Hajirikhusyuk
Artikel-artikel di dalam blog ini kebanyakannya adalah berkaitan Hakikat dan Makrifat.
Semoga tulisan-tulisan tersebut dapat memberi manfaat kepada sesiapa sahaja yang berminat dalam bidang tersebut.
Yang baik itu daripada Allah dan yang
tidak sempurna itu daripada penulis sendiri, kerana itu, terlebih dahulu
ana menyusun jari memohon maaf, jikalau terdapat kesilapan dan
kesalahan, yang tidak disengajakan.
Untuk sampai ke Kampung Akhirat dan berjumpa dengan Allah, setiap manusia perlu melalui kematian
atau Fana, kerana mustahil dapat sampai ke kampung akhirat dan bertemu
Allah sebelum mati, bagaimanapun mati yang dimaksudkan di sini adalah mati sebelum mati.
Rasullulah bersabda: Jikalau tangan dan jari-jarimu tidak digunakan untuk jalan mati, maka tangan dan jari-jarimu, martabatnya sama dengan haiwan, dan kamu termasuk golongan kafir.
Anggaplah tulisan di dalam blog ini
sebagai journal peribadi ana, dalam menempuh perjalanan pulang ke
kampung akhirat (kecuali tulisan di bawah kategori: Dari Anta - iaitu
sumbangan dari pembaca). Bagaimana pun ia tidak bertujuan untuk
membimbing sesiapa pun, tetapi ia boleh dijadikan asas untuk perjalanan
pulang tersebut, kerana ia adalah bersumberkan Al Quran dan Sunnah
Rasullulah.
Bagaimana pun, ana minta dikecualikan
daripada sebarang tanggung jawab, akibat tersalah tafsiran pembaca
berkaitan tulisan di blog ini, yang mungkin boleh menimbulkan kesyirikan
dan kekufuran.
Bagaimanapun, jikalau niat kita dari
awal adalah semata-mata kerana Allah, bukan kerana nama, kekuasaan dan
harta, insyaAllah kita semua tidak akan tersasar, kerana Allah itu Maha
Pengasih dan Penyayang. Kebiasaannya yang tersasar itu adalah kerana
mempunyai niat selain daripada Allah.
Allah berfirman QS Maryam 19:76: Allah akan menambah petunjuk kepada mereka yang mahu menerima petunjuk..
Oleh itu, tidak mungkin kita tersasar jikalau Allah yang memberi petunjuk kepada kita.
Anggaplah tulisan di blog ini sebagai suatu usaha ikhlas kerana Allah, untuk berbuat amal jariah.
Dan marilah sama-sama kita berdoa: Ya Allah,,, kami berlindung kepada Mu daripada kesesatan dan kekufuran.
Amin.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar