Insan dan Sirr
Mengadakan dua wujud itu adalah perkara yang syirik, kerana Dia adanya dengan sendirinya. Jikalau begitu, bagaimana pula ada insan itu adalah dengan Dia?
Soalnya di sini siapakah insan itu?
Cubalah cari jawapannya sendiri kerana jawapan yang didapati dengan usaha sendiri itu adalah lebih bermakna.
Selanjutnya, Wujud itu bermaksud Ada, maka yang Ada itu adalah Dzat, dengan itu Wujudnya itu adalah bagi menyatakan Dzatnya.
Sedangkan pun Wujud insan dapat dilihat pada Sifatnya, kerana wujud insan adalah dengan Dzatnya. Dan Dzatnya itu adalah Sirr kepada insan.
Dia berfirman, Insan itu rahsiaku (sirr) dan Aku rahsia insan, dan lagi kataNya, Sifatku adalah sifat Insan.
Oleh itu, perjalanan salik adalah satu proses, salik perlu mengenal dirinya, siapa mengenal jasadnya maka mengenal ia nyawanya, siapa mengenala nyawanya maka mengenal ia Sirrnya, dan lagi siapa mengenal Sirnya maka mengenal ia akan Tuhannya.
Insan adalah Rahsianya, dan Sirr itu adalah Dzatnya.
Wassalam.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar