Rasa dan kenal
Rasa dan kenal
Dapatkah Allah dikenal dengan nyata dan terang?
Jikalau boleh bagaimanakah caranya?
Ya, inilah yang perlu jelas bagi salik
pencari Tuhannya. Al-Quran telah memberikan panduan kepada kita tentang
Tuhan Semesta Alam, bahawa Allah tidak dapat dijangkau akal fikiran,
tidak dapat dibayangkan dan tiada suatupun yang menyerupainya, di
samping itu Allah juga Maha Meliputi.
Dan di sinilah banyak salik yang keliru?
Mereka beranggapan Allah itu tidak dapat dilihat?
Ini adalah persoalan yang rumit,
jikalau kita hanya memakai akal fikiran, sedangkan Al-Quran sendiri
telah menyatakan, Allah itu tidak dapat dijangkau dengan akal fikiran,
bagi ana jikalau ente mahu mengenal Nya, janganlah pakai akal fikiran,
kerana ia tidak akan menyampaikan ente kepadaNya.
Nah, kembali kepada persoalan asal, dapatkah Dia dilihat dengan nyata dan terang?
Bagi ana sudah pasti boleh, kerana sufi
terkenal Hassan al Banna pun telah menyatakan, “Aku tidak menyembah
Tuhan yang tidak aku kenal”.
Bermakna beliau kenal kepada Tuhannya, kalau kenal pasti beliau melihatnya, kerana kenal dengan melihat itu pasti seiringan.
Perlu ana nyatakan, memang benar Allah
tidak dapat dilihat dengan mata zahir, tetapi melihat Allah adalah
dengan mata hati, bukankah kita ini “dua dalam satu”, (zahir dan batin),
yang zahir tidak dapat melihat, tapi yang batin dapat melihatNya.
Jadi apabila ada orang menyatakan, Dia
tidak dapat dilihat, ini bermakna mereka hanya kenal diri yang zahir
sahaja, tetapi tidak mengenal diri mereka yang batin, alangkah ruginya
mereka yang sebegini.
Allah dapat dikenal dengan mata hati,
dan dengan mempelajari sifat-sifatNya. Hanya dengan jalan inilah kita
dapat mengenal dan melihat Allah dengan nyata dan terang, iaitu dengan
pandangan mata hati.
Jikalau ada orang menyatakan ada jalan
lain yang dapat mengenalkan Dia dengan sebenar-benar perkenalan, itu
bagi ana hanya dusta belaka, dan mereka sendiri ana pasti, mereka juga
belum melihatNya dengan nyata dan terang.
MelihatNya dengan nyata dan terang adalah dengan merasakan kehadiranNYa, tanpa syak wasangka lagi.
Inilah yang dikatakan ilmu rasa,
Hanya yang merasa yang mengenal.
Dan melihatNya deng
Tidak ada komentar:
Posting Komentar