Wajah Dia
Dia (Allah) dapat dilihat pada setiap
waktu dan pada setiap ketika, dan di mana saja, tetapi bukanlah semua
orang yang dapat memandangNya demikian, hanya mereka yang bertuah dan
bernasib baik, yang telah makrifatullah, yang dapat memandangNya
demikian.
WajahNya dapat dilihat melalui sifat-sifat alam, terutama pada sifat diri salik sendiri.
Jikalau penglihatan itu dapat difahami
oleh kebanyakan orang, sudah pasti lebih ramai orang dapat melihat
WajahNya dengan terang dan nyata, semasa masih hidup di dunia ini juga
lagi, sudah pasti lebih ramai yang akan makrifatullah.
Dia atau WajahNya dapat kelihatan
apabila sesuatu itu tidak lagi berupa alam atau makhluk, tidak lagi
bernama, bersifat, berkelakuan dan tidak lagi dengan dzat makhluk,
tetapi telah binasa atau fana, kembali kepada keadaan asalnya.
Setelah itu, barulah apa yang kelihatan
itu akan berwajah Dia, dan di situ jugalah keadaan, yang mana, yang
memandang dan yang dipandang itu, adalah Dia yang Esa, Dia melihat
WajahNya sendiri.
Di ketika pandang memandang itu,
jikalau salik sudah faham dan yakin, segala sesuatu selain Dia telah
fana, itulah tandanya hati salik itu telah mencapai tahap makrifatullah,
tahap mengenal Dia dengan sebenar-benar perkenalan.
Yaaaa,
Apabila telah fana sifat makhluk dan
sifat salik sendiri ke dalam wajahNya, maka WajahNya akan dapat
kelihatan, di kala itu sifat makhluk atau sifat salik telah kamil
dengan WajahNya.
Sebagai analogi, umpama garam, yang kelihatan sekarang adalah masinnya, tapi garam sudah binasa.
Semoga bermanfaat.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar