Siapakah aku?
Siapakah Aku.
Al Quran dan hadis adalah sebagai
pegangan umat Islam supaya tidak tersesat dan mendapat keredaan Allah,
tetapi kedudukan Al Quran dan Hadis tidak dapat menggantikan kedudukan
Allah dan RasulNya.
Ini seharusnya jangan dilupakan kerana terdapat orang yang lebih mengutamakan Al Quran dan hadis berbanding Allah itu sendiri.
Allah adalah Dzat Yang Maha Hidup, Yang
Maha Menghidupi dan Yang Hadir, RasulNya juga adalah yang hidup atau
sang diri (Ruh) yang juga disebut sebagai Muhammad, iaitu dzat yang
terpuji.
Dalam pencarian kita kepada Allah diri
inilah (Muhammad) yang harus kita kenali dan jumpai dahulu, kerena diri
inilah yang akan membawa seseorang itu kepada Allah.
Di dalam kehidupan kita seharian sang
diri ini telah terselubung dengan pelbagai selubung, sehingga tidak
dapat lagi kita melihatnya, apatah lagi untuk mengenalinya.
Diri ini hanya akan dapat disaksikan
apabila segala selubung itu dapat dibuang dan apabila kita (nafs) telah
dapat berhubung dengan diri kita sendiri (ruh), maka akan terjadilah
gerakan dua arah dari diri kita itu.
Yang pertama gerakan dari diri kita itu
(ruh) kepada badan jasmani dan yang kedua gerakan sang diri (ruh)
menuju Tuhan Yang Maha Esa.
Badan (nafs) yang dihidupi menerima
daya hidup dari sang diri (Ruh), kerana sang diri telah terbebas
daripada hijab atau selubung, maka sang diri akan menerima limpahan daya
dari Allah.
Apabila hubungan ini tidak tersekat lagi oleh hijab dan kotoran
batin, maka jasad kita merupakan manifestasi dari Maha Pencipta, pada
peringkat ini sang hamba benar-benar dicintai Allah. Hatinya benar-benar
terserap oleh cinta sejati Maha Penciptanya. Tidak ada lagi bentuk
(sosok) diri yang terlihatkan, bahkan ia melihat dan menemukan Allah di
segala tempat, (sudah tentu termasuk dirinya sendiri).
Nah,,,
Sekarang cuba kita lihat pula siapa yang dikatakan “aku”.
Jelas banyak orang bertanya siapa aku itu.
Semasa Nabi Muhammad SAW masih hidup, maka Aku itu tampil pada diri
junjungan Nabi kita itu, iaitu seorang bangsa bercirikan arab.
Tetapi dapatkah Aku itu tampil kepada bangsa yang bercirikan bukan arab, seperti Melayu, Jawa, India dan sebagainya.
Kerana di dalam Al Quran Surah At Thaha
20:14: ada disebutkan: Sesungguhnya Aku adalah Allah, Tiada Tuhan
selain Aku, maka dirikanlah solat untuk mengingati Aku.
Jadi perintah untuk mengikuti Aku ini tetap berlangsung hingga ke hari ini, walaupun Nabi Muhammad SAW telah wafat.
Waw,,,,
Sebenarnya yang dimaksudkan aku adalah Aku sebagai manifestasi AKU.
Maksudnya Aku adalah tajali atau manifestasi Tuhan yang ada di dalam diri manusia.
Jadi Aku adalah suara hati atau hati nurani.
Setiap orang pasti memiliki hati
nurani, tapi bagi kebanyakan orang, hati nurani ini telah terkalahkan
oleh hawa nafsu, aduh,, sungguh malang sekali, bagi diri seumpama itu.
Cuba renungkan, semoga bermanfaat.
Allah u akbar.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar