Laman

Selasa, 22 Oktober 2013

Baik dan Buruk


Baik dan buruk

Kali ini ana nak bincangkan tentang baik dan buruk pula. Sering didengar orang berkata,  ”Yang baik itu daripada Allah dan yang buruk itu daripada diri ana sendiri.”

Apakah maksud kata-kata itu, adakah kita faham maksud kata-kata itu, atau sekadar hafalan di bibir sahaja.

Baiklah,,

Bagi ana, yang baik itu adalah berkait dengan Wujud, dan yang tidak baik itu berkait kepada tidak wujud (tidak ada).

Soalan seterusnya, apakah itu Wujud, bagi ana Wujud itu adalah Ada, dan yang Ada hanya Dia (Allah). Jadi yang baik itu berkait dengan kewujudan Dia.

Maka kerana tiada yang Wujud hanya Dia, maka yang baik itu hanyalah Dia dan perbuatanNya. Yang tidak baik itu bukan Dia (walaupun pada hakikatnya Dia jua – bagi yang makrifatullah).

Kalau   dianalisis perkara ini, ana dapati,  baik itu adalah Wujud, yang kepadanya bersandar atau keluarnya perkara-perkara positif ( baik) dan yang indah-indah itu.

Manakala, buruk pula tiada baiknya ( ataupun tidak ada yang baik). Oleh itu buruk itu tidak wujud ataupun buruk itu tidak ada pada Wujud, ataupun dengan kata lain buruk itu tidak ada pada Wujud atau pada Dia.

Sebenarnya, Dialah yang baik, dan terbit daripadaNya tentulah yang baik-baik pula. Kerana itulah Rasullullah SAW bersabda:

“Segala yang baik dalam genggamanMu (Allah), dan yang buruk tidak ditujukan kepadaMu.”

Sekarang telah diketahui (bagi yang telah faham), baik berlawanan dengan yang buruk, yang baik terbit daripada yang baik pula, iaitu Wujud atau Dia.

Bagaimanapula yang buruk? Dari mana datangnya?

Baiklah,,

Ana kata begini, buruk itu adalah kerana tidak ada yang baik, kerana buruk dan baik ini umpama siang dan malam, ia tidak boleh ada serentak. Jikalau waktu siang sahaja, tidak bercampur dengan malam. Dan jikalau malam, malam sahaja, tidak ia bercampur dengan siang.

Kesimpulannya beginilah,,

Semua yang baik adalah berkaitan dengan Dia, manakala yang buruk itu berkaitan dengan yang tidak mempunyai Wujud, siapakah yang tidak Wujud itu?,

Tentulah makhluk (manusia), kerana makhluk wujudanya adalah kerana Wujud Dia.

Semoga bermanfaat.

Manisnya gula


Manisnya gula.

Apabila akal dan hatinya percaya dan yakin bahawa tiada yang ada, tiada yang wujud dan tiada yang maujud tetapi itu semua pada hakikinya adalah Dia (Allah), maka inilah satu daripada tanda-tandanya salik itu telah sampai kepada matlamat yang dicarinya.

Selain daripada Dia semuanya ilusi belaka, yang ada hanyalah Dia semata-mata. Segala sifat, nama, kelakuan dan dzat adalah Dia semata-mata. Inilah pandangan dan pegangan mereka yang telah sampai ke tahap yakin sepenuh yakin.

Mereka mempunyai iktikad yang tinggi dan bulat, iatu sangat-sangat yakin kepada apa yang dipegang oleh akal dan hatinya. Iktikad mereka pada ketika itu adalah diri mereka sudah tidak ada lagi, segala yang ada, segala yang berlaku dan segala yang akan berlaku adalah semata-mata Dia.

Mereka hanya mahu bertawakal dan berserah kepadaNya. Pasrah tanpa bimbang, ragu-ragu dan was-was. Diri mereka sendiri telah dianggap binasa, apabila diri telah binasa, yang tinggal lagi bukan diri mereka, yang tinggal bukan lagi alam, bahkan hanya Dia semata-mata.

Ini bukanlah bersatu dengan Allah (hulul), tetapi hanyalah tawakal atau berserah kepadaNya dengan dilandasi Makrifatullah.

Inilah pegangan mereka yang dikasihiNya sama ada mereka yang terdahulu ataupun pada masa sekarang ini. Mereka tidak menggunakan ilmu jampi serapah, ilmu pengasih atau ilmu kebal apabila mereka berhadapan dengan sesuatu keadaan yang mencabar, tapi yang mereka ada adalah keyakinan mereka kepada Allah. Dan itu sudah cukup untuk menyelamatkan mereka dari mara bahaya di dunia dan akhirat.

Yakin kepada kekuasaan Allah, membuatkan mereka tidak merasa takut kepada mara bahaya sama ada di dunia ini atau di alam ghaib (akhirat), mereka tidak takut selain Allah.

Keyakinan kepada Allah itu, yang membuatkan mereka tidak berbekas oleh senjata tajam, pedang mahupun peluru senapang dan sebagainya. Keyakinan hanya semata-mata Allah itulah, yang membuatkan mereka berani, gagah, kuat dan selamat dari sebarang mara bahaya.

Ini bukanlah ilmu bersatu dengan Allah, tidak mungkin kita dapat bersatu dengan Dia. Kerana Dia itu esa jua. Tidak mungkin sesuatu yang esa dapat bersatu dengan yang lain, hanya yang lebih dari satu (esa) sahaja dapat bersatu, contohnya, kopi dan  susu, dapat bersatu menjadi benda baru iaitu kopi susu.  Tetapi jikalau hanya ada kopi sahaja bagaimana dapat ia bersatu menjadi kopi susu, kopi (esa) tetap kopi selama-lamanya.

Mereka yang mempunyai keyakinan di peringkat ini, tidak memandang lagi kepada yang lain, tetapi hanya kepada Dia. Mereka tidak lagi memandang alam sebagai alam, tetapi yang mereka pandang itu adalah Wajah Allah “berserta” alam. Mereka tidak lagi melihat diri, sebagai diri, tetapi yang mereka lihat itu adalah Wajah Allah “beserta” diri.

Bukan mereka menafikan kewujudan sifat alam atau sifat makhluk atau sifat diri, alam dan makhluk itu tetap ada buat sementara (walaupun hakikatnya tiada), tetapi mereka manggangap alam dan makhluk itu telah binasa dalam Wajah Allah.

Kalau dibuat analogi, mereka hanya tertuju kepada sifat manis, tetapi bukan tertuju kepada sifat gula.

Semoga bermanfaat.

Insan dan Sirr



Insan dan Sirr
Mengadakan dua wujud itu adalah perkara  yang  syirik, kerana Dia adanya dengan sendirinya. Jikalau begitu, bagaimana pula  ada insan itu   adalah dengan Dia?
Soalnya di sini siapakah insan  itu?
Cubalah cari jawapannya sendiri kerana jawapan yang didapati dengan usaha sendiri itu adalah lebih bermakna.
Selanjutnya, Wujud itu bermaksud Ada, maka yang Ada itu adalah Dzat, dengan itu Wujudnya itu adalah bagi menyatakan Dzatnya.
Sedangkan  pun Wujud  insan  dapat dilihat pada Sifatnya, kerana  wujud   insan  adalah dengan Dzatnya. Dan Dzatnya itu adalah Sirr kepada insan.

Dia berfirman, Insan itu rahsiaku  (sirr) dan Aku rahsia insan, dan lagi kataNya, Sifatku adalah sifat Insan.
Oleh itu, perjalanan salik adalah satu proses,  salik perlu mengenal dirinya, siapa mengenal jasadnya maka mengenal  ia nyawanya, siapa mengenala nyawanya maka mengenal  ia  Sirrnya, dan lagi siapa mengenal Sirnya maka mengenal  ia akan Tuhannya.

Insan  adalah Rahsianya, dan Sirr itu adalah Dzatnya.
Wassalam.

Singgahsana

Manusia itu sesungguhnya mati,

kecuali yang berilmu,

yang berilmu pula  tertidur,

kecuali yang mengamalkan ilmunya,

yang mengamalkanya pula tertipu,

kecuali yang Ikhlas.

maka,  ingatlah,

janganlah tertipu,

walaupun,

penipuan yang tidak disedari,

ingatlah,

apabila nyata ketiadaan dirimu itu,

maka nyatalah yang ADA,

siapakah yang Ada  itu?

tidak lain,

KEBENARAN (Al Haq),

oleh itu,

“matikanlah dirimu sebelum kamu mati”,

maka,

siapakah yang ada setelah kematian dirimu itu?

tidak lain,

AKU ( Al Haq) lah yang Ada.

Setelah Dia yang ada,

maka selain dariNya adalah,

fatamorgana,

hanya bayangan,

hanya kekosongan,

dan sesungguhnya Dialah yang meliputi

kekosongan dan ketiadaan dirimu itu,

maka ingatlah,,

kekosongan dirimu itulah,

dan ketiadaan dirimu itulah,

SINGGAHSANA  NYA,

dan di situlah Dia bersemayam,

bukan pada  jasadmu,

bukan pada  jiwamu,

bukan di hatimu,

dan bukan juga pada  ruhmu.

oh,,

betapa indanya ini,

bagi yang mengerti.

Rasa dan kenal


Rasa dan kenal

Dapatkah Allah dikenal dengan nyata dan terang?

Jikalau boleh bagaimanakah caranya?

Ya, inilah yang perlu jelas bagi salik pencari Tuhannya. Al-Quran telah memberikan panduan kepada kita tentang Tuhan Semesta Alam, bahawa  Allah tidak dapat dijangkau akal fikiran, tidak dapat dibayangkan dan tiada suatupun yang menyerupainya, di samping itu Allah juga Maha Meliputi.

Dan di sinilah banyak salik yang keliru?

Mereka beranggapan Allah itu tidak dapat dilihat?

Ini adalah persoalan yang rumit, jikalau kita hanya memakai akal fikiran, sedangkan Al-Quran sendiri telah menyatakan, Allah itu tidak dapat dijangkau dengan akal fikiran, bagi ana jikalau ente mahu mengenal Nya, janganlah pakai akal fikiran, kerana ia tidak akan menyampaikan ente kepadaNya.

Nah, kembali kepada persoalan asal, dapatkah Dia dilihat dengan nyata dan terang?

Bagi ana sudah pasti boleh, kerana sufi terkenal Hassan al Banna pun telah menyatakan,  “Aku tidak menyembah Tuhan yang tidak aku kenal”.

Bermakna beliau kenal kepada Tuhannya, kalau kenal pasti beliau melihatnya, kerana kenal dengan melihat itu pasti seiringan.

Perlu ana nyatakan, memang benar Allah tidak dapat dilihat dengan mata zahir, tetapi melihat Allah  adalah dengan mata hati, bukankah kita ini “dua dalam satu”, (zahir dan batin), yang zahir tidak dapat melihat, tapi yang batin dapat melihatNya.

Jadi apabila ada orang menyatakan, Dia tidak dapat dilihat, ini bermakna mereka hanya kenal diri yang zahir sahaja, tetapi tidak mengenal diri mereka yang batin, alangkah ruginya mereka yang sebegini.

Allah dapat dikenal dengan mata hati, dan dengan mempelajari sifat-sifatNya. Hanya dengan jalan inilah kita dapat mengenal dan melihat Allah dengan nyata dan terang, iaitu dengan pandangan mata hati.

Jikalau ada orang menyatakan ada jalan lain yang dapat mengenalkan Dia dengan sebenar-benar perkenalan,  itu  bagi ana  hanya dusta belaka, dan mereka sendiri ana pasti, mereka juga belum melihatNya dengan nyata dan terang.

MelihatNya dengan nyata dan terang adalah dengan merasakan kehadiranNYa, tanpa syak wasangka lagi.

Inilah yang dikatakan ilmu rasa,

Hanya yang merasa yang mengenal.

Dan melihatNya deng

Tahapan Nafsu.



Tahapan Nafsu.

Apabila salik telah sampai ke satu peringkat, yang mana tiada lain yang dilihatnya, hanya Allah, maka ini dikatakan ia telah fana dalam tauhid atau fana dalam Dzat yang mutlak.
Salik yang telah mencapai pandangan itu dikatakan telah karam atau larut dalam Dzat.  Pada peringkat ini maka gugurlah sifat-sifat tercela dan timbullah sifat-sifat terpuji.
Fana terbagi kepada beberapa peringkat iaitu, fananya segala perbuatan makhluk dalam perbuatan Allah, fananya segala sifat-sifat makhluk dalam sifat-sifat Tuhan dan fananya wujud makhluk dalam wujud Tuhan, yang terakhir  inilah fana yang paling teratas.
Bermakna fananya segala sesuatu selain Allah, sehingga yang dipandang tidak ada lagi, tetapi hanya Allah, inilah yang dikatakan fana tertinggi, alamnya alam ketuhanan atau alam Lahut (Ahdah), dan mengikut tahapan nafsu adalah nafsu Radiah, bagaimanapun di atas nafsu Radiah ini ada dua lagi tahapan nafsu iaitu, nafsu Mardiah dan nafsu Kamaliah.
Secara amnya kalau mengikut tahapan nafsu, nafsu itu terbahagi kepada tujuh peringkat:
1          Nafsu amarah
2          Nafsu lawamah
3          Nafsu mulhamah
4          Nafsu mutmainah
5          Nafsu radiah
6          Nafsu madiah
7          Nafsu kamaliah.

Salik yang telah mencapai tahap nafsu mulhamah maka telah masuk ia ke dalam makam fana perbuatan, iaitu tiada perbuat lain, hanya perbuatan Allah. Manakala salik yang telah mencapai nafsu mutmainah, maka ia telah memasuki fana sifat, iaitu tiada sifat yang lain, hanya sifat Allah. Inilah peringkat nafsu pertama yang diredai Allah, dan jiwa-jiwa salik yang telah mencapai tahapan inilah yang dipanggil oleh Allah: Hai jiwa-jiwa nan tenang kembalilah engkau kepada Tuhanmu dengan redai dan diredai… Alamnya adalah alam Wahdah atau Hakikat Muhammad.
Manakala salik yang telah mencapai peringkat nafsu Radiah, fana segala wujudnya dalam wujud Allah, iaitu peringkat fana tertinggi, dan  alamnya adalah alam Lahut. Bagaimana pun,  walaupun ia makam fana tertinggi, tetapi ia belum mencapai makam kesempurnaan, makam kesempurnaan adalah makam Insanul Kamil, dan tahap nafsunya adalah nafsu Kamaliah. Salik yang telah mencapai tahapan ini juga dikatakan sebagai telah baqa dalam Allah. Pada tahap ini salik memandang yang banyak dalam yang satu, dan pada masa  yang sama memandang yang satu dalam yang banyak.
Dan sebagaimana yang telah bincangkan dalam Tulisan: Nama Rahsia,  di sinilah tempatnya nama rahsia yang ke seratus itu terserlah.
Pada tahapan nafsu  mutmainah atau disebut juga Hakikat Muhammad, iaitu Dzat Allah SWT dan sifat-sifatnya pada martabat ta’ayyun awal, ia juga disebut sebagai martabat Wahdah, atau ilmu Tuhan tentang diriNya dan tentang alam semesta ini, pada peringkat ini, salik merasa terputus pandangan batinnya atau pandangan mata hatinya, kepada selain Allah.
Salik merasakan segala sifat yang terlihat di alam semesta ini bukanlah sifat makhluk, tetapi sifat Allah, kerana semua itu adalah sifat dan ilmu Allah yang Qadim jua.
Manakala pada tahapan  nafsu Radiah salik merasakan terputusnya pandangan mata hatinya kepada selain Dzat Allah, baginya yang ada hanyalah Dzat Yang mutlak itu, sehingga ia tidak menyedari lagi wujud yang  lain, termasuk juga wujud dirinya sendiri.
Makrifah dalam erti melihat Dzat  yang tertinggi itu  hanya berlaku pada tahap yang terakhir ini, iaitu makam nafsu Radiah, ketika wujud salik itu larut   dalam pandangan mata hatinya kepada wujud Dzat Allah. Inilah puncak makrifat yang tertinggi yang dicapai Rasulullah pada mikrajnya,  yang terkenal itu.
Nah,, sekarang ana sentuh sikit tentang baqa, baqa adalah makam yang mengiringi fana.
Sebelum itu, sebelum membincangkan baqa, salik yang berada di makam fana merasakan segala perbuatannya diatur oleh Allah, kerana salik itu tidak melihat yang lain, tetapi hanya Allah. (Ini adalah tempat yang berbahaya bagi salik, yang tidak hati-hati dan tidak dapat pertolongan Allah, ia sangat mudah jatuh ke tempat kehancuran, na u zu billah min ha, di sinilah tempatnya sufi dianggap zindik, seperti yang berlaku kepada sufi terkenal Mansur al Hallaj).
Tetapi salik yang berada di dalam makam baqa, yang telah melalui makam fana itu, segala perbuatannya adalah diredai Allah, kerana segala perbuatannya tidak lagi mempunyai kepentingan untuk diri sendiri (umpama ombak telah pulang ke laut), inilah makam yang dikatakan kehendak hamba adalah kehendak Allah.
Salik yang telah melalui makam fana dan memasuki makam baqa, sifat-sifat dirinya sendiri telah diganti dengan sifat-sifat al Hak. Dengan lain perkataan baqa itu ditemui selepas melalui makam fana terlebih dahulu.
Salik pada makam baqa telah timbul kesadarannya semula, berbanding salik yang berada di makam fana, yang tidak sadar apapun kecuali Allah.
Bagaimanapun salik yang berada di makam baqa, kesadaran yang dimilikinya tidak sama dengan kesadaran yang dimilikinya sebelum mencapai makam fana, kerana pada makam baqa,  segala sifat kehambaannya (yang dimilikinya dahulu) telah bertukar dengan sifat-sifat al Hak.
Perlu diingat, makrifat yang paling sempurna adalah memandang Tuhan melalui alam semesta,  tetapi pandangan ini hanya dicapai setelah salik itu melepasi (melalui)  makam fana, iaitu melihat Dzat yang mutlak itu secara langsung, dengan mata hati, atau dengan lain perkataan, selama ini salik  tidak sadar (fana), tetapi sekarang telah sadar (baqa).
(Perhatian: perkataan salik itu sebenarnya sudah tiada, umpama ombak telah kembali ke laut, tetapi ada hanya untuk memudahkan perbincangan saja.)
Semoga bermanfaat.
Allah hu aklam.

Melihat


Barang siapa mengenal dirinya maka sesungguhnya mengenal ia Tuhannya.

Golongan ini adalah apa yang dikatakan golongan makrifatullah,

Bagi yang  makrifatullah,   tatakala mereka memandang ke sekeliling atau di luar dirinya,

maka apa yang dilihatnya adalah dirinya jua. Kerena bagi mereka alam dan dirinya esa jua, tiada dua dan tiada tiga.

Nah jikalau begitu,,

Jikalau sekelian alam dan dirinya esa, nescaya yang dilihatnya adalah dirinya jua.

Seperti Sabda Rasullulah:

Ra’aitu rabbi bi ayni rabbi.

Ku lihat Tuhanku dengan mata Tuhanku.

Ra’aitu rabbi bi rabbi:

Ku lihat Tuhanku dengan Tuhanku.

semoga bermanfaat.