan rahim ibu. Maka terbentuklah apa yang di
katakan "Maknikam" ketika berlakunya bersetubuhan diantara laki-laki
dengan perempuan (Ibu dan Bapa)
Perlu diingat tubuh rahsia pada masa
ini tetap hidup sebagaimana awalnya tetapi di dalam keadaan rupa yang
elok dan tidak binasa dan belum lagi zahir. Dan ia tetap hidup tidak
mengenal ia akan mati.
6. ALAM AJSAM(NASUT/A’YAN FARIJAH/ALAM MULKI)
Dinamakan ALAM MULKI ertinya barang yang didapati dengan mata kepala.
Dinamakan ALAM KHARIJAH ATAU ALAM FARIJAH yakni:
- Roh Rihan iaitu roh keluar masuk
- Semangat iaitu roh keluar tanpa masuk, jadi hilang akal
- Nafsu – berkehendak pada makan, minum, kemuliaan, kemashuran, sanjunga
- Roh Jasmani – bekehndak kepada seksual
- Hati – keran alim dan inayah
- Panas matahari – merasa sakit pedih, panas kepada tubuh
Dinamakan juga ALAM JASMANI, ALAM SEGALA TUBUH, ALAM NAFS, ALAM
‘jamad’, ‘nabat’, ‘Haiwani’, ‘Insani’, ‘Jin’, ALAM NABI ADAM, AWAL BAPA
MANUSIA,
Dinamakan Alam Tanah, Air, Api Angin (anasi r 4 istimewa di
sisi Allah) iaitu diajadikan daripada tanah Nurani, Air nurani, Api
Nurul Azam, Angin Nurani.
Dinamaka ALAM MILADUTHALASA iaitu ALAM Maadan (alam galaksi, Alam Nabati (alam Tumbuhan), Alam Haiwani (alam binatang)
Maka hati yang bernama Roh itu telah jadi berbilang- bilang nama kerana
menurut berapa banyaknya bilangan manusia dan haiwan yang dilahirkan di
dunia ini dengan nama:
a. Hati sanubari
b. jantung sanubari dan itulah hati yang tabie, semula jadi kepada makhluk.
Mana- mana makhluk yang ingin menjadikan Dirinya pada darjat sebenar- benar Insan iaitu:-
a. Insan Rabbubiah
b. Insan Mausup
c. Insan Ubudiah
Pada merekalah yang tersebut itu mempelajari Ilmu Tasaup dan Ilmu
Tasawwuf yang sebenarnya, daripada Tasaup Islam dan daripada guru- guru
yang Mursyid, bukan pada guru- guru orang kafir seperti orang- orang
Kristian dan Yahudi, walaupun bersamaan mentauhidkan Tuhan.
Kata
pepatah: “Guru kencing berdiri, murid kencing berlari”. Kalau guru- guru
yang bukan Mursyid itu akibatnya tidak mendapat Hidayah dan Taufik.
Khalasahnya maka jadilah hati itu berbilang nama dan berbilang sifat,
tetapi tiada berbilang pada Zat.
7. ALAM INSAN
Dinamakan ALAM MARTABAT INSAN KAMIL. ALAM MARTABAT JAMI
Dinamakan ALAM HIMPUNAN SEGALA ALAM yakni:
- AHADIAH (Ya nuraniyi yang qadim)
- ARWAH (Hadith)
- WAHDAH DARI WAHIDIAH (Tajjali akhir)
Adapun Alam Insan itu, perhimpunan pada segala martabat. Pada sisi Allah martabat Insan itu tiga perkara:-
a. martabat insan Rabbubiah, iaitu Insan Khas Ul Khas
b. martabat insan Mausup, iaitu Insan Kamil Wa Mukamil
c. martabat Insan Ubudiah, iaitu Insan Kamil Mukamil
Maka pada sisi makhluk martabat insan sangat banyak seperti:-
a. martabat raja- raja
b. martabat menteri
c. martabat anak raja- raja (tengku)
d. martabat tun
e. martabat tan sri
f. martabat datuk sri
g. martabat datuk
h. martabat datuk muda
i. martabat penghulu
j. martabat pegawai
k. martabat tuan
l. martabat encik dll
Maka jadilah martabat Alam Insan itu pernceraian manusia yang Kamil,
kerana asalnya dahulu ia kamil di sisi Allah, di dalam Alam Ghaib,
sesudah ujud Alam Insan, maka manusia itu sudah tidak kamil kerana
masing- masing membawa haluan untuk hidup di dalam dunia ini, menurut
apa yang diperolehi oleh panca indera yang lima. Kerana itulah Insan, di
dalam ajaran Ilmiah yang mengatasi Sains yang dinamakan Rohani,
Ilmu Tasaup terbahagi sebagai berikut:-
a. dinamakan Insan (Rahsia Allah)
b. dinamakan Insan Kamil
c. dinamakan Insan Kamil dan Mukamil
d. dinamakan Insan Mukamil
e. dinamakan Insan Sawaan
f. dinamakan Insan Sawaatun
g. dinamakan Insan Batin
h. dinamakan Insan Zahir
i. dinamakan Insan Mutaiz
j. dinamakan Insan Ghaib
k. dinamakan Insan Nakus (Insan Haiwan)
l. dinamakan Insan Syaitani
Tidak ada komentar:
Posting Komentar