Laman

Senin, 25 Agustus 2014

Anak2ku yang masih suci bersih ibarat kain putih..


Ketahuilah anak2ku..NAFSU yang jahat seperti tuan rumah yang jahat, melakukan kejahatan di dalam rumahnya walaupun kejahatan daripada luar tidak masuk. NAFSU yang rendah memang cenderung kepada kejahatan walaupun tidak menerima rangsangan SYAITAN.
Rangsangan SYAITAN ditujukan kepada perkara yang menyalahi ubudiah, kederhakaan kepada Tuhan, berbuat syirik dan kufur terhadap kebenaran. Apabila manusia menolak satu rangsangan jahat, SYAITAN dengan cepat mencadangkan kejahatan yang lain. Asal sahaja kejahatan dilakukan, SYAITAN sudah berasa senang dan puas.
Jika SYAITAN gagal merangsang manusia supaya meninggalkan sembahyang, SYAITAN akan berpindah kepada merangsang agar manusia bersembahyang dengan lalai. Jika manusia berjaya meneruskan sembahyangnya sehingga selesai, SYAITAN beralih kepada merangsang agar manusia berasa riak dengan sembahyangnya sehingga menyangka dia lebih baik dari orang lain.
Wahai anak2ku yang masih suci bersih..ketahuilah sikap NAFSU berbeza dengan sikap SYAITAN. NAFSU gemar kepada perkara-perkara yang menyeronokkan, suka kepada kebesaran dan kemuliaan dan cenderung kepada yang melalaikan. Tabiat NAFSU, jika ia inginkan sesuatu, ia akan mengejar atau menanti sesuatu itu. NAFSU tidak pernah mahu menyerah kalah sebelum ia mendapatkannya. Ia boleh mendiamkan diri walaupun bagi tempoh yang lama. Bila ada kesempatan ia akan muncul semula, selagi keinginannya belum tercapai.
Sebab itulah NAFSU yang tidak dikawal oleh iman akan lakukan apa saja walaupun perkara jahat demi mencapai keinginannya. Keinginan dan cita-cita NAFSU tidak mudah berubah, tetapi rangsangan SYAITAN mudah berubah daripada satu kejahatan kepada kejahatan yang lain. NAFSU yang rendah merosakkan nilai-nilai murni kemanusiaan dan SYAITAN pula merosakkan kehambaan kepada Tuhan. Gabungan keduanya menjadikan manusia golongan yang engkar dan berbuat maksiat.
Adapun NAFSU pada peringkat yang paling rendah dan paling buruk dinamakan NAFSU ammarah. Ammarah adalah sifat NAFSU yang berkongsi dengan sifat SYAITAN, iaitu NAFSU yang warnanya diresapi oleh warna SYAITAN. NAFSU pada peringkat ammarah berkedudukan sama dengan SYAITAN. Inilah NAFSU yang sesat.
Duhai anak2ku yang masih suci bersih..ketahuilah manusia kalau tiada NAFSU ibarat kata akan dipanggil sebagai malaikat, dimana manusia itu akan taat dan patuh pada segala suruhan ALLAH, tiada bermaksiat padaNya. NAFSU di luar jasad Adam dan keturunannya, dipanggil SYAITAN namanya. NAFSU di dalam jasad Adam dan keturunannya, bila ikut kata Muhammad pula dipanggil
keimanan. NAFSU di dalam jasad Adam dan keturunannya bila tidak ikut kata Muhammad pula dipanggil SYAITAN.
Sebab itu kita kena latih NAFSU kita ikut kata Muhammad, bila dah ada keimanan maka jadilah manusia itu patuh dan taat pada segala perintah ALLAH seperti halnya dengan malaikat. Tetapi bila NAFSU tiada keimanan, maka jadilah manusia itu selalu engkar pada perintah ALLAH seperti halnya dengan SYAITAN. Kerana itulah ALLAH memberi akal padamu anak2ku agar dapat kamu membuat perbandingan dan jangan kamu ikuti jejak langkah SYAITAN, musuh yang nyata adanya!
Hai anak2ku yang masih suci bersih..mulai sekarang latihlah NAFSUMU itu dan tukarkan ia kepada keimanan dengan sentiasa ikut kata Muhammad serta taat pada segala perintah ALLAH. Demikianlah anak2ku perihal NAFSU yang masih ada dalam tubuhmu maka berwaspadalah dan kawallah!

Tidak ada komentar:

Posting Komentar